Monday, September 3, 2007

Zakat Masa?

Dalam halaqah mingguan semalam, untuk pengisian dari hadith, kawanku S telah menyentuh tentang hadith 3 dari hadith 40, yakni tentang bab rukun Islam. Sebagaimana korang sedia maklum, rukun Islam terdiri dari 5 perkara iaitu :

  • mengucap kalimah syahadah
  • solat 5 waktu sehari semalam
  • puasa pada bulan ramadhan
  • zakat
  • haji di baitullah bagi yang mampu

semasa mereka bertukar ilmu mengenai zakat, aku terlintas dalam kepala atau cakap omputehnya "came across" mengenai satu benda yang kita semua lupa nak bayar zakat…iaitu ZAKAT MASA…Haaa.. Jadi untuk mengelakkan diri kita yang kita sayangi ini menyesal di alam “sana”, hendaklah korang dan aku membayar zakat masa kepada ugama sebelum “jasad mu yang hangat menjadi jenazah yang sejuk dan dingin…”

BAGAIMANA NAK BAYAR ZAKAT MASA?

Kadiron kata: eh, aku tak pernah dengarpun ada zakat masa, yang aku tahu. zakat fitrah, zakat harta, zakat emas perak ada ler…

Aku kata: kalau engkau tak pernah dengar, jadi salah ke apa yang aku cakap? Pergilah belajar…PESAN KAT AKU SENDIRI NIH..!!!

(aku perasan bijak..ohhh..)

Untuk belajar cara-cara membayar zakat masa, mari kita tengok dan renung betul-betul tentang rukun islam…

Mari kita belajar secara songsang..

Nota: aku bukan nak ajar ugama yang songsang, aku nak ajak korang mengira secara songsang, aku rasa cara cam gini lebih mudah di fahami tentang zakat masa kot..insyaAllah…(Allah bagi faham..ok!)

- Setiap ummat Islam wajib bagi masa pada Allah sekali seumur hidup selama beberapa masa untuk menunaikan fardu Haji (rujuk Lembaga Tabung Hají)

- Setiap ummat islam wajib bayar zakat dalam tempoh masa setahun cari pendapatan, sila rujuk Jabatan Ugama Islam yang berhampiran…

- Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah untuk berpuasa dalam tempoh masa di antara terbit matahari sehingga tenggelam matahari sebulan setiap tahun…

- Setiap ummat islam wajib sembahyang lima waktu setiap hari dalam jangka masa yang telah di tetapkan..

- Dan setiap ummat islam wajib menunaikan hak kalimah "Toyyibah" setiap masa dan saat untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari keburukan…

jadi bila kita tulis dalam bentuk point :

Haji : sekali seumur hidup
Zakat : sekali setahun
Puasa : sebulan
Solat : setiap hari
Kalimah Allah : setiap masa!

Jadi untuk mengelakkan rugi di akhirat kelak, hendaklah korban masa, nyawa, harta kepada ugama..satu orang alim tafsir bahawa ayat Al-Quran yang tertulis, “tunaikanlah solat dan zakat”..berulang-ulang di sebut Allah bermaksud bahawa Zakat di sini bermaksud zakat masa…untuk zakat harta, ada ayat lain…(rujuk kitab Fadhilat sedekah)

Jadi secara amnya masyarakat Malaysia dan dunia islam hari ini terlepas pandang tentang rukun islam yang pertama, bagaimana nak tunaikan rukunnya..sedangakan 4 rukun islam yang lain jelas tentang rukunnya…perkara ini korang boleh rujuk ustaz/ulama yang berhampiran korang, sila tanya ustaz:
Bagaimanakah nak menunaikan hak kalimah Tauhid..?

InsyaAllah bila korang bergerak cari ilmu, Allah akan bagi jalan hidayat…insyaAllah..

(Amin, mudah-mudahan…)

Aku nak tafsir Al-Quran aku tak reti, sebab aku buka alim ulama..jadi aku tafsir lagu raihan - demi masa. Untuk cerita sikit lagi tentang MASA…
Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran…
Ah...

Tafsir lagu:
Cuba tanya soalan kat orang non-muslim:
Tanpanya anda kekal dalam neraka, dengannya anda selamat selama-lamanya…

Apa tu?
Itulah iman…

Kerana tu Allah sebut : Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan Yang Beriman…orang yang ada iman sebesar zarah pun akan masuk syurga akhirnya..syurga yang paling kecil..tapi luasnya adalah 10 kali ganda dunia....jadi raja yang lebih hebat dari kerajaan Nabi Sulaiman a.s….yang mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam syurga selama-lamanya..Yang tak de iman..isk…KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA...Never ending story ..isk….

Tapi ingat! orang yang beriman cam gini pun masih rugi jugak..Kenapa?

Kerana orang yang beriman tanpa amal soleh akan di masukkan ke dalam neraka terlebih dahulu…paling kurang satu hari yang mana sehari di sana bersamaan 1000 tahun di dunia..
Aku duduk beratur nak bayar bil pun dah rasa lama..oh…Ya Allah selamatkanlah aku dan pembaca blog aku dari azab api neraka…

TETAPI…
Orang yang beramal soleh pun jangan rasa selamat..
Sebab orang yang rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka…
Orang yang rasa dirinya masuk syurga dan orang lain masuk neraka adalah ciri-ciri orang munafik…
Kerana itu ada orang soleh yang dah hampir masuk syurga, tetapi tiba-tiba datang hamba Allah lain mengadu..

-Ya Allah, orang ni sembahyang tapi tak ajak saya solat…
-Ya Allah, orang ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja…

Siapa mereka-mereka ni..
Mereka adalah : mereka dan keluarga mereka, iaitu: jiran-jiran islam korang, yang mana korang "best" gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..korang best pegi majlis ilmu tapi biarkan mereka hanyut dalam majlis maksiat..(na’uzubillah..)

Ingat, akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut…
Maka Allah akan perintahkan korang bagi pahala kat orang yang korang tak dakwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran-jiran korang masih datang berduyun-duyun(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika rumah flat..oh..bahayanya..)

Orang lelaki yang soleh, di halang oleh 4 wanita yang dia tak dakwah…
- Isterinya..
- Ibunya…
- Anaknya
- Adik beradik perempuannya….

Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..
Orang yang beriman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan-pesan dengan kebenaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan MUFLIS!

Nota: Korang di sini bermaksud aku!!!!

Nota: kepada mak dan adik beradikku..korang akan kena jawab soalan yang akan aku tanya seumur hidup : Dan solat ke belum?
Kalau dah..alhamdulillah…kalau belum, siap korang,!
Aku "kerja"kan korang..!ingat ni!

Jadi yang dah seronot pergi masjid/surau solat jemaah/join majlis ilmu bla bla bla..(sila tambah sendirik!)..jangan lupa kat jiran-jiran kita...pakat-pakat ajak diaorang..

Dalam kampong kalau ada orang yang lapar…jiran yang kaya dan tahu tapi masih biarkan mereka lapar…akan di soal oleh Allah!

Dalam kampong kalau ada yang tak solat…jiran-jiran yang ahli masjid dan tahu tapi masih biarkan mereka tak solat …akan di soal oleh Allah!

“Oh Allah, berilah kami kekuatan untuk mengajak jiran-jiran kami kepadaMu….”

DAN akhir sekali…orang yang dah buat dakwah tapi tak istiqamah(berterusan) pun rugi jugak, kerana orang yang tak istiqamah adalah orang yang tak ihklas….untuk dapat ikhlas, kenalah berterusan buat baik dan ajak orang buat baik…untuk dapat kekalkan amalan yang istiqamah ini..maka hendaklah SABAR….Jadi the moral of the story is:

DEMI MASA,
ORANG YANG PALING TAK RUGI
DI DUNIA INI ADALAH ORANG YANG :

BERIMAN
DAN
BERAMAL

DAN
BERDAKWAH
DAN
BERSABAR..

Dalam Al-Quran guna ayat “DAN” bukan “ATAU”….(rujuk ustaz)
Dan ingatlah bila kita berdakwah memang banyak ujian yang datang melanda..memang banyak kena bersabar...k
erana itulah Nabi SAW bersabda : jihad yang paling besar adalah menentang nafsu..

Jihad dalam perperangan:
- Menang dapat harta..
- Kalah masuk syurga

Tapi dalam jihad menentang nafsu:
-Menang belum tentu
-Kalah masuh neraka..

Isk..isk..menangislah wahai mata..kenapa susah sangat nak nangis nie..? hati gelap agaknya..oh…uhuk..uhuk..! sob..sob..Kat akhirat tiada orang ada masa nak buat rancangan “bersamamu’…jangan harap pada makhluk…oh…

KORBANKANLAH MASA KITA YANG SINGKAT INI KERANA ALLAH, UNTUK DAPAT KEBAHAGIAN DI SANA SELAMA LAMANYA…

INGAT!

Takde makanan selama 7 hari mungkin kita mati..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita mati..
Takde udara selama 10 minit mungkin kita mati..
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selamanya tak mati-mati…isk..!!!
Allah Maha Adil kerana letakkan modal untuk untung di akhirat hanya dengan MASA…
Semua orang ada MASA kecuali orang yang dah mati…
Kerana itulah Firaun Sekarang, mintak MASA dengan Allah, walaupun sesaat..

Untuk korang habiskan baca blog aku ni …10 minit sudah berlalu…
Nyawa korang dah makin kurang…dah hilang 10 minit untuk buat usaha masukkan diri korang dalam syurga…oh..(aku pun..!!)

Ingatlah…Langkahan kaki kita adalah "langkahan maut"
Menuju alam yang kekal abadi..isk isk isk…

Ps : Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
- Sehat sebelum sakit...
- Tua sebelum muda...
- Kaya sebelum miskin...
- Lapang sebelum sempit...
- Hidup sebelum mati…isk isk isk...

No comments: