namun pada hari ini, aku teringin nak bercerita tentang puasa kepada sahabat-sahabatku yang sudi baca blog aku ni..aku takkan tulis tentang details mengenai puasa dan hokum hakam nya..(sila carik ustaz..aku bukan pakar ugama..ha ha ha..) cuma nya di kesempatan ini aku suka untuk membebel macam "mak nenek" kepada kawanku E yang belum lagi nak masuk Islam..cuma berhajat je nak masuk Islam..tentang puasa secara ringkas..buat sahabatku E, kalau ko nak tau secara lanjut, sila rujuk ustaz berhampiran, aku boleh rekemen kat ko nak rujuk di mana..ha ha ha..
Jadi kepada mereka yang baru masuk islam beberapa hari yang lepas, atau yang belum pernah berpuasa lagi, atau baru masuk islam tahun ni.., atau sapa sapalah, yang bakal masuk Islam pun boleh baca…! insyaAllah!!
Sebelum itu perlu aku bagitahu akan teknik untuk belajar ugama..
Dalam apa-apa ilmu ugama yang korang nak belajar, korang mestilah belajar dan faham betul betul tiga perkara ini iaitu:
- MAKSUD
- KELEBIHAN
- BAGAIMANA NAK DAPAT
Jadi tentang puasa, marilah kita belajar lebih kurang dari aku yang perasan bijak ni (ohhh..) insyaAllah…jadi wahai sahabatku sekalian, kita pecah-kecilkan bab pengertian puasa ini kepada tiga bahagian..iaitu
- APA MAKSUD PUASA?
- APA KELEBIHAN PUASA?
- BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?
BAB SATU : APA MAKSUD PUASA?
aku pernah bertanya kepada Kadiron tentang apa maksud puasa...berikut adalah intipati perbualan aku dengannya :
Aku kata : Ko tau apa maksud puasa?
Kadiron kata : Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga…
Aku kata : Tak puasa pun boleh menahan lapar dan dahaga…macam orang sakit, orang kerja kuat pun lapar dan dahaga jugak…
Kadiron kata : Maksud puasa adalah tidak makan dan minum dari subuh hinggalah time maghrib..
Aku kata : Itu bukan maksud..itu cara nak berpuasa, aku tanya maksud puasa…
Kadiron kata : Maksud puasa adalah mencari keredaan Allah..
Aku kata : Memanglah mencari keredaan Allah, solat pun camtu jugak termasuklah ibadat lain, semuanya cari keredaan Allah..aku tanya maksud puasa ini, untuk apa?
Kadiron kata : Maksud puasa adalah menghayati mangsa kebuluran dan kemiskinan di serata dunia..
Aku kata :
Kadiron kata : Maksud puasa adalah memberi rehat kepada perut setelah penat setahun bekerja…badan jadi sihat bla bla bla...
Aku kata : Oh, camtu ke? Ibadat lain pun untuk kesihatan jugak…tak payahlah nak cerita pasal kesihatan..ini bukan halaman klinik..ha ha ha...
Kadiron kata : Aku tak tahu apa yang kau nak bagitahu ni, aku baru 4 hari masuk islam..
Aku kata:
he he he, maafkan aku, tak perasan pulak yang kau baru 4 hari masuk islam..biarlah aku cerita straight to the point…(saya perasan pandai dan bijak..ohhh..)
Maksud PUASA adalah...Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kadiron tanya : Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..?
Aku kata : Ya, bawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..sebab tulah orang yang puasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum dan puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat yang mana:
- Mata tak boleh tengok maksiat..
- Telinga tak boleh dengar maksiat..
- Mulut tak boleh cakap maksiat..
- Otak tak boleh fikir maksiat..
- Tangan tak boleh buat maksiat..
- Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
- hati tak boleh cinta maksiat..
Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca Al-Quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat...
Sehinggakan pasangan kita yang halal itu di haramkan bersetubuh dengan mereka pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu syahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan dan ditundukkan..!!
tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA Mengetahui maka Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…faham?
BAB DUA : APA KELEBIHAN PUASA?
“Wahai korang semua, tak lama lagi dah start puasa, siang korang memang wajib berpusa, tak puasa tanpa keuzuran yang dibenarkan berdosa tau.. dan malam kena usaha sedaya upaya untuk solat tarawikh, lantaklah nak buat beberapa rakaat pun, yang penting kita buat supaya Allah suka kat kita..memang best bulan posa ni, sebab amalan sunnat di beri pahala macam amalan fardu dan amalan fardu di gandakan 70 kali ganda..
Bulan puasa juga di kenali dengan bulan "sabar" dah hadiah sabar adalah syurga insyaAllah...lepas tu pulak, jika kita bagi makan kat orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa orang itu sedikitpun..lantaklah nak bagi makan apa-apapun tapi biasa orang bagi kurmalah, murah dan senang diselenggarakan..
BAB TIGA : BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?
Untuk pengetahuan korang, ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu :
- Berpuasa
- Beriktikaf dalam masjid
Berbalik kepada iktikaf, memang satu suruhan Allah dan harapan Nabi sendiri agar seluruh ummatnya yang lelaki agar pada bulan puasa ini banyakkan iktikaf…
Apa itu iktikaf?
Iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah, juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu beri tumpuan kepada perkara yang menyukakan Allah...dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan..best bukan?
Berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..maka bila beriktikaf dalam masjid lama-lama bersama sama dengan malaikat, sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita insyaAllah..
Kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat, berangan kosong, tengok TV, baca majalah hiburan/sukan bercakap perkara sia-sia, layan internet (aik..apasal aku terasa pedas ni..isk isk isk...)bla bla bla...(sila tambah sendiri!)
DAN..untuk dapat hakikat puasa maka kita kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa, tak kisah la dirumah ke, pejabat ke, ladang ke, dalam lif ke, di pusat beli belah ke...kena bawa sifat beriktikaf ini, ke mana sahaja korang berada, maka sifat ketaatan malaikat akan datang dalam diri korang dan aku...dan INILAH HAKIKAT PUASA..
Dan untuk menambahkan lagi hakikat berpuasa, kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri beriktikaf 30 hari penuh di bulan Ramadhan dan memerintahkan sahabat beriktikaf bersama baginda pada 10 hari terakhir Ramadhan..
sebagai tambahan…
OK, bila tiba time nak bukak puasa pulak, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara.. sebab waktu nak berbuka puasa doa sangat makbul dan Nabi SAW suruh doa DUA perkara ni..iaitu:
- Mintak mudah untuk masuk syurga
- Mintak jauh dari dimasukkan ke neraka..
dan masa berpuasa di siang hari, zikir yang paling baik adalah Kalimah Toyyibah dan istighfar..kena buat banyak banyak time puasa..
Aku ulangi:
- Perbanyakkan kalimah Toyyibah (dakwah)
- Perbanyakkan istighfar…
sebagai penutup, selamat datang ke "Wilayah Ramadhan" aku ucapkan buat semua...terutamanya untuk kau ye Kadiron..dan selamat mencari hakikat puasa buat semua sahabatku..Ramadhan Kareem..Allahu akram wallahu akram..
Ps : bergembiralah orang yang bertakwa dan terpilih untuk mengadap Ilahi pada bulan puasa…dan menderitalah orang yang berlalu bulan Ramadhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..Ya Allah, tolonglah kami..
No comments:
Post a Comment