Sunday, December 30, 2007

Sudahkah anda mencarum?

Teka Teki : Dalam banyak2 kumpulan, kumpulan apa yang berkumpul tapi susah nak bersurai..

Jawapan salah #1 : BERSIH
Jawapan salah #2 : HINDRAF
Jawapan salah # 3 : KOTOR

Maaf tak lawak...pagi2 ni takde idea, tapi cuba nak melawak gak..inilah hasilnya

Nak cerita pasal KPDSA.
Apakah KPDSA?

Teka teki : Dalam banyak2 kumpulan, kumpulan apa yang kekal, tak kan bersurai walaupun di sembur pemedih mata atau cecair berasid water canon?
Jawapan salah #1 : BERSIH
Jawapan salah #2 : HINDRAF
Jawapan salah # 3 : KOTOR

Jawapan: Kumpulan Pahala Dosa Simpanan Akhirat (KPDSA)
Jikalau kita mencarum di KWSP ada akaun 1 dan akaun 2, untuk KPDSA ada jugak 2 akaun. Akaun Syurga dan Akaun Neraka.
Maka kalau KWSP ada caruman setiap bulan dari pekerja dan majikan, di KPDSA ada caruman setiap saat dari dua punca juga iaitu :

- DIRI SENDIRI dan
- ORANG LAIN (MUAMALAT
)

Dan berita lebih baik sikit berbanding KWSP - Caruman KPDSA tidak akan berkurang (boleh berkurang dgn cara tertentu sebenarnya tapi memerlukan usaha yang berterusan dan ikhlas), cuma akaun 1 dan akaun 2 saling berlumba mencari kemenangan.
Dan kemenangan mana2 akaun itu kita yang rela dan redha sebab hari2 tiap saat ada caruman dari kita sendiri dan orang yang dikeliling kita.
Wah nampak baiik punye plan..orang lain pun boleh mencarum sesuka hati untuk akaun kita.

Namun awwas....
Beri pendidikan kepada orang lain tu agar sentiasa mencarum di akaun 1 iaitu akaun Syurga. Mintak jauh lah dari mencarum ke akaun 2 iaitu akaun Neraka.
MAcam mana nak beri 'pendidikan' kepada orang lain? Berbuat baik kepada mereka. Tunaikan HAK mereka (berpesan kepada kebaikan, bagi salam, baik akhlak, amanah)

Setiap saat kita akan mencarum kepada KPDSA. Apa2 modal yang diberi akan digunakan 100% untuk mencarum.

Ia adalah Modal MASA.
Berapa banyak MASA yang telah kita tidak carum ke akaun yang betul?

MASA berborak kosong,
MASA berborak ada isi.
MASA berborak mengumpat.
MASA berborak FITNAH (sebab nak tambah kesedapan pada cerita..kalau tak, tak syok)
MASA menonton TV, WAYANG
MASA mendengar LAGU
MASA mencarik DUIT yang tak pernah cukup.
Dah kerja opis 10 jam sehari pun buat insurance lagi, tak cukup dengan direct selling, ada pula jutawan internet in the making etc.
Dan banyak lagi yang nak disenaraikan.

Apa yang nak disampaikan dalam kuliah fikir pada pagi ini yang disampaikan oleh kuli Allah..hamba Allah yang hina ini ialah atas setiap saat dan masa, kita akan mencarum untuk simpanan pahala/dosa di akhirat nanti iaitu kehidupan yang sebenar. Dalam bahasa lagi mudah, apa yang kita buat sekarang, akan menentukan rumah kita di syurga atau neraka.

Besar atau kecik,
Cepat atau lambat dapat kunci
Boleh extend dapur tak?
Ada aircond ke ada unggun api
Ada minuman dari sungai madu atau ada Nanah Ais Limau
Ada bidadari atau ada Malaikat Zabaniah...
Dan dari segi bahasa yang lagi mudah....make sure apa yg kau tgh buat masuk akaun 1.
Nak cakap macam mana lagi?

Tak de akaun 1.5
Takde tengah2.
Takde perkara yang ......boleylahhh...
Takde perkara yang ...... halal kot makanan ni.
Takde perkara yang ......boleh kot bisnes cara ni.
Takde..takde..
Semua yang 1.5 akan dibundarkan jadik 2.
Hah!...2 itu Neraka!...
Nak ke tak nak?
Sebenarnya dunia ini adalah tempat ujian, dewan besar peperiksaan. Boleh meniru. Tapi tak ramai yang tiru orang pandai. Ramai yang tiru orang bodoh.
2 X bodoh..

Masa kat alam roh allah tanya:
"Adakah aku tuhan kepada kamu?" (mafhum maksud)"
Kita dengan konfiden jawab
"Kaulah Rob kami"
Pastu Allah hantar ke alam dunia
Bagi macam2..
Bagi duit, pangkat, kereta, rumah, bini cantik, bini tak cantik, anak sihat, anak tak sihat, bagi macam2 lah....(tak kan nak list barang satu dunia kot)

Dah habis masa, ujian tamattt.....
Kita pun dipanggil balik...

Allah tanya semula (malaikat tukang tanya)
"Maa rabbukaaaa?" (siapakah rob (sembahan) kamu)
Kita dengan malu2 kucing dan segan2 silu cuba jawab sebab dah banyak kali dengar masa kat dunia......tapi tak keluar..macam CD rosak..ziqg ziqg..

Yang keluar...ialah...
"Kereta smart for 7"
"Gudang2 aku"
"Manager Organisation aku"
"Sales aku"
Cerita HEROES"
"Anak Halal"
"pakwe hensem kat opis"


dan macam jawapan yang kononnya kita sendiri rasa pelik sebab jawab merapu meraban...Tapi itulah hakikatnya di dalam hati kita.

Banyak kali kita tidak menyembah Allah kerana perkara di atas..dan mungkin banyak lagi.
Banyak kali kita jaga air muka depan orang dari depan Allah
Banyak kali kita AMAT AMAT AMAT pentingkan perkara SELAIN dari PENTINGKAN ALLAH!!...OHHHHHH!!!!!


So dah dapat lah jawapan..siapa yang taat janji di alam roh, siapa yang mungkir janji.

satu analogy :
Satu lori tin sardin...sarat dengan tin sardin macam tin sardin jugak.
Padat , penuh, mampat, cekap, jitu, padu dengan tin sardin.
Sekali eksiden.
Teka teki : Apa yang keluar?
Jawapan : Tin sardin atau ikan sardin bersos tomato.


Satu badan..ada hati..
Dalam hati sarat dengan naik gaji , performance bonus
Penuh dalam tekad, semangant, niat, azam untuk kerja tersangat kuat. Fikir kepada gaji dan duit serta reward.
Sekali eksiden. Disuruh mengucap
Teka teki: Apa yang keluar?
Jawapan : Idea untuk memantapkan performance dan takut dpt reward yang sikit sebab eksiden, patah kaki, cuti lama.



Satu badan..ada hati, ada akal.
Dalam hati dan akal sarat untuk berkorban untuk Allah, azam, susah payah, hanya kerana Allah.
Sekali eksiden. Tak disuruh mengucap, tapi mulutnya mengeluarkan perkataan
Teka teki: Apa yang keluar?
Jawapan : Allah...Allah..Allah....


Maka carumlah betul2 di KPDSA. Hati2...Penuhkan akaun 1, target sifar untuk akaun 2.
Modal dah tinggal sikit. Bagi aku dah 28 tahun dihabiskan.......banyak tu..
sampaikah 35 tahun lagi? Dapat subsidi umur ke (bak kata ustaz alias othman..) atau esok dah gol?

Walalhua'lam..

Saturday, December 29, 2007

entry yang agak "Skema"..hahaha...


Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh,

BismilLahirrahmanirrahim

“Maybe you’re in the best place you should be and you may not know it. Just keep on. You’re already halfway through.” –‘sahabat’-

Dengan kata-kata dari seorang sahabat ini, aku memulakan bicara. Dah lama tak tulis dalam blog ni. AlhamdulilLah, hari ni aku berkesempatan untuk share se’chonet’ ilmu yang aku peroleh semasa tamrin Borneo dari Ustaz Alias Osman tempoh hari.... InsyaAllah.

Sebelum tu, aku nak minta maaf sekiranya penulisan aku ni banyak mendatangkan pemikiran-pemikiran yang kurenggg bernasnya. Bukan apa, baru-baru baru ni ada sahabat aaku yang menegur bahawa penulisan aku ni kadang-kadang lain dari diri aku sebenarnya. Bagi aku, sama sahaja. Tapi, FRIENDS ARE OUR MIRROR. Harapan aku entry kali ni dapat difahami dengan takde serong-seorangnya…

Ustaz Alias Osman

Ok, back to Ustaz Alias. Aku tak pernah dengar ceramah dari beliau, tapi, lepas dengar sepanjang, memang aku suka dengan approach yang dibawa oleh Ustaz. Memang seronok “Atok” kita ni berbicara. Berusia 62 tahun dan katanya hanya setahun lagi nak masuk 63 di mana RasululLah wafat pada usia tersebut. Ustaz banyak cakap pasal pengorbanan dan quality manusia. Antara quality manusia yang boleh membantu diri aku sendiri adalah…

1. Kuatkan Iman
2. Kesabaran
3. Memperbaiki penyakit-penyakit (contoh: Banyak mulut, tak tau simpan rahsia…tang ni terkena kat kami…pedas sehh..)
4. Berubah ikhlas kerana Allah
5. Tingkatkan ilmu dan sampaikan pada org lain

Sori lah sebab aku tak tau nak sampaikan dengan lebih baik lagi. So, aku sarankan pada lain kali ajak Ustaz Alias bila ada program-program ilmiah lah. Nanti suruh dia elaborate panjang lagi...

ps: aku tengah cuba nak meng eleborate..terutama pasal kewajipan berdakwah ni..harap sabo ye..

Wednesday, December 19, 2007

Al Fatihah


semalam, pada tanggal 18 December 2007, genap seratus usia nenda Hajjah Fatimah bt Ahmad Moonshi dan pada tarikh tersebut juga, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi kami semua di kediamanku..doaku agar kami akan bertemu semula di Jannah Nya..dan misi aku hanya untuk meneruskan apa yang beliau dan atok ( Allahyarham Ahmad Bin Sulong) pernah perjuangkan..iaitu buat kerja nabi sampai aku sendirik jadi mayat..al Fatihah buat mereka yang telah mendahului kami menemui kekasih agung, Allah 'Azza Wajalla..

Monday, December 10, 2007

Sudahkah Korang Berkorban?

Untuk membuka entry aku kali ni, aku nak bawak korang renungkan lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..aku rasa semua orang pernah dengar lagu ni..

Hmmmmm..hmm.. hm..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

hmm... hmm... hmm...

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kata Hang Tuah, erti kasih sayang adalah pengorbanan
Tapi tanya aku pulak kepada korang semua.. apakah erti pengorbanan???
Dan sempena Raya haji ni , aku nak tanya korang, apa itu korban?
Sembelih Lembu?
Sembelih Kerbau?
Sembelih Kambing?
Sembelih Itik?,Angsa?
Sembelih anak?
Berindik telinga?
Berkhatan?

Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???

(sila rujuk iklan di bawah dan klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut )

Adakah dengan ambil bahagian dalam korban lembu menjadikan kita sudah berkorban untuk ugama? sempana hari raya haji, biarlah aku ceritakan tentang Bapa Pengorbanan, manusia yang paling faham erti pengorbanan iaitu Nabi Ibrahim a.s..

Mari kita imbas kembali cerita Nabi Ibrahim a.s…

Pada mulanya baginda tidak tahu akan siapakah sebenarnya tuhan, mula-mula baginda sangka tuhan adalah bintang, tapi bila bintang hilang baginda sangka pulak bulan sebagai tuhan..

Kemudian, bila siang bulan hilang (hilang dalam terang) maka baginda kata ini bukan tuhan dan ternampak pulak matahari.

Maka baginda mula menganggap matahari sebagai tuhannya, hinggakan pada waktu tengahari beliau ambil air dan renjis pada langit,

Mak dia tanya”kenapa buat macam tu?” dia cakap “kasihan, ‘tuhan’ dalam kepanasan…”...Begitu taksub sekali baginda dengan tuhan….

Sehinggalah akhirnya, Allah mewahyukan kepadanya tentang Zat yang sebenar iaitu,
“Akulah Allah tuhan sekelian Alam.”

Maka tersangat suka dan gembira Baginda Ibrahim atas perkara ini.. maka dia telah bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah pula telah melantiknya sebagai ‘khaililullah’(sahabat Allah)

Bila Allah dok puji nabi Ibrahim a.s. maka datang keinginan pada malaikat untuk test iman nabi Ibrahim a.s, dan kecintaan Nabi Ibrahim.a.s kepada Allah

Maka pada suatu hari pada waktu nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya, maka datanglah malaikat lalu diucapkan :
‘subhanallah!’
maka Sangat terkejut dan teruja bercampur gembira bila dengar nama Kekasihnya disebut-sebut.

Alahai macam korang yang ada awek nama hamidah, bila pak imam sebut “sami Allah haliman hamidah” masa nak iktidal. korang terus tak khuyuk solat sebab berdebar debar dengar nama imam sebut nama awek korang.. cis!

Arghh, sambung cerita :
Maka baginda mintak orang tu sebut sekali lagi tapi (malaikat) buat syarat ,boleh aku ucap tapi kau kena bagi semua kambing kau kat aku.

Nabi Ibrahim a.s kata, boleh.. tekde hal punya asalkan kau ucap kalimat tu balik(lebih kurang), barulah malaikat percaya akan kecintaan baginda pada Allah begitu tinggi sekali, sehingga sanggup korbankan semua kambing just nak dengar nama kekasihnya di sebut-sebut, barulah malaikat tu bagitahu akan niat sebenarnya bahawa dia saje nak test power iman dan kecintaan baginda a.s kepada Allah.

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, punyalah gembira akan baginda Ibrahim a.s sehingga larilah tawajuh/tumpuan/konsetrate/fikir/ baginda daripada Allah, kepada anaknya yang bakal lahir.

Sekali bila lahir dapat anak lelaki, bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu tumpuannya pada anak telah melebihi tumpuan kepada Allah, maka pendek cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, email, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank CIMB pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, batu seremban dan lain lain..

Dan pada waktu ini sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

(aku pun konfius akan benarkah cinta aku pada Allah melebihi cinta aku pada kaum keluarga dan sahabat handai??? ..oh)

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Maka sekali lagi fikir dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi fikir dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala-galanya.

Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yang memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yang diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…

Jadi, korang semua, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pada hari raya korban, sunah tu!)

Cuma... Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada kaum keluarga demi kerana Allah?

Tak salah cinta pada kaum kerabat, cuma tak boleh lebih dari 3 perkara..

Sebab tak sama 83 dan 38..

Allah berfirman dalam Al-quran lebih kurang maksud janganlah kamu melebihkan 8 perkara dari 3 perkara :

8 perkara itu adalah:

1. isteri/suami

2. anak

3. saudara

4. kaum keluarga

5. harta

6. perniagaan

7. rumah

8. ibu bapa

dan 3 perkara pulak adalah:

1. Allah

2. Rasul

3. Berjuang jalan Allah..

dalam ayat ni Allah bagitahu jika lebihkan 8 perkara daripada 3 perkara, maka tunggulah azab Allah..oh..aku sangat perlu belajar ‘sembelih’ perasaan cinta pada kaum kerabat demi kerana Allah…

Nasihat aku:
Korang yang masih belajar jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih menganggur jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih bujang jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kahwin bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang tak ada anak-anak jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah beranak pinak bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang belum paham apa itu korban, jadi jangan berlagak pandai dan alim dan terus hukum orang lain masuk neraka!!!

Ramai orang datang solah hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong..Sebab tak faham di antara menghayati mengorbanan Nabi Ibrahim dengan menghayati hadiah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s!!

(macamlah aku paham..oh)

Kalau korang nak dapat kebahagian dengan harta benda. Korang kena korbankan waktu bersama keluarga, dan kalau korang dan aku dan korang semua, nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan keluarga kita!…

korbankanlah waktu bersama keluarga sekejap dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Korbankanlah rancangan TV kegemaran korang. dan datanglah berkorban di jalan Allah..
Korbankanlah PS2 korang dan datanglah berkorban di jalan berkorban di jalan Allah..
Korbankanlah waktu rehat korang dan datanglah berkorban di jalan Allah..
Korbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Korbankanlah hoby korang dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Korbankanlah masa lapang korang dan datanglah berkorban di jalan Allah...
Termasuklah aku sekali….isk..isk….

Saturday, December 8, 2007

about a man who looks into the mirror..and see nothing but himself

hari ni aku malas nak tulis apa-apa, jadinya aku sedari tadi merayap-rayap dari blog ke blog dan aku teringin nak share satu kisah benar yang telah menimpa aku pada bulan ramadhan yang lalu...aku tak sangka adik aku tulis kat blog dia..ha ha ha...here goes the story..

-start-

In a classic storytelling, "once upon a time" is commonly used to start a narration of something that happened a long time ago, but my "once upon a time" in this story, was used to describe a chain of events that i rather forget than remember. The subject matter of my story is aptly a man and his shallow self. He reminds me of Narcissus, a vanity icon in the Greek epic, whom tragically perish as a result of his obsessive love towards himself.

"a man who looks into the mirror..and see nothing but himself" is the best way to describe a person whom imposed his self-imperatives upon others. Sadly self-centered, they usually consider themselves as perfect beings, hence justifying their indifference towards others. The mirror reflects the light that reached its surface,and it never hide anything that is within the sphere of their existance. An image of a man, ignoring other co-existing images within his mirror reflection. Deifying himself to another level, they ignored the impact of their words or actions towards others. And the story goes...

I was helping my dear sister, for a buka puasa catering service in our local mosque. Fresh out of a 2-hour flight, i was exasperated and the scorching heat did'nt offer any comfort. But I was completely delighted, to be able to help, as it has been a while since i returned to my beloved hometown. After i unloaded my luggage, i helped my siblings and my cousins to load the food and refreshments into the cars. Then we set off to the mosque, pretty sure that we have everything sorted out.

The catering system is a convenient way to serve a bunch of hungry people, and keep the smile on the face of the caterers as well.We were supposed to prepare 2 buffet tables, that estimated to cater 100 pax. The job is not as tedious, and we worked pretty well together. But the flow was disrupted when we figured out that we left the "cling wrapper", and we have nothing to cover the food with. Alarmed by the approaching buka puasa time, i drove as fast as i can (and still follow the traffic regulations, of course) to the nearest supermarket, to buy a roll of those. As i made my way out of the parking lot, the azan echoes, signalling the end of the fasting period for the day. It was not even 3 minutes after that, i reached the mosque, and rushed to the buffet tables.

The jemaah was having their light refreshments, and i cover the food on the table with the cling wrapper. I have'nt had anything yet, but i thought that i should prioritize the covering of the food, worrying that some flies might feast on exposed chicken curry and watermelons. As i put on the wrapper around the tray, one pakcik, came to me and say, "Apahal pinggan banyak ni aja, nanti lepas ni kau pegi basuh pinggan ni cepat. Kitorang nak makan lepas solat Maghrib".

I accept the fact that we are serving their food, so it is my responsibility to make sure everything is in order. But the tone and the gestures of that pakcik suggest that i will have to wait for my buka puasa until they finished their prayers. In the meantime, i should make use of the "three-maghrib-rakkaat" time period to clean all the dishes, so the dishes can be ready in time for their berbuka. Golly!

I assume the indifference that the pakcik had for me was because i was not dressed to the occasion. But as far as i am concerned, my Mogwai T-Shirt has no images that's grossly inappropriate, and i wore a baggy, clean, long pants. Was he trying to impose his value-laden-imperatives on me? So, a guy in a t-shirt attending a sermon in a mosque does not deserve to break his fast and perform a jemaah prayer, is it?

Maybe i was a bit disshelved that time, considering the fact that i just landed at Bintulu Airport less than an hour earlier. I rushed and ran, carried the bucket and rinse the cups, so you can picture a tired, hungry, thirsty version of me, getting a series of orders, which i perceive ridiculous in a reasonable man's point of view. At least, the pakcik should have known that i was also fasting, so i deserve at least a drink.

I can see that the pakcik took me as a slacker, a young hoodlums who was looking for quick bucks working for caterers. Even if it's true, that does not confer any right on him to treat another Muslim that way. He, as pious as he looked, (later i discovered that he is the Pengerusi Jawatankuasa Masjid) should'nt have displayed such an ass-display of a grumpy old man who is hard to please. He may have gone to Mecca twice, or donated half of his property for charity, but he should look into his inter-personal relations and do something about it. Being judgmental is wrong, especially when you dont know zip about the person you're dealing with. He is probably the type of guy who buys coloured-pictures cover type of books, and considered them interesting without even leafing through the pages (My manifestation of "Don't judge a book by its cover".

Pakcik, if i can say these words to you in person, it would be super:

"...Pakcik, boleh tak kalau saya nak buka puasa dahulu? Saya pun berpuasa juga macam pakcik, dan saya nak solat Maghrib berjemaah dengan semua orang...dan kalau boleh, tolong jangan nilai seseorang itu dari luaran nya sahaja. Pakcik pun ada kelemahan juga sebagai manusia.."

-Fin-

Kejap laaaaaaaaaaa!!!! Tak boleh ke???

Jika semalam kita :

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi, makan roti
(weh solat subuh mana ? opss..siapa la buat lagu ni?…takde include solat pun…hish propaganda ke atas kanak-kanak...)

Kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja.
Smart card, identity card,handphone, bluetooth, kunci kereta, kunci laci opis, dan macam-macam lagi...Nasib baik tak lupa.
Bini cium tangan suami vice versa, Anak cium tangan abi and ummi.

Di Jalan raya,
Pantang kereta di depan lambat gerak,
Hon menjadi pengganti diri menyapa pemandu di depan.

Lewat, serabut, hangin satu badan.
Dah habis menempuh kesesakan baru sampai di opis, disambut kedinginan air cond.
fuhhh...lega sikit.


KRIINGG!!! Waduh…Baru nak breakfast, telefon dah berdering.
Email ternanti-nanti reply, sedang diri baru nak menarik nafas panjang.
Tapi, dah itu kerja kita. Carik nafkah. Macam tu la. Nak merungut apa lagi.
Habis kerja, bawak roh dan badan balik rumah,

Di depan pintu rumah family setia menanti,
Makanan panas pun dah terhidang di bawah saji.
Penat seharian belum habis lagi, nak melayan kerenah keluarga lagi.
Apa nak buat, nak title mithali.
Kejap lagi dah nak tidur pulak, berehat berbual bersama family sambil menonton tv.
Kadangkala ada gelak geli hati,
Sungguh bahagia masa quality.
Takpe, kalau tak sempat menyapa jiran bertanya khabar, atau ke surau berjemaah, atau berdakwah, esok kan ada lagi.


Jika hari ini
kita :

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi, makan roti
(weh solat subuhmana ? opss..siapa la buat lagu ni?…takde include solat pun…hish..propaganda ke atas kanak-kanak....)


Kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Smart card, identity card,handphone, Bluetooth, kunci kereta, kunci laci opis, dan macam2 lagi. Nasib baik tak lupa.
Bini cium tangan suami, Anak cium tangan abi and ummi.

Di Jalan raya,
Pantang kereta di depan lambat gerak,
Hon menjadi pengganti diri menyapa pemandu di depan.

Lewat, serabut, hangin satu badan.
Dah habis menempuh kesesakan baru sampai di opis, disambut kedinginan air cond.
fuhh...lega sikit.


KRIINGG!!! Waduh…Baru nak breakfast, telefon dah berdering.
Email ternanti-nanti reply,sedang kita baru nak menarik nafas panjang.

Aiseyyy sama je macam semalam?
Letih la kalau gini.



Apa kata kita tukar script ?

Tiba, jantung terasa terhenti.
Panik menjalar keseluruh pelusuk diri.
Badan kaku, sakit bukan kepalang.
Jantungku diserang!!!….Jantungku diserang !!!
Mata terbuntang, teringat kan hutang.

Hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi, hutang qada solat,
Hutang hak tak tertunai sesama manusia

Tersungkur, atau Terlentangg……bersama dompet, kunci kereta, kunci laci, IDcard, dan macam2 lagi.
Keluarlah roh dari badan dengan susah payah.
Sakit yang tak pernah dirasai.
Habis….Tamat….hanya sekian banyak itulah masa diberi.
Modal untuk beribadah di alam duniawi. ..Sorrryyyyyy…

Memang tiba-tiba dan tidak prepare pun,
Eh sekarang ke!!??? Aku muda lagi...anak aku kecik lagi..
Eh?! apa ni pegang-pegang?? rentap-rentap??!!!
jap laaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tinggallah segala kunci, swipe card, laptop, mp3 player.
Tinggallah segala hilai tawa bersama kawan-kawan.
Tinggallah usik-usik guran tanpa batas di opis.
Tinggallah email forward dan lawak lucah dan seksi.
Tinggallah kerja yang menggunung tinggi , yang kononnya tak boleh ternanti.
Tinggallah segala ulasan cerita tv malam tadi,
Tinggallah umpatan ke atas bos, rakan, artis yang tak disenangi.
Tinggallah ilmu di dalam dada yang belum amal.
Tinggallah Quran yang suci dalam debu di dalam almari.

Jika Hari ini,
Roh keluar dari opis tanpa swipe card.
Badan pun keluar tanpa swipe card.
Tapi melalui dua jalan berasingan.
Satu, mungkin diheret malaikai maut, atau terbang melayang melayang
Satu lagi, diusung sahabat-sahabat yang tersayang.

Family di rumah macam biasa setia menanti.
Mana ni tak balik-balik lagi ?
Makanan panas dah jadi sejuk…belum basi…bawah tudung saji
Takde orang nak amik peduli..
Berita sampai ke rumah, menggoncang satu family.
Orang ramai berbondong datang untuk persiapan rapi.
Tolong mana boleh sana sini,
Jiran yang tak pernah kenal pun datang tunjuk simpati.

Harta ada, rumah ada, kereta ada, cheque book ada, duit cash pun ada,pakaian banyak.
Tapi, esok pagi….
Pakai kain putih je…Kain kafan menutup diri.
Kain kafan teman sejati, selain amalan yang dikumpul sebelum mati.

Oh ye..Amalan………….Mana dia ? Kan dah banyak buat amalan?
Kan dah banyak buat sedekah, dan macam-macam?

Tak cukupkah?

Oh ye..tak ikhlas, syirik, riak…
Oh ye…kan ke banyak dosa?….dah terhapus segala amalan nampaknya.
Oh ye, segala kata-kata yang main lepas sahaja,
Oh ye, segala buruk sangka....

Ah, alangkah bagusnya kalau banyak bertaubat dan banyak amalan sunnat.

Di manakah amalan sunnat?
Alamak..takde…
Keji orang buat sunnah yang banyak.
Diri tak nak buat, perlekeh orang yang ikhlas dan cuba nak buat.
Diri yang tak mampu, mengata orang riak secara melulu.
Diri yang segan, menyindir orang yang cuba cubaan.

Esok…
Pagi tak payah gosok gigi atau nak minum kopi.
Pagi..tak payah nak bangun-bagun. sebab bukan pun tido dari malam tadi.
Kena seksa, kena palu, kena rejam.
Menjeritttttttttt……jauh sekali nak aman tenteram.
Tak payah ingat swipe card , kunci , dompet atau traffic jam.

Cuma ingat nak taubat dan tak buat.
Menyesal tak sudah..menyesal lagi dan lagi…menyesal yang abadiiiii....ohhhh....

Kalaulah tahu macam ni..
Confirm tak buat benda lain lagi..
Berzikir dan bertaubat, dibibir meniti setiap detik dan hari..
Nak tampung segala dosa dan amalan jahat dengan amalan sunnat.
Berdakwah, menyempurnakan hak setiap manusia dan ummat.
Berdakwah, agar dapat membentuk peribadi dan akhlak mulia.

Sentiasa cakap kebesaran Allah tanpa jemu dan pilih bulu.
Ingatkan semua rakan dan sekutu.
Daripada cakap-cakap lagha tak henti dan takde hala tuju.
Ada saja nak diusik dan digelakkan.
Padahal tahu ia kesukaan syaitan.


Jangan risau pembaca sekalian.
Bukan saya ni berani sangat nak mati.
Diri sendiri pun tak pernah ready.
Dunia dalam diri hampir nak sebati.
Tolonglah kami Ya Allah, Ya Rabbi.
Cuma nak jadi bijak seperti yang di approve Nabi (SAW)

Mafhum hadith Nabi SAW.
Orang yang cerdik ialah mereka yang selalu mengingati mati dan bersedia ke arahnya.

***************************************************************************

Entry ini didedikasi kepada rakan-rakan yang dikenali yang telah pergi menemui Yang Maha Mencipta di usia muda.

Allahyarhamah Siti Nursarah Bt Syeikh Mohd Hassan 1986 – 2007
Allahyarhamah Zurin 1978 – 2004
Allahyarham Kuswandi - 1977 - 2006
Allahyarham Amirul Amrullah Zainurin – 1988 - 2006

Allahyarham Muhammad Setia Razali 1983 - 1999

Jazakumullah Khairan Kathira kepada arwah-arwah seperti diatas yang telah memberi peringatan kepada kami yang masih hidup.

Ingatlah….

Mati tak tunggu tua,
Maut tak tunggu sakit,
Jangan sampai ajal datang ketika leka,
Takut-Takut dosa banyak, amal pulak sikit.

AL FAATIHAH….