Pada satu malam yang dingin selepas balik dari expo Kite Festival, aku lalu di depan sebuah gereja terkemuka di Bintulu.”Wah…sudah 'expand' ye gereja ini..” bisik hatiku sedikit rasa 'tergugat'. 3 kali ganda saiz asal.....hmmm.......aku mula paranaoid tak tentu pasal...lebih-lebih lagi setelah terpandang salib besar..cepat-cepat aku baca doa tengok rumah ibadat orang non-muslim..(sila rujuk ustaz..)
Sebenarnya gereja dan perkarangan gereja itu bukan asing untuk aku. Di situlah aku memulakan alam persekolahan (prasekolah) iaitu di
Ya, zaman itu ramai ibu bapa muslim turut menghantar anak-anak mereka ke tadika di perkarangan gereja yang paling tersohor di Bintulu itu. Begitu risky dan bahayanya akidah anak-anak yang di hantar ke gereja ini.
Tapi itu dulu. Di ketika kefahaman Islam belum benar-benar kukuh. Takde orang yang bersangka buruk kepada tadika di perkarangan gereja pada masa tu...mungkin ada kot, tapi tidak ramai.
Namun di zaman ini, masih ada juga ibu bapa muslim yang menghantar anak mereka ke tadika tersebut. Bukan itu sahaja, tadika bukan milik orang Islam pun masih menjadi pilihan ramai ibu bapa muslim. Fikirkanlah bahayanya….senang cakap amat bahaya sebenarnya..
ohhh…..melalutlah pulak….bukan kisah tadika kat gereja yang aku nak cerita kali ni.
Tapi perkara yang aku terfikirkan apabila aku melewati depan gereja itu pada malam itu…
Aku terpikir, orang Islam dan melayu khasnya cukup pantang dengan gereja. Ia bagaikan phobia. Kita namakan Churchphobia lah konon-kononnya.
Sesetengah orang dalam masyarakat amat sensistif kalau bab-bab kuil, tokong dan gereja. Kalo tokong tu coloknya keluarkan asap, mereka kata busuk. Kalau kuil tu bunyi loceng waktu maghrib mereka kata bising, anak nak tido, bla bla bla…. kalo kemenyan, busuk. Kalau ada buah-buahan , nanti kita kata panggil lalat, kalau hari ahad keta banyak park kat gereja, kita kata buat jammed jalan jer.. dan macam-macam lagi kata-kata sinis dan lawak mengata mereka dan amalan mereka…(aku pun..ohhh..)
Tapi bila Namewee membuat kata sinis ke atas orang melayu dan Islam, ramai marah. Hmmm…mereka yang marah beria-ia ni jugalah yang menyindir dan mengata agama lain. Marah tu baguslah sebab mempertahankan kesucian agama. Namun, pernah tak ko fikir kenapa ia berlaku? Kenapa kita masih diperlekehkan? Adakah kerana kita juga menyumbang kepada rasa sakit hati Namewee. Kita kena juga melihat diri kita dalam-dalam, adakah kita juga mempersendakan agama mereka secara langsung ataupun tidak?
"What goes around comes around" kata Justin Timberlake...
Adil lah diorang begitu sebab kita pun kadang-kadang semacam “membenci”mereka.
Ko kena ingat akan adanya konsep humanity diversity , dan Islam mengajar kita HORMAT pada agama lain. Hormat tu dalam erti kata jangan memperkecilkan mereka, jangan mengata, jangan mempersendakan agama mereka…kalau dalam hati kita memang dah ada perasaan tu,maka amat tak baguslah. Buangkan lah sikap "aku lebih baik,maka aku boleh katakan apa-apa kat depa”…huhh..apa kes ko rasa ko bagus sangat?
aku kata lagi : sebab ada masalah sikit dengan diri kita sendiri. Kita tak ajak keluarga, rakan dan jiran kita penuhkan masjid setiap kali solat fardhu. Kita tak buat kerja kita, tapi nak marah orang kalau mereka buat kerja mereka. Kalau kita buat kerja kita seperti disarankan Nabi SAW, yakni "berpesan-pesan dengan haq (perkara benar) dan sabar supaya tak kerugian.." nescaya kebatilan akan terhapus dengan sendirinya melalui nushrah dari Allah, percayalah...InsyaAllah…
maka itulah yang kita patut marah, kadiron…jangan sibuk kalau orang agama lain nak beribadat. Jangan heran kalau rumah ibadat mereka besar.Masjid kita lagi besar…..ada 30 saf, satu saf 50 orang….in average lah.. Diorang akan jeles kalau kita pun sama-sama jeles. Diorang tak
skarang ni, kita kena ‘kacau’ keluarga, rakan dan jiran kita dulu…..
‘Kacau’ mereka dari tidur mereka,
dari kesenagan mereka,
dari "relak lah..banyak hari lagi aku boleh tobat" mereka,
dari "tak apa" mereka,
dari "zon selamat kerana aku banyak beramal" mereka,
dari rasa "selamat dari api neraka" mereka,
dari "kubur sendiri-sendirilah" mereka dan tak lupa juga
dari hobi-hobi dunia mereka yang memakan masa dengan banyaknya itu…….
