Thursday, February 21, 2008

Adakah kita seperti labah-labah?



(berikut adalah aktiviti muhasabah terhadap diri aku sebelum menyapu sawang dalam bilik aku pagi semalam..maksudnya entry ini adalah untuk diri aku sendiri bukan untuk orang - harap maklum!)

kalau direnungkan, kita ini ibarat seekor labah-labah yang tinggal dalam sebuah rumah buruk yang mana tuan rumah adalah seorang tua yang jarang duduk rumah...

Kitapun buat sarang labah-labah banyak-banyak dan duduk di tentang-tengah sarang dengan aman dan selesa...

Hidup kita begitu seronok sebab sampai masa datang lalat, nyamuk, pepatung dan lain-lain yang terlekat pada sarang lalu kitapun makan, main dan tidur, kita rasa seronok hidup begini kerana sampai masa rezeki akan datang melekat kat sarang labah-labah kita..

Lalu kerja utama kita adalah meluaskan saiz sarang labah-labah..

Bila sarang kita dah makin besar, barulah nenek tua tu perasan, lalu ambil penyapu dan sapu..

Sekali sapu, maka terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai itu....

Sekali sapu sahaja...

Sekali Allah dan tarik nyawa, terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai ini....

Dan apakah jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah kita yakin syurga akan terbuka untuk kita? sedangkan pintu neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup???(maksud aku..g buat dakwah..kita dah buat ke???)

Adakah kita yakin syurga terbuka untuk kita? sedang pintu neraka untuk orang munafik juga tidak pernah kita tutup?

Barangkali, kita juga terlupa menutup pintu Neraka untuk kita sendiri..oh!

Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita? Sudahkah?
(Tanya pada diri sendiri...isk!)

No comments: