Di sebuah gerai yang riuh rendah macam suasana baru lepas rusuhan, seorang aku kelihatan sedang meraba raba kesemua poket baju dan seluar di badan ku.. aku mencari sebatang pen.. mana pen biru aku letak ni…? Bisik hatiku..
Suasana gerai pun semakin riuh rendah dan meriah mengalahkan stadium, masing masing sibuk bercerita isu isu semasa, pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran, keputus-tunangan Abang M dan kakak I, Belanjawan 2008, dan bla bla bla.. dan yang paling hangat adalah isu bonus menjelang raya, dapatkah bonus bulan ini? Kalau dulu kakitangan kerajaan dapat sebulan bonus dengan maksima RM1500, kalau Petronas dapat 4 bulan gaji, SHELL dapat 3 bulan, MURPHY dapat 3 bulan, DAIKEN dapat 2 bulan setengah dan macam macam bulan lagilah yang mereka dok cerita.. entah betul atau tidak.. ?!
Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!
(mereka semua senyap…)
Aku menyambung:
“Tadi masa aku buka beg aku yang warna hitam.. aku dapati pen tiada, boleh tak aku pinjam pen sebatang?!!”
(hek eleehhh..marah mereka lantaran lawak tak sengaja aku yang serius nak pinjam pen..oh..)
Seorang mak cik menghulurkan pen kepada aku sambil berkata :
“suami aku kerja kerajaan, tapi kenapa kerajaan hanya bagi sebulan gaji? syarikat lain bagi paling kurangpun dua bulan bla bla bla..”
Aku gores pen itu pada kertas untuk menguji kebolehpakaian nya tapi nampaknya tak berhasil..
“pen makcik takde dakwatlah…”
"Oh, ye ke?"
Dia pun ambil pen lain di poketnya sambil murungut lagi tentang bonus yang sepatutnya dapat lebih dua bulan bla bla bla..
Kemudian, rungutannya di sambut oleh beberapa orang lagi..perkataan ‘patut’ ‘patut’ meniti di bibir.. patut dapat tu, patut dapat ni..
Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!
(suasana hampir senyap…)
Aku menyambung :
"Korang percaya tak sebelum raya kita SEMUA kat sini akan dapat bonus lebih dari 2 bulan walaupun kerja sendiri..!!!"
(suasana senyap selama 2 saat)
Kemudian, salah sorang dari mereka berkata :
“kau biar betul…? Aku tahu kau tak suka cakap tipu, biar betul kita akan dapat bonus lebih dari 2 bulan.. katakan semua ini bukan dusta..katakan..!!!"
Aku menyambung :
"Alamak!! Silaplah…bukan 2 bulan, tapi lebih dari 3 bulan !!! "
(walau bagaimanapun aku tidak biarkan mereka gembira terlalu lama..)
"Sebelum raya, ada malam lailatul Qadar yang ganjarannya adalah seperti seribu bulan, tu BONUS tu…bonus untuk ummat akhir zaman, lebih 2 bulan apa?!!! "
Mereka tak tahu nak cakap apa, nak marah ke nak gelak..OH…
Sekian, cerita pagi ini…
ps : pen merah, pen biru..korang marah, I love U..he he he..
Thursday, September 20, 2007
Bonus Lebih 2 Bulan?
(cerita petang semalam…)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
teringat soalan ein ttg pen :D
Post a Comment