Dalam sesi mini halaqah semalam, aku selaku bidan terjun telah ditugaskan untuk mengupas topik mengenai ilmu..sepanjang petang aku carik bahan..hmmm..apa-apapun menurut pandangan aku yang masih kurang ilmu ni, seperti suatu wabak, eh! bukan..err musim, atau berita terkini, ataupun kefahaman yang baru(?) kerana mana mana tempat aku menadah telinga, kesimpulan yang aku dapat dari majlis ugama adalah pentingnya ILMU dalam ummat islam sehingga menjadi nombor satu..ILMU.. ILMU.. ILMU!!
Dengar dalam ehwal islam pun cakap macam tu, tazkirah tamil dalam TV juga cakap ilmu penting. Al-Kuliah dan forum perdana tekankan benda yang sama, media pun cakap ilmu penting, tazkirah radio pun tekankan perkara yang sama, ustaz universiti explain benda yang sama, tok guru kat masjid pun cakap begitu, majalah majalah islam, blog dakwah dan..arghh, pendek kata semua pakat pakat bersetuju bahawa ILMU penting, tanpa ILMU ummat akan mundur dan negara akan di jajah!
Hmm..sebagai pembuka majlis halaqah tu, aku mulakan dengan satu cerita :
Pada suatu hari, Yahya Ibnu Yaziz Naufali telah menulis sepucuk
“Saya telah di sampaikan berita bahawa tuan biasa memakai pekaian yang nipis, memakan roti yang lembut dan berehat di atas tempat tidur yang empuk.
Tuan juga ada pengawal untuk menjaga keselamatan. Padahal tuan merupakan salah seorang di kalangan ulamak yang berkedudukkkan tinggi. Orang ramai bermusafir dari tempat jauh datang untuk belajar ilmu dari tuan. Tuan merupakan Iman zaman, ikutan orang ramai yang menuruti jejak langkah tuan.
Hendaklah amat tuan berwaspada. Secara ihklas saya menulis
Wasalam.
Pendek cerita, hadrat Imam Maalik telah reply
“
Manusia hanya boleh mengamalkan kebaikkan serta mengelakkan diri daripada mungkar dengan taufik Allah sahaja. Perkara yang telah kamu bincang adalah sah dan demikianlah sudah berlaku. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa saya. Akan tetapi semua ini di benarkan oleh syariah, Allah berfirman dalam surah A’raaf ayat 32 bermaksud:
“Katakanlah (wahai Nabiku), siapa yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah di keluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikan juga benda-benda yang baik, halal dari rezeki yang di kurniakanNYa?”
Saya sedia maklum bahawa tidak mengamalkan perkara-perkara ini adalah lebih disukai dari mengamalkannya. Tolong muliakan saya dengan meneruskan surat-menyurat dengan saya. Sayapun akan teruskan menulis
Habis cerita..
Baiklah, aku tanya mereka, apa yang boleh kita belajar dari peristiwa ini?
- - - - - -
Pandaipun! Itulah jawapan yang kita cari, lihatlah betapa cantiknya akan cara Imam Maalik menjawab teguran dan menulis sama akan fatwa mengenainya serta mengaku bahawa lebih baik elakkan kesenangan dunia dan tidak beramal sebegitu..
Apa yang aku nak tambah pulak adalah, kalau korang nak memliki harta kekayaan banyak dan mewah, boleh..tapi syaratnya korang punya iman dan amal macam Imam Maalik Rahmatullah...
Tapi hari ni yang dapat dilihat ilmu korang tak dapat nak beza antara dunia dan ugama..
Sebenarnya, sama ada rumah kecik atau rumah besar, semua itu adalah dunia..Tapi cara nak dapat rumah itu, dan cara guna rumah itu, barulah di katakan ugama..
Begitu jugak kereta kecik atau kereta besar, semua itu dunia..!!
Tapi cara nak dapat kereta itu, dan cara guna kereta itu, barulah di katakan ugama..
Dan begitu jugak jika kahwin dengan pasangan hodoh gila atau pasangan cun gila, semua itu dunia..Tapi cara nak dapat pasangan tu, dan cara ‘guna’ pasangan kita itu, barulah di katakan ugama..
So berbalik kepada ilmu, sebenarnya, segala ilmu korang yang nak belajar, engeinering ke, doktor ke, PhD Master universe apa ke..dan lain lain, semua itu DUNIA…orang kapir pun boleh belajar..Tapi CARA KAU DAPAT ILMU TU..Dan CARA KAU GUNA ILMU ITU BARULAH DI KATAKAN UGAMA!!!
So, jika korang belajar ilmu dunia dan ugama macam mana tinggipun tapi jika korang salah guna atau guna untuk dapat kepentingan diri, maka buruklah padahnya di akhirat kelak walaupun korang banyak ilmu!!
Aku tak kata belajar ilmu tu salah!! TAK PUN!! Cuma aku kata kita terlupa nak belajar untuk menggunakan ILMU dengan cara yang betul.. (macamlah aku betul..oh..)
Of course ilmu tu penting, tapi tiada yang sepenting IMAN..makhluk setan adalah bapak segala ilmu dia tahu, ibadat rajin giler..tapi bila ilmu tinggi mulalah perasan bagus, lalu sanggup komplen Allah tak betul suruh dia dari api sujud kepada manusia dari tanah wah wah wah.. ambik ko, kena laknat jadi iblis masuk neraka...!
Hmm..lepas tu aku bukak Al Quran ayat pertama yang maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq : 1-5)
IQRA’..
Sebenarnya dalam surah pertama itu Allah kenalkan DIRI DIA kepada Rasulullah SAW..bahwa Allahlah yang menciptakan sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; sesungguhnya Ia Maha Pemurah, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
So bila Nabi dah kenal Allah melalui perantaran malaikat
“Wahai orang yang berselimut! ..Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)”
Nak pendek cerita, masa tu di kalangan sahabat ramai orang miskin, jahil tak pandai membaca termasuk golongan hamba, dalam perang pertama orang islam takde teknologi senjata, ekonomi lemah, perut lapar, selipar tak pakai, pedang takde, pakai pelepah tamar, tapi bila perang dengan musuh yang ada ILMU cukup, senjata cukup, ekonomi stabil, bilangan ramai, golongan bangsawan..huh! Kalah mereka semua…KENAPA?
Kerana dalam sejarah Islam menang bila ALLAH tolong.. itu sahaja, ummat islam yang macam mana Allah tolong? Rujuk kitab dan orang alim berhampiran..malas aku nak terangkan (nak ilmu kena buat pengorbanan, pegi belajar..ha ha ha..)
Kesimpulanya, ILMU tu penting, tapi bukanlah mengatasi IMAN..
Dalam surah Al-‘Alaq juga dibagitahu - Allah mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Kadiron tanya : bila Allah akan ajar manusia kefahaman ugama?
Aku cakap : bila Allah cinta kepada manusia tu..
Kadiron tanya lagi : bila Allah cinta kepada manusia?
Aku jawab : bila manusia tu ikut orang yang Allah cintai..
Kadiron tanya : siapa orang yang Allah cintai?
Jawapan : Nabi SAW dan para sahabat..
Mintak maaf Kadiron, ilmu tu penting, tapi selepas iman..ingat tu.. Nabi ada keluarkan hadith di hadapan sahabat, yang terbaik antara kamu adalah yang tinggi ilmunya.. (lebih kurang maksud)
Tapi ingat, Nabi kata begitu di hadapan sahabat yang telah sempurna iman dan amal..arggh, mintak maaflah jika aku tulis sebegini rupa, menyinggung korang, mintak maaf, aku jahil lagi hina..aku stop sampai sini, silalah tegur aku jika sudi..isk isk isk…
**********
Eh, tak terangkan lagi APA ITU ILMU?
Oh, ye ke? Baiklah aku tambah sikit untuk sama sama fikir dan belajar.. insyaAllah..
Maksud ILMU adalah :
TAHU mana satu PERINTAH ALLAH..
Dan TAHU mana satu LARANGAN ALLAH..
Itulah ILMU..!!!
Jika korang tak tahu apa itu PERINTAH ALLAH dan apa itu LARANGAN ALLAH, itu bermakna korang adalah jahil dan belum berilmu..dan tahu sahaja tak mencukupi, korang kena AMAL ilmu tu.. so bila korang dah belajar ilmu ugama..korang kenalah amal..kerana antara satu soalan yang di tanya di alam barzakh : engkau amal tak apa yang kau tahu? (na’uzubillah..)
Sebagai contoh: satu hari korang naik motor tak pakai helmet.. pendek cerita, polis tahan “apsal tak pakai halmet” ?
Apa sajer reason korang, saman tetap saman..RM50..kenapa? kerana korang tak amal ILMU yang korang tahu..
Tapi kalau korang jawab, saya tak tahu kena pakai helmet naik motor tok!, saya tak belajar memandu pun! (saya takde lesen)..huh! siaplah korang, saman RM300, motor di rampas! Nah sekarang kat akhirat…
Orang yang tahu tak amal kena azab, dan orang yang tak nak belajar untuk amal pun kena azab..Oh!
Maka, janganlah hanya tahu naik kereta, tahu undang undang jalan raya tapi tak amal, langgar lampu isyarat selamba, kena saman dan menyusahkan orang lain!!
Moralnya: kena belajar dan cari orang alim..
Kalau orang alim takde?
