Sunday, February 3, 2008

Beloklah ke “Kanan” disana ada Syurga Nya

teringat di suatu masa...

Dulu pak long aku selalu mengingatkan “Setiap kamu melakukan yang baik, dahulukanlah dengan yang kanan tapi bila berhubungan dengan yang kotor dahulukanlah dengan yang kiri”. Ya...misalnya kalo nak makan, minum, bersedekah, bersalaman, menulis, memakai baju gunakanlah tangan kanan. Nak masuk rumah, masuk masjid gunakanlah kaki kanan. TApi bila kamu beristinja gunakanlah tangan kiri. Mau ke toilet atau keluar masjid gunakanlah kaki kiri.

Akupun bertanya kenapa harus kanan, apa je bezanya kanan & kiri tu kan sama-sama tangan/kaki. Beliau menjelaskan ” Keimanan adalah kanan, khusyuk adalah kanan, lemah lembut adalah kanan, membantu sesama adalah kanan, tunduk pada al haq adalah kanan, amal soleh adalah kanan, lapang hati adalah kanan, sabar adalah kanan, segala kebaikan zahir dan batin adalah kanan. Dan lawannya adalah kiri. Akhir dari kanan adalah syurga sedangkan akhir dari kiri adalah neraka. Dalam surat Al Waqiah ayat 27 disebutkan ” Alangkah bahagianya golongan kanan itu.."dan yang lagi satu ” Adapun jika ia tergolong dalam golongan kanan itu, maka keselamatanlah bagimu kerana kamu dari golongan kanan” (al waqiah : 90-91).

Pak Long juga ada mention satu hadith. Rasulallah SAW adalah seorang yang sangat bersungguh-sungguh untuk urusan akhirat, beliau SAW berkata kepada Ibn Abbas r.a ketika Surah An Nashr turun, ” telah datang pertolongan Allah dan telah datang golongan kanan”. Seseorang bertanya, ” wahai Rasulullah, apakah golongan kanan itu?” Jawab Rasulallah SAW ‘iaitu suatu kaum yang hati mereka amat mudah tersentuh, perilaku mereka amat lembut, keimanan adalah kanan, pemahaman adalah kanan dan kebijaksanaan adalah kanan.”

Kanan, kanan, golongan kanan. Alangkah inginya menjadi golongan kanan.

"Ya Allah jika kerana kebodohan dan kelengahan kami berada di kiri maka saat kami masih hidup ini kami memohon dengan sepenuh jiwa raga… Belokkanlah kami ke kanan, kumpulkanlah kami, keluarga kami dan seluruh kaum mukmin dan satukanlah kami dalam golongan kanan. Amiin…"


ni la pak long aku..Tuan Haji Bujang@Sulaiman bin Ahmad...

No comments: