Saturday, August 11, 2007

Sedap Apa Makan Daging?

(sanggupkah kamu makan lauk ini?)

Hari ni aku nak cerita pasal satu lauk yang amatlah tidak sedap, namun menjadi kegemaran ramai dari dulu hinggalah sekarang..mesti korang tertanya-tanya, lauk apa ye yang jadi kegemaran dulu sampai sekarang walaupun tidak sedap?(kata urang serawak – sik nyaman alu!)

"megi"..... salah, megi pun sedap bila budget lari..ha ha ha..sila rujuk pelajar IPT di hujung bulan

"sardin"... salah, sardin pun sedap bila kena cara memasaknya..

"cekodok”.. salah, cekodok yang mak aku buat sedap apa..

dan jawapannya ialah....

DAGING SAUDARAMU SENDIRI..

"mana pernah aku makan daging orang..daging ayam ke, lembu ke, ada lah..."

"eii..jijik la aku nak makan daging orang..hapekejadah nak makan daging orang?"

benarkah ko semua tak penah makan daging saudara ko sendiri?benarkah?benarkah?
cuba check betul-betul...(aik..apasal aku terasa pedas sangat ni..airrr..airrr..)

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengjing sebahagian yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudara kamu yang sudah mati? Maka tentulah kamu akan berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang"
[Al-Hujurat : 12]

so..sila post mortem diri ko sekali lagi... adakah ko tergolong dalam golongan kannibal yang makan daging orang ini?iaitu golongan yang melakukan 'ghibah', iaitu berkata-kata sesuatu yang tidak elok di belakang saudara ko..

"ek elehh..aku tak buat cerita..memang betul dia buat , ko tak caya tanya kadiron..”
weh, adakah ko sedar, walaupun benda itu benar, tapi selagi ia memburukkan orang itu di belakangnya, maka ia dikira umpatan (ghibah)..isk isk isk..

dan sila periksa lagi..dah berapa ramai orang yang dagingnya yang ko dah makan hari ini..

dan sila belek mulut ko, adakah ada daging-daging yang masih melekat, hasil 'makanan free yang tidak diundang daripada umpatan' ko hari ini...

dan sila tanya diri ko sendiri, adakah ini akan menjadi makanan ruji ko untuk hari ini, esok, dan hari-hari yang seterusnya yang seterusnya..(no comment!)

apa kata sama-samalah ko dan aku sekali..(terutamanya aku!) menghindari makanan tak bergizi yang buleh menghumban neraka ini..(na'uzubillah!)

Ps : kalo ko nak mengumpat pun, umpatlah aku..kerana sekurang-kurangnya pahala tu aku yang ambik..buku amalanku masih lagi tipis..kurang-kurang bila ko umpat aku dapat jugak aku pahala free..”free” apa!..ha ha ha…kepada mereka yang cakap aku gemok..

“HOI..!! KAU EJEK AKU GEMOK..NANTI KAT AKHIRAT, KAU KENA MAKAN DAGING AKU TAU!!! BANYAK PULAK TU..BOLEH HABIS KE? HA HA HA!!!

(ketawa sehingga air mata mengalir ke pipi..)

No comments: