Tuesday, October 9, 2007

Bedo'oh?

(hadith ke 5 dari kumpulan hadith 40 dalam pembentangan usrah JIM)

Apa itu bidaah?
BIdaah adalah pembaharuan dalam ugama..Nabi tak buat..tapi korang pandai-padani buat..yang kononnya agama menjadi maju dek penambahan korang yang baru tuh…!

Apa akibat orang yang buat bidaah? Selamba cakap…masuk neraka..(ya Allah, selamatkanlah kami…)

Maka akan timbul soalan-soalan :

- Nabi tak naik keta, mengapa ada ustaz naik kereta.?

- Tahlil bagus..boleh buat orang berzikir.

- Baca Yassin malam jumaat ok, apa! Umat sekarang dah sibut sangat..bila lagi nak ngaji?

- Nasyid ok apa. I selalu menangis bila dengar lagu nasyid…

- berarak berjalan kaki sambil selawat sempena maulud rasul salah ke?

- marhaban di astro kan bagus…

Bla bla bla bla (aku kata : no kemen)

Aku tak nak letak hukum dan keluarkan fatwa yang mana satu bidaah, yang mana satu tidak..aku nak cerita apa yang aku paham tentang bidaah..kalau ada salah.TOLONG ‘jolokk’an.(please…ajarlah aku agar tidak menyesal di akhirat kelak..).aku budak baru belajar nak jadi baik…belajar menjadi ‘kool’ di pandangan mata orang kapir…supaya bila orang kapir lihat orang islam yang begitu ‘kool’..maka berbondong-bondonglah mereka datang pada islam..tapi sayang la ni orang kapir pandang islam serendah-rendahnya..sehina-hinanya…oh…

Satu analogy :

Andaikan bangunan KLCC runtuh...lalu kerajaan Malaysia perintahkan korang selaku Menteri Besar waktu tu.. buat balik bangunan KLCC sama ‘sebijik’ macam asal…pening jugak kepala korang sebab pekerja asal dari Bangla dan Indon yang bina bangunan tu dah balik kampong diorang..lepas tu arkitek pulak dah jadi mati(contoh ajer..)…so camne nak buat?

Tak susah pun, yang penting ada ‘drawing’ yang asal..just follow drawing maka bangunan KLCC yang sama akan dapat di dirikan walaupun guna pekerja asing yang baru..dari Burma atau Timor Leste barangkali…

Begitu jugak ugama islam yang telah ‘runtuh’ ini..begitu dahsyat..masjid kosong perkara biasa.. orang perempuan islam kat rumah pakai baju ‘mak’ kat luar pakai baju ‘adik’..pusat dan pandai pakai subang bla bla bla bla ..apa nak buat?..Nabi dah wafat..sahabat juga dah wafat 1400 tahun yang dulu…

Tak susah pun, bukankah Nabi SAW tinggalkan Al Quran dan Hadith yang bertindak sebagai ‘drawing/manual’ yang ‘asal’…maka jika korang follow ikut drawing yang asal, maka ugama akan kembali ‘bangun’, akan kembali cemerlang, gemilang!..walaupun korang adalah orang melayu, bukan orang arab…CUMA YANG JADI MASALAH bila korang nak buat PEMBAHARUAN…BIDAAH! Maka confirm ugama yang asal takkan dapat terbina!

Macam KLCC tu jugak..bila korang buat perubahan dari struktur atau lain-lain,,memang tak jadi KLCC lagilah..tak jadi macam twin tower ..tapi jadi macam batu nisan kubur pulak…!Huh! Meradanglah PM waktu tuh kat MB dia..oh..!

Untuk maju dalam urusan dunia : kena pandang ke’hadapan’..
Untuk maju dalam urusan ugama : kena pandang ke’belakang’..

(Do you know what I mean?)

Maka memang tak boleh buat pembaharun pun dalam ugama! Kalau korang buat jugak, korang telah mengHINA ALLAH dan RASUl..

Seolah-olah , apabila Allah dan Rasul keluarkan kenyataan ugama already completed ..korang declare dengan buat modification or renovation ..yang konon-kononnya bagus untuk ugama! Macam bagus…oit! Engkau SAPA HA? !

Ugama islam dah complete, jangan buat jadi complicated!

Sehingga Allah Murka,

Sehingga Nabi halau kat padang mahsyar..

Sehingga ada yang murtad sebab amalan orang islam yang pelik-pelik..

Sehingga orang kapir pandang rendah kat korang!

Untuk bagi faham lagi tentang bidaah nie..biarlah setan yang terangkan pulak..

*Setan kata:
Aku bengang betullah dengan manusia nie, bila dia buat dosa macamana banyakpun, pasti Allah akan ampunkan dosa mereka yang bertaubat…lalu aku fikir macamana nak buat manusia ni supaya tak bertaubat…akhirnya aku dah jumpa caranya, iaitu hasut manusia supaya buat amalan bidaah, yang mana manusia sangka amalan bidaah itu ibadat..maka bila manusia telah anggap itu ibadat, maka mereka tidak akan bertaubat selama-lamanya.!bila tak bertaubat..dah tentu masuk neraka!

*(dari hadith..lebih kurang maksud…)

Huh! Sekarang ni :

siapa yang nak bertaubat solat jemaah kat rumah bersama isteri?

Siapa yang nak bertaubat berdakwah melalui nasyid?

Siapa yang nak bertaubat solat lengah-lengah!

Siapa yang nak bertaubat bergaul dengan bukan muhrin?

Siapa yang nak bertaubat kencing berdiri!

Siapa yang nak bertaubat minum air ngan tangan kiri?

Siapa? Siapa?

(AKU……..!)

Ada orang yang taat perintah Allah tapi tak ikut cara Nabi, dia ikut nafsu..

Contoh : balik kerja korang rasa penat..nafsu suruh rehat..tiba-tiba dengar azan..korang ikut nafsu…korang rehat dulu…sat lagi korang sembahyanglah..oh..bertaubatkah..kerana itu adalah bidaah! Kerana korang taat perintah Allah tapi cara nafsu kou..bukan cara Nabi…

Kalau korang tak buat bidaah pun..sebaik sajer lepas solat berjemaah kat masjid..Nabi still suruh kita istigfar, kerana takut-takut manalah tahu ada salah sana-sini..itu yang dah betul confirm sunnah punya amalan still kena bertaubat, takut ada yang tak betul…apatah Kalau yang bidaah! Lagi-lagilah kena TAUBAT!

TAHU BUAT, TAHULAH TAUBAT!

Kadiron kata : tapi, ada gak bidaah yang baik..macam bidaah ‘hasanah..’

Memang ada bidaah yang baik, tapi bidaah tu di buat tanpa korang rasa yakin dapat menambahkan kemajuan pada ugama…contoh: pasang lampu/kipas ngan karpet kat masjid..memang nabi tak buat…dalm masjid takde pun takpe..dan kalau korang buat,,bagus..sebab bagi keselesaan pada ahli jemaah…tapi la ni masjid semua ada kipas dan karpet..tapi still kosong gak..kenapa? kerana orang datang ke masjid bukan sebab ada kipas dan karpet..sebab iman diorang lemah!

orang pergi ke masjid bukan sebab ada speaker ..karpet, kipas dan sebagainya..tapi kerana hatinya yang telah di ‘takluk’ oleh masjid…

Jadi bila korang pasang kipas dan karpet..no problem! Korang dapat pahala,,tapi jangan korang fakir..OH DENGAN PASANG KIPAS DAN KARPET..UGAMA akan meningkat! Jangan hina Allah dan Rasul dengan sesuatu yang baru dari kepala hotak hang…!

SAtu orang alim bagitahu bahawa bidaah hasanah adalah perkara -perkara yang berkaitan dengan dunia yang memang nabi tak buat seperti teknik menanam betik, teknik memancing, teknik kahwin pokok, cara-cara memetik kurma, cari rezeki…bla bla bla bla..lantak korang, sebab tak kena mengena dengan ugama, janji tak langgar hukum syarak. Kerana itu ada Satu hadith lebih kurang maksud “kamu lebih mengetahui dunia kamu’…

Kerana itulah bila sahabat bertanya pada Nabi tentang hal ehwal dunia ..Nabi cakap tak tahu dan nabi tak komplen apa yang sahabat buat…tapi bila bab ugama..Nabi sangat tegas! Dan Nabi mencela orang yang membuat pembaharuan dalam ugama…
Orang yang membuat pembaharuan dalam ugama adalah orang yang tak taat!

Agama ni taat! Buat setakat yang disuruh buat!

Nabi perintahkan sorang sahabat pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YANG DI SURUH BUAT. Maka dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam.(rujuk ustaz-aku sendiri yang kena rujuk dulu, oh…)

Lantaran itulah, seorang khalifah islam berkata dengan lebih kurang maksud :

“sekiranya di zaman Nabi orang bayar zakat unta termasuk tali pengikat unta, di zaman aku siapa yang bayar zakat unta tanpa tali pengikat unta, maka akan aku perang orang itu!...aku tidak mahu sebarang pembaharuan dalam ugama berlaku di zamanku…”

Kadiron kata : eh, amalan yang kau kata bidaah ni, dah lama di buat oleh nenek moyang kita, apa cerita? Takkanlah mereka masuk neraka!

Aku kata : samalah macam zaman Nabi dulu..bila Nabi cakap Tuhan satu..Abu Jahal bilang; eh..nenek moyang kita dah lama sembah 313, tuhan..bla bla bla bla bla…

Nota : nak ikut nenek moyang ke, nak ikut Nabi?

Iklan:

Oh…aku hanyalah di ibaratkan seorang ‘peninju’ yang ‘menyerang’ korang dengan hebatnya, tetapi sekiranya ada peluang untuk ‘menyerang balas’ atau bila kelemahan aku terdedah, tolonglah serang aku balik, serang ditempat kelamahanku , iaitu pusat, tengkuk, buah pinggang dan tulang sulbi..ajarlah aku agar aku tidak menjadi ‘peninju yang sombong’...!!

Sambung balik :

Tapi ada gak pendapat yang benarkan bidaah-bidaah ini… tapi tertakluk pada terma dan syarat…Satu contoh :

Engkau dah kahwin dengan si hasanah..tiba-tiba kau jatuh cinta pulak dengan aishah…tak salahpun kalau kau kahwin ngan aishah..yang salah kalau kau ceraikan/abaikan hasanah..paham..!!

Begitu jugak..ugama..Nabi dah ajar solat jemaah kat masjid dan kau pulak nak solat jemaah kat rumah ngan anak bini..tak salah.! Dengan syarat kau dah solat jemaah kat masjid..yang salahnya kau pergi tinggal solat jemaah kat masjid dan solat ngan anak bini kau kat rumah..ha itulah bidaah!

Engkau declare sebagai pendakwah melalui blog, itu kubur punya pasallah, tapi jangan pulak kau tinggal dakwah cara Nabi ajar kita..mengerti?!

(aik..apasal aku terasa pedas ni??)

Engkau nak berdakwah melalui nasyid? Berdakwahlah..lantak kaulah..tapi jangan tinggal dakwah cara nabi, bagaimana dakwah cara nabi? ha! Pergilah belajar ngan ustaz!..Takdenye Nabi dan ulama’ yang berdakwah ngan lagu cam kaou!..

Saya berdakwah ngan ikhlas..belilah yang original…

Ha ha ha…surah yassin cakap: “ikutlah orang yang tidak meminta upah pada kamu’..lebih kurang maksud..ayat berapa aku tak ingat..oh jahilnya aku…

Engkau nak baca blog aku hari-hari sebab korang rasa insaf..bacalah! tapi jangan sampai tinggal baca AL-quran dan hadith hari-hari…kalau begitu aku kena mintak ampun ngan Allah sebab dah buat korang berpaling..oh..tidak..aku tahu pembaca blog aku bijak-bijak belaka!

Tapi, walaupun bidaah..tapi saya rasa insaf..macam nasyid..saya dengar sampai nangis..saya ingat, lepas habis belajar nanti..saya nak jadi penyayi nasyid pulak..supaya orang lain pun insaf dengar lagu saya…

Aku kata : tak semestinya apa yang buat kau insaf tu baik….kalau kau insaf melihat orang mati bergelimpangan di jalan raya…kenapa engkau tak mati bergelimpanagn di pembahagi jalan raya jugak supaya orang lain insaf…OH!

Ingat..buat dakwah ni jangan niat nak betulkan orang! dulu Allah tegur Nabi yang agak kecewa bila bapa saudaranya enggan masuk islam…Allah bagitahu, bahawa dakwah kerja kamu, tapi hidayat adalah kerja Allah!

Kejayaan dakwah bukan orang ikut kita,
Kejayaan dakwah bila kita berjaya amal apa yang kita sampaikan…

Sebab tu ada Nabi yang sikit sajer pengikutnyer …Nabi Nuh misalnya, dakwah 950 tahun..yang ikut tak sampai seratus..NO problem..Nabi Nuh tetap berjaya di sisi Allah kerana dakwah adalah kuality bukan kuantiti! Buatlah dakwah cara Nabi, buat dan buat lagi, dan lagi..(jangan berhenti – sila istiqamah..aku pun!)

Kalau orang Tanya :
“sampai bila nak dakwah-dakwah nie?”
korang cakaplah : “sampai mati, tapi… bila mati? Besok? Kalau aku mati besok, sampai besok sajelah! Ha ha ha!

orang yang buat dakwah dengan niat orang tu ikut kita akan dapat dua perkara :
1. marah
2. putus asa.

Moral : buatlah dakwah kerana itu adalah perintah Allah, dakwah kerja kita, hidayat kerja Allah, tapi ingat antara syarat amalan kita di terima, pertama ikhlas, kedua : cara Nabi…amalan bidaah walau camne ikhlaspun kena tolak..contoh, korang ikhlas nak makan daging itik..tapi korang rendam itik tu dalam air sampai mampus…memang haramlah sebab korang makan bangkai..(bidaah, bukan cara Nabi )

Moral : jika korang nak buat sesuatu yang Nabi tak buat..pastikan ianya takde kaitan ngan ugama..

Dan bila korang nak buat yang sunnah pulak..pastikan ikhlas..sebab macamana sunnahpun korang buat, kalau tak ikhlas…pun tak diterima…nauzubillah….

Apa itu ikhlas? Pergilah rujuk ustaz…aku pun.…

JIKA KAMU MENYANGKA ADA MUSUH YANG LEBIH HEBAT DARI DIRIMU SENDIRI, MAKA KAMU BELUM MENGENAL DIRIMU SENDIRI…DAN JIKA KAMU MENYANGKA ADA PERLINDUNGAN YANG LEBIH HEBAT DARI ALLAH, MAKA KAMU BELUM MENGENAL ALLAH….

so moralnya JANGAN PANDAI -PANDAI NAK TAMBAH -TAMBAH AMALAN DALAM UGAMA ISLAM YANG SUDAH SEMPURNA NIE….

PS : KALAU TAK PANDAI ORANG PANGGIL BODOH DAN TAK BAGI BUAT KERJA,
KALAU DAH PANDAI ORANG BAGI BUAT SEMUA KERJA HAAAAAAAAA! ITULAH PANDAIIIIIIII SANGAAAAAAAT!!

2 comments:

Hikmatun said...

Salaam alaikum. Soal bid'ah ini tak perlu di perbolok-bolokkan lagi, nanti bertambah bolok jadinya hehe

Yang paling penting diketahui ialah tentang ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus ialah ibadah yang dah diperintah khusus oleh Allah melalui Aquran dan Sunnah. Yang itu kalau pandai2 tambah atau ubah, mmg nak cari penyakit dunia danakhirat la tu. Dan itu la dipanggil bid'ah dholaalah.

Macam solat, puasa, baca Quran, HUKUM ALLAH, dsbnya tu adalah ibadah khusus. Siapa2 yang pepandai tambah dan ubah, mmg dikira bid'ah.

Tetapi bid'ah yang hasanah, adalah menambah pada amal-amal soleh yang dikira ibadah jugak, buat insyaAllah dapat pahala, tetapi bersesuaian dengan zaman.

Contoh mudah seperti apa yang penulis blog ini buat skrg. kalau kira, ini pun bid'ah, pasal mana ada zaman nabi orang berdakwah guna Internet beb??

Untuk itu, jangan la kita keliru dengan mana bid'ah yg buruk dan mana yang tidak. nanti yang baik kita kata x baik, dan yang x baik kita baik, lahir dari hati kita yang busuk dan ego kita sndr yang bergelar INSAN.

Mnausia ni memang x habis2 merasa diri dia baik, orang jahat pun rasa diri dia baik hehe. pape pn sayang menyayang antara manusia lagi baik, bencikan maksiat tetapi bukan bencikan tuan punya maksiat, itu yang kita mesti buat.

Nabi berdakwah betapa sabarnya dia, orang kutuk dia pun dia buat baik lagi, orang lempar kat dia tahik pun dia senyum dan buat baik lagi, sampai la ramai yang masuk Islam kerana akhlak nabi yang mulia dan terpuji. Tak perlu bersembur-sembur bercakap tetapi makin membuatkan orang lari dan takut dengan kita :)

"Permudahkan dan jangan persusahkan, Dan berilah berita gembira, dan janganlah membuatkan mereka lari"

Apa-apa pun semoga kita cuba faham balik apa itu bid'ah yang dholalah (yang menyesatkan). Kalau semua pembaharuan bid'ah, maka kamu semua tak payah naik motor, x payah naik kereta, x payah pakai peti sejuk, x payah simpan wang di bank, x payah shopping sana shopping sini dan camam2 lagi.

Faham bebaik ya, penambahan yang dholalah itu adalah dalam ibadah khusus, yang dah terpatri dalam Quran dan Hadith. Tetapi dalam hal-hal dunia itu dah dikira lain, Itu termasuk dalam bab 'Masolihul mursalah'. Iaitu utk kesenangan umum. Kita dilahirkan untuk bagi orang lain senang, bahagiakan orang lain, berakhlak mulia. itulah tujuan nabi diutuskan, iaitu seperti kata nabi yang bermaksud "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Semoga kita semua menjaga adab dan akhlak kita, dan mempamirkan Islam ini indah kepada mata-mata dunia. Dan Islam bukan hanya indah dengan iman, bukan hanya indah dengan amal, tetapi Islam indah dengan 3 serangkai, iaitu iman, amal dan akhlaq. Atau dengan kata lain, tauhid, feqah dan akhlaq, dan rangkuman semua itu akan mewujudkan tasawwuf yang suci dalam diri. Bukan senang maaa hehe, tetapi kena usaha laaaa!!!!!!!!!

Hayati antara maksud dari hadith, iaitu jangan kamu bercita-cita untuk berperang, tetapi jika kamu berada dalam perang maka hendaklah kamu bersabar.

Wallahu a'lam
:)

The Mindtripper said...

Kerana itulah bila sahabat bertanya pada Nabi tentang hal ehwal dunia ..Nabi cakap tak tahu dan nabi tak komplen apa yang sahabat buat…tapi bila bab ugama..Nabi sangat tegas! Dan Nabi mencela orang yang membuat pembaharuan dalam ugama…
Orang yang membuat pembaharuan dalam ugama adalah orang yang tak taat!

ps: aku tak claim diri aku berdakwah melalui blog..aku hanya bercerita..kerana amat celakalah diri aku jika aku tak buat apa yang aku perkatakan..