Thursday, March 6, 2008

Definisi Berjaya..

Allah SWT dah buat keputusan dah, mana-mana manusia nak BERJAYA kena bawak cara hidup beragama dalam kehidupannya. Dari manusia yang pertama iaitu Nabi Adam AS hingga la ke manusia terakhir, itu la motif hidupnya.

BERJAYA tu apa? Dapat anak baru ke? Naik pangkat ke? atau dapat harta banyak ke?

Semua tu BERJAYA jugak, tapi bersifat sementara.

BERJAYA yang sebenarnye bila di akhirat esok KITA diumumkan sebagai ahli SYURGA (amiiin!) dan sikit pun tak terkena azab neraka.

Jadi atas maksud BERJAYA, Allah Yang Maha Mengetahui tak biar manusia pandai2 sendiri. "Pandai-pandai kau la, kalau untung BERJAYA ke syurga, nasib tak baik ke neraka."

DihantarNya 124,000 para nabi, setengah riwayat kata 200,000 para nabi kepada umat manusia. Setiap masa dan zaman ada saja nabi diutuskan. Dari Nabi Adam AS hinggala ke Nabi kita, Muhammad SAW. Ada nabi yang dihantar untuk satu negara, satu bandar, satu kampung dan sebagainya. Kerja nabi2 ni adalah mengajak dan memperkenalkan manusia kepada Allah SWT.

Bila satu-satu nabi wafat, kerja dakwah tak dapat dijalankan, maka umat yang asalnya beriman, keturunan mereka kembali murtad. Allah SWT hantar lagi nabi. Begitu la seterusnya hingga ke Nabi Muhammad SAW.

Tapi persoalannya, dari Nabi Muhammad SAW hingga sekarang dah 1400 tahun lebih dan apa pun yang terjadi kepada umat ni, Allah SWT tak kan hantar nabi lagi. Zalim ke Allah SWT? Na'uzubillah..

Sebenarnya kerja nabi iaitu dakwah telah dipindahkan ke atas setiap bahu orang yang mengucap kalimah syahadah dari umat ni. Ini la hakikat yang kita kena terima walaupun rasanya tersangat la pahit nye.. Inila sebabnya kita jadi umat terbaik KERANA UMAT NI DIBERI KERJA MACAM NABI. Mengajak manusia kenal dan cinta kepada Allah SWT.

Jadi kita dah buat ke kerja tu, atau mula belajar kerja tu, atau sekurang2nya ada niat yang sungguh2 untuk buat kerja tu, atau masih tak yakin kita dihantar untuk buat kerja tu..

Hari ni jutaan manusia mati tanpa IMAN sebab umat Islam tak jadikan kerja dakwah ni sebagai kerja utamanya. Umat Islam masih menganggap saya adalah peniaga, saya adalah pekerja pejabat, saya adalah petani dan sekian-sekian..

Kita cuba fikir dan renung, siapa yang sebenarnya ZALIM.. Yahudi, Nasara, Amerika...Atau kita sendiri? ALlah banyak kali cakap dalam AQ, Dia tak menzalimi hambaNya, hambaNya lah yang menzalimi diri mereka sendiri..isk isk isk...

Kesimpulannya, untuk BERJAYA, mau tak mau kita kena buat kerja macamana yang Allah SWT telah beri kepada kita. Baru la kita akan dapat 'title' umat yang terbaik tuh.. Tak gitu?

marilah kita duduk dan beriman sejenak...

"Ketahuilah bahawa sesuatu yang keluar dari hati akan sampai ke hati pula, sementara kata-kata yang keluar dari mulut paling jauh hanya sampai ke telinga"

Mungkin timbul tanda tanya kenapa dakwah dan didikan kita kurang berkesan? Kenapa orang yang kita didik masih tidak berubah walaupun bermacam-macam cara dan bahan yang kita sampaikan kepadanya? Di sinilah terletaknya satu hentian bagi para da'ie ..kita tidak seharusnya terlalu sibuk dengan amal Islami hingga tidak ada masa yang diperuntukkan untuk muhasabah diri...apabila kita tidak lagi perlu untuk duduk sebentar untuk muhasabah diri maka hati kita sebenarnya sudah semakin jauh dari Allah SWT. Kita semakin terkeluar dari garisan kehidupan seorang hamba. Keegoan telah mula bertapak dihati kita. Keangkuhan menguasai gerak laku kita. Semangat telah mendahului kefahaman kita. Di sinilah khilaf itu bermula....kita mula tersasar dari arah tujuan kita yang sebenarnya.Memang khilaf itu bermula dengan darjah yang terlalu kecil namun dari semasa ke semasa ianya semakin membesar hingga terpesong jauh dari matlamat yang kita tuju.

