Tuesday, August 28, 2007

Bidan Terjun...

(bayangkan suasana dalam surau..)

selepas selesai sesi tazkirah ringkas antara maghrib isyak, seorang ikhwah membuat pengumuman : "“InsyaAllah adik-adik, hadirin sekalian, selepas ni kita akan adakan perbincangan kumpulan, insyaAllah! so bergerak dalam kumpulan masing-masing ikut fasilitator..”

pelajar-pelajar mulai bergerak.. ada jugak yang beredar ke luar surau, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…dan aku mula menggelabah puyuh, al-maklum la aku datang nak tengok program je...alih-alih kena handle sesi "mini usrah" TANPA PREPARATION..ohhh..

sebagai permulaan, aku mulakan sesi "ice breaking" tu dengan berkenalan sesama mereka, tanya nama, keluarga serta cita-cita diaorang..rata-riti ada yang nak jadik cikgu, nak jadik polis dan tak lupa juga yang ikut kawan baik sebab kawan nak jadik jururawat, so dia pun nak jadik jururawat jugak lah..ha ha ha...takpe..yang penting diaroang ada aim dalam hidup, hmmm..

selesai ta'aruf, aku utarakan persoalan kepada adik-adik dalam group halaqah aku..."kenapa kamu mempunyai cita-cita sedemikian..."wah wah wah..sungguh berkesarjanaan soalan aku..(aku perasan bagus..ohhh..) dan dari riak wajah mereka, masing-masing punya jawapan yang berbeza-beza walaupun tadi cita-cita tu sama...

hmm..kemudian aku sambung sesi tersebut :

"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia..Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"

(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam surah Ali Imran : ayat 190-191 dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al- Quran ke dalam majlis ini kerana Nur Al-Quran, adalah bersifat mudah melembutkan hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)

Aku mula membebel…

“ Pertama-tama sekali, syukur pada Allah SWT kerana telah pilih kita semua adik-adik ye, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang patut kita duduk pada waktu dan tika ini…Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita depan TV sekarang ini atau di mana sahaja, sekiranya kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk yakni bukan di surau ni… maka kita akan duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk, seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya...

Apabila kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…

Dan apabila kita buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan..

Demikianlah bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan mati di tempat yang tidak PATUT mati..

Dan apabila kita mati di tempat yang tidak PATUT mati, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit...

Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka Jahanam...na'udzubillah..

Maka adik-adik yang dikasihi sekalian, marilah kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!

(adik-adik tu menjawab dengan kuat : insyaAllah ..!!!)

Satu hari seorang puteri telah keluar ke taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya, maka adik-adik sekalian, adalah seperti bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah SWT lalu di letakkan adik-adik sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi menghiasi 'taman-taman syurga' ini…

Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he he...yang duduk di hadapan adik-adik..!!

(adik-adik tu ketawa - aku tak sengaja buat lawak..oh..!!!)

Aku teruskan berceramah dengan bukak satu cerita :

Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu…satu orang jahat telah bunuh 99 orang dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu orang alim…orang alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…Hinggalah berjumpa dengan orang alim yang ke 101, dan orang alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yang ramai orang jahat tu ke kampong sebelah yang ramai orang baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..

Ok, dalam perjalanan, dengan izin Allah dia mati tanpa sempat bertaubat..Malaikat punya faham si pembunuh 100 orang ni adalah ahli Neraka..tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SYURGA..KENAPA?
Kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niatnya..

Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah menzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, kerana sudah menzahirkan niat..maka ianya di kira oleh ALLAH!!!

So adik-adik sekalian, kena pasang niat yang betul dalam perancangan korang :

- Saya nak jadik guru KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik engineer KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik lawyer KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik saintis KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik Supermen KERANA ALLAH! (tak lawak..tapi ada budak cakap dia nak jadik superheroes..ohhh..)

MAKA marilah kita buat niat sekarang..bukan saja niat dalam hati nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU….usaha sungguh-sunguh ke atas niat tu..lihatlah pembunuh di atas masuk syurga kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niat!!!

contoh : satu orang buat pilihan nak jadi hafiz dan berusha sungguh-sungguh, tapi tak sempat kerana sudah di takdirkan mati, maka di akhirat kelak dia akan di bangkitkan bersama para hafiz...atau satu orang buat pilihan nak ikut cara nabi sungguh-sungguh tapi tak berjaya amal semuanya sebab dah takdir, sedangkan dia mati dalam keadaan istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi insyaAllah…dan ini yang membawanya ke syurga…

Oleh yang demikian, marilah kita berazam… untuk taat segala perintah Allah, ikut cara Rasulullah SAW..kerana hanya orang yang ikut cara yang Allah ajar dan ikut sunnah Nabi SAW sahaja yang akan berjaya dunia dan akhirat insyaAllah..untuk perkara ini, saya minta adik-adik sekalian, agar angkat tangan untuk menzahirkan niat kita semua, boleh insyaAllah? Dan marilah kita menzahirkan niat dengan memberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA.. silalah angkat tangan siapa yang nak amal apa yang saya sampaikan ini...

(adik-adik teragak-agak nak angkat tangan, kot-kot diaorang cakap aku ni gila kot…ha ha ha…ohhh..aku dah berburuk sangka!)

Kalau adik-adik mati ini malam…tapi sebab dah zahirkan niat, maka Allah akan kira kebaikan adik-adik semua…maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang menzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas menzahirkan niatnya itu walaupun tidak berjaya menjadi baik lagi, lalu mati, insyaAllah dia di kira sebagai ahli syurga…untuk perkara ini, saya minta adik-adik sekalian, agar angkat tangan untuk menzahirkan niat kita, boleh insyaAllah?

(mereka mulai mengangkat tangan untuk jadi baik..ramai juga yang nak jadi baik-siap yang tak nak jadi baik?)

Sebagai menutup tazkirah ringkas ni, sebenarnya di dalam diri setiap kita telah ada sebatang ‘besi’ yang panjangnya lebih kurang sedepa, bila adik-adik dengar mana mana ceramah, maka 'besi' ini akan jadi panas, kerana 'semangat' untuk amal ugama telah datang, tapi bila sebaik sahaja penceramah cakap ‘wallahua’lam’, maka semangat itu terus padam, dan seolah olah besi itu terus di rendam ke dalam air, maka besi itu tetap menjadi besi, dan iman kita tetap maintain banyak tu jugak walaupun bertahun menadah kitab, solat berjemaah rasa malas, baca Al-Quran naik jemu dan lain lain lagi, adik-adik tau kenapa?

Kerana penceramah tak ajak kita untuk buat apa yang mereka buat..!

Jadi hari ni bila adik-adik telah bersemangat dengar saya membebel, saya tak nak adik-adik rendam 'besi' itu dalam air, saya nak adik-adik sekarang juga pergi ketuk besi itu menjadi sesuatu, tak kisahlah jadi apa-apapun, nak bentuk jadi parang boleh, cangkul boleh, pedang samurai pun boleh, yang mana bila dah rendam dalam air kelak 'besi' itu dah tak menjadi 'besi' lagi tapi telah menjadi benda yang berguna, “parang” misalnya, boleh buat tebas lalang dan bukak kebun pisang… “cangkul” tu boleh buat korek tanah nak tanam jenazah..

Sifat orang beriman adalah menyerah diri, jadi pada mereka yang dah angkat tangan tadi silalah menyerah diri untuk kita buat kerja Nabi, iaitu “sampaikan perkara kebaikan walaupun satu ayat..” ajak kawan-kawan adik-adik buat kebaikan..kalau sayangkan kawan-kawan kena la sama-sama ajak buat benda yang membolehkan korang masuk syurga bersa-sama ye tak? Kalau dah korang berlumba-lumba buat baik, boleh la jumpa saya di syurga firdaus tingkat lapan…banglo saya kat korner lot rumah warna maroon…ha ha ha…(ameeennn…)boleh insyaAllah?!

(insyaAllah.. mereka mengucapkan dengan tegas!!!)

Akhir kata: Yang baik semuanya datang dari Allah, asbab kelemahan diri saya yang hina dina ini, saya mintak maaf pada adik-adik dan mintak ampun pada Allah, kita tutup majilis ini dengan tasbih kafarah..

(maka tamatlah majlis dan kitaorang semua solat isyak berjemaah…)

SEKIAN…

Ps: Masih ada waktu dan ruang serta masa lagi untuk ketuk ‘besi’ buat ‘cangkul’, ketika semangat masih membara, selagi nafas terlekat di rongga, selagi langkah terus di perjalanan, … ketuklah 'besi' itu dengan semangat perjuangan harmoni, dah mati kelak… ‘cangkul’ itu juga yang berjasa… insyaAllah...

No comments: