Friday, August 10, 2007

Sesal Si Kadiron..

ada satu cerita...

ada sorang lelaki bernama Kadiron...seperti manusia-manusia lain, Kadiron ni sedang dalam perjalanannya menuju ke negeri akhirat...oleh kerana dia seorang muslim yang alim lagi banyak beramal soleh maka jalan yang dilaluinya sangat cantik dan mudah...tiba-tiba...oh..dia terjatuh dalam perjalannya...arakian tetapi dia ternampak seorang awek cun gila hingga si Kadiron tak sedar bahawa dia baru jatuh...

lalu si awek itu membawanya menuju ke negeri akhirat...tetapi jalan yang dilalui oleh awek itu sangat buruk, busuk dan beronak dan berduri...akan tetapi Kadiron tetap mengikuti awek itu walaupun badannya habis calar balar ...namun semua itu tidak dirasai oleh Kadiron kerana lalai dengan keseronokan bersama gadis cun itu...

akhirnya mereka pun sampai ke negeri akhirat...masa tu baru Kadiron merasai kesakitan akibat terjatuh dalam perjalanannya...baru dia sadar badannya calar balar, busuk dan luka-luka di badannya sudah bernanah...dia malu untuk menghadap Raja Pemilik Negeri Akhirat itu dalam keadaan sedemikian...

lalu menangislah si Kadiron...oh kalaulah aku tidak tergoda dengan gadis itu...kalaulah aku tidak ikut jalan yang dibawa gadis itu...nescaya aku tidak sampai ke negeri ini dalam keadaan begini....

sebenarnya aku takleh abiskan cerita tu...ke mana destinasi terakhir Kadiron semuanya urusan Allah... pernah satu orang alim cakap...dia ada bagitau satu hadith yang maksud dia lebih kurang camni :

tiada seorang pun yang akan masuk syurga kerana amalannya.. lalu sahabat bertanya - hatta engkau pun ya Rasulallah?...maka Nabi SAW menjawab ya hatta aku, melainkan sesiapa yang Allah limpahkan rahmat ke atasnya...

so urusan masuk syurga / neraka adalah urusan Allah...tapi Allah Maha Adil dan tidak memungkiri janji...dia takkan mensia-siakan hambanya yang beramal soleh...ko MUNGKIN cuma boleh agak ke mana destinasi akhir Kadiron...tapi for sure... we don’t really know...(sebab tu ko takleh berlagak yang ko ni akan masuk syurga semata-mata kerana ko banyak buat amalan...faham?)

kerana bukan hanya dengan amalan ko, tapi rahmat Allah juga sangat penting untuk melayakkan ko masuk syurgaNya...buat amalan baik beribu-ribu tahun pun kalau Allah kata tak layak masuk syurga tetap takleh masuk kan, apa kes?

sebab tu kena selalu pohon rahmat dari Allah.. masuk syurga bukan dengan amalan ko..isk..isk..tapi dengan rahmat Allah..

ko tau tak, antara azab yang dahsyat di hari akhirat adalah…menyesal…ko pernah menyesal bukan? Apa rasanya..pedih? sakit? azab?

Biasa orang menyesal hingga menggigit kuku sampai berdarah..ni kira menyesal tahap gila babi lah nie..dan paling dahsyat menyesal..hingga sanggup membunuh diri…kasihan..tapi itu baru menyesal di dunia..belum lagi menyesal yang paling dahsyat iaitu menyesal pada hari akhirat..

alangkan orang yang dah masuk syurga pun menyesal..

Eh, orang masuk syurga pun menyesal gak..? Ya, satu cerita yang aku pernah baca dari kitab fadhail amal (dalam bab fadhilat zikir) : seorang penghuni syurga sedang beristirehat dalam syurganya..tiba-tiba syurganya berubah warna kepada lebih cantik lagi…ia hairan lalu bertanya kepada malaikat..apakah gerangan yang membuatkan syurganya berubah wajah?..

jawab malaikat : Oh..ini adalah kerana satu titik peluh ahli syurga di atas telah jatuh ke syurgamu..

Dahsyat..satu titik peluhnya sahaja telah merubah syurgaku menjadi indah..?apakah amalan ahli syurga di atas yang melebihi amalanku..?

Jawab malaikat: dia hanya lebih satu tasbih berbanding kamu…. Lalu timbul penyesalan pada ahli syurga..

ahli syurga menyesal pada waktu-waktu yang berlalu tanpa zikirullah….oh….terkena tepat pada batang hidung aku..isk isk isk...

kalau ahli syurga pun ada penyesalan, apatah lagi ahli neraka, bagaimana pulak menyesal ahli neraka?

Ni nak kena nangis dulu…

……………

………

…..

Isk..isk…sob..sob..uhuk..uhuk..

Ahli neraka menyesal hingga menggit jari jemari sampai putus-putus…ahli neraka menyesal hingga mengoyakkan kulit mukanya sampai ke tulang…ahli neraka menyesal hingga di pecahkan matanya..hingga air mata darah..membajiri mereka…

jangan ketawa jika melihat aku menangis..jangan hina dengan orang yang menangis kerana takutkan api neraka…neraka bukan tempat main-main..!!!

(Ya Allah.. sedangkan kat dunia ni hamba Mu selalu menangis bukan kerna takut azab, tapi tengok crita hindustan...isk isk isk)

Memang benar orang Islam masuk syurga akhirnya..tapi dengan neraka jangan main main..jangan main-main dengan Azab Allah..!!!

Ko tahu berapakah kadar kedalaman lubang neraka?

sekiranya seorang bayi di campakkan ke dalam neraka…dengan izin Allah, bayi itu membesar tanpa makan dan minum mengikut kadar manusia biasa… hinggalah bayi itu membesar sampai menjadi tua bangka..belum lagi jatuh kedasar neraka…!!!

Ada kisah mengatakan walaupun lubang neraka tu dalam, masih ada yang sanggup panjat dan berjaya sampai ke puncak…tapi bila nak keluar dari pintu neraka, meraka berjumpa pulak dengan malaikat Malik selaku penjaga neraka..dilihatnya wajah malaikat Malik adalah lebih azab dari api neraka itu sendiri..lalu mereka terjun kembali ke dalam neraka…

Kemudian, meraka mulai meraung, menjerit dan menangis..
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka..

40 ribu tahun kemudian baru Allah jawab.
“ Apa korang nak?”
“Keluarkanlah kami kedunia walaupun sesaat…kami nak buat amal kebajikan..”

Allah tak layan permohonan mahupun rayuan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun..“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”

Allah berfirman : (lebih kurang maksud)
“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal.mereka gigit lengan mereka...mereka derita..mereka mahu mati, mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka.. mereka tidak mahu wujud..mereka ingin sangat mati..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…

Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yang amat..maha sakit…mereka merayu dan terus merayu..”Ya Allah selamatkan lah kami dari azab api nerakaMu…..”

Aku nak tanya...

Adakah ko mahu menangis di sana?

Adakah ko mahu menyesal di sana…?

(no komen, sila soal hati ko sendirik..isk isk isk..)

the thing that matters is bagaimana ko berakhir..dan sesungguhnya bagaimana ko berakhir di pengaruhi bagaimana ko bermula..oh..

INGAT!!!penyesalan terbesar dalam hidup di dunia dan di akhirat adalah dimulai dari awal yang salah…

ps : masih sempat untuk ko bermula selagi hidup ko masih belum berakhir kerana apabila kehidupan ko sebagai manusia berakhir, maka bermulalah hidup ko yang baru di alam satu lagi…iaitu hidup yang sebenar yang memang tidak akan berakhir lagi…

No comments: