Thursday, August 9, 2007

Apa Itu Solat?

(Edisi Israk Mikraj)

Ketika Nabi SAW dan Malaikat Jibril AS hendak naik ke atas arasy, Malaikat Jibril AS bagitahu pada Nabi SAW yang dia tak boleh naik atas kerana jika dia naik, maka binasalah dia…bermakna alangkah hebatnya Nabi Muhammad SAW kerana dapat naik atas arasy berjumpa Allah secara langsung untuk menerima SEHEBAT-HEBAT AMALAN iaitu SEMBAHYANG!

DAN SEHEBAT-HEBAT AMALAN ini iaitu SEMBAHYANG ini diletakkan ke atas 'bahu' setiap umat akhir zaman..(aku dan ko) maka alangkah hebatnya umat akhir zaman kerana di beri amalan yang paling hebat berbanding amalan umat terdahulu dan inilah sebaik-baik ummat, tapi….sungguh sedih dan terkilan apabila amalan yang hebat ini telah di sia-siakan isk..isk…

Cuba bayangkan, jika raja dah sayang kat ko dan bagi anugerah sebuah keris hitam bersepuh emas bertakhtakan manikam…tapi ko sia-siakan, pastu ko letak merata-rata keris emas tu, anak ko buat mainan, buat kopak kelapa, buat itu dan ini …kalau raja nampak, tentu raja tikam ko dengan keris tuh! Begitulah perumpaaan bila ko solat sambil lewa, solat lengah-lengah, sengaja tak nak solat jemaah bagi lelaki, nanti Allah akan campakkan sembahyang kat muka ko macam kain buruk!..na'uzubillah…isk..isk…

sebelum aku cerita lebih lanjut..Apa maksud solat?

Seorang member aku tanya aku : apa maksud solat..aku jawablah bla bla bla ..tapi dia bagitahu, satu hari tu dia ada pergi ceramah ugama ada seorang ustaz sedang mengajar bab-bab solat, kemudian seorang hamba Allah telah mengangkat tangan kanannya bermakna ada soalan yang nak di luahkan kepada ustaz, soalannya berbunyi begini:

Ustaz, apa maksud solat?

Kemudian terdengarlah bunyi suara orang gelak, lucu sangatkah soalan tadi..?

Ustaz kata: amboi…yang ketawa-ketawa tu, tahu ke apa maksud solat? Saya tanya karang, boleh jawab ke?

Suasana terus menjadi senyap..

Ustaz itu menyambung: maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam…

itulah maksud solat, katanya pada aku…

“hmmm.. aku rasa macam tak tepat aje apa yang kau jawab…tapi siapalah aku nak tolong cakap lebih-lebih..ada ke orang nak dengar apa yang aku cakap, apa yang aku rasa ustaz tu jawab kurang tepat kerana ustaz tu tak cakap maksud solat tapi dia cakap cara-cara nak solat, betul, solat mula dengan niat dan di akhiri dengan salam..tapi itu bukanlah maksud solat…tak sama dengan cara makan dan maksud makan…tak sama cara-cara nak tidur dengan maksud tidur...memang tak sama!”

Aku tak salahkan ustaz tu..bukan..dia jauh lebih terer dari aku, mungkin dia dah terangkan tapi member aku yang tak paham dan salah dengar..apapun kita lupakan pasal tu..yang kita nak bincang adalah(aku perasan bijak..ohhh..) : apa maksud solat, sila dengar baik-baik..

Senang cam nilah, maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan kita..bermakna, sekiranya kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat bermakna, solat kita belum mencapai MAKSUD..

Bukan aku nak cakap solat ko tak di terima, itu kerja Allah! Yang aku nak jelaskan adalah solat ko belum mencapai maksud bila ko masih tak mampu mencegah mungkar..

- Solat tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah dari mengumpat

- Solat tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata dari memandang buruk orang!

- Solat tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang telinga dari dengar aib/buruk orang!

- Solat tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati dari bersangka buruk pada orang!

Belum..solat tu belum mencapai maksud..jadi ingat!

Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran..boleh?

Timbul soalan: bagaimana nak dapat maksud solat?

Camni, ko kena bawa ketaatan dalam solat ke luar solat…Dalam solat 5 minit ko taat segala perintah Allah, maka ko kena bawak ketaatan dalam solat 5 minit tu ke dalam 24 jam kehidupan ko…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana ko taat dalam 5 minit solat, dalam solat ko jaga mata, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat macam ni, bila ketaatan dalam solat macam ni di bawa ke luar solat maka automatic ko punya life pun insyaAllah 24 jam macam 'solat'…

Sebab tu perempuan yang solat tapi tak pakai tudung adalah wanita yang tidak bawa ketaatan dalam solat keluar solat..bukankah masa solat habis tutup?..kenapa jadi macam tu? Sebab tak faham maksud solat…

Orang lelaki pun sama, pakai seluar pendek..kenapa? sebab tak faham dan tak bawa ketaatan dalam solat ke luar solat sebaliknya kehidupan 24 jam di bawa masuk ke dalam solat 5 minit, rosak solat cam tuh…masa solat fikir melayang-layang..mula-mula solat kat Malaysia, lepas tu terbang ke Mekkah, lepas tu pergi KLCC, lepas tu ingat baca apa kat blog tadi, lepas tu fikir nak buat apa lepas ni..mana kunci kereta, cd aku sape yang ambik bla bla bla last-last dah salam baru sedar…oh aku kat Malaysia lagi rupanya…..