Bila kita muslim dah teguh dan rapat, dah satu hati, InsyaAllah segalanya akan jadi lebih mudah…believe me..maka insyaAllah akan wujud perkara-perkara berikut :
Suasana agama terbentuk.
Laki jumpa laki akan cakap pasal kebesaran Allah
Perempuan jumpa perempuan akan cakap keagungan Allah
Budak jumpa budak akan cakap betapa bestnya Allah
Persekitaran agama wujud.
Cakap-cakap agama akan selalu didengar.
Amalan agama tersebar dan hidup.
Pendek kata semuanya dalam lingkungan agama....
Pada masa tu barulah orang islam boleh berdakwah dengan akhlak...bolehlah kata “Look at me…”
Sekarang, kalau kata “look at me” pun takde orang nak ikut..oh aku yang lemah sebenarnya…..isk isk isk…
1001 sifat mazmumah aku,
amarah aku,
nafsu aku,
hasil kerja aku,
perkataan aku,
kurang sabar aku,
degil aku,
close minded aku,
cakap tak serupa bikin aku,
ego aku, sombong aku,
perasan bagus aku dan…bla bla bla..(sila tambah sendiri.!)
ops!..asyik cerita pasal aku pulak…isk..
balik kepada main topic, apa yang aku nak dikatakan di sini ialah..setiap kita ada tanggungjawab pada ummat, pada sekalian ummat manusia…aku bagi contoh, kalau kita lihat satu pemandangan yang cantik dan menakjubkan..wah wah wah...rasa kagum akan timbul dalam hati dan akan rasa nak share akan kecantikan tu kepada kawan-kawan kita, saudara mara kita, adik beradik kita kan? begitu juga hidayat, bagaimana kita rasa akan kemanisan beribadat, ketenangan bila dekatkan diri kepada Allah, barakah daripada amalan-amalan sunnah maka kita kena share akan ke"best"an perasaan tu pada saudara-mara kita, adik beradik kita, kaum keluarga kita, bla bla bla...seantero alam la senang cerita..maka itulah dia dakwah..yakni mengajAK kepada kebaikan, wahai kadiron..
Allah bagi kita faham.
Allah bagi kita rasa.
Allah bagi kita ‘nampak’ ..
Allah bagi kita ilmu.
Allah bagi kita dapat kebenaran.
Allah bagi kita nikmat kemanisan ISLAM…
biarpun kita belum ‘sempurna akhlaknya’…
biarpun kita belum ‘sempurna ilmunya’…
biarpun kita belum 'sempurna kekayaannya'…
biarpun kita belum 'sempurna kejayaannya'…
Apa yang kita ada kita amalkan.
Apa yang kita ada kita sampaikan.
Bukan untuk kegunaan di masa depan.
Atau bukan untuk kegunaan di saat kematian.
Gunanya ilmu itu…sekarang.
Gunanya kefahaman itu..sekarang
Gunanya kebenaran itu…sekarang.
Marilah kita kembali 100% kepada seruan Allah dan RasulNya.
Marilah kita betulkan mana-mana yang tersilap.
Niat kita, sikap kita, FIKIR kita, tujuan kita, akhlak kita, cara hidup kita, objektif kita dan semua yang belum tepat….sebelum terlambat..
InsyaAllah, Doa aku untuk aku sendiri dan sesiapa yang membaca dan berniat untuk berubah.
Mati bukan penamat kehidupan.
Matilah permulaan kehidupan.
Hidup di dunia ialah pra kehidupan.
Maka persiapkanlah bekalan untuk “enjoy” di masa depan.....
ps : Semoga Allah sentiasa merahmati tuan-tuan dan puan-puan dan cik-cik...ameen...
3 comments:
st anthony...tht's where i go every sunday...if aku d btlu. well, skrg, srb st anthony bkn under church... tp, under government. the name itself dah tukar jd sk... like other skool. once, it was run by the church sbb govenrment sik amek pdulik. and bco skolah ya di bgnkn oleh gereja. hhmm... dun be intimidate (btl ka sik tok krkrkr...) by other religion.
nice post here... sbb aku (sik ksah kan, just 'aku' 'kau'?)
mmg ada ppl yg slalu pndng laen pada agama laen. I myself, try to avoid the situation bt smtms, can't help it. mayb sbb dr cara kita dibesarkn.
smua org ada hak n tggjwb terhadap agama masing2. and jlnkn la tggjwb tu tanpa 'mengusik' tggjwb org laen. i mena....dgn terang2n... ths is where respect memainkn peranan.
Islam berdakwah, Christian pun berdakwah. dgn cara tersendiri.
few times actually, ada few ppl yg dtg berdakwah dgn extreme and tht hurts... u know wht i mena, dont u?
i really hope ppl can respect each other tak kira wht race and religion.
not all ppl kurang ajar actually...there r some ppl yg blh respect org laen n their believes...
ntah apa aku melalut krkrkr...
whtever it is...enjoy reading ths post... ^_^
maybe... reading ur entries here might help change pemikiran sstgh org...
how did u find my blog btw...?
hehe..thanks sebab datang berziarah..aku pernah post pasal "humanity diversity" di mana setiap orang kena hormat pada manusia lain walaupun datang dari background dan kepercayaan yang berbeza..he he he..aku ok jewrrr..
ya...i leave comment there too.. :)
Post a Comment