Hek eleh, bukankan kerajaan
Kenalah korban masa, tenaga dan duit…baca buku atau blog hanya dapat kesedaran sahaja, hidayat datang bila buat pengorbanan dan bila korang ikhlas dan takde kepentingan lain, maka Allah akan buka jalan untuk korang…. satu lagi kalau ada tuk gurupun tak cukup lagi, dia kena ada medan pulak, macam JPJ , kena ada trek untuk korang belajar, tak boleh guru tu cakap dan korang dengar aje, kena praktis!!
Contoh, korang nak belajar berenang, kena ada guru, baca buku boleh tapi lepas tu mampus lah korang lemas dalam air! dan kena ada medannya yakni sungai ke, laut ke kolam ke…dan dengan guru tu sekali kena terjun…Faham.?
Ok, aku belum habis lagi, sikit lagi..
ILMU yang sempurna terbahagi kepada tiga..
Pertama :
Korang FAHAM dengan apa yang korang belajar, jika tak faham kena ulang balik sampai faham, nak solat misalnya, kena tahu tertib, tahu rukun 13, yang mana satu wajib yang mana satu sunnat, pahala untuk setiap pergerakan dan sebagainya.. kena belajar sampai FAHAM! (faham tak?)
Kedua:
Korang AMAL apa yang dah faham, tak amal bahaya, dan boleh sesat, dah sesat jumpa pulak jalan ke neraka? So penting kena AMAL!!
Ketiga:
Korang kena SAMPAIKAN atau dakwah ilmu tu kepada orang yang takde dalam majlis ugama tu.. pesan nabi SAW:
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
So kesempurnaan ILMU adalah DENGAR, AMALKAN DAN SAMPAIKAN…betul tak? Aku memang betul jika korang bersetuju dengan aku atau aku masih jugak betul andai korang tak bersetuju dengan aku, akulah paling betul dalam dunia ini (ha ha ha- jangan tiru amalan orang takbur- yang betul hanyalah Allah dan rasul.. dan yang beriman dengan Nya.. mintak maaf teremosinal sikit.. isk)
Jap.. jap.. ada satu lagi nak tambah bab ilmu nie.. (berapa banyak satu daa..)
Korang juga di kira tidak berilmu jika korang tak AMAL ikut KEUTAMAAN..!
Tak kira korang alim ulamak pun, sebab sifat DA'E adalah mendahulukan perkara yang UTAMA dari semua yang UTAMA..
Sebab tu ada sahabat yang baru nak mandi wajib, dengar azan jihad terus ke
Tapi yang jadi masalah ummat islam hari ni bila mengutamakan bukan perintah Allah dari perintah Allah..
- Balik kerja badan penat, tidur dulu baru solat.. oh..
- Dah masuk waktu solat tapi sebab dan masuk siaran relaliti TV tangguh dululer..isk..
- Kita tak boleh berdakwah guna kaedah nabi sekarang sebab ada strategi lain iaitu kita guna kaedah yahudi dulu bla bla bla..huh?
- Kita tak payah solat lagi sebab belum ada negara islam, Nabi solat lepas ada negara islam…na’uzubillah!
- Kita tak boleh solat kat masjid tu sebab pak imam tu sokong parti XYZ…apa kes?
Kesimpulannya : hari ni ummat islam mundur bukan kerana mereka takde ilmu, tapi iman mereka lemah..
Ilmu penting, tapi iman lagi penting, dalam lagu raihan tak masukkanpun lirik tentang ilmu..
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...
Raihan hanya tulis, iman, amal, dakwah dan sabar.. he he he..
Ilmu kat situ dah masuk dalam amal, sebab tu Allah tulis dalam surah Al-Asr akan empat perkara penting tu jer, ilmu dah masuk dalam amal..kerana ilmu tanpa amal boleh jadi sesat macam setan.. na’udzubillah..
Kes study:
Dan macam korang sekarang nie..tahu macam mana nak solat tajahud dan witir…memang tahu tapi kenapa malam malam lebih suka layari internet dan tengok TV ? Tidur tanpa solat tahajjud dan witir..?(aku rasa pedas…air..air..airr..)
Sebab ilmu takde atau iman kau lemah???
Jawapannya sebab iman kau lemah ler..!!! (akupun..)
Pergilah buat usaha atas iman..!! (akupun!!)
Arghh, dan panjang sangat nie..kalau nak menulis esok pagi pun tak habis..oh..!!!
Secara ringkasnya ilmu adalah tahu mana satu perintah Allah, dan tahu mana satu larangan Allah , amal dan sampaikan serta melaksanakannya mengikut keutamaaan..
Ps: Aku tulis dan tegur untuk diri sendiri.. akupun jahil jugak, semoga korang semua dan aku mati dalam keadaan tidak bodoh…selamat belajar, amal dan sampaikan… jika ada yang salah, silalah tegur aku jika sudi..isk. jangan biarkan aku sesat!!!
No comments:
Post a Comment