Seorang sahabat Nabi SAW ditanya :

Macamana tuan boleh tak fikir perkara dunia di dalam solat?

Jawab sahabat tu: aku kat luar solatpun langsung tak fikir dunia..oh..

firman Allah: …"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku"

[Al Fajr : 28-30]

Nah, Sekarang lihat, hanya jiwa yang tenang dapat kembali kepada Allah.. Macamana ko nak kembali kepada Allah kelak jika hati tidak tenangpun dalam solat? bila hati ko tenang? adakah ko tenang di dalam solat, atau tenang di luar solat..Masa solat hati bekecamuk..rasa resah gelisah, imam baca surah panjang mula gelabah..dah salam baru ..fuh!!!..lega dah habis!!!..baru tenang…oh…(isk)

"Ya Allah, tolonglah aku dalam perkara solat"

Jadi ingat : maksud solat adalah mencegah mungkar dengan membawa ketaatan di dalam solat ke luar solat!

Membawa 'akhirat' ke 'dunia'..bukan bawa 'dunia' ke 'akhirat'...

Untuk dapat solat yang betul, ko kena buat 5I..chewah, aku selalu dengar pakar motivasi guna 3M lah, 5S lah, 3R bla bla bla..

aku nak bagitahu tentang 5I..iaitu: Iman/ihtisab/ihsan/ikhlas/ilmu..

1. Iman
- orang kapir solat 1000 rakaat pun tak di terima sebab takde iman, ko yang dah ada iman kena solat..wajib!!!

2. Ihtisab
- Yakin dengan ganjaran pahala, solat masjid 27, pakai serban dapat ini, bersugi dapat itu..dll…

3. Ihsan
- Solat macam ko 'lihat' Allah, hakikatnya Allah lihat ko - sentiasa!!!

4. Ikhlas
- Kalau ada niat yang lain selain Allah, pandai-pandai lah masa yaumul masyar jawabnya..oh..

5. Ilmu
- Ni nak cerita panjang sikit, sebenarnya nak kena solat macam NAbi solat, itulah ilmu…

semoga Allah sentiasa pilih kita untuk berbuat kebaikan - semuanya dari Allah dan sila jangan sombong..dan ko dah tahu kemungkaran datang dari mereka yang tak solat atau mereka yang solat tak betul..Apa itu solat tak betul? Solat yang lain dari cara Nabi SAW kita bersolat, seperti :

- Solat fardu kat rumah (lelaki lah ni..)

- Solat lengah-lengah (biasanya aku..isk isk isk..)

- Solat tak khusyuk (aku pun..ohhh..)

Mengakhiri entry ini aku nak share dua cerita pasal solat khusyuk :

kisah satu:
Saidina Ali r.a dicabar oleh Nabi SAW untuk solat khusyuk yang mana jika berjaya akan dihadiahkan sehelai serban, Saidina Ali r.a tidak berjaya kerana ketika nak bagi salam, terfikir apakah warna serban yang Nabi SAW nak bagi:)

kisah kedua:
Dalam peperangan, kaki Saidina Ali dipanah musuh dan tak boleh cabut kerana terlalu sakit, tapi bila Saidina Ali r.a solat, selamba je orang cabut tanpa rasa sakitpun...sebab Saidina Ali r.a dah dapat hakikat khusyuk.

Moral: usaha tangga kejayaan, jangan putus asa...

6 comments:

Torrique27 said...

alhamdulillah n thx 4 da blog!
smoge sgale amalan kite di terima oleh Allah s.w.t.

Azmizam said...

bagus entry ni,terima kasih :)

sitinurunnabilah said...

sangt suke entry ni...makaceh kerna mensharing kpd kami...

fulltime dreamer said...

sama ada ko sedar atau tak. walaupun dengan hanya satu entri....tapi ko dapat ubah benda yg besar. thanks yaww =)

boya said...

solat CARA nya awak dapat dimana ada kah CARA solat ada tertulis dalam quran sila tunjuk ayat2 nya

Flying Buraq said...

Alhamdulillaaah sgt menarik & membuka minda...semoga bermanfaat buat aku & sekalian sahabat yg melayari blog ini. Insya ALLAH
::. Semoga diberi kebenaran utk aku share di blog aku yaaa...