Saturday, August 4, 2007

Hamdan Lillah..

Ketika aku memotong kuku kakiku bersempena dengan hari Jumaat..aku terfikir, akan begitu hebat Allah SWT kerana dengan tumbuhnya kuku aku ini, maka ada berlambak-lambak syarikat yang membuat alat pemotong kuku..yang mana menjadi sumber rezeki kepada pekerja-pekerjanya sehinggakan ada yang boleh beli rumah besar hanya dengan asbab penumbuhan kuku..oh..hebatnya Allah - hamdan lillah...

Dengan ada kaki juga nun di sana ada berlambak-lambak kilang stoking, kilang kasut, kilang selipar, kilang tali kasut bla bla bla, yang mana menjadi sumber pencarian yang halal kepada pekerja-pekerjanya sehingga boleh menampung perbelajaan anak-anak sekolah, dan boleh menyimpan duit di tabung haji sehingga pergi haji berkali-kali – hamdan lillah..

Kak Huda, geng ta’lim aku yang pernah keluar ikut suaminya ke India bercerita,kat sana kalau di kali lima, ada kedai-kedai yang repair selipar..satu sumber pendapatan dengan asbab kaki…Cuba bayangkan jika kuku kakiku dan kuku kaki ko berada dalam keadaan konsten seperti bulu kening… dah tentu telah luput beberapa sumber pendapatan yang besar untuk ekonomi Negara..oh..hebatnya Allah - hamdan lillah

Alangkah hebatnya Allah…benarlah bahawa Allahlah yang bagi rezeki kepadamu daripada sumber yang tidak kamu sangka-sangka…cuba ko tengok pulak pada nyamuk..makhluk kecil itu..apakah sumbangannya pada ekonomi dunia..nun, ada besar giler kilang ubat nyamuk, ubat nyamuk liquid, letrik, kelambu dan seribu sebelas ratus lagi yang mana dengan adanya makhluk nyamuk ni, berjuta-juta penduduk dunia ni boleh cari makan…oh..kepada Allah aku memuji..hamdan lillah..

Sebenarnya, Allah telah memerintahkan setiap makhluk ini memujiNYA..dan Allah sendiri Memuji diriNYA sendiri..

Setiap malaikat hidup dengan memuji Allah, setiap binatang, pokok, tumbuh-tumbuhan sedang memuji Allah..jika mereka tidak memuji Allah, mereka akan mati serta merta..macam nyamuk yang sedang hisap darah ko, tiba-tiba ko tampar nyamuk tu..tapi eh..eh..masih elok terbang, kenapa? kerana nyamuk itu sedang memuji Allah..mana-mana nyamuk yang mati bila ko tampar tu adalah nyamuk yang khusyuk hisap darah ko sampai lupa memuji Allah, maka matilah dia…oh..

Akan tetapi manusia ni dia ada special sikit, yang mana, jika ko tak memuji Allah, ko tak mati terus..malah selamba badak jer hidup? kenapa? kerana nyamuk dan makhluk lain diorang mati jadi bangkai dan habis gitu jer hidup mereka menjadi protein kepada kehidupan makhluk yang lain..tapi manusia, lambat laun di akhirat nanti akan di soal setiap masa yang telah dilalui dalam hidup dan di tanya tentang masa yang tidak di gunakan untuk berzikir..oh..

Ingat..

- setiap apa dalam dunia ini dikutuk Allah kecuali zikirullah…

- Orang yang sentiasa berzikir akan masuk syurga dengan terseyum-senyum.

- Orang yang berzikir hidup di sisi Allah, orang yang lalai dari berzikir adalah mati di sisi Allah..

- Semua orang yang dah mati berada dalam keadaan menyesal, hinggakan apabila mereka masuk syurga kelak..mereka juga menyesal dengan waktu yang tidak di habiskan dengan berzikir..

Eh, orang masuk syurga pun menyesal gak..? Ya, satu cerita yang aku pernah baca dari kitab fadhail amal (dalam bab fadhilat zikir) : seorang penghuni syurga sedang beristirehat dalam syurganya..tiba-tiba syurganya berubah warna kepada lebih cantik lagi…ia hairan lalu bertanya kepada malaikat..apakah gerangan yang membuatkan syurganya berubah wajah?..

jawab malaikat : Oh..ini adalah kerana satu titik peluh ahli syurga di atas telah jatuh ke syurgamu..

Dahsyat..satu titik peluhnya sahaja telah merubah syurgaku menjadi indah..?apakah amalan ahli syurga di atas yang melebihi amalanku..?

Jawab malaikat: dia hanya lebih satu tasbih berbanding kamu…. Lalu timbul penyesalan pada ahli syurga..

ahli syurga menyesal pada waktu-waktu yang berlalu tanpa zikirullah….oh….terkena tepat pada batang hidung aku..isk isk isk...

Ustaz aku bagi tahu, maksud berzikir adalah sentiasa ingat pada Allah, pada perintah dan larangan Allah dalam apa jua keadaan pun, masa berdiri, duduk hatta berbaring..itulah zikir yang sempurna…

lalu ustaz tu baca ayat al-Quran yang bermaksud :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalau berkata 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"

[ Ali Imran: 190-191 ]

Nabi SAW mahfum lebih kurang maksud, akan binasalah orang yang selepas baca ayat ini tapi tidak mengambil iktibar daripadanya..

Lidah ini begitu berat nak puji Allah, tapi begitu mudah memuji makhluk..

- wah wah..wah....bestler tengok cerita Harry Potter…pandai betul pengarah tu..

- wah..wah....cantiknya muka engkau, pandai kau bersolek…

- wah..wah....besarnya rumah engkau, banyaknya duit engkau..

- wah wah wah..hensemnya boifren kau, share boleh? Harta Tuhan tu..ha ha ha...

A.K.A.N.T.E.T.A.P.I

bagaimana dengan Allah yang tolong ko hari-hari, berapa kali ko puji DIA yang PALING LAYAK di PUJI?

Hari-hari Allah bagi ko makan, bagi udara, bagi mata, tangan, bulu kening, kuku,gigi, cukup sifat, cukup segala-galanya..sapa yang nak puji Allah…oh… dah tu dengan tuhan ko banyak mengeluh..Ya Allah, apalah dosa aku di timpa kejadian sebegini? huh, boleh pulak ko tanya apa dosa ko….dosa ko adalah tidak memuji Allah..oh..aku lah tu..ohh..

seorag sahabat bernama Hanzalah r.a bagitahu pada Nabi SAW yang dia rasa, dia ni munafik, maka Nabi SAW bagitahu lebih kurang maksud supaya perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyakkan ucapan Tauhid..inilah yang di maksudkan dengan zikrullah..yang mana ko pergi jalan-jalan jumpa kawan lalu bercerita dan memuji akan kehebatan Alah…

Tapi sayang sungguh ummat hari ini, lebih-lebih lagi aku..begitu berat untuk memuji Allah..ohhh..

Berzikir disini bukan bermaksud hanya dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir…zikurullah adalah bermaksud, ko buat hubungan dengan Allah dalam apa jua keadaan, termasuklah dalam perbualan seharian ko..

Jadi secara kesimpulannya zikir itu bolehlah di bahagi kepada empat:

1 - Tasbihat
(tahlil, tahmid, takbir, bertasbih pagi dan petang)

2 - Membaca Al-Quran
(Khatam 2 kali setahun sekurang-kurangnya)

3 - Berdoa
(termasuk doa-doa masnun, sebelum dan selepas)

4 - Menghadiri majlis
(Ceramah, berbual-bual, taklim, muzakarah, dll)

Wallahu’alam..

Ps : untuk memudahkan pemotongan kuku di jalankan, sila basuh kaki terlebih dahulu agar kuku menjadi lembut…untuk makluman, flow rate kuku kaki adalah tidak sama dengan flowrate kuku tangan…ha ha ha..

pss : dan *KO* tu bermaksud aku - harap maklum!

No comments: