(sambungan dari La Tahzan Part I)
“Jangan kau banyak menangis Chombie…
Akibatnya buruk sekali..
Dulu..Sebelum alam maya ini lupus dari pandangan mataku,
aku juga mempunyai seorang isteri,
Satu ketika, isteriku telah meninggal dunia,
Mulai saat itu aku menangis tak henti-henti…
ku kira dengan tangisan ku itu,
dapat mengembalikan isteriku yag telah pergi
Sehinggalah pada suatu pagi,
ketika aku membuka mataku,
kudapati alam maya ini telah luput dari pandangan mataku
Aku telah menjadi manusia buta
Aku terpaksa pergi dari rumah sewa kerana tak mampu membayarnya
Aku merayau kesana kemari
Sehinggalah aku dipungut oleh ibumu..
Esok aku akan merayau lagi,
merayau entah ke mana…
Chombie… dengarlah nasihatku ini..
janganlah menangis..
Padah akibatnya.. "
hmmm..tu adalah petikan nasihat dari Osman Jailani kepada Chombie dalam filem “Ibu Mertuaku”… aku yang berlagak sebagai pakar makhluk motivasi hari ni nak bercerita tentang bagaimana korang nak hilangkan sedih..
Menurut seorang pakar motivasi barat, kalau kita sedih maka buat-buatlah sibuk dengan apa-apa aktiviti seperti bersukan, lari dalam guni, berkebun, menternak biri-biri, ayam serama dll.
Tapi apa akan jadi bila tiba hari korang tak sibuk, iaitu hari di mana semua orang sibuk nak tanam korang, korang pulak bergelimpangan, kaku seribu bahasa dan kalau korang nak tahu dalam kubur 40, 000 tahun paling kurang korang kena duduk, itupun untuk manusia yang terakhir sekali mati…itulah hari yang paling sedih dan dah tak ada daya penawar lagi yang dapat tolong korang bila korang dah mati, jadi sebelum korang mati dalam keadaan korang bersedih, baik korang belajar jadi manusia yang tak bersedih..
Kata seorang pujangga, punca segala kesedihan adalah keinginan…jadi aku nak ajar korang untuk belajar inginkan sesuatu yang patut korang inginkan…berapa ramai orang yang mati dalam dunia ni tanpa sempat menunaikan keinginannya lalu membebankan warisnya dengan keinginan yang ntah papa ntah!
Senang cerita macam ni lah yang aku dapat :
“KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA NAK, BILA KEINGINAN KITA SAMA DENGAN KEINGINAN ALLAH…DAN KITA TAK AKAN DAPAT HALANG APA YANG KITA TAK SUKA DATANG PADA KITA APABILA ALLAH NAK IANYA DATANG KEPADA KITA”
Jadi untuk belajar keinginan Allah dan Rasul, korang kena banyakkan membaca Al-Quran dan hadith kerana dalam hadith-hadith atau ayat-ayat kelebihan amal adalah keinginan Allah, dan hadith-hadith mengenai azab dan bala adalah larangan Allah….korang belajar ilmu ni betul-betul dan apabila korang jadikan keinganan Allah dan Rasul sebagai keinginan korang, maka korang akan hilang segala kesedihan, kembimbangan, ketakutan, kerisauan, dan macam-macam lagilah!
Ingat, sesungguhnya segala yang berlaku, telah berlaku, atau sedang berlaku dan akan berlaku, semuanya adalah dalam pentadbiran Allah..segalanya berjalan atas kehendak Allah..
Jadi kurangkanlah dengar ceramah motivasi dari manusia.. walaupun nampak motivasi ni macam bagus, tapi bila terlalu banyak input dari otak dan akal manusia , maka semangat yang di hasilkan adalah sementara.."semangat yang hilang.."
Baik korang perbanyakkan cari motivasi melalui Al Quran dan Sunnah nabi kerana semangatnya dari Allah dan akan kekal insyaAllah.."semangat perjuangan harmony"
One more thing, korang kena belajar zihin atau memotivasikan diri dengan selalu lihat orang yang lebih menderita daripada kita…
"Benarlah, kita sedih tak boleh tukar handphone baru, sehinggalah di jalanan
sahabat aku pernah berkata begini : "aku menangis kerana tidak berkasut sehingga aku melihat dia yang tidak berkaki..."
(nikmat Allah mana lagi yang aku nak dustakan..isk isk isk..)
Sebenarnya bila difikirkan, dalam sedih tu ada dua perkara yang Allah nak dari korang..
1. Ampun dosa.
2. Naik darjat@bagi pahala.
Bermakna setelah di tafsir :
1. Allah nak selamatkan korang dari Neraka.
2. Allah nak masukkan korang ke dalam syurga…
Satu lagi aku nak kabor kat korang semua yang aku sayangi….kalau kita fikir-fikir balik : makluk sedih, bimbang, takut, air mata, memang dah Allah letak dalam setiap manusia, kita tak boleh hapuskan makhluk ini, makhluk ini dah ada dalam hati kita, hari ini orang berusaha untuk hapuskan makhluk-makhluk ini, pasti tak boleh, boleh jadi gila nanti…dan pakar-pakar barat pula mencari kaedah untuk mencegah makhluk ini daripada aktif dan menjejaskan sistem saraf yang lain, tapi Nabi Muhammad SAW ajar umat dia, sahabat-sahabat R.A iaitu : aktifkan makhluk ini dengan cara yang betul, atau dengan kata lain tukarkan kesedihan, kembimbangan, air mata dan takut korang pada perkara-perkara yang betul.
Contoh perkara-perkara yang betul :
1. sedih pada dosa-dosa yang lepas
2. takut azab api neraka
3. bimbang hari akhirat
4. takut ibadat tak diterima dari segi kelayakan.
5. harap ibadat di terima melalui rahmat Allah
6. risau melihat keadaan umat islam.
7. sedih tengok masjid kosong.
8. menangis kerana takutkan Allah dan api neraka
9. takut mati dalam keadaan kapir
10. bimbang Nabi tak mengaku umat..
11. dan seribu sebelas ratus lagi perkara-perkara yang patut korang buat..perkara-perkara yang tak betul, aku tak yah cerita sebab korang dah alami sendiri..!!!
Kerana itulah para Nabi dan sahabat RA , mereka selalu menangis : lihat orang mati menangis, dalam solat menangis, dapat nikmat pun menangis…adakah hati mereka tidak bahagia?
TIDAK! mereka sangat bahagia kerana mereka telah sedih pada yang HAK!!!
“Semakin kamu takut pada Allah, semakin hampir kamu pada Nya, semakin kamu menangis kerana sedih dengan dosa-dosa yang lepas semakin lapang jiwa kamu, semakin kamu bimbang dengan kehidupan kubur, semakin tenang kamu kepada kematian…”
“Wahai manusia, HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI KAMU AKAN MENJADI TENANG…!”
[Ar-Ra’ad : 28]
(isk..isk…uhuk..uhuk….isk..sok sek..sok…sek sob sob...sob..Ya Allah , ampunkanlah dosaku..ISK..ISK..)
Ps : kalau kesedihan ini bisa menghapus dosa-dosa silam.. sungguh, ia adalah rahmat Ilahi..kalau kesedihan ini bisa mendekat diri pada cinta yang agung.. sungguh, ia adalah tanda kasih-sayangMu..kerana kesedihan ini akan menjadi kegembiraan tatkala Engkau mengkehendakiNya..Maha Suci Engkau Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
No comments:
Post a Comment