(Tips untuk pelajar sekolah menengah menjelang SPM)
Dalam keghairahan korang menyambut bulan ramadhan, sibuk buat (atau tempah?) kuih raya, basuh langsir, tak terfikirkah korang akan adik adik kita yang nak ambik SPM tak lama nanti ? kesian diorang…takde orang nak teman study..
Oleh yang demikian aku yang prihatin terhadap isu isu semasa dalam Malaysia kita ini, akan menolong adik-adik yang nak ambik SPM dalam pelajaran yang paling payah sekali dan selalu berubah-ubah formatnya serta sentiasa bertambah perkataan-perkataan baru, sentiasa memeningkan menteri menteri bukan melayu dalam pengunaan tata bahasa, silap haribulan , jika gagal subjek BM ni, alamak kena halau dari duduk Malaysia ler gamaknya, kena pergi duduk Pnom Pheh tu…relax adik-adik, jangan panic, aku akan tolong setakat yang mampu.
hmmm..ok, kita teruskan kelas kita, Dalam Bahasa Malaysia, ada bebarapa kemahiran yang perlu di kuasai, antaranya sajak, pantun, gurindam, syair dan yang paling susah adalah karangan yang tidak boleh melebihi 360 patah perkataan.
Kita pergi bab pantun dahulu, supaya adik adik kita yang gagal SPM nanti boleh belajar pantun untuk meminang, tapi aku tak nak ajar pantun untuk merisik atau meminang, naik sheikh nanti..ha ha ha..
BAGAIMAN BERPANTUN YANG BETUL
Untuk membuat pantun yang baik , setiap pantun mestilah mempunyai pembayang yang ada kaitan dengan maksud dan hujungnya mestilah berakhir dengan huruf yang sama.
Contoh pantun yang baik di mana maksud dan pembayang adalah selari dan berakhir dengan huruf yang sama :
BUDAK-BUDAK PERGI SEKOLAH,
PERGI SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH,
BUDAK-BUDAK BALIK SEKOLAH
BALIK SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH
Inilah pantun yang baik kerana tak perlu susah-susah orang lain nak menjawab…he he he..Contoh pantun yang salah dimana maksud dan pembayang tiada kaitan dan huruf yang berakhir tidak sama:
MENANAM BUNGA DI TENGAH BANDAR
BANDAR CANTIK INDAH MENAWAN
KALAU TUAN ORANG YANG PANDAI
HABIS MADU SEPAH DI BUANG
Pantun ini akan membuatkan orang ramai dan pihak ketiga tidak faham adakah ianya berbentuk soalan atau keluhan dan adakah perlu dijawab atau di biarkan begitu sahaja..oh..
---------
tapi yang paling susah bila nak kena buat karangan…setahu aku soalan SPM terbahagi kepada dua bahagian dan ada soalan khas yang kena buat karangan yang tidak melebihi 360 patah perkataan.jadi mari kita belajar buat karangan…woha!
(bab sajak aku kena skip sebab aku tak reti nak tulis sajak..ha ha ha…)
BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT KARANGAN
Berikut adalah soalan ramalan yang aku rasa akan keluar dalam bahagian pertama kertas BM 2007.
Bahagian pertama
Berdasarlah soalan di bawah, pilih satu soalan dan tulis karangan berdasarkan senario di bawah dengan jumlah perkataan tidak melebihi 360 patah perkataan
Soalan:
1. Tuliskan sebuah karangan ketika anda menempuh Lalilatul Qadar dan ceritakan juga pengalaman pengalaman aneh serta misteri di sepanjang malam tersebut.
2. Ceritakan pengalaman anda bermain mercun yang dahsyat sehingga mengorbankan nyawa sebilangan besar penduduk kampung.
3. Berikan pendapat anda tentang budaya hantar kad raya melalui SMS atau email.
4. Bayangkan anda sebagai seorang yang perasan sibuk dengan pelbagai urusan dunia mencari kesenangan dan kemewahan hidup. Hari hari anda bekerja keras untuk melangsaikan pelbagai hutang piutang seperti rumah, tanah, kereta, perabot, kad kreadit, insuran, skim, dobi, bil, dan lain-lain, walaupun sibuk anda masih sempat update lagu popolar, cinema movie dan astro ria, namun demikian, seorang yang sibuk seperti anda memanglah tidak melepaskan peluang sekiranya ada aktiviti berkelah di air terjun. Ceritakan pengalaman anda sepanjang perjalanan ke perkelahan tersebut.
(semua karangan adalah tidak melebihi 360 patah perkataan)
----------
Contoh jawapan dari aku, aku
Nota: tulisan yang berwarna merah adalah jawapan yang salah, bermakna jangan tulis jawapan seperti tulisan merah jika tak nak duduk Pnom Pheh.
Contoh jawapan No 4:
Terima kasih kepada pemeriksa soalan kerana sudi baca jawapan karangan saya, saya rasa sungguh terharu kerana selama ini saya dah banyak menulis karangan saya di blog , tapi tak de orang yang nak baca, oleh kerana tuan pemeriksa sudah di wajibkan membaca karangan saya, maka saya akan mencuba sedaya upaya berserta seluruh jiwa dan raga untuk menulis tidak lebih daripada 360 patah perkataan.. Saya berharap mood pemeriksa ketika membaca karangan saya berada dalam keadaan yang baik untuk memudahkan tuan pemeriksa dalam pembahagian markah kepada saya nanti…
Pada suatu hari, saya dan kawan-kawan tercinta telah membuat keputusan untuk berkelah di air terjun di Taman Negara Lambir, Miri dan sebagai seorang sahabat sejati kononnya, saya pun join sekali kerana itu adalah masa yang paling sesuai untuk saya berta’aruf bersama sahabat-sahabat saya..kerana menurut pesanan Luqman Nurhakim, kita kena bermusafir dengan seseorang untuk kenal hati budi..ohh..
Sebelum bertolak kami semua ada sesi taklimat terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan bacaan doa bermusafir kerana siapalah kami tanpa pertolongan Allah. Kemudian saya teringat saya tak buat pun ziarah pantas sebelum berangkat..ohh..ada hadith bagitahu sekiranya kita bersedekah sebelum memulakan perjalanan, maka Allah akan hantar malaikat menamani kita di perjalanan.
oh..lupa nak cerita, sebelum tu masa keluar dari rumah, sebagai orang islam yang peka, saya membaca doa keluar rumah yang di ajar oleh seorang ustaz, kalimahnya bermaksud:
“Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya kecuali pada Allah”
Dalam kereta , saya sebagai amirah(ketua) perjalanan telah memastikan agar semua peralatan mencukupi, seperti air mineral, air bateri, botol minyak hitam, tasbih, cermin mata hitam, tool box, cd ceramah, cd mengaji, cd nashid, cd zikir munajat…. bla bla bla
(korang boleh tulis banyak lagi, ini adalah satu tektik jika korang rasa takde idea untuk mencukupkan 360 patah perkataan..he he he…)
Selepas itu kami beramai ramai doa naik kenderaan dan membaca 3 kali ayat kursi sambil senyum mendongak ke langit, kenapa kami senyum ke langit? Silalah rujuk ustaz…atau kertas jawapan subjek ugama…saya takut kalau nak terangkan bab ni terlebih 360 patah perkataan..oh!
Maksud/makna doa memulai perjalanan.
“Maha suci Allah, yang telah memudahkan bagi kami, padahal tidaklah mampu kami menguruskan, Dan sesungguhnya, kami akan kembali kepada Allah.”
Kamipun bertolak dengan beberapa doa lagi , kami bertolak pada waktu pagi hari kerana nak mengikut sunnah Nabi Muhamad SAW yang suka memulakan perjalan pada pagi hari dan sebenarnnya paling baik adalah hari khamis, (tapi kami pergi piknik pada hari jumaat..) dan jika anda nak tahu, ada beberapa waktu yang makruh kita bersafar seperti hari jumaat iaitu sebelum azan jumaat, dan haram bertolak pada hari jumaat sejurus selepas azan jumaat. (Solat jumaat dululah bang!)
Dalam perjalanan kami telah banyak berjumpa dan menimba pengalaman yang enak-enak seperti melihat dengan mata kasar akan begitu banyak sekali penduduk di Malaysia yang menetapa /tinggal di kampung yang telah berjaya, takrif kampung yang berjaya adalah kampung yang mempunyai beberapa buah jentera, juga kereta proton saga dan tak lupa akan ladang tanaman yang besar…
Lagu latar
kampungku sudah berjaya..
pembangunan sekeliling..
ada jentera ada kereta proton saga . .
sawah padi menguning..
Di pendekkan cerita, Setelah agak lama memandu, kawan-kawan saya yang duduk di ruang tempat duduk penumpang di belakang telah tertidur di buai oleh nasyid dari cd, kawan saya S dengan tabahnya memandu walaupun berada dalam keadaan sangat mengantuk…(sebenarnya dia ok jewrrr..ha ha ha.. aku tak tahu apa reaksi pemeriksa soalan korang jika lampirkan lagu untuk memenuhi kouta 360 patah perkataan, aku rasa baik korang tak payah taruk lagu jika korang tak nak duduk Pnom Pheh!!!)…sambung balik..!
untuk mengelakan mengantuk, aku dan S pun menyanyikan lagu lagu duet seperti Nur Syahadah dan banyak lagi…(aku tak ingat nama penyanyi omputeh tu..ha ha ha)
Tiba tiba kami tiba di jalan yang mendaki, selaku orang yang beriman saya mula bertazkirah pada kawan saya :
Saya kata : sunnah Nabi bila naik bukit atau jalan yang mendaki untuk baca “Allahuakbar”
kawan kata : oh begitu..
Kemudian kami pun turun bukit dan saya terus bertazkirah…
Saya kata : bila turun bukit kena baca “SubhanaAllah”
kawan kata : oh begitu..
Kemudian jalan mulai rata dan selesa, berkat usaha Jabatan Kerja Raya dan saya sacara langsung terus menerus menyampaikan imu di dada..(saya perasan bijak..ha ha ha…)
Saya kata : Kalau jalan rata sunnah Nabi baca “Alhamdulillah”
kawan kata : oh begitu..
Sampai kat satu area, kami banyak melalui jalan yang berselekoh, lalu dengan selamba kawan saya bertanya: “doa selekoh tak de ke ?”..
Eh, engkau ni buat lawak lah pulak..(sebenarnya takde pun orang tanya soalan ni..aku saje je nak cukupkan kuota 360 patah perkataan..ha ha ha…so cerita di bawah ni ditambah mengikut sesedap rasa penulis – harap maklum!)
Tiba tiba kami ternampak tengokorak sedang memegang streng kereta…
kawan saya : nampak tak ? skull ngan stereng tu, kawasan kemalangan ni, kena bawak slow sikit..
Saya kata: apa pulak, skull ngan stereng tu bermaksud kawasan ni kawasan berhantu, kena bawak laju laju (sempat juga saya buat lawak walaupun dah mengantuk…)
kawan saya : salah tu, itu bermaksud semua orang akan menjadi mayat...anda tidak mampu mengubahnya…lagi satu, saman had laju tak boleh di kompaun...ha ha ha..!!!
lalu dengan kadar serta merta kawan saya mula membawa kereta dengan had laju kebangsaan…
Kemudian jalan mulai jammed, kenderaan mulai merangkak-rangkak dan bergerak perlahan..ada orang kemalangan rupanya, ada yang jadi jenazah..tapi saya tak akan tulis mengenai karangan kemalangan ini kerana tidak kena mengena dengan soalan, saya akan tulis karangan tentang kemalangan pada soalan repeat paper tahun depan. Itupun jika ada soalan karangan tentang kemalangan - sambung balik…!
saya nak sambung karangan ni tapi nampaknya cerita perjalanan perkelahan ni terpaksa di hentikan kerana terlalu panjang dan merepek serta sudah melebihi 360 patah perkataan, terima kasih kepada tuan pemeriksa yang sudi menghabiskan baki umur dengan membaca karangan saya, maaf kerana saya telah mencuri masa anda yang sangat berharga dengan membaca karangan ini, jika anda menghargai baki umur anda, jangan sia-siakan masa yang telah di habiskan dengan membaca karangan ini, luluskanlah saya, saya perlu mendapat kepujian dalam BM untuk megelakkan saya daripada menjadi warganegara Pnom Pehh dan seterusnya mengesahkan jawatan saya di jabatan kerajaan Malaysia…he he he…
Sekian, salam sayang. Dan selamat menyambut bulan ramadhan!
Ps : adik adik, selamat menjawab soalan SPM..
DELETED SCENE:
(ini pulak adalah karangan yang aku terpaksa delete kerana karangan tersebut telah melebihi 360 patah perkataan)
Tempat pertama yang kami lewati adalah Batu Niah, maka ternampaklah kami akan gereja…oh..lalu baca doa :
(Error; cannot display arabic world)
Kemudian ternampak pulak kereta orang yang besar dan mewah lalu membaca doa :
(Error; cannot display arabic world)
Lepas tu nampak pulak kediaman orang kapir yang besar dan mewah lalu membaca doa :
(Error; cannot display arabic world)
Apabila setiap kali kami menaiki jambatan, kali akan membaca doa (error; cannot display arabic world) ini sambil berharap dengan Allah agar di selamatkan kami di jambatan akhirat iaitu titian sirat.
Ps : Error; cannot display arabic world = please refer to ustaz, Don't stop before you top, Touch the sky before you drop (corpse) – amende ntah..!
2 comments:
err.. aku rasa pantun ko tu tak berapa tepat la. huruf pembayang baris pertama perlu sama dengan maksud di baris pertama. begitu la berikutnya... contoh
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yg baik dikenang jua..
tak gitu??
ezad,
aku tak jawab soalan berbentuk pantun masa spm dulu sebab aku tak terer bab pantun memantun ni..tapi pantun ko bagi tu aku pernah belajar masa kat sekolah..he he he..
Post a Comment