Wednesday, January 2, 2008

Apa itu Hijrah?

(edisi Maal Hijrah - Tahun Hijrah merangkap Tahun Masehi..)

Biarlah hari ini aku bercerita tentang hijrah dan keuntungan yang korang akan dapat, setakat yang aku paham dan untuk tu mari kita lihat sejarah dahulu..

1. Penghijrahan islam yang pertama adalah di ketuai oleh Sahabat Ayub r.a ke Habshah.

Tujuan penghijrahan adalah untuk selamatkan iman kerana kat Mekah, orang kapir banyak bagi tekanan dan ancaman. Kat sini kita boleh belajar bahawa hijrah bukan bererti TAKUT tapi adalah perintah Allah supaya kita selamatkan iman kita…sebab tu ada perintah Allah “wahai orang yang beriman, berimanlah…”
bermakna korang kena buat apa saja usha supaya iman korang selamat, kalau korang baca tafsir al Quran korang akan jumpa cerita tentang :Allah puji dan selamatkan 7 pemuda dalam gua yang lari dari Raja yang Zalim dengan niat supaya iman mereka selamat….(rujuk surah al-kahfi)
Jadi sahabat yang ke Habshah Nabi benarkan duduk kat sana, buat amal ugama dan tak perlu tentang kerajaan kat sana, kerana kerajaan Habsyah ketika itu bersifat berkecuali…(ehem..ehem..aku tak nak cerita pasal politik) kita sambung topic kita.

2. Hijrah yang kedua adalah diketuai oleh Nabi sendiri dan seorang sahabat ke Thaif.

Tapi kat sini cerita sedihlah..Nabi kena baling batu sampai berdarah-darah. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi berjalan bunyi macam orang berjalan kat tempat basah…isk..isk…(rasa nak terajang je orang thaif tu!)…lalu Malaikat datang offer untuk datangkan bala kat sana, tak kiralah taufan ke, gempa ke, tsunami ke, tapi Nabi tolak..dan Nabi doa agar cucu cicit orang thaif dapat hidayat, ini pun perintah Allah “wahai manusia, berimanlah..”.
Tujuan penghijrahan Nabi adalah di atas perintah Allah untuk majukan ugama, untuk buat ‘hati’ bagi dunia iaitu masjid (time tu masjid takde lagi) dan kalau nak buat masjid perlu pada orang untuk makmurkan sebab tu perlu pada masyarakat…(bukan nak bina Negara seperti yang di dakwa sesetengan pihak, zaman nabi Sulaiman dan Iskandar Zulkarnain dulu dah ada Negara yang complete dan hebat, tapi Allah tak istiharkan ugama sempurna waktu tu…(aduh, kenapa aku cakap politik lagi nih..isk isk isk...)sambung balik topic kita…

3.Dan penghijrahan Nabi yang ketiga adalah ke Madinah. Sampai je terus buat masjid, orang yang berhijrah di panggil orang MUHAJIRIN, orang kampung yang bantu( keadaan ni takde kat Habshah dan Thaif) di panggil orang ANSAR. Masa tu kat Madinah hanya ada 4 golongan, 2 syurga, 2 neraka,

Golongan syurga
1.Muhajirin (orang islam mekah)
2.Ansar(orang islam madinah)

Golongan Neraka
3.Munafikkin (orang islam pura-pura)
4.orang kapir(selain ugama islam)

…dan tujuan hijrah Nabi ke madinah ini adalah untuk membina kekuatan islam dan pada waktu ini barulah Allah datangkan pertolongan yang berbondong-bondong. kenapa?
Kerana NUSRAH ALLAH AKAN DATANG APABILA ADA GOLONGAN YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN ADA GOLONGAN YANG BANTU ORANG YANG HIJRAH TADI, maka kerana itulah, dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat walaupun satu malaikat cukup dah sebenarnya,untuk kalahkan orang kapir, disini menunujukkan kesukaan Allah pada meraka yang berhjirah dan mereka yng membantu orang berhijrah……dan kalau korang nak tahu golongan muhajirin dan Ansar ni (313 orang ini) adalah orang yang memakmurkan masjid Nabawi!
Hari ni takde malaikat Bantu orang islam berperang, nak Bantu camne, masjid kosong…sadis sungguh..isk..isk..
Lepas tu turun ayat lagi. “wahai orang beriman bertaqwalah” maka sahabat paham maksud ayat ni dan mereka yakni orang muhajirin dan Ansar telah bertebaran berhijrah seluruh alam dalam membuat 3 perkara:
1. ajak manusia beriman
2. ajak orang beriman supaya buat usaha iman
3. ajak orang buat usha atas iman supaya bertaqwa.(nak tahu lebih lagi, sila rujuk Al-quran dan ustaz)

Jadi nak tanya korang?

1. Korang ni golongan muhajirin ke?(orang yang berhijrah kerana ugama)

2. Atau orang ansar ke?(orang yang membantu orang yang berhijrah kerana ugama)

3.Atau korang orang munafik( ada udang di sebalik batu, nampak macam bantu, tapi ada sesuatu di sebalik batu rupanya)
4.Atau korang orang kapir(hijrah takde , nusrahpun takde..naduzubillah…)

Dan satu lagi contoh hijrah aku nak kongsi ngan korang hasil kajian aku…he he he...

Hijrah (musim pertama)

Dalam perut mak:
9 bulan 10 hari.

Balajar Merangkak:
Setahun.

Belajar berlari
1 Tahun

Belajar bezakan makanan dan najis
2 Tahun

Belajar bezakan manfaat dan mudarat
Setahun

Belajar di tadika
Setahun

Belajar di Sekolah Rendah:
6 tahun

Belajar di Sekolah Menengah
5 Tahun

Menikmati alam Remaja
Setahun

Masuk U
5 Tahun

Menganggur:
Setahun

Mula bekerja pada umur: 26 tahun.
Kerja..kerja…kerja….(cari pasangan)

Kahwin pada umur: 27 tahun
Kerja..kerja…kerja….(dapat anak)

Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
Kerja..kerja…kerja….(anak-anak nak sekolah)

Tamat ansuran kereta: umur 34 tahun

Kerja..kerja…kerja….(trade-in kereta)
Dapat menantu umur 47 tahun.

Tamat ansuran rumah; umur 52 tahun(dah ada cucu…)
Kerja..kerja…kerja….(besarkan rumah)

55 Tahun: pencen.

63 Tahun: mati da...
Tamat.


Hijrah (musim kedua)

Mandi mayat,Kapan mayat, Sembahyang jenazah, saudara melawat:
Sehari saje.

Tahlil: 3 Hari
korang punya mayat di makan ulat…

Tahlih hari ke 7

Tahlil hari ke 40.
jenazah tadi sudah menjadi tanah...ohh..
Nota; pasangan anda mungkin sudah menjadi mati juga, kereta anda telah rosak, rumah anda di jual anak-anak sebab ramai tak tahu camne nak bahagi-bahagi, jadi jual bagi duit sikit sorang…


Hijrah (musim ketiga)

Dalam kubur
Paling kurang 40 ribu tahun.

Padang Masyar (Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:
1. Hari kebangkitan.
2. Hari Kemurkaan Allah (100 ribu tahun)
3. Hari pembalasan (juta-juta tahun bergantung pada Hisab.)

Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1.
Mizan
2. Madang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)


Hijrah (musim terakhir)

Rezki berkat
Seksa kubur angkat
Tangan kanan tarima kitab
Titi Sirat sepantas Kilat
Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Hadiah:
Masa mati malaikat tarik slow and tunjuk syurga, so matipun senyum je..
Mayat tak reput..(insyaAllah)
Dalam kubur rasa macam sembahyang 2 rakaat je.
Padang Masyar duduk bawah arash
Tak sedar pun dah titi sirat…
Masuk Syurga selama-lamanya….forever and ever…macam macam ada.

YANG Tersingkir….
Masuk neraka selamanya jika kapir, bagi orang islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun

Nota:
orang munafik duduk bawah neraka sekali
Ada neraka untuk orang yang sengaja lenngahkan solat
Ada neraka untuk orang tak solat
Macam-macam ada.!

Sekian, selamat menyambut Maal Hijrah…

No comments: