Friday, August 3, 2007

Takut ? Part II

“Apa?matahari nak meletup 50 billilon tahun lagi?! Ohhh…Takutnya...apa aku nak buat dalam 50 biliion tahun lagi takutnya …ohhh..”

“Telah pasti datang ketetapan Allah,maka janganlah kamu meminta agar disegerakan”

[ Surah An Nahl : 1 ]

Kalau ko tengok dalam buku "La Tahzan" karangan Sheikh Aidh Al Qarni dia mengatakan bahawa kita tak sepatutnya menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara untuk hari esok. Aku rasa kalau artikel ni dibaca oleh stok-stok student analisis yang amik intro to future economic (ntah wujud ke tidak mende ni) sure mengelupur punya sebab mestilah diorang kata kita mesti plan hidup untuk future kita dan bangsa kita demi kemaslahatan umat. We must be prepared or the technology for tomorrow is here ...wah wah wah..suci murni nye cita-cita tuh..

T.E.T.A.P.I…arakian..

kebanyakan manusia termakan dengan ramalan ramalan yang kadang kadang aku rasa tak masuk akal pun. Contohnya paling klasik adalah pasal minyak. Dulu sibuk satu dunia kata minyak nak abis. Sampai satu tahap ada satu negara tu serang negara lain untuk dapat minyak. Sebab apa? Sebab economically takutlah tu...Walaupun sebenarnya orang tak tahu bahawa sekarang ni technology determines the value of a physical resource and how large a supply of it actually exist – sila rujuk Paul Zane Pilzer - theory of alchemy. So the traditional way of intrepreting the future dah takleh pakai dah zaman sekarang.

Aku rasa sebab utama kita buat benda benda ni adalah kerana kita rasa dunia ni adalah tempat tinggal kita selamanya. ..Aku cinta dunia...rumah aku selamanya kat sini.Rumah kat akhirat belum nampak lagi..so tak payah fikir sangat..atau dilanda wabak penyakit WAHAN..ohhh..

Sebenarnya kadang kadang kita tak perlu concern sangat pasal benda tu semua. Orang kata biarlah benda tu datang sendiri kat depan pintu rumah kita pastu baru deal with it. Cuba tanya diri kita apa yang kita selalu bimbang? Ala macam mana ni takde sapa nak kawin ngan aku...ala macam mana ni aku tak dapat kerja lagi..tu contohlah. Bak kata sheikh Al Qarni tu..”jangan memetik buah yang belum masak jangan pulak mengeluarkan kandungan dari rahim ibu..”

Aku tahu ramai budak stok-stok penganalisis tengah tak puas hati apa yang aku tulis ni. So jangan baca sebab apa yang aku nak tulis lepas lagi menyakitkan hati ..ha ha ha!

Tulul amal atau Panjang angan-angan. Apa kebende tu...Keep on reading.. Anthony Robbin, iaitu seorang ahl-e motivasi cakap..ramai gila babi orang suffer dengan fear. As what he said, the goal for us in life requires the fear of failure dan sebagainya. Dia kata fear is simply the anticipation that something that is going to happen soon needs to be prepared for. Haaaa….kalau kita ni banyak sangat angan-angan...ohhh..aku nak buat ini …ohhh..aku nak buat itu..mostly likely kita akan suffer dengan fear problem. So kurangkan angan-angan dalam bab dunia ni sebab benda tu akan mentensionkan kita sebenarnya…betol tak?

Bak kata sheikh tu..if right now we are in idle state ,tak buat kerje pastu berangan-angan memanjang contohnya layan internet…(aik..apesal aku terasa pedas ni..airrr..airrr…) be prepared to be in a state of despair. Ya Allah… aku rasa benda ni betul sebab kalau kita tak sibukkan diri kita..nanti kita macam berangan-angan pastu mulalah pikir yang bukan-bukan..pastu mulalah risau lepas tu tension...lepas tu gila..lepas tu…lepas tu..ohhh…

Tapi aku perasan kan kan kan ramalan-ramalan yang dibuat oleh para penganalisis semuanya benda tak best, tak syok and very discouraging..maksud aku tak penah pun diorang kata benda yang mengembirakan.Contohnya tak penah orang kata dalam masa 15 tahun lagi dunia akan menjadi hijau semula ke...wuih?

“Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadanya”

[ Al Baqarah : 268 ]

Ayat diatas tu menerangkan dua sikap manusia terhadap future dan apa akibatnya. Simply put..kalau kita pikirkan pasal future of dunia..maka syor sang syaitan akan bubuh dalam diri kita perasan takut..takutlah jadi miskin, takut bos marah, takut kawan kecik ati, takut antu, bla bla bla…dan akhirnya tu yang jadi merebaknya penyakit wahan..isk isk isk…tapi kalau kita pikir panjang pasal akhirat Allah, still kita rasa takut..but then takut tu ada pengharapan dan keampunan. Takut yang baguslah senang crita…hmmm…

Ingat …ketakutan terjadi sebab kita tak bersedia. So kalau ko takut dunia ko akan prepared AKAN TETAPI ko akan tetap tension berpanjangan selagi ko tak mati..isk isk isk..…Tapi kalau ko takut akhirat, insyaAllah ko akan prepare tapi ada perasaan good anticipation from Allah…percayalah..

Ps : takut dunia = tension, takut akhirat = insyaAllah keampunan

No comments: