Monday, August 27, 2007

Krisis Ukhuwwah?

(KORANG dalam entry bermaksud AKU SENDIRI - HARAP MAKLUM!)


Entri kali ini merupakan respons kepada kawan-kawan yang dekat dengan aku yang kadang kala mengalami krisis ukhuwwah(uweeekk... aku muntah? Kenapa...? tunggu hingga ke akhir entry)

Aku dah bosan dengar mainan kata-kata korang semua yang sejibik macam dialog Awie dan Erra dalam filem 'Di Mana Joe Jambul'(aku perasan bagus, tak tengok filem..ha ha ha...)

Dengar sini baik-baik kawan-kawan..(sahabat?)

Kawan-kawan,

Ukhuwwah bukan perkara main-main. Ukhuwwah lah yang menjayakan Islam ketika zaman Rasulullah SAW. Ukhuwwah lah yang membuatkan Ikhwanul muslimin menjadi gerakan yang digeruni satu ketika dahulu di Mesir. Ukhuwwah lah yang menjamin survival jemaah-jemaah di seluruh dunia, nyatakan apa sahaja, jemaah ikhwan, jemaah haji, jemaah tabligh, jemaah masjid Assyakirin atau jemaah surau At-Taqwa, RPR Sebiew, Bintulu!(lawak ke?)

Aku kali ini nak berleter tentang ukhuwwah korang semua..sila dengar baik-baik...(aku perasan bagus...ohhh..)

Kawan-kawan,

Ingatkah korang sirah hijrah Nabi SAW ketika mereka bersembunyi di gua(aku lupa nama dia! Ingatkan aku!!!!). Abu Bakar RA, sayangkan Nabi SAW sehingga sanggup menahan sakit dipatuk binatang berbisa yang keluar dari lubang di gua tersebut! Menangis Abu Bakar RA menahan kesakitan namun dia tetap menahannya kerana tidak mahu Nabi SAW terjaga dari tidur yang mana ketika itu sedang tidur di ribaannya!!! Hinggakan jatuh air mata Abu Bakar RA ke atas Nabi SAW...barulah baginda terjaga dan mendoakan Abu Bakar...ohhh..

Dan ingatkah lagi korang ketika peristiwa hijrah, Abu Bakar RA berjalan beralih-alih tempat sepanjang perjalanan demi memastikan keselamatan Nabi SAW dari setiap sudut!

Ingatkah kroang ketika perang di Yarmuk, sahabat-sahabat meninggal dunia kehausan kesemuanya kerana tidak sanggup melihat sahabat lain dahaga ketika nazak!(korang tau cerita ini bukan?!!)

Ingatkah korang ketika perang Uhud, sahabat mengelilingi Nabi SAW demi melindunginya tanpa memikirkan keselamatan diri langsung!

Kawan-kawan, apakah ukhuwwah bagi korang? Adakah ukhuwwah yang korang harapkan ialah orang berkorban demi korang atas dasar ukhuwwah?? Adakah korang mahu sentiasa selesa atas pengorbanan sahabat? Adakah korang berharap sahabat menerima korang dengan kelemahan korang dan berlapang dada dengan korang sedangkan korang tidak mahu menghormati dan meraikan mereka? Adakah ukhuwwah yang korang mahu ialah ukhuwwah yang membawa ’comfort zone’ kepada korang?

Kalau camtu toksah bercakap tentang ukhuwwah...(sedih ni..sob sob sob...)

Ukhuwwah bukan pada kata-kata(ana anti anta ana....sambung sendiri la.....) Ukhuwwah bukan sambutan hari lahir..ukhuwwah bukan pada status YM dan Friendster. Itu semua penting. Tetapi jangan sesekali kita melupakan ini : Ukhuwwah ialah apa yang kita sumbang kepada sahabat, bukan apa yang sahabat berikan kepada kita.

Aku dah bosan dengan permainan ukhuwwah plastik korang, jangan bermain kata dengan ukhuwwah, nanti menghina persaudaraan sebenar Islam yang ada pada Rasul dan sahabat...isk isk isk...

Ukhuwwah ialah apabila kita tidak mahu sahabat berada bersama kita ketika kesusahan.! (namun ingat, bila itu berjaya ditanam dalam hati kita, sahabat lah yang akan menemani kita sampai kita mati, memandikan mayat dan menangis di saat kita mati, gembira saat kita berjaya dan menemani kita di alam kubur dengan doa-doa mereka. InsyaAllah, mereka akan berada di sisi liang lahad kita ketika kita mati)

Ukhuwwah sahabat melepasi sempadan kata-kata manis...aku ulang sekali lagi... Ukhuwwah sahabat melepasi sempadan kata-kata manis..jadi, berhenti bercakap dan bermadah, buktikan dengan perbuatan korang..! Ukhuwwah bukan dengan kata-kata manis, ana sayang anti..!(aku pun..ohhh..!)

Dan korang tahu kenapa aku muntah? Kerana aku tak cukup tidur dan aku demam daaa....he he he...

P/s: Mungkin ada yang akan muntah apabila kita semua menyebut ukhuwwah. Biarkan, mereka tak tahu manis nya ukhuwwah....Aku tak pernah kata aku suka korang.... aku memang tak suka semua orang, sebab aku SAYANG semuanya...ha ha ha...kenapa?(sila rujuk hadith ke 13 dari hadith 40...sekian..dan jangan lupa clarify dengan ustaz berhampiran..sekian!)

No comments: