Saturday, January 3, 2009

Be an Utrujjah (Orange)?


bismillahi walhamdulillahi 'alaa rasulillah,

i came across this hadeeth while reading Fadhailul 'Amaal earlier tonight. At the same time, it reminds me very much of my other half, how he loves to eat small/mini oranges very much :). Now i know why he was so addicted to that fruits ;)



from Abu Musa Al Asy'ari RA, Allah’s Messenger sallalahu 'alaihi wassalam said :

"The example of a believer, who recites the Qur'an and acts on it, is like an orange (utrujjah) which tastes nice and smells nice.

And the example of the believer who does not recite the Qur'an but acts on it is like a date that tastes sweet but has no smell.

And the example of a hypocrite who does not recite the Qur'an is like a colocynth (bitter apple) which tastes bitter and has a bad smell."

And the example of the hypocrite who recites the Quran is like a sweet basil (raihanah)which smells good but tastes bitter."

[rawahu Bukhari, Muslim, Nasa'ii and Ibn Majah]

So inshaAllah, we should all strive to be like the believer who is like an orange : the one who is emanating beauty because of his/her attachment to the Qur'an. And may Allah protect us from being like the hypocrites, ameen!

ps : striving for orange...nang rasa oren ..he he he..:)

Friday, January 2, 2009

Oman..here i come...


bismillahi walhamdulillahi 'alaa rasuulillah,

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. "

Say, “O My servants who have believed, fear your Lord. For those who do good in this world is good, and the earth of Allāh is spacious. Indeed, the patient will be given their reward without account.”


[Az Zumar verse 10]


kebelakangan ni banyak sangat ujian melanda..hari-hari hati ni terusik ..namun alhamdulillah "bayang-bayang baru" aku sentiasa optimis dan tak putus-putus memberi kata-kata perangsang agar aku sabar..

"sabran ya Nurrr..friends of Allah never grieve of despair. My strength is in your strength. Inna ma'al usri yusra..inna nasrallahi qareeb.."

how grateful i am because He gifted me such a wise and optimist husband ..hamdan lillah ;)

well the point is, all of us are in some kind of hardship or test. At the time when the hardship strikes it is extremely hard to be patient and you keep wishing that you could just go somewhere where no one would know you. Allah reminds us that everything is under His control and the earth is spacious. Those who will be patient and follow Allah commands He will make it easier for them and guide them in this world and in the next they will have countless reward. When were down or not....we should return gratitude an thanks to Allah for lifting spirits at all costs and for favours bestowed..because with hardship comes ease, with pain comes glory...inshAllah..just make sure you have TRUST in Allah and His ability to grant you what is best and His ability to solve your problems the instant you make du'aa..

*** *** *** *** *** *** ***

enough about obstacles and yang sewaktu dengannya.. :)

Bintulu banyak melakarkan sejarah sepanjang usia hidup aku..(well what can i say..i am here for almost forever..haihhh...) but i will never forget what i gained sepanjang aku menjalani proses "tumbesaran" ku disini..dari kanak-kanak ke zaman akil baligh dan skarang dah dewasa..he he he..dari zaman badan sekeping hingga "bermuscle" seperti skarang..hamdan lillah kerana pengalaman pahit itu lah yang banyak menjadikan aku seperti skarang..

well to everyone that knows me, minta maaf zahir batin sekiranya selama ini, aku banyak error kat korang..minta halal segalanya dan yang mana aku ada hutang kat korang tu, please email aku untuk tuntut [zaitihamdan@gmail.com] other than that, doakan agar aku selamat segala-galanya and hopefully hijrah aku dari Bintulu ke Oman dalam sisa usia aku ni akan ditaburi dengan segala bentuk keberkatan..ameeen..

Oman..here i come..;-D

ps : jazakallahu wa khairan katheera, beloved for non-stop inspiring tazkiyyah/reminders each and every day. truly you are my savior :)

" Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat."

"O my Lord! enable me to disembark with thy blessing: for Thou art the Best to enable (us) to disembark."


[Al Mu'miinuun verse 29]

Monday, December 29, 2008

Du'aa for Our Brothers and Sisters in Gaza...




اللهم عليك باليهود والمنافقين
اللهم يا قادر يا قاهر يا قوي يا عزيز ، اللهم صلِّ وسلم وبارك على نبيك محمد .
اللهم عبادك المستضعفين في غزة تجبر عليهم اليهود الملاعين والمنافقين الحاقدين
اللهم فانصرهم على أعدائهم وفرج كربتهم وارحمهم ،
اللهم من يجيرهم سواك ومن يرأف بهم إلاك
اللهم بك نثق وبقوتك نؤمن اللهم شرد اليهود والمنافقين واشدد وطأتك عليهم
اللهم شتت شملهم واجعل تدبيرهم تدميرهم يا الله يا الله
يا ذا القوة والملكوت ليس لنا رب سواك يا ملجأ المستضعفين دمر الصهاينة وآلاتهم ولا تذر منهم أحدا
ومن عاونهم يا قدير يا جبار ،
سبحانك تقبل منا دعائنا واحم أعراضنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين وردنا لدينك ردا جميلا يا أكرم الأكرمين .اللهم خالف بين كلمتهم وألق في قلوبهم الرعب وألق عليهم عذابك
ورجزك إله الحق اللهم اهزمهم وزلزلهم يا عزيز يا متين يا الله يا الله يا الله
أنج المسلمين في كل مكان.


اللهم عليك باليهود ومن عاونهم
اللهم عليك باليهود ومن عاونهم
اللهم عليك باليهود ومن عاونهم

:: بيانٌ في وجوبِ نصرةِ غــزَّة ودعمِ الجهادِ الفلسطيني ::
:: (دعاء مميز لغزة للشيخ العفاسي) ::
:: هدية لشهيد غزة الأبية::
:: كلمة الشيخ ناصر العمر حول أحداث غزة ::

*** *** *** *** *** *** ***

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.

Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.

Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.

Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.

Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.

Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.

Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.

Ya ALLAH,

Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMua tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH....

Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.

Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan deenMu.

Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.

Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..

Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH... KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH...

Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH... kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.

Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.

YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”

Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,

“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat...”

Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.

Ya RABB... YA RABB... YA RABB..

KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami

KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...

Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH...

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.

Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.

Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.

Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Amiiin...

Sunday, December 28, 2008

Wednesday, December 24, 2008

Its only twenty pence?


bismillahi walhamdulillahi 'alaa rasulillah, this was something i found today - one from thousands of my archive of tazkiyatun nafs :)

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Several years ago an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change. As he considered what to do, he thought to himself, 'you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it'.

Then he thought, 'oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quiet'.

When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said:

"Here, you gave me too much change."

The driver with a smile replied:

"Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your Masjid. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change."

When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried:

"Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!"

Bottomline: We may never see the impact our actions have on people... Sometimes we are the only knowledge of the Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions..

Tuesday, December 23, 2008

From Hollywood to Hajj

bismillahi walhamdulillahi 'alaa rasulillah,

this was sent by my other half few minutes ago. May Allah accept all the Hajj of all the Hujjaj and earn a Hajj Mabroor inshaAllah ameen...

Wednesday, December 17, 2008

Our Wishes..


bismillahi walhamdulillahi 'alaa rasulillah..

saya nak share du'aa yang telah dibacakan oleh adik Hijjaz b Hamid semasa waleemah kami tempoh hari..may Allah granted all our wishes dan sentiasa menggumpulkan kita semua dalam kebaikan..ameen ...

Bismillahir rahmanir rahiim,

Segala puji-pujian hanya kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Selawat dan salam kesejahteraan kepada junjungan mulia kami,
Nabi Muhammad SAW,
juga kepada seluruh keluarga dan para sahabat baginda.


Ya Allah,
Kami berkumpul pada hari ini,
Untuk sama-sama meraikan pembentukan sebuah lagi bait al muslim

Kami menadah tangan kami dan memohon kepadamu dengan penuh rendah hati
Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa

Janganlah perkara ini menjadi penghalang

Pada tertunainya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas

Dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan keredhaan serta keampunanmu.


Ya Allah,

Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,

Kau limpahkan rahmat, redha dan ampunanMu
kepada pasangan Syed Bashir Ahmad bin Syed Habibullah dan Nurzaiti bt Hamdan.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan segala bentuk keberkatan
dari permulaan hingga pengakhirnya.


Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,

Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan
dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.

Dengan taufik dan hidayahMu
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat


Ya Allah,

Keep them from pettiness and let them be thoughtful in words and deeds

Help them to put away pretense and face each other in DEEP TRUST
without fear and self-pity,
Help them to guard against fault-finding
and quick to discover the best in each other and in every situation,

Guard them from ill-temper and hasty-judgement,

ENCOURAGE THEM TO TAKE TIME FOR ALL THINGS,
GROW CALM, SERENE AND GENTLE,

Help them to be generous with kind words and compliments,

Teach them never to ignore, never to hurt, never to take each other for granted,

ENGRAVE CHARITY AND COMPASSION ON THEIR HEART..


Ya Allah,

Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah ikatannya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMU,


Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

Ya Allah,

You know this hearts meet by the love of You,

gathered by the obedience to Your commands,

united to Your will and promise to do Your syariah ,

so strength it Yaa Allah, the binder,

make the love eternal, show the path,

fill it with Your light that won't off,
wide the chests by faith in You and total surrender to You.

Live it by knowing You and let it die by syaheed in Your path.

You are the best guard and the best helper.


Ya Allah!

Bless our beloved prophet Muhammad sallalahu 'alaihi wassalam
and his family
and shower them with peace…


Ya Allah!
We are knocking on Your door.
Please answer our prayers...

Amen ya rabbal alameen....


ps : credits to Hijjaz..semoga kitak menjadi salah seorang mujaheed..ameen...ya baruk "terrer" :-)