Thursday, November 1, 2007

Burung Apa Part II

(there is a work which everybody must do but somebody thinks that anybody could do it and everybody thinks that somebody is doing it but actually nobody is doing it...)

Apabila 'jenazah' bangun dan terlihat burung lalu bertanya “burung apa?”...sebenarnya inilah dikatakan Islam itu kembali dagang sebab sunnah/cara kehidupan Rasulullah SAW yang cuba dihidupkan kembali di zaman menopause ni membuatkan orang yang mengamalkannya kelihatan 'pelik','tak pernah dibuat orang' dan 'ketinggalan zaman'...senang cerita ramai di kalangan kita ni anggap dakwah adalah fardhu kifayah..orang lain buat aku tak payah..!!

sebab 'alasan' beginilah kerja-kerja agama tertangguh dan masjid jadi kosong...sangat sedikit yang berjemaah kerana masing-masing mengharapkan orang lain yang buat... si A kata si B,si B kata si C...last-last tinggal tok bilal ngan tok imam aje yang solat...apa kata kalau aku syorkan kita lebih bermotivasi sikit...BIAR SAYA BUAT,ORANG LAIN TAK PAYAH...jika setiap orang Islam bersemangat begini barulah masjid penuh dan kerja agama berjalan degann lancar..(kerja dunia tak payah diajak semua dah pakat-pakat tahu apa nak buat..ohhh..)

Bayangkan jika kerja dakwah ni hanya orang-orang tertentu saja yang buat(ulama,ustaz,orang alim) maka apabila mereka meninggal dunia AGAMA AKAN MATI sebab takde pelapis sementelahlah pulak zaman sekarang ni...berapa keratlah sangat yang nak jadi ulama,ustaz...yang banyaknya nak jadi doktor, majistret, lawyer, akauntan, businessman,selebriti bla bla bla…

maka adalah diharapkan apabila orang-orang sebegini terlibat dengan usaha dakwah, insyaAllah agama dapat terpelihara hingga kiamat dengan...sesuai dengan level masing-masing dakwah boleh dijalankan dengan mudah mengikut kemampuan masing-masing (namun masih mengikut tertib)....tapi ini tak bermaksud kita kena tinggalkan terus usaha dunia kita..

apa yang kita perlu buat ialah sila bagi masa untuk ugama (aku pun!)... tak banyak sikit pun jadilah,tak lama sekejap pun tak apelah dengan syarat dibuat berterusan dan bukannya ditinggal terus seperti apa yang berlaku sekarang.

Asbab dakwah yang dibuat oleh sahabat secara istiqamahlah, maka Islam tersebar ke serata alam dan sampai kepada kita hari ini...cuba bayangkan jika sahabat duduk diam-diam kat mekah dan madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW...buat donno aje...sibuk dengan dunia sendiri...agak-agak Islamkah kita hari ini?....bertebarannya para sahabat ke seluruh pelusok dunia telah membawa sinar hidayat ke seluruh alam seperti matahari yang enerangi segenap lapis bumi…isk isk isk..senang cerita perihal pentingnya dakwah tak dapat nak dijelaskan dalam satu ayat/satu mukasurat/dalam satu blog.

cuma suka aku syorkan sesiapa yang berpeluang membaca buku 'Serangan Monggol ke atas Dunia Islam'...disitu anda akan temui jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :

1.kenapa umat Islam diserang dan dibunuh sebegitu dahsyat (lebih dahsyat daripada kes di shatilla dan bosnia) sedangkan pada waktu itu Islam berada ditahap kegemilangan ilmu yang berpusat di Baghdad. Adakah Allah tidak suka dengan pencapaian ilmu umat Islam ketika itu? Begitu banyak khazanah-khazanah ilmu umat Islam hancur menjadi abu akibat dibakar dalam serangan tersebut. Apakah satu perkara yang telah ditinggalkan oleh orang Islam waktu itu?

2.apakah yang telah dilakukan dengan izin Allah oleh beberapa kerat orang Islam yang masih hidup...hinggakan orang monggol yang ganas itu akhirnya memeluk Islam dari generasi ke generasi?

tanpa dakwah agama akan mati...maksud nya agama tidak akan sampai ke generasi seterusnya hingga hari kiamat...tak takutkah kita akan nasib anak,cucu,cicit dan keturunan-keturunan kita seterusnya?apakah agama mereka ketika itu?

Zaman Nabi SAW ada juga sahabat yang pandai bersyair dan menyanyi untuk menghiburkan hati mereka.hello...!!! korang ingat zaman sekarang je orang pandai nyanyi? Tapi mereka tidak tinggalkan kerja dakwah pergi jumpa orang. Sampai masa bila ada sahaja seruan jihad mereka terus pergi. Nabi tak suruh mereka terus menyanyi depan orang ramai, tak payah buat dakwah, tak payah pergi jihad. Kalau hati manusia boleh berubah melalui nyanyian, dah lama nabi suruh para sahabat RA nyanyi depan orang ramai. Begitu juga dengan orang yang pandai menulis atau orang yang sibuk dengan perniagaan..(aik..apasal aku pedas ni…??) Sampai masanya mereka akan keluar berjihad. Nabi tak kata pun, kamu wahai orang yang pandai ekonomi, terus berniaga dan tak payah buat kerja agama kerana perniagaan kamu akan mengembangkan agama, tak payah solat berjemaah, tak payah keluar jihad…pendek kata zaman khairul kurun dulu, semua orang tak kira tua muda, dalam bidang apa sahaja meraka buat dan kuasai, sampai masa mereka akan melakukan kerja agama, faham?

Ada beberapa perkara untuk kita fikir dan renungkan bersama...kalau nak tau sohih ke tak ....rujuklah ustaz sebab aku bukannya pakar ugama..aku hanya bercerita dan tulis pengalaman aku sepanjang hidup aku yang dah tak seberapa lama lagi sisanya ini..ohhh…

1. ilmu penting, dakwah pun penting,kedua-duanya penting...tapi dalam keghairahan kita menuntut ilmu,dakwah jangan diabaikan dan dalam kita berdakwah ilmu jangan ditinggalkan...in fact, seseorang yang berilmu belum tentu beriman (eg:mat salleh) tapi seseorang yang beriman sudah tentu berilmu...dan iman terbina melalui dakwah.

2. dakwah secara ringkasnya/amnya ialah sampaikan/suruh dan mengajak (bukan mengajar) manusia pada Allah...iaitu amar makruf nahi mungkar...dengan mengamalkan perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangannya, macam katakana aku ajak tutup aurat dengan sempurna,larang korang mengumpat etc.

3. tak perlu 'ada/cukup ilmu' untuk buat dakwah...basically bila kita ajak manusia kepada Allah...itulah dakwah....macam contoh seorang isteri yang tak tahu membaca/tak lepas UPSR atau PMR pun tapi bila time solat dia suruh anak lelaki/suaminya pergi solat berjemaah di masjid/surau maka itu dah dikira satu dakwah. Di sini si isteri/orang yang berdakwah bukan mengajar macamana solat berjemaah tetapi mengajak untuk solat berjemaah kerana bila kita nak mengajar kita perlu ada ilmu tapi untuk mengajak orang...budak kecik pun boleh ajak kita ke masjid …ingat Rasulullah SAW juga seorang yang ummi…

4. dakwah bukan khusus kepada orang kafir sahaja tetapi juga pada orang Islam.Untuk orang kafir kita dakwah/ajak kepada Islam tapi untuk orang Islam kita dakwah/ajak untuk amalkan segala perintah Allah.Orang alim bagitau di zaman yang dah nazak sekarang ni dakwah pada orang Islam lebih-lebih lagi patut dibuat kerana umat Islam sekarang dah tak amalkan Islam dalam erti kata sebenarnya hingga menimbulkan fitnah apabila orang kafir melihat cara kehidupan kita..contoh pakai tudung tapi buat maksiat...(korang perhartikan lah sendiri apa yang berlaku di sekeliling korang..ummat semakin derita...ohhh..)

5. dakwah bukan tanggungjawab orang tertentu sahaja seperti golongan ulama dan ustaz tetapi ia adalah tanggungjawab setiap umat nabi SAW yang memegang kalimah tauhid dalam dirinya sebab bila kita tak buat dakwah/saling ingat mengingati, manusia makin lama makin lalai dan lupa ajaran Islam dan bila turun bala...semua orang akan kena tak kira orang soleh ke orang jahil...

6. hasil daripada dakwah yang kita buat dengan cara yang betul (iaitu cara nabi SAW) akan dapat mengislah/perbaiki diri kita dalam mentaati perintah Allah.Orang yang kita dakwah belum tentu jadi baik sebab hidayah ditangan Allah tapi orang yang berdakwah insyaAllah akan jadi baik asbab dakwah yang dia buat tu adalah tarbiyah daripada Allah melalui cara nabi SAW dan mengikut terma dan syarat yang UTAMA iaitu niat kena betul - buat hanya kerana Allah untuk islah diri sendiri.

dengan begitu banyak 'method' berdakwah sekarang ni...cuba kita muhasabah diri sendiri adakah kita semakin baik dari semalam/hari-hari sebelumnya dalam mentaati perintah Allah...berdakwah melalui cara nabi SAW, kita kena jumpa manusia bertentang 4 mata...

jika terkoyak/terbuang/terdeletenya risalah/nasyid/blog dakwah kita dalam tong sampah tak akan sama rasanya sebagaimana terkoyak/terhirisnya hati dan perasaan kita apabila di perli/dicerca/dihina atau dicibir-cibirkan dihadapan muka kita sendiri.

kita mungkin tak tahu pun bahan-bahan dakwah kita dibakulsampahkan sebab kita tak nampak therefore tak de rasa marah.... tapi bila kita dihumiliated depan muka kita sendiri...waktu itulah kita ditarbiyah supaya menahan marah dan bersabar sama seperttmana yang dialami oleh Rasulullah SAW sendiri...isk isk isk...dan sebenarnya banyak pengislahan diri yang akan kita dapat bila kita buat dakwah cara nabi SAW...

Satu cerita untuk renungan sebagai penutup entry aku ni :

Dalam satu kampong, tinggallah hamba Allah bernama SEMUAORANG, SESEORANG, SESIAPA dan TIADASIAPA. Ada tugas yang penting untuk dibuat, dan SEMUAORANG pasti yang SESEORANG yang akan buat. SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA yang membuatnya. SESEORANG amat marah kerana ia merupakan kerja SEMUAORANG. SEMUAORANG ingat SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA sedar bahawa SEMUAORANG tidak ingin membuatnya. Ia berakhir dengan SEMUAORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIADASIAPA buat apa yang SESIAPA saja boleh buat..

Ps : langkah pertama memang susah.. bila dah mula melangkah ketagih la pulak…semoga korang menjadi jenazah yang istiqamah dalam perkara ugama..amiiin..(doakan aku sekali wahai sahabat..isk isk isk..)

3 comments:

chivv said...

zaiti,

lama aku tak bc blog nieh...agk bz dgn masalah yg melanda ^_^

btw, kau ada bc buku Faisal Tehrani, Tuhan Manusia?

if u've read the book, aku nak dgr ulasan kau ttg apa dia kata. in a simple way...

Unknown said...

chiv,

aku tak baca buku tu lagi..rasanya tak de dijual di bintulu kot..nanti aku carikkan

chivv said...

hohohoh~ ko dtg KL? hmm...I just knew abt iy today sbb br on9...welkam to KL... ^_^ kota lumpur... btw, apa polah sitok?