Wednesday, September 12, 2007

Kisah Pencuri Terhandal

Imbas kembali kepada peristiwa Israk dan Mikraj, tatkala Nabi SAW dan malaikat Jibril AS berhenti di masjid..Nabi SAW telah mengikat Buraq di tiang berhampiran masjid sebagai mana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya. Di sini timbul soalan lebih kurang maksud yang di tanya oleh malaikat Jibril AS, kenapa ikat tali Buraq itu pada tiang? Bukankah Buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq… kerana ia adalah makluk syurga??

(Nota untuk mualaf: buraq adalah..argh rujuk ustaz…!)

Maka Nabi Muhammad SAW bersabda lebih kurang maksud, Aku takut ummat ku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan mengaggap ini adalah sunnah, padahal jaga(pelihara) dahulu harta kamu, dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah….di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam di tuntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, dan barulah bertawakkal kepada Allah…aku tanya Kadiron.. apakah harta yang paling berharga?

(Kadiron cuba menjawab, tapi aku terus memintas….)

Ko perasan tak Kadiron, hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat kat kita semua, ada kereta, rumah, anak, kerja dan sebagainya akan tetapi nikmat-nimat ni Allah bagi belaka kat semua. Allah ‘am’ kan..macam handphone, dulu orang kaya jer boleh pakai, tapi skarang ni budak tadika pun boleh pakai, begitulah jugak nikmat dunia ni yang mana Allah bagi belaka walaupun orang tu pijak Al-Quran, hina Nabi SAW, tak nak solat, minum arak dan mereka-mereka yang kapir serta murtad..

Kadiron tanya : Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka?

Aku cakap : sebab dunia ini hanyalah sementara..dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah kepak nyamuk saja pun..maka pasti Allah tak akan bagi walaupun setuguk air kepada orang kapir….kalau ko nak tau nikmat yang sebenar-benar nikmat adalah IMAN..

Orang kapir yang kaya raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila mereka mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya..Donald Trump atau Bill Gates sekalipun jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…tapi orang islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk syurga akhirnya… di beritakan syurga yang paling kecilpun adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yang lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi Sulaiman AS manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari..nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yang berharga maka dah tentu ada pencuri, kereta kita kunci, rumah kita kunci sebab benda itu berharga dan bimbang takut ada orang curi..dah kunci baru bertawakkal, macam Nabi SAW ikat Buraq

Oleh yang demikian, tentang iman, yang paling paling berharga - lagilah pencuri suka..persoalannya ialah siapakah pencuri iman yang terhandal?

Setanlah pencuri iman yang paling handal…Dia dah bersumpah untuk matikan anak cucu Adam AS tanpa iman..kalau pencuri masuk kat rumah kita curi peti ais, telivisyen dll, tapi aku rasa pencuri tu tak curi lampu , nasib baiklah engkau panas wahai lampu..ha ha ha…pencuri tu tak ambil duit satu sen yang kita punya baki bayar bil api/air…pencuri tu tak ambik gambar pakwe kita yang tersangkut kat dinding, tapi setan bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun sebesar zarahpun dia ambik…Oh..setan dah bersumpah untuk maksukkan anak cucu Adam AS sedaya-upayanya ke dalam neraka!!!

Setan sangat faham nilai iman Kadiron, setan faham bahawa orang yang ada iman sebesar zarahpun akan masuk syurga akhirnya..iman adalah paling berharga sekali dalam dunia ini sebab jika kita beli kayu api, kita tahu berapa nilai kayu api, contohnya selonggok berapa ringgit?

kita juga tahu nilai gula, sekilo berapa ringgit?

dan kita juga tahu nilai emas, 1 gram berapa ringgit?

tapi iman, dia punya measurement dia bukan takat kilo, gram, miligram, tapi zarahmenunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun di kira…subhanaAllah!!!

Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat syurga yang paling kecil..tapi luasnya adalah 10 kali ganda dunia.Menjadi raja yang lebih hebat dari kerajaan Nabi Sulaiman AS yang mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam syurga selama-lamanya.. Maka kerana itulah setan akan usaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah..

Kadiron tanya : Bagaimana setan curi iman kita?

Aku cakap : dengan masukkan dunia yang busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati kita melalui..mata tengok dunia, mulut cakap hal dunia, telinga dengar kebesaran dunia dan otak hari-hari duk fikir pasal dunia - dunia- dunia tanpa ingat sikit pun pada akhirat!!!!..Allah cukup marah orang yang cakap urusan dunia kat masjid..oh..

Aku cakap lagi : iman ni macam darah, dalam badan, jika kita tiru aksi mat rempit, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek dog lah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas….

Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat, , iman keluar seperti pili bomba bocor, atau seperti anak panah yang di lepaskan…na’udzubillah!!!!

Tapi jika mat rempit tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi… darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital.. dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud aku, kena duduk diam, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam – diam sampai darah dah habis darah masuk, kalau nak sembuh…kalau nak mampos, lantaklah koranglah…(marah aku pada mat rempit dalam hati…!)

Begitulah jugak kita semua termasuk aku sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah kerap masuk masjid, lebih 5 kali sehari, duduk dalam suasana iman lama lama, telinga kena dengar banyak kebesaran Allah, mata kena lihat banyak kebesaran Allah, hati kena fikir banyak kebesaran Allah, dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah, dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid.. tapi kalau ada orang yang terus keluar, kena bersangka baik.. mungkin dia ada alauwiyat yang lain..dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err maksud aku kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati…kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati…boleh kan?

Hmmm..hati ni macam tasik yang mana ada 4 sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikir,, sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati, sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangakn 3 lagi ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikir baik, kerana kesemuanya mengalir ke tempat yang sama…maka keempat empat sumber ini sangat perlu di jaga…jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku, mulut dan lutut dan lain lain… insyaAllah..

Satu lagi Kadiron, setan buat usaha atas hati, ini soal hati , setan tak menjelma ganggu kita punya solat, tapi setan faham, dengan membisikkan pada hati perkara yakin pada selain Allah juga ada kuasa maka sudah berlaku syirik.. dosa syirik tidak terampun bila mati kelak, masa hidup boleh lagi…

aku paling takut bila yakin selain dari Allah ada dalam hati, maka jadilah syirik, ini soal hati yang paling besar, sebab tu ada syikrik kecil, iaitu yakin jugak dengan makhluk lain.. na’udzubillah, ini orang munafik biasa buat..kerana sebenarnya antara sebab musabab manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah…

Kadiron tanya : Apa itu syirik?

syirik adalah bila kita yakin selain Allahpun ada kuasa…macam kita yakin :
- ubat boleh bagi sembuh
- kunci boleh jaga barang
- Makan boleh kenyang
- Tidur boleh hilangkan ngantuk
- Garu boleh hilangkan gatal
- tongkat ali boleh pagi ‘power’
- bla bla bla…
- dan seribu sebelas ratus lagilah!

bilamana kita yakin pada makhluk melebihi keyakinan terhadap Allah, maka syiriklah kita..macam orang kapir yang sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api, pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila kita yakin pada makhluk-makhluk nih..maka syiriklah kita, dan Allah dah warning akan mencampakan orang yang syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji sesiapa yang buat jahat sebesar zarah pun Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI…subhanaAllah..Yang tak de iman..isk…MEREKA KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA…never ending story..isk isk isk…

Bila usaha atas hati berjaya, maka hati akan jadi baik, dan baiklah seluruh anggota badan yang lain dan insyaAllah, takkala malaikat maut ambil nyawa kita kelak, maka dari hati yang penuh dengan kebesaran Allah, dapatlah mengucapkan kalimah "La ila hail lallah…!!!” dan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tauhid di akhir kalam : maka wajiblah syurga untuknya..oleh yang demikian, marilah kita berazam… untuk taat segala perintah Allah dan ikut cara RAsulullah SAW, boleh insyaAllah?

untuk mengakhiri post ini, terimalah pantun dari aku :

Pisau sudah ada di tangan kanan,
Mentimun sudah terletak di tangan kiri,
Hiris nipis, nipislah ia,
Hiris tebal, teballah ia,


selamat menghiris!!!

Ps : buat usaha ke atas iman dan hati bukan macam berlari, tak cukup nafas boleh berhenti tetapi anggaplah macam berenang, tak boleh berhenti... kalau berhenti, akan tertelan air, tenggelam dan boleh mati lemas…!!!

No comments: