Tuesday, October 27, 2009

Adakah anda seorang yang Berani?

Seorang yang berani, sentiasa bersedia melakukan sesuatu yang penting bagi kecemerlangan hidupnya,
meskipun dia belum berpengalaman
meskipun dia tidak memiliki wang untuk itu
meskipun banyak orang meragukan akan hasilnya
meskipun telah banyak orang gagal dalam upaya yang sama
meskipun sama sekali tidak ada jaminan
meskipun sebetulnya dia sangat ketakutan
dan meskipun lebih mungkin baginya untuk gagal.

Anda tidak bisa membina kehidupan yang luar biasa dengan keberanian yang biasa.
Kerana keberanian adalah sebuah kualiti yang boleh memaksimakan.

Jika anda berani, anda akan memaksimakan kebesaran dan ketinggian dari yang ingin anda capai.
Yang selain itu, adalah pembatasan kebebasan hati.

Jika anda berani, anda akan memaksimakan upaya anda untuk mencapai yang anda inginkan.
Yang selain itu, adalah pembatasan kesediaan bekerja.

Jika anda berani, anda akan memaksimakan tanggungjawab yang anda pikul.
Yang selain itu, adalah pembatasan potensi.

Jika anda berani, anda akan memaksimakan ukuran dan nilai dari sumbangan anda.
Yang selain itu, adalah pengkerdilan hak untuk menerima.

Jika anda berani, anda akan memaksimakan peranan yang anda minta dari Tuhan.
Yang selain itu, adalah pengecewaan tujuan hidup anda.

1 comment:

dhyh said...

alhmdulillah, thank you.. =)