Thursday, June 28, 2007

La Tahzan Part I

(Mengapa bersedih?)

Seorang anak berusia 3 tahun yang keluar jalan-jalan ngan ibunya, tiba-tiba terpandang aiskrim. Dia mintak dengan ibunya. Tapi ibunya tak bagi. Puas dia pujuk ibu dia sebab dia dah lama tak makan aiskrim tapi ibunya tak bagi jugak. ketika tu anak tu fikir "mesti ibu aku dah tak sayang aku..ke mana perginya kasih sayang seorang ibu???"

Si anak tak tahu yang dia sebenarnya ada penyakit lelah dan kencing manis. Dia rasa dia sihat. Tapi ibunya tahu dia sakit. So itulah sebabnya ibu dia tak bagi. Ibu dia tak bagi tu sebab terlalu sayangkan anak dia....

Pada pandangan si anak, ibunya telah berlaku kejam dengan tak bagi dia makan aiskrim. dia tak tahu yang dia ada penyakit tu. Kalau ibu dia bagitahu pun, dia pasti takkan mengerti sebab umur dia terlalu muda!

Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita rasa elok tu baik untuk kita. Kita ni ilmu terbatas.Tak mungkin kita boleh capai taraf ilmu Allah. Allah sebagai Pencipta, tahu segala yang terbaik buat kita. Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"

Ramai yang menyangka, dalam hidup ni kalau dapat duit banyak, hidup senang lenang, dapat suami hensem gile, dapat isteri cantik, rumah besar bla bla bla..maka itu adalah yang terbaik. Itu yang kita kena dapat. Kalau tak dapat kita merungut.

Tapi kita pernah terfikir tak, sebenarnya orang-orang yang banyak dapat rahmat Allah di dunia ni, sebenarnya dia dapat ujian yang lebih banyak!


Daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga, Abd Rahman bin Auf r.a. masuk last sekali. Dikatakan, beliau akan masuk secara mengensot. Kenapa? Kerana di kalangan sahabat, beliau yang paling kaya. Beliau yang paling banyak dapat rahmat Allah. Maka Allah akan kira satu persatu ke mana kita gunakan rahmatNya tu...

aku yang perasan pandai nak bagi tips untuk rasa happy..ha ha ha..:

Ko kena sentiasa berfikiran positif.Jangan Su'u zhon (bersangka buruk) dengan Allah. Sebagai contoh, Allah bagi ko kecacatan di dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko kecantikan lebih dari orang lain di akhirat kelak.,Allah bagi ko muka yang tak berapa cantik di sini, mungkin nanti ko akan jadi ketua bidadari syurga yang jelita lagi menawan, akhirat tu kekal abadi kawan, dunia ni sementara aje..ingat..SEMENTARA AJE!!

Yang penting, ko kena redha dengan apa yang Allah bagi. Ko yakin kan Allah Maha Mengetahui? So mungkin sekarang ko nampak seolah-olah Allah tak kasih, tak sayang ko tapi sebenarnya Allah nak bagi ko benda yang lebih baik di akhirat!

Kalau boleh ko tentu nak darah kamu pink colour bukan? Tapi hakikatnya warna darahmu adalah merah!

Kalau ko rasa ko terseksa hidup di dunia dan ko nak salahkan Allah, ko yang rugi sebab kalau ko buat camtu, kat akhirat nanti ko takkan dapat apa-apa. Tapi kalau ko redha dan terima apa yang Allah bagi, InsyaAllah kat akhirat ko dapat lebih dari yang orang lain dapat. Kalau ko sabar untuk tempoh dalam 60 tahun hidup di dunia, insyaAllah ko akan dapat ihsan Allah di akhirat yang kekal abadi!

Sebab tulah aku cakap ko ni bertuah jika sering ditimpa ujian. Allah buka ko peluang untuk ko dapat rahmat di akhirat dengan tak bagi terlalu banyak kenikmatan di dunia yang sekejap ni. berapa ramai orang di luar sana yang kaya, ada suami hensem, bini yang cantik dan tak cacat, tapi mengabaikan nikmat yang Allah bagi. Nanti di akhirat diaorang dah tak dapat apa-apa! Diaorang senang kejap je tapi Allah nak bagi ko senang selama-lamanya nanti!

APA YANG PERLU KO BUAT ADALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, YAKIN BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI...


Lain kali kalau ada sesiapa kutuk ko, kalau ada sesiapa kata ko cacat, muka ko burghok, ko terus mengadu kat Allah. Ko cuba lah buat. Mengadu macam budak kecik mengadu kat mak dia. Ko anggap ko tak berdaya betul-betul so ko mengadu sungguh-sungguh kat Allah.. Allah mungkin takkan jadikan ko cantik, Allah mungkin takkan jadikan ko tak cacat (Allah boleh buat kalau Dia nak), tapi sekurang-kurangnya hati ko akan tenang, InsyaAllah. Ko akan jadi lebih kuat sebab ko yakin kalau ada apa-apa pun, ko ada tempat mengadu...Rasulullah SAW buat cara camni lah, sebab tu baginda boleh solat sampai bengkak kaki!

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang nikmat yang kita dapat?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi nikmat..
Mereka terseyum tawar kerana tak dapat tumpang bahagia,
Malah mungkin berharap agar kamu kembali hilang akan nikmat itu…

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang segala cerita duka lara?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi derita..
Mereka pura pura sedih tapi mengelak untuk membantu,
Di belankangmu, mereka ketawa dan menghina kamu…


Moralnya adalah :
Ada orang yang lebih menderita dari ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari kau, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..

bersambung..

No comments: