Wednesday, February 6, 2008

Antara Impian Dan Kenyataan

(muhasabah selepas DMT...)

Ketika bebas di alam remaja,impianku tidak mengenal batasan - aku ingin MENGUBAH DUNIA

Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang, kusedari.. rupanya dunia tidak akan berubah. Lalu aku bataskan jangkauan. Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA. Namun ini juga tidak kesampaian..

Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat. Malangnya.. mereka juga tidak mampu ku ubah. Kini, di pembaringan menanti maut, baru ku sedari.. (mungkin buat pertama kali)

Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI - dengan menunjukkan teladan yang baik, pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas.. dengan sokongan dan dorongan semangat mereka, pasti aku mampu MENGUBAH NEGARA..

Dan siapa tahu.. Mungkin juga aku mampu MENGUBAH DUNIA..

ps : kena kembali semula kepada muratib amal kita..isk isk isk..Individu Muslim pun tak lepas lagi..

No comments: