(bagaimana nak berpuasa enam syawal...)
Dalam perbualan antara aku dan kawan baik aku F kat telefon awal pagi tadi, aku mulai bertazkirah.
Aku : ko nak masuk syurga tak?
Kawan : nak, nyam..nyam...
(kedengaran bunyik mengunyah - bertelefon sambil makan kek lapis agaknya...)
Aku : Ahli syurga adalah orang yang sembahyang sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun.
Kawan : solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun? Biar betul…
Aku : Betul!!! "jika kamu solat isyak dan subuh berjemaah, kamu seolah-olah solat sepanjang malam, dan jika kamu puasa ramadhan di ikuti 6 hari di bulan syawal, kamu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."
Kawan : oh, begitu…aku azam untuk solat awal waktu sampai mati, dan insyaAllah, jika haid aku habis nanti, moga sempat qadha puasa dan puasa enam…he he he...
Kawan : ni nak tanya ni, kalau nak buat puasa enam di dalam bulan Syawal, kita tak leh combine kan dengan yang wajib dan yang sunat...so kena ganti dulu ke atau buat yang sunat dulu...ada orang kata...(ustaz baru nak start) puasa enam dulu pastu baru ganti...confuse ....confuse???? puasa enam tu boleh memerangkap puasa qadha ke atau lain-lain ?puasa sunat contoh : isnin dan khamis boleh memerangkap puasa qadha ke?
Aku : first sekali aku nak cakap..bukan MEMERANGKAP, MERANGKAP laaa..ok..skarang aku nak jawab tentang bagaimana berpuasa enam? Dah tentu jawapan kegemaran aku berbentuk tugasan iaitu sila rujuk USTAZ …ha ha ha…tapi jika ko malas, aku boleh bagi pilihan lain iaitu :
Tapi sebab ko dah tanya, di tambah dengan aku selaku seorang yang baik hati dan rajin, aku
Bagaimana berpuasa enam bagi wanita? aku ada beberapa tips untuk wanita tentang puasa enam :
- JIKA AKU SEORANG WANITA YANG DATANG HAID DI BULAN RAMADHAN MAKA AKU TERUS BERPUASA GANTI PADA 2 SYAWAL KERANA AKU TAKUT MATI TAK SEMPAT GANTI PUASA.
- JIKA AKU SEORANG WANITA INI MALAS, AKU AKAN SERENTAKKAN NIAT PUASA GANTI DAN PUASA ENAM.
- JIKA AKU SEORANG WANITA INI RAJIN, AKU AKAN BUAT BERASINGAN PUASA GANTI DAN PUASA ENAM, DAN AKU JUGA AKAN BERPUASA ISNIN DAN KHAMIS SAMPAI AKU MATI.
- JIKA AKU SEORANG WANITA INI SUDAH BERSUAMI, AKU AKAN MERANCANG ‘BAIK PUNYA PLANING’ SUPAYA MENGANDUNG PADA BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL. AKU NAK BERTARAWIH PENUH, BERPUASA PENUH, DAPAT MALAM LALILATUL QADAR DAN JAIZAH SERTA BERPUASA ENAM..(nota : aku tak kawin lagi..jadi aku hanya sekadar planning sahaja – harap maklum!)
- JIKA AKU SEORANG WANITA INI BUJANG, AKU AKAN PUJUK SITI NURHALIZA BERMADU DENGAN AKU!!! (abaikan pesanan ini..ha ha ha…)
Aku : Jawapannya boleh, cara ni banyak dipraktikkan untuk dapat banyak pahala. Perkara wajib digabungkan dengan perkara sunat. Kalau wajib dengan wajib memanglah tak boleh. Misal kata macam puasa ganti dengan puasa nazar…yang ni Jumhur ulama pegang…(sila rujuk ustaz!)
SEKIAN TAZKIRAH ONLINE HARI INI!!!!
No comments:
Post a Comment