Friday, September 14, 2007

Gaya Pulang Ke Pangkal Jalan

(tazkirah buat aku sempena Ramadhan Al Mubarak..)

Korang cakap: banyak manafaat yang telah korang dapat dari blog aku ini...alhamdulillah, sebenarnya...semua dari Allah, aku tak pandai dan jahil, aku cuma belajar satu jurus iaitu gaya pulang ke pangkal jalan”…

Maafkan aku sahabat, jika buat korang rasa pedas dan nak marah...buat korang rasa terhina dan ternoda…buat korang rasa terkucil dan terkuncil..buat korang berak tak puas dan kencing tak lawas!

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, sekiranya korang rasa ada manafaat dengan membaca blog ini, berdoalah kepada Allah akan hal-hal kebaikan, dan isk..isk.. sekiranya korang teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta yang hina seperti aku mempunyai hak yang harus di tunaikan..doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka…isk…isk..

Satu lagi korang yang perasan dirinya aku umpati atau mengutuki, terkutuk dan di kutuk, maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..sebenarnya..aku tak tujukan kutukan ku kepada seorang individu sahaja. tapi aku tujukan kepada umum, kepada semua orang yang ada jugak buat kesalahan yang sama dan termasuklah aku, berserta ahli keluargaku, so, bila baca relax, jangan emosional.., tenang, peace..yang pahit itu ubat, yang manis itu madu, di telan pahit hendak di buang tak terasa sayang ke...?(cesss..bermadah konon)

Sebagai contoh, ada sorang hamba Allah tegur aku, baik! aku jawab teguran kau kat blog ni kerana kesilapan ini juga di lakukan oleh orang ramai (aku bersangka buruk..oh..)

Hari ni aku nak kongsi cerita sikit tentang manusia yang perasan bagus bila aku merendah diri kepada mereka, dan mengambil kesempatan lalu mencela “gaya merendah diri” yang aku lakonkan, berlakon? Ya…aku memang berlakon kat dunia ni..!!!

Berlakon jadi baik, banyak perintah Allah bertentangan dengan nafsu aku, lalu aku berlakon-lakon jadi baik di hadapan Allah. Nak berdoa sambil menangis tak mampu, lalu berlakon dan buat-buat menangis..oh…teringat aku satu pesan orang alim :

jika kaki kiri kita tekan nafsu, maka kaki kanan akan melangkah ke syurga!

Bercerita mengenai nafsu...sesungguhnya jihad yang terbesar adalah menetang nafsu, jihad dalam perperangan jika kita kalah dan mati, terus masuk syurga kerana syahid, sebaliknya jika kita menang kita akan dapat harta rampasan perang!

Dalam bab jihad menetang nafsu pula, bila kita menang belum tentu masuk syurga selagi hayat dikandung badan, hari ini menang esok tak tahu lagi, setiap detik dan saat kena berlakon jadi baik dalam usaha mengalahkan nafsu, pendek kata dalam jihad menetang nafsu : menang belumlah tentu..jika kalah masuk neraka..na’udzubillah..!!

Maafkan aku wahai kawan..oleh kerana dalam diri aku ini banyak perasan serba bagus dan serba cukup, tapi aku takut dengan azab tuhan, maka aku bejalar merendah diri, aku anggap semua orang lebih baik dari aku, tapi aku di tegur oleh orang yang perasan bagus, katanya bila aku merendah diri, mengaku hina, mengaku bodoh, itu adalah doa, nanti jadi bodoh dan hina..

Hello!
Aku memang hina dan bodoh..tak macam engkau yang mulia dan bijak! Aku belajar merendah diri kerana merendah diri adalah sifat tawadduk yang tiada pada Allah, dan Allah sangat suka pada hambanya yang ada sifat tawadduk. Allah mana pernah merendah diri! Allah mempunya sifat Sombong! Allah selalu sebut :

“ Aku Maha Besar”, “Aku Maha Bijaksana”, Aku Maha Mendengar...(ada banyak lagi, lebih dari 99..sila rujuk ustaz dan kitab..!)

Dan hanya Allah yang layak dengan sifat sombong bersempena salah satu namanya iaitu Al Mutakkabir (bukan samseng ye..) kerana Allah Tuhan sekalian Alam dan Allah sangat benci dengan manusia yang ada sifat sombong…yang mana siapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah, tak akan dapat masuk syurgalah dia…na’udzubillah..

Biarlah setan sahaja dengan kesombongannya, tak payah ikut jejak syaitan, ikutlah jejak Rasul…ada sahabat seperti Hanzalah RA, Abu Bakar RA yang mengaku risau dah jadi munafik…mereka bukan berdoa nak jadi munafik, tapi mereka begitu tawadduk dengan Allah sehingga kesilapan kecil yang mereka lakukan membuatkan mereka terlalu risau dan mengaku kat Nabi SAW sebagai munafik…

Saidina Umar RA berkata bahawa jika semua orang masuk syurga kecuali seorang, itu adalah aku…korang yang bijaksana fikirkanlah sendiri kenapa Saidina Umar RA merendah diri sampai tahap macam tu? Bukan nak berdoa masuk neraka, tapi takwa sebegitu tinggi dan jiwanya yang begitu takut dengan Allah membuatkan diri rasa tidak layak masuk ke syurga kerana banyaknya dosa..isk..iskk…

("Ya Allah jika tidak dapat masuk syurga, tak mengapa, asalkan tidak sekali-kali masuk neraka walaupun sekelip mata…selamatkan aku Ya Allah…sob sob..sob..isk isk…)

hmmm…Allah sangat suka kepada mana-mana hambanya yang bersifat merendah diri…diberitakan bila Nabi Musa AS di tanya orang : adakah siapa yang lebih baik dari tuan? Lebih kurang cerita Nabi Musa AS kata takde, maka Allah tegur dan perintahkan Nabi Musa AS pergi belajar ugama dengan Nabi Khidir… oh!

Di beritakan juga apabila semua para Nabi berjumpa dengan Allah dan ditanya oleh Allah SIAPA KAMU?

Ada yang jawab :
“aku Nabi Allah”
“aku kekasih Allah”
“aku Kalamullah”
“aku manusia terpilih”

Tapi bila tiba giliran Nabi MUHAMMAD SAW, jawab Nabi :

“aku adalah anak yatim..”
(..........…..)

Nota : jika korang berkeras jugak nak cakap saya lebih baik dari sipolan - itu adalah larangan ugama, jika nak cakap jugak – boleh tapi cakaplah saya lebih baik dari saya yang semalam!!!

Sebenarnya, bila berlaku sesuatu peristiwa : yakinlah bahawa semuanya adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT!

Orang kapir bunuh orang islam pun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..negara kita di landa bala dan tragdedipun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..gugurnya daun di hutan, bergesernya pasir di lautan, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT…naiknya harga minyak, turunnya harga handphone, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..korang yang selalu baca blog inipun adalah dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..ingat tu..!!

Jadi secara umumnya :

Jangan cepat menghukum sedang ilmu tak sampai selubang jarum...
Jangan cepat berfatwa sedang masih terkial kial mencari makna takwa...
Yang hina jangan lah terus di benci...
Yang mulia janganlah gila bersanjung...
Yang berdosa janganlah di pulaukan...
Yang bersalah janganlah terus mengeji...
Yang murtad baliklah dan belajarlah jurus gaya pulang ke pangkal jalan”..

Sebab...
Dosa mana yang tidak terampun...
Pahala mana yang boleh riak...
Jatuh mana yang tidak ke bawah...
Rebah mana yang tidak tumbang...
Kentut mana yang tidak busuk...
Bodoh mana yang tidak bangang...
Neraka mana yang tidak panas...
Setan mana yang tidak jahat...
Nafsu mana yang tidak bergelora...

Sebenarnya kerana ada orang jahil lah maka ada Nabi-Nabi yang di hantar berdakwah kepada mereka dan jadi mulia, dan kat Malaysia ni, kerana ada orang jahil lah maka korang dapat berdakwah dan seterusnya jadi manusia mulia…kerana ada orang jahil lah maka ustaz dapat pahala mengajar, kerana ada pendosalah maka korang si penasihat sukarela dapat pahala dalam usaha menyedarkan mereka..!

Setan memang mahluk yang jahat, tapi jangan gunakan alasan di perdaya setan yang membuatkan korang untuk selamba membenci, mencaci, melaknat, mengumpat, memfitnah, berdendam, bermusuh, berdengki, bertamak, berhaloba…bla bla bla…

sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan, maka..wahai kawan kawan…maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Sesiapa yang melindungi aib orang lain, maka Allah akan melindungi aib mereka....Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka insya Allah Allah akan mengampunkan dosa mereka..

ps : aku bercakap satu bahasa, dan aku tak pandai berdolak dalih, maafkanlah segera dan segala apa yang tak kena dengan penulisanku ini, aku tak paksa korang baca blog ini, dan aku hargai umur yang korang habiskan dengan membaca blog ini, maafkan aku kerana telah banyak mencuri umur korang yang berharga dalam menghabiskan setiap entry aku ..oh...maafkan aku yang selalu bercakap bahasa tua, korang bercakap bahasa muda, bahasa tua nasihat di dada, bahasa muda nafsu gelora!(kononnya aku..ish)

No comments: