Sunday, March 2, 2008

Apa Ada Pada 13 Tahun?

Tidak terjangkau akal bagaimana kesakitan dibakar, dicemeti, disula boleh menjadi nikmat tertinggi. Hanya Allah yang boleh memberikan nikmat seperti ini.

Semoga mereka yang datang mengetuk pintu kerana Allah disambut juga dengan perasaan syukur semata mata kerana Allah. Semoga jabatan tangan dua orang muslim menjatuhkan dosa selebat hujan sebelum banjir kilat di jalan depan rumah aku tu...

Semoga orang yang berazam dan berniat untuk mengorbankan diri, harta, masa dan perasaan mereka dijalan Allah semata mata untuk Allah dimakbulkan dan diberikan ganjaran, nikmat dan istiqamah hingga jadi mereka menjadi mayat. ..

semoga kita sedar yang 13 tahun pengorbanan itu lebih penting dari 10 tahun menikmati hasil pengorbanan.

Semoga kita sedar yang Madinah yang bercahaya gemilang dengan cahaya amal itu datang daripada darah dan airmata di Mekah.

Ya Allah, jadikanlah sahabat sahabat ku ini golongan yang tabah membawa panji agama mu seperti yang dikehendaki oleh Mu dan KekasihMu. Limpahkan lah kurnia dan rahmat Mu pada mereka dan keturunan mereka.

Ya Allah, pilih mereka untuk membangun agama Mu kerana mereka lebih baik dari aku.

Ya Allah pilih mereka jadi tentera Mu kerana mereka berjuang lebih baik dari aku.

Ya Allah kau beri perlindungan kepada mereka dan keluarga mereka sedangkala mereka melangkah kaki demi agama Mu.

Ya Allah hanya pada Mu kami bergantung, hanya pada Mu kami berharap kerana Kau lah sebaik baik tempat bergantung, sebaik baik tempat berharap. Permudahkanlah hidayat untuk seluruh alam, permudahkanlah, selamatkanlah, berkatilah.

Amin ya Rabbal Alamin.

No comments: