Thursday, March 6, 2008

marilah kita duduk dan beriman sejenak...

"Ketahuilah bahawa sesuatu yang keluar dari hati akan sampai ke hati pula, sementara kata-kata yang keluar dari mulut paling jauh hanya sampai ke telinga"

Mungkin timbul tanda tanya kenapa dakwah dan didikan kita kurang berkesan? Kenapa orang yang kita didik masih tidak berubah walaupun bermacam-macam cara dan bahan yang kita sampaikan kepadanya? Di sinilah terletaknya satu hentian bagi para da'ie ..kita tidak seharusnya terlalu sibuk dengan amal Islami hingga tidak ada masa yang diperuntukkan untuk muhasabah diri...apabila kita tidak lagi perlu untuk duduk sebentar untuk muhasabah diri maka hati kita sebenarnya sudah semakin jauh dari Allah SWT. Kita semakin terkeluar dari garisan kehidupan seorang hamba. Keegoan telah mula bertapak dihati kita. Keangkuhan menguasai gerak laku kita. Semangat telah mendahului kefahaman kita. Di sinilah khilaf itu bermula....kita mula tersasar dari arah tujuan kita yang sebenarnya.Memang khilaf itu bermula dengan darjah yang terlalu kecil namun dari semasa ke semasa ianya semakin membesar hingga terpesong jauh dari matlamat yang kita tuju.

Tiliklah diri kita lebih dari kita menilik orang lain. Lihatlah kesalahan diri kita melebihi dari melihat kesalahan orang lain. Di sinilah kekuatan dalam amalan kita. Menyedari kelemahan diri menyebabkan kita sentiasa bergantung padaNya, kita sandarkan segalanya pada Allah SWT dan kalau nak tau inilah kekuatan sebenar. Lihatlah dalam kehidupan para sahabat...bukankah kejayaan mereka, kejayaan yang luar biasa...tidak logik, tak masuk aqal tetapi kerana mereka sandarkan segalanya kepada Allah SWT lalu Allah datangkan pertolongan dan kemenangan yang dekat.

Tiliklah hati kita supaya kita tidak menjadi penjual ubat, pandai berkata-kata lalu orang ramai mengerumuninya dan membeli ubatnya. Apabila pulang kerumah dilihatnya botol itu kosong. Inilah gambaran da'ie yang bercakap dengan lisannya tidak dengan hatinya. Kata-katanya tidak memiliki roh yang akan menyalurkan kekuatan kepada orang yang dididiknya untuk melakukan perubahan dan menuju kebenaran.

Perjalanan kita masih jauh, halangannya terlalu banyak, simpang siurnya tidak menentu dan musuh-musuh sentiasa mengintai pergerakan kita...maka berbekallah kita dengan sebaik-baik bekal dan berhentilah di hentian-hentian muhasabah supaya kita dapat memulihkan tenaga dan meluruskan perjalanan kita hingga kita benar-benar sampai kedestinasinya.

asif jiddan kalau tulisan ini agak keras....keras kerana saya tujukannya pada diri saya sendiri dengan harapan untuk dikongsi bersama mereka yang telah bekerja mencari keredhaanNya. Keras...tetapi inilah hakikatnya. salafussoleh disaat-saat kematian mereka menangis. Lalu dtanya orang kepadanya "kenapa kamu menangis, bukankah kamu seorang yang soleh, banyak amalan dan taat kepada Allah" Lalu jawabnya "Ya...tetapi bagaimana saya tahu adakah ianya diterima oleh Allah".

Apa lagi yang menghalang kita untuk berhenti seketika untuk kita muhasabah diri. Adakah segala yang kita lakukan semuanya untuk dan kerana Allah SWT. Betulkah?

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali"
[Hud : 88]


*pesanan kepada diri sendiri..ohh..

No comments: