" kita pi kedai tayar, nak balancing tayar sahaja. Cina tu kata tayar dah rosak - beralun alun dan bahaya. kita risau..., dan tukar tayar.
Kemudian pomen tu kata minyak hitam (injin) pun dah pekat, nanti balik raya jalan jauh tak elok pada injin. kita pun tukar minyak hitam (pastinya dengan filternya sekali--duit lagi! ). Cina tu cakap, kita percaya. Tak mushkil pun. Yakin. haqqul yakin? Orang pomen kafir kata, jarang kita bantah...
Tapi bila Allah SWT kata 10 hari pertama ramadhan adalah keberkatan-- ramai yang macam tak percaya. Masih ada berlegar di Chow kit sebab kata masih ada masa nak terawikh 20 hari lagi.10 hari ke dua adalah keampunan Allah, pun ramai yang macam tak dengar sahaja.., bahkan untuk 10 hari yang ketiga adalah pelepasan dari api neraka - lagi lah ramai yang macam dengar tak dengar sahaja ( maklumlah dah sibuk persediaan raya, pakaian, kuih-kuih, hiasan, dah sampai di kampung dan melayan ahli keluarga). maka di mana kita???... ".
Tersentuh ana !.. maka dibawa kongsi di sini...
Ana memanjangkan sahaja ceramah ustaz itu agar samada menjadi orang yang mengajar @ orang yang mendengar @ yang menyampaikan...
petikan dari Naqibnet - jazakallahu wa khairan akhi Ibn Khalid
No comments:
Post a Comment