Monday, December 10, 2007

Sudahkah Korang Berkorban?

Untuk membuka entry aku kali ni, aku nak bawak korang renungkan lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..aku rasa semua orang pernah dengar lagu ni..

Hmmmmm..hmm.. hm..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

hmm... hmm... hmm...

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kata Hang Tuah, erti kasih sayang adalah pengorbanan
Tapi tanya aku pulak kepada korang semua.. apakah erti pengorbanan???
Dan sempena Raya haji ni , aku nak tanya korang, apa itu korban?
Sembelih Lembu?
Sembelih Kerbau?
Sembelih Kambing?
Sembelih Itik?,Angsa?
Sembelih anak?
Berindik telinga?
Berkhatan?

Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???

(sila rujuk iklan di bawah dan klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut )

Adakah dengan ambil bahagian dalam korban lembu menjadikan kita sudah berkorban untuk ugama? sempana hari raya haji, biarlah aku ceritakan tentang Bapa Pengorbanan, manusia yang paling faham erti pengorbanan iaitu Nabi Ibrahim a.s..

Mari kita imbas kembali cerita Nabi Ibrahim a.s…

Pada mulanya baginda tidak tahu akan siapakah sebenarnya tuhan, mula-mula baginda sangka tuhan adalah bintang, tapi bila bintang hilang baginda sangka pulak bulan sebagai tuhan..

Kemudian, bila siang bulan hilang (hilang dalam terang) maka baginda kata ini bukan tuhan dan ternampak pulak matahari.

Maka baginda mula menganggap matahari sebagai tuhannya, hinggakan pada waktu tengahari beliau ambil air dan renjis pada langit,

Mak dia tanya”kenapa buat macam tu?” dia cakap “kasihan, ‘tuhan’ dalam kepanasan…”...Begitu taksub sekali baginda dengan tuhan….

Sehinggalah akhirnya, Allah mewahyukan kepadanya tentang Zat yang sebenar iaitu,
“Akulah Allah tuhan sekelian Alam.”

Maka tersangat suka dan gembira Baginda Ibrahim atas perkara ini.. maka dia telah bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah pula telah melantiknya sebagai ‘khaililullah’(sahabat Allah)

Bila Allah dok puji nabi Ibrahim a.s. maka datang keinginan pada malaikat untuk test iman nabi Ibrahim a.s, dan kecintaan Nabi Ibrahim.a.s kepada Allah

Maka pada suatu hari pada waktu nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya, maka datanglah malaikat lalu diucapkan :
‘subhanallah!’
maka Sangat terkejut dan teruja bercampur gembira bila dengar nama Kekasihnya disebut-sebut.

Alahai macam korang yang ada awek nama hamidah, bila pak imam sebut “sami Allah haliman hamidah” masa nak iktidal. korang terus tak khuyuk solat sebab berdebar debar dengar nama imam sebut nama awek korang.. cis!

Arghh, sambung cerita :
Maka baginda mintak orang tu sebut sekali lagi tapi (malaikat) buat syarat ,boleh aku ucap tapi kau kena bagi semua kambing kau kat aku.

Nabi Ibrahim a.s kata, boleh.. tekde hal punya asalkan kau ucap kalimat tu balik(lebih kurang), barulah malaikat percaya akan kecintaan baginda pada Allah begitu tinggi sekali, sehingga sanggup korbankan semua kambing just nak dengar nama kekasihnya di sebut-sebut, barulah malaikat tu bagitahu akan niat sebenarnya bahawa dia saje nak test power iman dan kecintaan baginda a.s kepada Allah.

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, punyalah gembira akan baginda Ibrahim a.s sehingga larilah tawajuh/tumpuan/konsetrate/fikir/ baginda daripada Allah, kepada anaknya yang bakal lahir.

Sekali bila lahir dapat anak lelaki, bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu tumpuannya pada anak telah melebihi tumpuan kepada Allah, maka pendek cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, email, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank CIMB pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, batu seremban dan lain lain..

Dan pada waktu ini sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

(aku pun konfius akan benarkah cinta aku pada Allah melebihi cinta aku pada kaum keluarga dan sahabat handai??? ..oh)

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Maka sekali lagi fikir dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi fikir dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala-galanya.

Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yang memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yang diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…

Jadi, korang semua, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pada hari raya korban, sunah tu!)

Cuma... Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada kaum keluarga demi kerana Allah?

Tak salah cinta pada kaum kerabat, cuma tak boleh lebih dari 3 perkara..

Sebab tak sama 83 dan 38..

Allah berfirman dalam Al-quran lebih kurang maksud janganlah kamu melebihkan 8 perkara dari 3 perkara :

8 perkara itu adalah:

1. isteri/suami

2. anak

3. saudara

4. kaum keluarga

5. harta

6. perniagaan

7. rumah

8. ibu bapa

dan 3 perkara pulak adalah:

1. Allah

2. Rasul

3. Berjuang jalan Allah..

dalam ayat ni Allah bagitahu jika lebihkan 8 perkara daripada 3 perkara, maka tunggulah azab Allah..oh..aku sangat perlu belajar ‘sembelih’ perasaan cinta pada kaum kerabat demi kerana Allah…

Nasihat aku:
Korang yang masih belajar jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih menganggur jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih bujang jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kahwin bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang tak ada anak-anak jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah beranak pinak bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang belum paham apa itu korban, jadi jangan berlagak pandai dan alim dan terus hukum orang lain masuk neraka!!!

Ramai orang datang solah hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong..Sebab tak faham di antara menghayati mengorbanan Nabi Ibrahim dengan menghayati hadiah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s!!

(macamlah aku paham..oh)

Kalau korang nak dapat kebahagian dengan harta benda. Korang kena korbankan waktu bersama keluarga, dan kalau korang dan aku dan korang semua, nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan keluarga kita!…

korbankanlah waktu bersama keluarga sekejap dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Korbankanlah rancangan TV kegemaran korang. dan datanglah berkorban di jalan Allah..
Korbankanlah PS2 korang dan datanglah berkorban di jalan berkorban di jalan Allah..
Korbankanlah waktu rehat korang dan datanglah berkorban di jalan Allah..
Korbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Korbankanlah hoby korang dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Korbankanlah masa lapang korang dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Termasuklah aku sekali….isk..isk….

No comments: