Thursday, August 2, 2007

Takut?

Semua orang takut akan sesuatu perkara sekurang-kurangnya... kalau ko pakai baju cantik ko akan takut kalau baju ko kotor. kalau ko masuk hutan ko takut ko kena serang binatang buas.

Semua orang takut. Malah sebenarnya salah satu sifat manusia ialah untuk takut pada sesuatu. Sifat manusia untuk takut adalah sebenarnya satu keperluan bagi manusia sepertimana manusia memerlukan kasih sayang dan perhatian. Oleh itu jika ko tidak 'takut' maksudnya ko akan rasa kekurangan sesuatu dalam hidup..Kenapa ko perlu takut? Benarkah takut itu satu keperluan manusia?

Jika ko perhatikan terdapat segolongan manusia yang cuba mencari keseronokan dalam aktiviti yang sangat mencabar (golongan “adrenaline junkie”) contohnya bungee jumping,sukan udara dan pelbagai lagi. Sebenarnya the ultimate purpose diaorang involve dengan benda-benda ni adalah untuk merasai the glimpse of fear on heart. Because when they feel fear they feel alive...

Kadang-kadang ko rasa macam tak masuk akal je apa yang diorang buat tapi itu merupakan salah satu cara untuk gambarkan bahawasanya manusia perlu takut pada sesuatu.

Tapi pada siapa yang ko perlu salurkan perasan takut ini sebetulnya?

Allah kata dalam Al Quran :

”O you who believe! Fear Allah as He should be feared, and die not except in a state of Islam. And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves...”

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu sesekali mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu selain pada tali Allah dan janganlah berpecah belah…”

[Al-Imran : 102-103]

“To Him belongs whatever is in the heavens and on earth and to Him is duty due always: then will you fear other than Allah?”

"Dan bagiNya lah (hak milik) segala yang ad di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya;(sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka TIDAKLAH PATUT KAMU TAKUT KEPADA YANG LAIN DARI ALLAH"
[An-Nahl : 52]

Kalau ko tengok kat atas tu Allah suruh ko takut pada Allah dan takut HANYA pada Allah bukan benda lain. Kalau ko perasaan ko sebagai the most honorable creatures kat alam ni takut pada something yang rendah contohnya material dan duit. ...apa kes..???

Bak kata ulamak takut manusia terhadap perkara duniawi adalah seperti sekumpulan burung merpati yang mencari makanan di tanah. Kemudian seorang passerby lalu dan gertak burung merpati burung tu pun terbang tinggi..

Cuba ko imagine dunia ni sebagai manusia..Dia gertak sikit jer ko dah takut.. Bila dunia gertak ko dengan kemiskinan ko takut pastu kerja kehulu kehilir bagai nak rak sampai meninggalkan solah. Dunia gertak ko dengan kemungkinan ko tak perform dalam exam ko study bagai nak rak sampai tengah malam,bersengkang mata menahan mengantuk dan sebagainya sampai abaikan solah subuh. Dunia acah sikit je ko sanggup jual maruah diri ko sebagai manusia...isk isk isk..

Kenapa dunia yang Rasullulah SAW tamsilkan sebagai bangkai kibas menjadi sumber ketakutan kepada hampir semua manusia sekarang ini?

Bila ko nak jadi macam sahabah dan sahabiah yang sedikit pun tak takut diancam kemiskinan atau kecaman hidup? kenapa ko takut sampai macam tu sekali..adakah itu takut yang sepatutnya ko pursue?

tazkirah untuk diri aku sendiri daaa…

4 comments:

Hansac said...

Saya takut mandi pagi. Sejukkk.

mindtripper said...

u takut mandi ka? aiyo..ini macam punya orang pun ada ka?

Hansac said...

Kitak ingat senang kah nak mandik pagi??!@!@$

Lagik pun kamek madah mandi PAGI.

Bukan takut mandi.

mindtripper said...

sebelum u nganok i sik paham konsep..OOOOOoooOOOO..mandik PAGI..try mandik pukul 4 am, rasa mandik di aik terjun lambir..;)
nang best..he he he..
anyways, pakai heater laa..