(entry ini di susun menjawab soalan tentang “enemy of the state..” dalam halaqah KNU UPMKB…)
Sebenarnya ada banyak makluk ciptaan Allah SWT seperti jin, malaikat, bidadari, syaitan, binatang, dajjal, yakjuj dan makjuj, beruang panda, tapak sulaiman, biawak komodo dan lain-lain, akan tetapi dalam banyak-banyak makhluk ciptaan Allah, hanya kita manusia yang di cipta dengan ‘tangan’ Allah sendiri dan Allah mengaku bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, dan yang paling best, kekasih Allah adalah seorang manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. Manusia macam kita!!!
Jadi, ini adalah satu jalan mudah untuk berjaya menjadi hamba Allah yang sejati, iaitu dengan meniru, mengikut, membenarkan akan Nabi Muhammad SAW maka berjayalah kita di dunia dan akhirat insyaAllah.
Dan sebagai panduan dan keselamatan ummat manusia, Nabi Muhammad SAW telah tinggalkan dua perkara yang mana jika korang dan aku berpegang dengan dua perkara ini, maka korang dan aku tidak akan tersesat buat selama-lamanya, iaitu:
1. Al-Quran
2. Al-Sunnah
Al-Quran adalah KEHENDAK ALLAH yang di zahirkan dalam bentuk tulisan (kitab), yang mana ianya adalah panduan seumur hidup bagi manusia dan jin.
Apa itu Al Sunnah?
Al-Sunnah adalah KEHENDAK ALLAH yang di zahirkan dalam bentuk ‘manusia’ yang mana ianya adalah perjalanan mencari keredhaan Allah melalui jalan atau cara hidup Nabi Muhammad SAW sehingga baginda sendiri di kenali sebagai “Al-Quran yang bergerak”.
(sila focus dan beri perhatian kepada perkataan “bergerak”)
Namun, tiada janji dari Allah untuk menjaga Al- Sunnah secara am, sebaliknya tanggungjawab dalam pemeliharaan Sunnah Nabi SAW di letakkan di atas bahu seluruh Ummat Nabi Muhammad SAW, yang mana barang siapa dari ummat ini, yang menghidupkan sunnah nabi, bagi setiap sunnah yang di hidupkan akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid..(SubhanaAllah)
(Nikmat mana lagi yang aku dustakan..ohhh..)
Jadi, sudahkan korang bersedia menjadi “Al-Quran yang bergerak”.???
----------
Baiklah, sekarang kita pergi tentang bagaimana nak bergerak?
Sebelum bergerak, aku nak bagitahu tentang siapakah musuh islam yang sebenar, kerana dengan mengetahui siapakah musuh sebenar korang, maka akan mudahlah pergerakkan kita mengatur strategi menumpaskan musuh!!
Di sinilah perkara penting sekali dalam kehidupan orang islam kerana jika tersilap memilih musuh, maka musnahlah kehidupan dunia dan akhiratnya..
Macam dalam perang jugak, jika korang tak kenal musuh korang, apa yang terjadi? Tali barut jepun? Komunis? Bintang tiga? Darth Vader.? Sasuke? (im sorry …i felt really terrible just giving that stupid example..oh)
Dari pandangan aku yang jahil dan hina ini, bila lihat masjid di Malaysia ini banyak yang kosong, aku rasa ianya berpunca daripada orang islam sekarang yang sedang keliru dengan musuh sebenar..
Ada orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah kemiskinan…maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk menghapuskan kemiskinan, kerja siang malam, bangun pagi-pagi mengejar punch card, buat over time dan cari side income, sehingga melewatkan solat…mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh..
Ada pulak orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah ‘umur pendek’ maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk hidup selama-lamanya, bersukan siang malam, bangun pagi-pagi untuk berjogging, petang jogging lagi dan malampun masih berjogging..lepas tu layan rancangan sukan dan up-date keputusan sukan sehingga..tidak lupa doa mintak panjang umur,last-last… tinggal solat jemaah…oh! mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh…
Lepas tu ada pulak orang islam yang menyangka musuh sebenar adalah ketidak majuan (kemunduran)…maka golongan ini akan ‘berjuang’ habis-habisan untuk menjadi maju dan berdaya saing, berkerja siang malam, bangun pagi-pagi dan terus maju, petang maju dan malampun maju!!!!selamat maju jaya… sehingga.. tinggal solat jemaah…mereka sebenarnya telah tersilap memilih musuh…
Dan..
walaubagaimanapun, aku tak kata semua orang islam di atas teruk macam tu, tapi masjid banyak yang kosong menunjukkan banyak orang islam yang memang teruk macam tu..oh!
(aku sendiripun teruk..isk!!!)
Dalam Al-Quran, dah terang terang bagitahu akan musuh ummat islam, tapi sayang seribu kali sayang, aduh sayang….aku melihat kehancuran umat islam seluruh dunia adalah apabila silap memilih musuh, lalu menjadikan orang islam jugak sebagai musuh islam!!
Macam Taliban dengan Pakatan Utara!!!
Macam Hamas dengan pengganti Yasssir Arafat!!!
Macam Dacing dengan Purnama!!!
Macam Puak Sunni dengan Puak Syiah!!
Macam tentera Saidina Ali r.a dengan tentera Muawiyah r.a (rujuk sejarah )
Kerana itulah apabila Saidina Umar r.a ditikam ketika bersolat, sebelum wafat beliau bertanya akan siapakah yang menikamnya?, bila di beritakan yang menikamnya adalah orang kapir, beliau gembira, kerana ini bermakna islam tidak akan jatuh selagi orang islam tidak berperang dengan orang islam.
Namun, kita boleh rujuk sejarah akan siapakah yang membunuh Saidina Usman r.a?
dan siapakah pula yang menikam saidina Ali r.a? Pempimpin islam yang ke empat
dan siapakah pula yang membunuh cucu Rasulullah SAW dengan meracunnya? Siapa?
Jawapanya adalah orang islam…dan lihat apa yang telah terjadi pada orang islam di zaman itu..isk..isk..yaa..kejatuhan dan penindasan terhadap islam pun bermula...
Kesilapan mengenal pasti musuh korang akan membuatkan korang hidup dengan merana dan bertambah merana bila mati kelak!!! Nau’udzubillah…
Jadi, siapakah musuh sebenar korang yang kerananyalah korang akan di masukkan ke dalam neraka..dialah yang akan membuatkan korang menderita di dalam kubur, menangis di
Siapa?
Baiklah, boleh rujuk surah yassin ayat 60..Allah bagitahu musuh sebenar kita adalah setan...dan dalam diri setiap manusia ada lagi 3 musuh yang tak kurang hebatnya iaitu :
1. Nafsu yang tidak pernas puas.
(ada motor nak kereta, ada kereta nak helikopter, ada helikopter nak parking kat mana?)
2. Syahwat yang sentiasa membara.
3. Keperluan dunia yang membebankan.
(bil api, bil api, hutang kereta, rumah, tanah, kubur!!!)
Kemudian untuk Allah menguji siapakah di antara manusia itu yang paling bertaqwa, paling baik, paling beriman dan paling soleh, maka Allah telah benarkan syaitan menggunakan ketiga tiga perkara di atas untuk menyesatkan manusia….maka berhati-hatilah dengan syahwat, nafsu dan dunia kerana ini adalah senjata utama syaitan dalam menjahanamkan hari akhirat ummat manusia!!!
Namun, alasan di goda syaitan tidak akan di terima oleh Allah di akhirat kelak, kerana yang berbuat dosa dan maksiat adalah diri sendiri, yang tidak solat adalah diri sendiri, yang menikmati bestnya berzina, adalah diri sendiri, yang hilang haus ketika munum arak adalah diri sendiri,yang menikmati makanan haram adalah diri sendiri, yang menyakti jiran, menyusahkan tetamu, adalah diri sendiri, yang meninggalkan solat jemaah adalah diri sendiri, yang melengahkan solat pun diri sendiri..pendek kata semuanya adalah diri sendiri…syaitan hanya bagi syor sahaja..isk isk isk…
Dan Allah akan azab KAMU!!!! KAMU!!!! KAMU!!!!!
(selamatkanlah kami dari AzabMu YA Allah!!!!)
Jadi, kesimpulanya, MUSUH SEBENAR adalah :
DIRI AKU SENDIRI!!!!!
(Diri engkao sendiri!!!!!!)
Jika sesiapa yang merasakan ada musuh yang lebih merbahaya selain dirinya sendiri, maka dia adalah orang yang belum kenal akan dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak kenal akan dirinya sendiri, sesungguhnya dia belum kenal Allah..dan sesiapa yang tak kenal Allah, maka dia akan berbuat sesuka hati yang mana kelak akan menghacurkan dirinya sendiri…..!!!!!
Kerana itulah ada hadith yang menceritakan akan nasihat Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat ketika pulang dari medan perang menentang orang kapir (lebih kurang berbunyi) “ada perang yang lebih besar lagi”…para sahabat terkejut kerana mereka baru pulang dari perang yang dahsyat..lalu Nabi SAW menjelaskan perang yang besar itu adalah peperangan menentang nafsu (diri sendiri)
Sebenarnya,peperangan menentang nafsu kita sendiri adalah jauh lebih merbahaya dan dahsyat daripada perperangan menentang musuh islam yang lain. Jika korang berperang dengan orang kapir laknatullah, sekiranya korang kalah lalu di bunuh, dan anggota badan di kerat lapan serta mata di cungkil misalnya, korang beruntung sebab mati dalam keadaan syahid dan layak dapat masuk syurga Allah tanpa hisab.
Kemudian, jika dalam perperangan tersebut korang menang, maka dengan bergayanya korang akan dapat harta rampasan perang pihak musuh, jika pihak musuh ada kereta myvi, automatik korang dapat kereta myvi. Jika pihak musuh ada harta juta-juta so harta tu jadi milik koranglah..
Tetapi.. dalam perperangan menentang nafsu kita sendiri, jika kita menang lawan nafsu kita, belum tentu masuk syurga sebab masih hidup lagi hari ni, esok datang ujian lain takut tak dapat nak tahan lalu buat dosa, tinggal solat misalnya..oh..
Jadi perang menentang nafsu lebih bahaya kerana menang belum tentu, kalah masuk neraka…na’udzubillah!
Sedangkan perperangan menentang orang kapir, menang dapat harta ghanimah, kalah dapat masuk syurga!!!
Dan sekarang kita boleh tengok :
Kenapa banyak saf demi saf di masjid kosong?,
Kenapa Al-Quran berhabuk?
Kenapa Tasbih di dinding tidak terusik?
Kenapa majlis ilmu kurang pesertanya…?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Korang boleh bagi alasan, dengan menuduh setan yang pandai menghasut..ya! setan juga akan di azab, di azab bersama “diri sendiri” yang mengikut jejak langkah syaitan!!!!
Jadi apabila diri sendiri yang tak khuyuk dalam solat, yang tinggal solat jemaah, yang lengah-lengahkan solat, yang berzina dan yang murtad, mengapa nak kata itu kesalahan :
Syaitan?
Kerajaan?
Yahudi?
Kapir?
Polis?
Datok K?
Mawi fun Club?
Kenapa? kenapa? kenapa?
KERANA KORANG BELUM KENAL DIRI SENDIRI!!!!!
(macamlah aku kenal…err, siapa aku ini, doakan aku sahabat, doakan aku selamat dari Azab Allah..oh! isk..isk..)
Akhir sekali, tentang bagaimana nak kalahkan diri sendiri, aku ringkaskan jawapannya : korang kena bergerak dan belajar ilmu agama dari orang yang lebih pakar dari aku (macamlah aku pakar…ha ha ha…)
Cuma aku nak nasihat, bila sebut diri sendiri korang kena nampak empat perkara :
- Syaitan yang tak pernah penat.
- Nafsu yang tidak pernas puas.
- Syahwat yang sentiasa membara
- Keperluan dunia yang membebankan.
Aku ulangi :
- Syaitan
- Nafsu
- Syahwat
- Dunia
Bagaimana nak kalahkan syaitan? aku ringkaskan lagi jawapannya: bla bla bla, kalahkan syaitan adalah dengan melakukan amalam yang IKHLAS dan bagaimana pula nak kalahkan nafsu dan syahwat? dah tentu jawapannya adalah dengan selalu berlapar..kurangkan tidur, manakala untuk kalahkan dunia jawapan yang mudah adalah mencintai akhirat..
Namun, dalam islam semua jawapan sudah ada, soalan dalam kubur pun dah ada jawapan, dan jawapan ini tidak akan membawa, apa-apa makna jika “diri sendiri” tidak “bergerak”..
Nota kuku : korang perasan tak? aku ni macam bagus sangat bila menulis sebegini rupa, macmlah aku khusyuk dalam solat dan tak penah solat lengah-lengah, aku rasa aku jauh lebih teruk dari korang..isk..iskk…perlu diingat ceramah, tazkirah, nasihat, pesanan, dan entry sebegini, tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan jika korang dan aku bergerak dan aku juga terutamanya bergerak mencari keredahan Allah, bergerak macam Nabi bergerak, bergerak mengikut perintah Allah sebagaimana dalam Al-Quran dan gerakan inilah yang di katakan : “Al-Quran yang bergerak”….senang cerita, maksud aku jangan hanya rujuk blog, pergi rujuk ustaz dan kitab…
Jadi berhenti baca entry ini sekarang, pergi tutup aurat dan keluarlah dari rumah korang dan bergeraklah mencari keredhaan Allah dengan keupayaan 100 peratus..dengan impak maksima..!!!
ps : rujuklah ulamak yang berhampiran….(aku pun!!!)
1 comment:
a'kum,
terima kasih banyak di atas penerangan yang jelas dan menarik berkenaan melawan nafsu...
saya amat tertarik dengan kata2 nasihat yang diberikan, cuma ada satu perkara yang mgkn boleh dikongsi iaitu berkenaan dengan hadis(yang selalu dikatakan sebagai hadis) yang bermaksud" kita baru pulang dari perang besar menuju perang yang lebih besar"
ulama bersepakat mengatakan bahawa ia bukan hadis (hadis maudhu') atau hadis yang direka2...ia sebenarnya adalah kata2 seorang sahabat
maksud yang dikehendaki dari 'hadis' tersebut memang sangat tepat dengan kehendak Islam tetapi sekiranya kita kerap menggunakan hadis2 maudu' ditakuti mendustakan rasulullah saw, nauzubillahi min zalik....wallahu a'lam
sekali lagi terima kasih banyak2 atas setiap artikel yang amat bermakna...
jazakillahi khairan.wassalam
Post a Comment