Sunday, October 28, 2007

Burung Apa?

Ummat islam di hina dan di tindas bukanlah kerana tiada negara islam, tiada ilmu, tiada senjata canggih dan sebagaina, tapi kerana ummat islam telah tinggalkan kerja dakwah. (Yang buat 'dakwah' pula sebenarnya belum buat dakwah tapi perasan sudah buat dakwah.)

ada mereka yang menafikan kenyataan di atas dengan mengatakan bahawa "ummat islam telah tinggalkan kerja dakwah." adalah tidak benar, bukankah sekarang ini terdapat ustaz-ustaz yang sedang mengajar tentang islam di masjid-masjid?

Nampaknya korang tak faham akan maksud aku...maksud aku adalah :

Apa yang ayah saudara kita buat bila tiba hari cuti?
Apa yang abang kita buat bila balik kerja?
Apa yang adik kita buat bila tak de kerja?
Apa yang jiran kita akan buat bila tiba hari public holiday?
Apa yang ustaz buat bila bukan giliran beliau mengajar?
Apa yang imam dan bilal buat bila bukan giliran beliau bertugas?
Apa yang penulis blog akan buat bila takde idea nak menulis?
Apa yang pemain sukan akan buat bila balik kampung?
Apa yang kita akan buat bila ambik cuti?
Apa yang kita buat bila tiba malam hari?
Apa yang kita buat pada hari minggu?
Apa yang kita nak buat jap lagi?
Apakah 10 perkara yang kita nak buat sebelum jadi jenazah yang sejuk dan beku...?

Jawapanya adalah:-
Kita tak buat apa-apa, kita lepak sahaja. Kalau ada yang di buatpun tak de kena mengena dengan ugama..

Kita kerja cari duit dan berehat sekejap lepas tu pergi cari duit lagi, lepas tu berehat sekejap, letih sangat cari duit, kita ambik cuti rehat, belanja duit yang sedia ada, dan esok cari duit lagi dan lagi, akhirnya kita jadi jenazah yang berduit...

Inilah yang di maksudkan "ummat islam telah tinggalkan kerja dakwah." Orang islam tak buat apa-apa untuk bantu ugama, yang buatpun tak samapi 10%, lalu terzahirlah hadith islam di jajah oleh raja yang zalim...menurut hadith, bila "ummat islam telah tinggalkan kerja dakwah.", maka Allah akan lantik raja yang zalim memerintah dan akan menyeksa orang islam. Pada waktu itu doa orang islam tidak akan makbul sehinggalah "ummat islam kembali ambil kerja dakwah."(rawi sila rujuk kitab dan ustaz berhampiran..)

Kalau tak percaya, pergi tengok bilangan lelaki yang pergi solat subuh berjemaah di masjid, sampai tak 10%? kemana orang islam pergi waktu subuh? (termasuk aku kadang-kadang..oh) sedang tidur kepenatan akibat cari duit?.

Atau bukan sibuk kerana cari duit, tapi apa-apa sahaja yang korang buat, yang mana akibatnya adalah "ummat islam telah tinggalkan kerja dakwah."

di zaman yang dah nak menopouse ni, kerja dakwah boleh diibarat seperti seorang yang telah di sangka mati,lalu di mandi dan di kafankan, di jalanan ketika nak hantar ke kubur, sedang usung jenazah tiba tiba mayat bangun dan ternampak burung murai lalu bertanya:

"burung apa?"

Lalu terkejut beroklah para pengusung jenazah lalu terus lari lintang pukang, semua orang lari menyelamatkan diri.., maka datanglah arwah yang hidup balik ni ke setiap rumah dan bertanya:

"burung apa?"

Maka korangpun tutup pintu kunci tingkap, dan baca doa serapah kerana al maklumlah 'hantu' sedang berkeliaran..

Begitulah kerja dakwah yang telah di buat oleh semua Nabi...sekarang kerja ini disangka telah lama "mati" oleh ummat islam hari ini kerana sudah lama terkubur,(al maklum lah takde orang nak buat..aku pun!!) tiba-tiba ada yang hidupkan balik, maka lari lintang pukang semua manusia bila nampak orang surau datang ketuk pintu, mat rempitpun lari, lari macam jumpa 'hantu'...

Apa lagi nak di kata?

("itu burung murailah mangkok!!!" )

Ps: syaitan tak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia..

Wednesday, October 24, 2007

Siapakah "Perawi"?

Bulan Syawal dah berlalu, tapi masih ada yang sambut hari raya dengan buat rumah terbuka di sini sana
(Jemputlah makan-makan…)

Mintak maaf kat korang juga kerana aku tak jemput korang datang beraya enam kat rumah aku, (lagipun korang semua balik kampong apa!) jadi tak dapatlah korang nak merasa laksa penang dan nasi kerabu bersama daging panggang “ala-ala bazaar ramadhan” aku tu..he he he..

Tentang minuman pulak, aku nak buat milo cincau dan tak lupa pudding caramel Leen DMT juga agar-agar buah arab sebagai pencuci mulut…wah wah wah!!!

(kedengaran bunyi pinggan dan mangkuk berlaga)

Untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu, aku buat pembaharuan dalam hiburan,iaitu dengan meletakkan PC dan TV secara berdekatan di ruang tamu, yang mana aku bukak TV tapi tutup dia punya volume, manakala PC pulak, aku bukak dan kuatkan volumenya..he he he, jadilah keliru akan tetamu yang hadir kerana TV nyanyi lagu lain (seperti video klip ziana zain dan awie - halaman asmara) manakala suara yang keluar dari radio pulak adalah lagu lain,( seperti lagu hijjaz – ritma kehidupan)…

Oleh kerana menonton TV sambil mendengar radio menimbulkan kekeliruan otak kanan dan otak kiri akan para tetamu, maka tiada sorangpun yang sudi tengok TV dan dengar radio tu, maka majilis itu dapat di fokuskan kepada isu – isu lain yang lebih berfaedah…seperti tolong basuh pinggan dan tidak buat sepah!!!

He he he, betul apa yang aku buat tu, 'TENGOK TV' dan 'DENGAR Radio'…

Hmmm..kita lupakan tentang open house seketika dan untuk hari ni aku nak bercerita mengenai satu kejadian yang telah menimpa aku baru-baru ni..

minggu lepas, tingkap kereta kawan aku takleh tutup, aku bawak pergi kedai untuk ‘tutup balik’ tingkap kereta tu…lepas tu pomen kereta tu cakap aku kena tukar amende tah sebab dah rosak, aku tanya kenapa? maka pomen tu cerita begitu begini bla bla bla dan aku tak bantahpun, sebab aku bukan pandai sangat bab bab automation ni!

Nota : kawan aku tingalkan kereta mereka kat rumah aku sempena raya, harap maklum!

Di tempat yang lain aku sedang menasihati kaum kerabat aku supaya mereka kembali dengan gaya ‘pulang ke pangkal jalan’, mereka tanya kenapa mesti pulang dengan gaya ‘pulang ke pangkal jalan’?

Aku pun terangkan begitu begini, bla bla bla , lalu aku di bantah! di sanggah, di canggah, di perkotak katikkan, di perbudakkan, di perlecehkan, di kudakan dengan rakusnya oleh mereka yang tak pandai ugama pun, (samaler macam aku jugak..oh..) mungkin sebab tu mereka layak berbuat demikian, isk..isk..

Tapi apabila aku di sanggah, aku tak patut rasa ‘pelik’ walaupun si pembantah tu jahil ugama kerana jika kita rujuk ustaz dan kitab akan kisah Nabi- Nabi AS yang berdakwah pada kaumnya juga telah disanggah, dicanggah, diperkotak katikkan, diperbudakkan, diperlecehkan, di kudakan oleh kaumnya, yang ternyata akan kebodohan dan kebangangan tentang next life!!! selamba kaum Nabi tersebut mempertikaikan akan kerasulan para Nabi..oh! Dah lah bodoh, masuk neraka pulak tu!!

Persoalannya, kenapa apabila perkara-perkara keduniaan kita tak berani nak sanggah, contoh bila korang bercakap dengan doctor, dan doctor cakap korang kena makan ubat sekian-sekian, korang tak bantahpun…, tapi bila ustaz dan ulamak cakap sekian-sekian, Al-Quran larang sekian-sekian, hadtih bagitahu sekian-sekian, lalu korang dengan selambe badaknya menolak, mentakwil, mempertikaikan, memperlekehkan, mengejek, megcibir-cibir, bla bla bla bla..!

Bila aku cerita satu hadith, korang dengan selamba cakap 'tak pernah dengar'' pun(?)...hello, korang muhadisthin ke sehingga layak berkata demikian?!apakah kerana korang jahil maka aku pulak di salahkan dalam penyampaian dengan alasan :
“aku tak pernah dengar pun…”

Itulah antara sebab aku malas nak quote hadith banyak banyak sebab aku jahil “rawi” hadith..oh, aku ingat nak sampaikan walaupun satu ayat.., tapi ..itulah, korang dah bantah, nak buat camne…isk..isk..aku rasa baik korang rujuk ustaz sendiri, bergeraklah sedikit, siput babi pun pandai bergerak..aku akui yang aku ni agak “zalim” sikit dalam bab penyampaian dengan trademark : “rujuk ustaz”.

Tapi jika korang betul betul rujuk ustaz dengan ikhlas, bukan nak cari salah aku, sebaliknya nak belajar baiki diri, maka..insyaAllah, banyak lagi ilmu Allah akan bagi sebelum korang menjadi jenazah yang sejuk dan beku..

Kadang-kadang bila aku bercerita direct tanpa rawi, lalu ada(lah) beberapa orang yang komplen dan suruh aku berhenti bercakap bab ugama dengan alasan :
“aku tak pernah dengar pun…”

Hello, kalau korang dah 13 tahun belajar hadith dari semua kitab dan cakap macam tu kat aku, aku akan respek dan mengaku salah, lalu cari balik ustaz yang aku ambil dari “mulut ke telinga” untuk menjejak rawi hadith - insyaAllah, kalau ustaz tu masih ada dan boleh di hubungi, tapi jika korang just baca email forward hari-hari dan setakat belajar melalui blog atau internet, and then selamba sound :
“aku tak pernah dengar pun…”

Maka itu adalah salah korang yang jahil, (aku pun jahil gak), tapi takdelah nak suruh orang berhenti berdakwah just point yang dia cerita takde rawi atau korang tak pernah dengar, janganlah menghalang benda-benda yang baik, dan aku cukup ingat satu hadith ini lebih kurang maksud (juga tanpa rawi - maaf aku jahil) Sesiapa yang sengaja create hadith, sediakanlah tempatnya di neraka..aku faham tentang ni, dan aku tak pernah cipta hadith, aku merujuk kepada pengalaman dalam kuliah atau baca buku, atau ingat ingat lupa dan yang paling banyak aku ambik dari “mulut ke telinga”, maafkan aku kawan kerana atas sebab kejahilan ku dalam ilmu rawi ini, korang rasa tak selesa baca blog ini, maafkan aku…

Sebenarnya blog ini adalah sebuah nota khas untuk aku, dan keluarga serta mereka yang bergelar sahabat..hello, aku tak paksa korang baca blog aku, dan aku dah maklumkan bahwa blog ini di tulis oleh seorang yang bukan bertauliah dalam bidang agama, bagi mereka yang sudi membaca, silalah membaca dengan mendapat bimbingan ustaz dan ustazah yang berhampiran - dan pastikan mendapat bimbingan bukan untuk membenarkan segala pendapat aku, tapi untuk ambil mana-mana yang baik sahaja..yang salah silalah betulkan, itupun jika sudi..oh!

Tambahan :
Sabda Nabi tanpa rawi (kerana aku jahil) lebih kurang bermaksud :

**Jika orang kristian cerita tentang kitab mereka, janganlah kamu sanggah dan janganlah kamu benarkan, cakaplah : “Apa yang Allah turunkan kami beriman kepadanya…”**

Huh, itu orang yahudi cerita tentang kitab mereka, Nabi larang kita canggah, tapi bila seorang jahil nasihat korang tanpa ‘rawi’ korang terus menolak, otak ada, akai ada, pergilah cari ilmu Allah yang luas, berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dan perhatikanlah akibatnya bagi mereka yang mendustakan ugama!!!

Ps: orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati…maaf hadith ini pun aku tak tahu rawi, oleh sebab ada hadith yang bagitahu(juga tak tahu rawi) sampaikanlah walaupun satu ayat maka aku nak kata satu ayat sajer iaitu : semua orang akan mati..ha ha ha....

Thursday, October 18, 2007

Tazkirah Khas Untuk Wanita

(bagaimana nak berpuasa enam syawal...)

Dalam perbualan antara aku dan kawan baik aku F kat telefon awal pagi tadi, aku mulai bertazkirah.

Aku : ko nak masuk syurga tak?

Kawan : nak, nyam..nyam...
(kedengaran bunyik mengunyah - bertelefon sambil makan kek lapis agaknya...)

Aku : Ahli syurga adalah orang yang sembahyang sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun.

Kawan : solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun? Biar betul…

Aku : Betul!!! "jika kamu solat isyak dan subuh berjemaah, kamu seolah-olah solat sepanjang malam, dan jika kamu puasa ramadhan di ikuti 6 hari di bulan syawal, kamu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."

Kawan : oh, begitu…aku azam untuk solat awal waktu sampai mati, dan insyaAllah, jika haid aku habis nanti, moga sempat qadha puasa dan puasa enam…he he he...

Kawan : ni nak tanya ni, kalau nak buat puasa enam di dalam bulan Syawal, kita tak leh combine kan dengan yang wajib dan yang sunat...so kena ganti dulu ke atau buat yang sunat dulu...ada orang kata...(ustaz baru nak start) puasa enam dulu pastu baru ganti...confuse ....confuse???? puasa enam tu boleh memerangkap puasa qadha ke atau lain-lain ?puasa sunat contoh : isnin dan khamis boleh memerangkap puasa qadha ke?

Aku : first sekali aku nak cakap..bukan MEMERANGKAP, MERANGKAP laaa..ok..skarang aku nak jawab tentang bagaimana berpuasa enam? Dah tentu jawapan kegemaran aku berbentuk tugasan iaitu sila rujuk USTAZ …ha ha ha…tapi jika ko malas, aku boleh bagi pilihan lain iaitu :

Right click + properties + google. (remember: Google(TM) is your friend. )

Tapi sebab ko dah tanya, di tambah dengan aku selaku seorang yang baik hati dan rajin, aku cuba jawab lebih kurang walaupun aku sedar siapa diri ini..isk..

Bagaimana berpuasa enam bagi wanita? aku ada beberapa tips untuk wanita tentang puasa enam :

  1. JIKA AKU SEORANG WANITA YANG DATANG HAID DI BULAN RAMADHAN MAKA AKU TERUS BERPUASA GANTI PADA 2 SYAWAL KERANA AKU TAKUT MATI TAK SEMPAT GANTI PUASA.
  2. JIKA AKU SEORANG WANITA INI MALAS, AKU AKAN SERENTAKKAN NIAT PUASA GANTI DAN PUASA ENAM.
  3. JIKA AKU SEORANG WANITA INI RAJIN, AKU AKAN BUAT BERASINGAN PUASA GANTI DAN PUASA ENAM, DAN AKU JUGA AKAN BERPUASA ISNIN DAN KHAMIS SAMPAI AKU MATI.
  4. JIKA AKU SEORANG WANITA INI SUDAH BERSUAMI, AKU AKAN MERANCANG ‘BAIK PUNYA PLANING’ SUPAYA MENGANDUNG PADA BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL. AKU NAK BERTARAWIH PENUH, BERPUASA PENUH, DAPAT MALAM LALILATUL QADAR DAN JAIZAH SERTA BERPUASA ENAM..(nota : aku tak kawin lagi..jadi aku hanya sekadar planning sahaja – harap maklum!)
  5. JIKA AKU SEORANG WANITA INI BUJANG, AKU AKAN PUJUK SITI NURHALIZA BERMADU DENGAN AKU!!! (abaikan pesanan ini..ha ha ha…)

Kawan : Boleh tak combine puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat(puasa enam)?

Aku : Jawapannya boleh, cara ni banyak dipraktikkan untuk dapat banyak pahala. Perkara wajib digabungkan dengan perkara sunat. Kalau wajib dengan wajib memanglah tak boleh. Misal kata macam puasa ganti dengan puasa nazar…yang ni Jumhur ulama pegang…(sila rujuk ustaz!)

SEKIAN TAZKIRAH ONLINE HARI INI!!!!

Tuesday, October 9, 2007

Bedo'oh?

(hadith ke 5 dari kumpulan hadith 40 dalam pembentangan usrah JIM)

Apa itu bidaah?
BIdaah adalah pembaharuan dalam ugama..Nabi tak buat..tapi korang pandai-padani buat..yang kononnya agama menjadi maju dek penambahan korang yang baru tuh…!

Apa akibat orang yang buat bidaah? Selamba cakap…masuk neraka..(ya Allah, selamatkanlah kami…)

Maka akan timbul soalan-soalan :

- Nabi tak naik keta, mengapa ada ustaz naik kereta.?

- Tahlil bagus..boleh buat orang berzikir.

- Baca Yassin malam jumaat ok, apa! Umat sekarang dah sibut sangat..bila lagi nak ngaji?

- Nasyid ok apa. I selalu menangis bila dengar lagu nasyid…

- berarak berjalan kaki sambil selawat sempena maulud rasul salah ke?

- marhaban di astro kan bagus…

Bla bla bla bla (aku kata : no kemen)

Aku tak nak letak hukum dan keluarkan fatwa yang mana satu bidaah, yang mana satu tidak..aku nak cerita apa yang aku paham tentang bidaah..kalau ada salah.TOLONG ‘jolokk’an.(please…ajarlah aku agar tidak menyesal di akhirat kelak..).aku budak baru belajar nak jadi baik…belajar menjadi ‘kool’ di pandangan mata orang kapir…supaya bila orang kapir lihat orang islam yang begitu ‘kool’..maka berbondong-bondonglah mereka datang pada islam..tapi sayang la ni orang kapir pandang islam serendah-rendahnya..sehina-hinanya…oh…

Satu analogy :

Andaikan bangunan KLCC runtuh...lalu kerajaan Malaysia perintahkan korang selaku Menteri Besar waktu tu.. buat balik bangunan KLCC sama ‘sebijik’ macam asal…pening jugak kepala korang sebab pekerja asal dari Bangla dan Indon yang bina bangunan tu dah balik kampong diorang..lepas tu arkitek pulak dah jadi mati(contoh ajer..)…so camne nak buat?

Tak susah pun, yang penting ada ‘drawing’ yang asal..just follow drawing maka bangunan KLCC yang sama akan dapat di dirikan walaupun guna pekerja asing yang baru..dari Burma atau Timor Leste barangkali…

Begitu jugak ugama islam yang telah ‘runtuh’ ini..begitu dahsyat..masjid kosong perkara biasa.. orang perempuan islam kat rumah pakai baju ‘mak’ kat luar pakai baju ‘adik’..pusat dan pandai pakai subang bla bla bla bla ..apa nak buat?..Nabi dah wafat..sahabat juga dah wafat 1400 tahun yang dulu…

Tak susah pun, bukankah Nabi SAW tinggalkan Al Quran dan Hadith yang bertindak sebagai ‘drawing/manual’ yang ‘asal’…maka jika korang follow ikut drawing yang asal, maka ugama akan kembali ‘bangun’, akan kembali cemerlang, gemilang!..walaupun korang adalah orang melayu, bukan orang arab…CUMA YANG JADI MASALAH bila korang nak buat PEMBAHARUAN…BIDAAH! Maka confirm ugama yang asal takkan dapat terbina!

Macam KLCC tu jugak..bila korang buat perubahan dari struktur atau lain-lain,,memang tak jadi KLCC lagilah..tak jadi macam twin tower ..tapi jadi macam batu nisan kubur pulak…!Huh! Meradanglah PM waktu tuh kat MB dia..oh..!

Untuk maju dalam urusan dunia : kena pandang ke’hadapan’..
Untuk maju dalam urusan ugama : kena pandang ke’belakang’..

(Do you know what I mean?)

Maka memang tak boleh buat pembaharun pun dalam ugama! Kalau korang buat jugak, korang telah mengHINA ALLAH dan RASUl..

Seolah-olah , apabila Allah dan Rasul keluarkan kenyataan ugama already completed ..korang declare dengan buat modification or renovation ..yang konon-kononnya bagus untuk ugama! Macam bagus…oit! Engkau SAPA HA? !

Ugama islam dah complete, jangan buat jadi complicated!

Sehingga Allah Murka,

Sehingga Nabi halau kat padang mahsyar..

Sehingga ada yang murtad sebab amalan orang islam yang pelik-pelik..

Sehingga orang kapir pandang rendah kat korang!

Untuk bagi faham lagi tentang bidaah nie..biarlah setan yang terangkan pulak..

*Setan kata:
Aku bengang betullah dengan manusia nie, bila dia buat dosa macamana banyakpun, pasti Allah akan ampunkan dosa mereka yang bertaubat…lalu aku fikir macamana nak buat manusia ni supaya tak bertaubat…akhirnya aku dah jumpa caranya, iaitu hasut manusia supaya buat amalan bidaah, yang mana manusia sangka amalan bidaah itu ibadat..maka bila manusia telah anggap itu ibadat, maka mereka tidak akan bertaubat selama-lamanya.!bila tak bertaubat..dah tentu masuk neraka!

*(dari hadith..lebih kurang maksud…)

Huh! Sekarang ni :

siapa yang nak bertaubat solat jemaah kat rumah bersama isteri?

Siapa yang nak bertaubat berdakwah melalui nasyid?

Siapa yang nak bertaubat solat lengah-lengah!

Siapa yang nak bertaubat bergaul dengan bukan muhrin?

Siapa yang nak bertaubat kencing berdiri!

Siapa yang nak bertaubat minum air ngan tangan kiri?

Siapa? Siapa?

(AKU……..!)

Ada orang yang taat perintah Allah tapi tak ikut cara Nabi, dia ikut nafsu..

Contoh : balik kerja korang rasa penat..nafsu suruh rehat..tiba-tiba dengar azan..korang ikut nafsu…korang rehat dulu…sat lagi korang sembahyanglah..oh..bertaubatkah..kerana itu adalah bidaah! Kerana korang taat perintah Allah tapi cara nafsu kou..bukan cara Nabi…

Kalau korang tak buat bidaah pun..sebaik sajer lepas solat berjemaah kat masjid..Nabi still suruh kita istigfar, kerana takut-takut manalah tahu ada salah sana-sini..itu yang dah betul confirm sunnah punya amalan still kena bertaubat, takut ada yang tak betul…apatah Kalau yang bidaah! Lagi-lagilah kena TAUBAT!

TAHU BUAT, TAHULAH TAUBAT!

Kadiron kata : tapi, ada gak bidaah yang baik..macam bidaah ‘hasanah..’

Memang ada bidaah yang baik, tapi bidaah tu di buat tanpa korang rasa yakin dapat menambahkan kemajuan pada ugama…contoh: pasang lampu/kipas ngan karpet kat masjid..memang nabi tak buat…dalm masjid takde pun takpe..dan kalau korang buat,,bagus..sebab bagi keselesaan pada ahli jemaah…tapi la ni masjid semua ada kipas dan karpet..tapi still kosong gak..kenapa? kerana orang datang ke masjid bukan sebab ada kipas dan karpet..sebab iman diorang lemah!

orang pergi ke masjid bukan sebab ada speaker ..karpet, kipas dan sebagainya..tapi kerana hatinya yang telah di ‘takluk’ oleh masjid…

Jadi bila korang pasang kipas dan karpet..no problem! Korang dapat pahala,,tapi jangan korang fakir..OH DENGAN PASANG KIPAS DAN KARPET..UGAMA akan meningkat! Jangan hina Allah dan Rasul dengan sesuatu yang baru dari kepala hotak hang…!

SAtu orang alim bagitahu bahawa bidaah hasanah adalah perkara -perkara yang berkaitan dengan dunia yang memang nabi tak buat seperti teknik menanam betik, teknik memancing, teknik kahwin pokok, cara-cara memetik kurma, cari rezeki…bla bla bla bla..lantak korang, sebab tak kena mengena dengan ugama, janji tak langgar hukum syarak. Kerana itu ada Satu hadith lebih kurang maksud “kamu lebih mengetahui dunia kamu’…

Kerana itulah bila sahabat bertanya pada Nabi tentang hal ehwal dunia ..Nabi cakap tak tahu dan nabi tak komplen apa yang sahabat buat…tapi bila bab ugama..Nabi sangat tegas! Dan Nabi mencela orang yang membuat pembaharuan dalam ugama…
Orang yang membuat pembaharuan dalam ugama adalah orang yang tak taat!

Agama ni taat! Buat setakat yang disuruh buat!

Nabi perintahkan sorang sahabat pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YANG DI SURUH BUAT. Maka dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam.(rujuk ustaz-aku sendiri yang kena rujuk dulu, oh…)

Lantaran itulah, seorang khalifah islam berkata dengan lebih kurang maksud :

“sekiranya di zaman Nabi orang bayar zakat unta termasuk tali pengikat unta, di zaman aku siapa yang bayar zakat unta tanpa tali pengikat unta, maka akan aku perang orang itu!...aku tidak mahu sebarang pembaharuan dalam ugama berlaku di zamanku…”

Kadiron kata : eh, amalan yang kau kata bidaah ni, dah lama di buat oleh nenek moyang kita, apa cerita? Takkanlah mereka masuk neraka!

Aku kata : samalah macam zaman Nabi dulu..bila Nabi cakap Tuhan satu..Abu Jahal bilang; eh..nenek moyang kita dah lama sembah 313, tuhan..bla bla bla bla bla…

Nota : nak ikut nenek moyang ke, nak ikut Nabi?

Iklan:

Oh…aku hanyalah di ibaratkan seorang ‘peninju’ yang ‘menyerang’ korang dengan hebatnya, tetapi sekiranya ada peluang untuk ‘menyerang balas’ atau bila kelemahan aku terdedah, tolonglah serang aku balik, serang ditempat kelamahanku , iaitu pusat, tengkuk, buah pinggang dan tulang sulbi..ajarlah aku agar aku tidak menjadi ‘peninju yang sombong’...!!

Sambung balik :

Tapi ada gak pendapat yang benarkan bidaah-bidaah ini… tapi tertakluk pada terma dan syarat…Satu contoh :

Engkau dah kahwin dengan si hasanah..tiba-tiba kau jatuh cinta pulak dengan aishah…tak salahpun kalau kau kahwin ngan aishah..yang salah kalau kau ceraikan/abaikan hasanah..paham..!!

Begitu jugak..ugama..Nabi dah ajar solat jemaah kat masjid dan kau pulak nak solat jemaah kat rumah ngan anak bini..tak salah.! Dengan syarat kau dah solat jemaah kat masjid..yang salahnya kau pergi tinggal solat jemaah kat masjid dan solat ngan anak bini kau kat rumah..ha itulah bidaah!

Engkau declare sebagai pendakwah melalui blog, itu kubur punya pasallah, tapi jangan pulak kau tinggal dakwah cara Nabi ajar kita..mengerti?!

(aik..apasal aku terasa pedas ni??)

Engkau nak berdakwah melalui nasyid? Berdakwahlah..lantak kaulah..tapi jangan tinggal dakwah cara nabi, bagaimana dakwah cara nabi? ha! Pergilah belajar ngan ustaz!..Takdenye Nabi dan ulama’ yang berdakwah ngan lagu cam kaou!..

Saya berdakwah ngan ikhlas..belilah yang original…

Ha ha ha…surah yassin cakap: “ikutlah orang yang tidak meminta upah pada kamu’..lebih kurang maksud..ayat berapa aku tak ingat..oh jahilnya aku…

Engkau nak baca blog aku hari-hari sebab korang rasa insaf..bacalah! tapi jangan sampai tinggal baca AL-quran dan hadith hari-hari…kalau begitu aku kena mintak ampun ngan Allah sebab dah buat korang berpaling..oh..tidak..aku tahu pembaca blog aku bijak-bijak belaka!

Tapi, walaupun bidaah..tapi saya rasa insaf..macam nasyid..saya dengar sampai nangis..saya ingat, lepas habis belajar nanti..saya nak jadi penyayi nasyid pulak..supaya orang lain pun insaf dengar lagu saya…

Aku kata : tak semestinya apa yang buat kau insaf tu baik….kalau kau insaf melihat orang mati bergelimpangan di jalan raya…kenapa engkau tak mati bergelimpanagn di pembahagi jalan raya jugak supaya orang lain insaf…OH!

Ingat..buat dakwah ni jangan niat nak betulkan orang! dulu Allah tegur Nabi yang agak kecewa bila bapa saudaranya enggan masuk islam…Allah bagitahu, bahawa dakwah kerja kamu, tapi hidayat adalah kerja Allah!

Kejayaan dakwah bukan orang ikut kita,
Kejayaan dakwah bila kita berjaya amal apa yang kita sampaikan…

Sebab tu ada Nabi yang sikit sajer pengikutnyer …Nabi Nuh misalnya, dakwah 950 tahun..yang ikut tak sampai seratus..NO problem..Nabi Nuh tetap berjaya di sisi Allah kerana dakwah adalah kuality bukan kuantiti! Buatlah dakwah cara Nabi, buat dan buat lagi, dan lagi..(jangan berhenti – sila istiqamah..aku pun!)

Kalau orang Tanya :
“sampai bila nak dakwah-dakwah nie?”
korang cakaplah : “sampai mati, tapi… bila mati? Besok? Kalau aku mati besok, sampai besok sajelah! Ha ha ha!

orang yang buat dakwah dengan niat orang tu ikut kita akan dapat dua perkara :
1. marah
2. putus asa.

Moral : buatlah dakwah kerana itu adalah perintah Allah, dakwah kerja kita, hidayat kerja Allah, tapi ingat antara syarat amalan kita di terima, pertama ikhlas, kedua : cara Nabi…amalan bidaah walau camne ikhlaspun kena tolak..contoh, korang ikhlas nak makan daging itik..tapi korang rendam itik tu dalam air sampai mampus…memang haramlah sebab korang makan bangkai..(bidaah, bukan cara Nabi )

Moral : jika korang nak buat sesuatu yang Nabi tak buat..pastikan ianya takde kaitan ngan ugama..

Dan bila korang nak buat yang sunnah pulak..pastikan ikhlas..sebab macamana sunnahpun korang buat, kalau tak ikhlas…pun tak diterima…nauzubillah….

Apa itu ikhlas? Pergilah rujuk ustaz…aku pun.…

JIKA KAMU MENYANGKA ADA MUSUH YANG LEBIH HEBAT DARI DIRIMU SENDIRI, MAKA KAMU BELUM MENGENAL DIRIMU SENDIRI…DAN JIKA KAMU MENYANGKA ADA PERLINDUNGAN YANG LEBIH HEBAT DARI ALLAH, MAKA KAMU BELUM MENGENAL ALLAH….

so moralnya JANGAN PANDAI -PANDAI NAK TAMBAH -TAMBAH AMALAN DALAM UGAMA ISLAM YANG SUDAH SEMPURNA NIE….

PS : KALAU TAK PANDAI ORANG PANGGIL BODOH DAN TAK BAGI BUAT KERJA,
KALAU DAH PANDAI ORANG BAGI BUAT SEMUA KERJA HAAAAAAAAA! ITULAH PANDAIIIIIIII SANGAAAAAAAT!!

Wednesday, October 3, 2007

Soalan Hari Ini..

Ada hamba Allah yang tidak percaya dengan kewujudan tuhan.. dalilnya, kenapa Allah tak selamatkan budak-budak kecil dari keganasan..mengapa orang jahat kaya raya..!!!

Aku kata :

Allah tak perlu selamatkan budak tu untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu miskinkan orang jahat untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu matikan serta merta orang yang murtad untuk buktikan kewujudanNYA..

Allah tak perlu turunkan malaikat dan buat penerangan untuk buktikan kewujudanNYA..

Kerana Allah dah bagi otak dan akal dan hati untuk manusia berpikir..

Aku nak tanya lah sikit pada golongan yang bertanya ni tadi..

Kalau korang jalan-jalan dan jumpa dengan tapak kaki lembu.. adakah korang yakin bahawa tapak kaki itu wujud dengan sendiri?

Atau kalau korang jalan-jalan dan jumpa satu rumah buruk… adakah korang yakin jika aku katakan bahawa satu waktu dulu ada orang yang bina rumah itu, atau rumah itu jadi sendiri?

Atau kalau korang jalan-jalan dan jumpa tompok tompok tahik unta.. adakah tahik itu datang tanpa bontot?

Tak payah jawab pun..sebab korang dah ada otak, boleh piker sendiri..

Dan satu lagi,

Siapakah yang buat keputusan langit itu berwarna biru?

Siapakah yang buat keputusan daun pokok itu berwarna hijau?

Siapakah yang buat keputusan gula itu rasanya manis?

Siapakah yang buat keputusan jari manusia ada lima?

Siapakah yang buat keputusan waktu bila korang akan mati?

Tak payah jawab pun..sebab korang dah ada otak, boleh piker sendiri..nak jadi bahan bakar api neraka atau nak jadi raja yang lebih hebar dari kerajaan Nabi Sulaiman AS?

Tuhan tak perlu tunjukkan Zatnya untuk yakinkan manusia.. kerana Tuhan telah mencipta otak untuk manusia berpikir…dan setiap otak adalah mampu menerima kehadiran tuhan.. dan setiap hati yang kecil itu mampu diduduki Tuhan…

Hebatnya Allah, hingga hati yang kecil itu mampu di letakkan seluruh kebesaran Allah, dan apabila Allah berada dalam hati.. maka bila nak mati kelak..akan keluarlah kalimah Allah di mulut… apa yang ada dalam hati, itulah yang akan keluar di mulut..

Botol kicap pecah keluar kicap..

Botol sos pecah keluar sos..

Botol minyat urut pecah keluar minyak urut..

Maka orang islam bila nak mati kelak..jika dalam hati ada cinta makhluk, maka kalimah makhluklah yang akan terpancul di bibirnya..seperti Melur dalam cerita Hang Tuah yang dilembing menjerit “Hang Tuah”…sekiranya Allah berada dalam hatinya.. maka Kalimah Allahlah yang terpancul dibibirnya..seperti para sahabat…Nabi SAW..

Dan siapa akhir kalam dia dapat ucap kalimah Tauhid..maka wajib syurga untuknya, walaupun dia seorang kapir atau aetis!!!

Nota: cuba rujuk pengalaman menyaksikan orang Islam yang mati masing-masing, ada antara mereka yang dapat sebut nama Allah sebelum mati?

(tapi dalam cerita Hang Jebat..Hang Jebat mati dengan mengucapkan kalaimah tauhid…!)

Sekian…(macam bagus aku ni - oh...)

Ps: yang tak boleh doa kebaikan kat orang kapir adalah apabila tiba hari di akhirat kelak, bila korang dah masuk syurga (semoga aku termasuk), maka haram korang doa orang kapir masuk syurga, kekallah mereka sebagai bahan bakar api neraka membakar iblis dan sekutunya..sebelum mereka dan korang mati, berdoalah hidayat untuk mereka, jangan lupa doa aku ni sekali!!!