Tiliklah diri kita lebih dari kita menilik orang lain. Lihatlah kesalahan diri kita melebihi dari melihat kesalahan orang lain. Di sinilah kekuatan dalam amalan kita. Menyedari kelemahan diri menyebabkan kita sentiasa bergantung padaNya, kita sandarkan segalanya pada Allah SWT dan kalau nak tau inilah kekuatan sebenar. Lihatlah dalam kehidupan para sahabat...bukankah kejayaan mereka, kejayaan yang luar biasa...tidak logik, tak masuk aqal tetapi kerana mereka sandarkan segalanya kepada Allah SWT lalu Allah datangkan pertolongan dan kemenangan yang dekat.

Tiliklah hati kita supaya kita tidak menjadi penjual ubat, pandai berkata-kata lalu orang ramai mengerumuninya dan membeli ubatnya. Apabila pulang kerumah dilihatnya botol itu kosong. Inilah gambaran da'ie yang bercakap dengan lisannya tidak dengan hatinya. Kata-katanya tidak memiliki roh yang akan menyalurkan kekuatan kepada orang yang dididiknya untuk melakukan perubahan dan menuju kebenaran.

Perjalanan kita masih jauh, halangannya terlalu banyak, simpang siurnya tidak menentu dan musuh-musuh sentiasa mengintai pergerakan kita...maka berbekallah kita dengan sebaik-baik bekal dan berhentilah di hentian-hentian muhasabah supaya kita dapat memulihkan tenaga dan meluruskan perjalanan kita hingga kita benar-benar sampai kedestinasinya.

asif jiddan kalau tulisan ini agak keras....keras kerana saya tujukannya pada diri saya sendiri dengan harapan untuk dikongsi bersama mereka yang telah bekerja mencari keredhaanNya. Keras...tetapi inilah hakikatnya. salafussoleh disaat-saat kematian mereka menangis. Lalu dtanya orang kepadanya "kenapa kamu menangis, bukankah kamu seorang yang soleh, banyak amalan dan taat kepada Allah" Lalu jawabnya "Ya...tetapi bagaimana saya tahu adakah ianya diterima oleh Allah".

Apa lagi yang menghalang kita untuk berhenti seketika untuk kita muhasabah diri. Adakah segala yang kita lakukan semuanya untuk dan kerana Allah SWT. Betulkah?

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali"
[Hud : 88]


*pesanan kepada diri sendiri..ohh..

Sunday, March 2, 2008

Apa Ada Pada 13 Tahun?

Tidak terjangkau akal bagaimana kesakitan dibakar, dicemeti, disula boleh menjadi nikmat tertinggi. Hanya Allah yang boleh memberikan nikmat seperti ini.

Semoga mereka yang datang mengetuk pintu kerana Allah disambut juga dengan perasaan syukur semata mata kerana Allah. Semoga jabatan tangan dua orang muslim menjatuhkan dosa selebat hujan sebelum banjir kilat di jalan depan rumah aku tu...

Semoga orang yang berazam dan berniat untuk mengorbankan diri, harta, masa dan perasaan mereka dijalan Allah semata mata untuk Allah dimakbulkan dan diberikan ganjaran, nikmat dan istiqamah hingga jadi mereka menjadi mayat. ..

semoga kita sedar yang 13 tahun pengorbanan itu lebih penting dari 10 tahun menikmati hasil pengorbanan.

Semoga kita sedar yang Madinah yang bercahaya gemilang dengan cahaya amal itu datang daripada darah dan airmata di Mekah.

Ya Allah, jadikanlah sahabat sahabat ku ini golongan yang tabah membawa panji agama mu seperti yang dikehendaki oleh Mu dan KekasihMu. Limpahkan lah kurnia dan rahmat Mu pada mereka dan keturunan mereka.

Ya Allah, pilih mereka untuk membangun agama Mu kerana mereka lebih baik dari aku.

Ya Allah pilih mereka jadi tentera Mu kerana mereka berjuang lebih baik dari aku.

Ya Allah kau beri perlindungan kepada mereka dan keluarga mereka sedangkala mereka melangkah kaki demi agama Mu.

Ya Allah hanya pada Mu kami bergantung, hanya pada Mu kami berharap kerana Kau lah sebaik baik tempat bergantung, sebaik baik tempat berharap. Permudahkanlah hidayat untuk seluruh alam, permudahkanlah, selamatkanlah, berkatilah.

Amin ya Rabbal Alamin.