Satu cerita :
Kadiron bekerja disebuah kilang baja. Satu hari Kadiron diarahkan oleh big boss nya untuk melihat sebuah mesin di Jepun. Kadiron perlu menilai sama ada mesin itu sesuai untuk digunakan oleh syarikatnya, dari segi kos, kesesuaian, cuaca, maintenance, dan productivity…bla bla bla..(korang tambah la sendiri..)
Tersangatlah gembiranya Kadiron kerana berpeluang ke Jepun. Khabarnya dia nak singgah ke Disneyland Tokyo. Lepas tu nak berjumpa dengan Doraemaon, Ultraman, dan banyak lagi superhero termasuk watak kesukaannya sekeluarga iaitu Sin-Chan. Bukan apa, setakat nak bergambar dan berautograph jer..
Tiba masa, sehari sebelum sebelum berangkat, Kadiron pun berjumpa dengan boss nya.
Kadiron Tanya,
“ Boss, masa di Jepun nanti boleh tak saya bersiar-siar?”
“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnya.
“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak jumpa Sin Chan, Doraemon dan Ultraman?”
“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnya.
“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak shopping untuk souvenir buat anak-anak dan isteri saya? Nanti saya beli la kat boss jugak.”
“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnya
Tiba di Jepun, lengkap dengan pakaian ala koporat dan beg briefcase ala James Bond, Kadiron melangkah bergaya.
Hari pertama di Jepun, Kadiron sibuk membeli belah. Al maklumlah takut tak sempat. Bukan senang nak datang Jepun free ni..
“Aisehhh!!!! Aku lupa nak tengok mesin tuuu…Boss dah pesan, aku leka dan lalai…Tak sempat dah ni….Dah la itu tujuan utama aku kat Jepun ni….Ohhh..!!!..Harap-harap boss tak marah kat aku….mati la aku kalau tidak……!!”
Namun kedegilan hatinya sempat memujuk..
“Alaaa..boss bukannya satu..carik la kerja lain..tukar boss pulak lepas ni…HAHAHA”, dia tergelak seperti dirasuk syaithonirrajiim…
Begitulah lalainya Kadiron ketika berada di Jepun. Lupa segala perintah bossnya. Ingkar segala arahan bossnya. Benda lain dibuatnya bersungguh-sungguh. Benda yang UTAMA di lupakan dan tidak diendahkan akibat lalai dan bersenang lenang dengan keseronokan berada di Jepun yang sementara itu.
Adakah BOSSnya akan memaafkannya yang sengaja lupa dan lalai?
Apakah yang akan terjadi kepada Kadiron? Kesudahan cerita Kadiron korang rekalah sendirik..but for sure rasanya kita boleh agak apa yang berlaku…hmmm..
Mari kita lihat cerita kita…iaitu cerita ko dan aku..(ko bermaksud aku jugak – harap maklum!)
Allah hantar kita ke bumi untuk beribadat dan menyembah kepadanya.
Dan sebagai ummat Muhammad SAW yang mana diperakui oleh semua anbiya sebagai umat yang paling istimewa, di mana tidak akan masuk syurga ummat lain sebelum ummat Muhammad masuk syurga, kita pun ada tanggungjawab dihantar ke bumi.
Picture this :
Di Alam Roh, kita telah mengakui Allahlah Rabb kita...dan Allah hantar kita ke muka bumi sebagai khalifah…untuk berdakwah. FULL TIME bukan part TIME..sekali lagi di ulang suara..FULL TIME bukan PART TIME..!!
maksud aku, kita ada tanggungjawab lain. We have our specific, individual and community obligations in Deen…kewajipan untuk ugama. KERJA UGAMA. USAHAKAN UGAMA. SEPERTI MANA KITA USAHAKAN KERJA UNTUK DAPAT DUIT, MACAM TU JUGA MALAH LEBIH LAGI KITA KENA KERJA UNTUK UGAMA UNTUK DAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH.
Dan perlu di ingat, bukan semata-mata nak memenuhi keperluan hidup ko..TAPI UNTUK BERIBADAT DAN MENYAMPAIKAN yakni DAKWAH. Tak perlu jadik pandai baru nak dakwah. Jadik pandai tu untuk jadi GURU. Nak jadik pendakwah semua dah layak, asalkan nama ummat Nabi Muhammad SAW. Apa ilmu yang Allah dah bagi kat diri kita, manfaatkanlah kepada diri sendiri dan orang lain, dakwahkanlah. Amar Makruf Nahi Mungkar.
ko tengok dulu-dulu..asal wafat je NAbi, Allah hantar Nabi baru untuk berdakwah. Sebab tu ada 124 000 orang Nabi di hantar oleh Allah. Kampung sebelah ada, Negeri sebelah ada…mana-mana pun ada..
Sekarang..
Adakah untuk :
- Cari duit giler-giler tak tahu malam siang weekend tak weekend.
- Cari kestabilan karier sampai takde masa untuk berdakwah secara konsisten
- Kerja bagai nak rak sebab nak beli kereta mewah, rumah mewah dan percutian mewah
- Bermain sukan, minum sukan, makan sukan, tidur sukan.
- Menonton movie, tv secara marathon..
- Menonton konsert live, tak cukup dengan itu , tape konsert, dan siaran ulangan.
- Direct selling tak ingat anak bini dan masjid, cuma ingat komisyen dan bonus je
- Kerja taat boss membabi buta sampai tak ingat nak solat dan lewatkan solat sebab tengah mesyuarat.
- Hidup bahagia anak beranak dan tak 'kacau' orang tanpa menghiraukan jiran
- Leka dengan keseronokan dunia hingga tidak ada bimbang ke atas ummat dan keadaan ISLAM hari ini.
oleh kerana kegilaan terhadap perkara-perkara dia atas, jadinya perkara UTAMA kita kena buat dalam hidup kita iaitu DAKWAH terabai…kalao ko nak tau..tulah KERJA UTAMA kita sebenarnya..baik lelaki maupun pompuan...
Aisk isk isk...Allah SWT hantar kita ke bumi ni - ada misi dunia, ada misi Akhirat. Tapi kita pilih yang dunia aje dan abaikan misi Akhirat kita. Misi akhirat lebih besar, maka, waktu yang dituntut untuk berkorban bagi misi akhirat lebih banyak.
hmm..Kadiron tanya aku : abes tu camana dengan ibadat? Bukankah tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadat pada Allah?
Oit Kadiron, dengar sini, ibadat seperti solat, posa, zakat, dan segala perkara pokok dan fardhu ain ialah tanggungjawab kita... Itulah pakaian kita..sebagai contoh, kalau polis, pakai baju polis, ada pistol, ada wisel, walkie-talkie, motor kuda putih, boot, jaket kalis peluru, topi dan segala kelengkapan untuk membuat KERJA POLIS.
TAPI bila ada orang buat jenayah, dia rilek aje. Dia kata banyak polis lain ada boleh buat. Maka dia tak menjalankan KERJA dia. Memang rupa macam polis, tapi tak buat KERJA POLIS...faham?
Sama cam kita, wahai kadiron,
solat buat, posa, zakat, tutup aurat, nyanyi nasheed, tuntut ilmu syariah, tuntut ilmu usuluddin, macam-macam ilmu ugama, belajar arab
However we must be joking that just with this we will enter a dimension of unthinkable, unimaginable superiority yakni
SYURGA : Part - timers buleh kah? (no comment!)
Nak masuk syurga dengan buat kerja part time? Buat Ibadah Keperluan Sahaja? Abis yang Nabi dan para sahabat semua susah payah tu, diri kita nak letak tahap mana?Kekasih Allah pun cedera, di hina, dipulau dan sebagainya..So sila bagi reason kenapa kita senang-senang dapat syurga?
(terkena kat batang hidung aku sendiri..adeeehhh…!!)
So aku dan korang - kena kasi booster lah. Kasi paham sket, remind sket. That's the purpose of our life. Remind each other...buleh insyaAllah?
ps : dengan kerja dakwah, Allah akan jaga keturunan dan Negara. Bala Allah akan tertangguh. Rahmat Allah akan turun. Ummah akan bersatu. Hati-hati mereka bersatu. Masjid dan rumah Allah akan penuh. InsyaAllah…
Syaitan banyak dah berjaya tipu manusia hidup-hidup…
Syaitan kata : jangan baca buku ugama, sebab aku takde tok guru…
Syaitan kata : jangan buat dakwah kalau kau takde ilmu…
Syaitan kata : tunggu kau baik dulu baru boleh dakwah orang…
Syaitan kata : tunggu kau kaya dulu baru boleh sedekah…
Org alim kata : bacalah buku ugama sekurang-kurangnya ½ jam sehari…
Org alim kata : sampaikanlah walaupun satu ayat…
Org alim kata : kalau kau nak jadi baik, ajaklah orang buat baik…
Org alim kata : kalau kau nak kaya, sedekahlah satu sen pun!
3 comments:
Kamek sik setuju.
RASA-RASA kamek, ada ayat Quran yang menekankan, sik perlu semua keluar pergi berperang. Perlu ada yang tinggal untuk membangunkan masyarakat, mendidik rakyat, bekerja menyediakan keperluan rakyat, berkhidmat di dalam aman.
Jadi sik semua perlu keluar pergi berdakwah. Sebab utamanya kita harus faham tugas dan peranan masing-masing. Kalau tukang masak sibuk pergi berdakwah, siapa nak masak dan jaga kedai. Kalau doktor sibuk pergi berdakwah, bagaimana nak mengubat pesakit. Kalau penyelidik MEMBUANG MASA dengan dakwah, sedangkan kerja-kerja penyelidikan memerlukan tumpuan yang tidak terhingga, bagaimana kemajuan harus dicapai.
Bagaimana nak ada kemajuan, ada madani, ada hadharah, mun semua sibuk buka Quran.
Kalau semua sibuk jadi ustaz, sibuk jadi pemimpin, siapa nak dengar usaha dakwah.
Kalau semua orang kaya, bagaimana nak dapat pahala sedekah.
kerja tu pun satu ibadah kan?
tanggungjawab jugak...kira 2 in 1 la kan...tapi jangan leka sampai tinggalkan yang wajib..maksud kamek jangan lebih bagi priority pada kerja... kerja itu penting tapi kena bentuk culture/budaya mementingkan our Islamic practices no matter where we are and with whom...
Sapa nok genuinely sibuk, sik apalah, although kena usahakan dan doa untuk korban lebih masa untuk Allah tapi mun masih ada masa layan movie, drama, konsert, teater, youtube, borak-borak kosong, main game tu, just pikirlah pasal modal masa yang Allah dah bagi...thats all..
peringatan ini comply to myself juak..
ps : thanks for the comments..;)
one more thing..
mari bersama kembali hayati maksud dakwah, iaitu mengajaK manusia (dengan bijaksana) kepada yang haq lagi benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kemuliaan mereka di dunia dan di Akhirat.
ajaK tak sama dengan ajaR..he he..sori bunyik macam taRheeb..even though nak taRGheeb sebenar nya..:)
Post a Comment