Wednesday, October 24, 2007

Siapakah "Perawi"?

Bulan Syawal dah berlalu, tapi masih ada yang sambut hari raya dengan buat rumah terbuka di sini sana
(Jemputlah makan-makan…)

Mintak maaf kat korang juga kerana aku tak jemput korang datang beraya enam kat rumah aku, (lagipun korang semua balik kampong apa!) jadi tak dapatlah korang nak merasa laksa penang dan nasi kerabu bersama daging panggang “ala-ala bazaar ramadhan” aku tu..he he he..

Tentang minuman pulak, aku nak buat milo cincau dan tak lupa pudding caramel Leen DMT juga agar-agar buah arab sebagai pencuci mulut…wah wah wah!!!

(kedengaran bunyi pinggan dan mangkuk berlaga)

Untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu, aku buat pembaharuan dalam hiburan,iaitu dengan meletakkan PC dan TV secara berdekatan di ruang tamu, yang mana aku bukak TV tapi tutup dia punya volume, manakala PC pulak, aku bukak dan kuatkan volumenya..he he he, jadilah keliru akan tetamu yang hadir kerana TV nyanyi lagu lain (seperti video klip ziana zain dan awie - halaman asmara) manakala suara yang keluar dari radio pulak adalah lagu lain,( seperti lagu hijjaz – ritma kehidupan)…

Oleh kerana menonton TV sambil mendengar radio menimbulkan kekeliruan otak kanan dan otak kiri akan para tetamu, maka tiada sorangpun yang sudi tengok TV dan dengar radio tu, maka majilis itu dapat di fokuskan kepada isu – isu lain yang lebih berfaedah…seperti tolong basuh pinggan dan tidak buat sepah!!!

He he he, betul apa yang aku buat tu, 'TENGOK TV' dan 'DENGAR Radio'…

Hmmm..kita lupakan tentang open house seketika dan untuk hari ni aku nak bercerita mengenai satu kejadian yang telah menimpa aku baru-baru ni..

minggu lepas, tingkap kereta kawan aku takleh tutup, aku bawak pergi kedai untuk ‘tutup balik’ tingkap kereta tu…lepas tu pomen kereta tu cakap aku kena tukar amende tah sebab dah rosak, aku tanya kenapa? maka pomen tu cerita begitu begini bla bla bla dan aku tak bantahpun, sebab aku bukan pandai sangat bab bab automation ni!

Nota : kawan aku tingalkan kereta mereka kat rumah aku sempena raya, harap maklum!

Di tempat yang lain aku sedang menasihati kaum kerabat aku supaya mereka kembali dengan gaya ‘pulang ke pangkal jalan’, mereka tanya kenapa mesti pulang dengan gaya ‘pulang ke pangkal jalan’?

Aku pun terangkan begitu begini, bla bla bla , lalu aku di bantah! di sanggah, di canggah, di perkotak katikkan, di perbudakkan, di perlecehkan, di kudakan dengan rakusnya oleh mereka yang tak pandai ugama pun, (samaler macam aku jugak..oh..) mungkin sebab tu mereka layak berbuat demikian, isk..isk..

Tapi apabila aku di sanggah, aku tak patut rasa ‘pelik’ walaupun si pembantah tu jahil ugama kerana jika kita rujuk ustaz dan kitab akan kisah Nabi- Nabi AS yang berdakwah pada kaumnya juga telah disanggah, dicanggah, diperkotak katikkan, diperbudakkan, diperlecehkan, di kudakan oleh kaumnya, yang ternyata akan kebodohan dan kebangangan tentang next life!!! selamba kaum Nabi tersebut mempertikaikan akan kerasulan para Nabi..oh! Dah lah bodoh, masuk neraka pulak tu!!

Persoalannya, kenapa apabila perkara-perkara keduniaan kita tak berani nak sanggah, contoh bila korang bercakap dengan doctor, dan doctor cakap korang kena makan ubat sekian-sekian, korang tak bantahpun…, tapi bila ustaz dan ulamak cakap sekian-sekian, Al-Quran larang sekian-sekian, hadtih bagitahu sekian-sekian, lalu korang dengan selambe badaknya menolak, mentakwil, mempertikaikan, memperlekehkan, mengejek, megcibir-cibir, bla bla bla bla..!

Bila aku cerita satu hadith, korang dengan selamba cakap 'tak pernah dengar'' pun(?)...hello, korang muhadisthin ke sehingga layak berkata demikian?!apakah kerana korang jahil maka aku pulak di salahkan dalam penyampaian dengan alasan :
“aku tak pernah dengar pun…”

Itulah antara sebab aku malas nak quote hadith banyak banyak sebab aku jahil “rawi” hadith..oh, aku ingat nak sampaikan walaupun satu ayat.., tapi ..itulah, korang dah bantah, nak buat camne…isk..isk..aku rasa baik korang rujuk ustaz sendiri, bergeraklah sedikit, siput babi pun pandai bergerak..aku akui yang aku ni agak “zalim” sikit dalam bab penyampaian dengan trademark : “rujuk ustaz”.

Tapi jika korang betul betul rujuk ustaz dengan ikhlas, bukan nak cari salah aku, sebaliknya nak belajar baiki diri, maka..insyaAllah, banyak lagi ilmu Allah akan bagi sebelum korang menjadi jenazah yang sejuk dan beku..

Kadang-kadang bila aku bercerita direct tanpa rawi, lalu ada(lah) beberapa orang yang komplen dan suruh aku berhenti bercakap bab ugama dengan alasan :
“aku tak pernah dengar pun…”

Hello, kalau korang dah 13 tahun belajar hadith dari semua kitab dan cakap macam tu kat aku, aku akan respek dan mengaku salah, lalu cari balik ustaz yang aku ambil dari “mulut ke telinga” untuk menjejak rawi hadith - insyaAllah, kalau ustaz tu masih ada dan boleh di hubungi, tapi jika korang just baca email forward hari-hari dan setakat belajar melalui blog atau internet, and then selamba sound :
“aku tak pernah dengar pun…”

Maka itu adalah salah korang yang jahil, (aku pun jahil gak), tapi takdelah nak suruh orang berhenti berdakwah just point yang dia cerita takde rawi atau korang tak pernah dengar, janganlah menghalang benda-benda yang baik, dan aku cukup ingat satu hadith ini lebih kurang maksud (juga tanpa rawi - maaf aku jahil) Sesiapa yang sengaja create hadith, sediakanlah tempatnya di neraka..aku faham tentang ni, dan aku tak pernah cipta hadith, aku merujuk kepada pengalaman dalam kuliah atau baca buku, atau ingat ingat lupa dan yang paling banyak aku ambik dari “mulut ke telinga”, maafkan aku kawan kerana atas sebab kejahilan ku dalam ilmu rawi ini, korang rasa tak selesa baca blog ini, maafkan aku…

Sebenarnya blog ini adalah sebuah nota khas untuk aku, dan keluarga serta mereka yang bergelar sahabat..hello, aku tak paksa korang baca blog aku, dan aku dah maklumkan bahwa blog ini di tulis oleh seorang yang bukan bertauliah dalam bidang agama, bagi mereka yang sudi membaca, silalah membaca dengan mendapat bimbingan ustaz dan ustazah yang berhampiran - dan pastikan mendapat bimbingan bukan untuk membenarkan segala pendapat aku, tapi untuk ambil mana-mana yang baik sahaja..yang salah silalah betulkan, itupun jika sudi..oh!

Tambahan :
Sabda Nabi tanpa rawi (kerana aku jahil) lebih kurang bermaksud :

**Jika orang kristian cerita tentang kitab mereka, janganlah kamu sanggah dan janganlah kamu benarkan, cakaplah : “Apa yang Allah turunkan kami beriman kepadanya…”**

Huh, itu orang yahudi cerita tentang kitab mereka, Nabi larang kita canggah, tapi bila seorang jahil nasihat korang tanpa ‘rawi’ korang terus menolak, otak ada, akai ada, pergilah cari ilmu Allah yang luas, berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dan perhatikanlah akibatnya bagi mereka yang mendustakan ugama!!!

Ps: orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati…maaf hadith ini pun aku tak tahu rawi, oleh sebab ada hadith yang bagitahu(juga tak tahu rawi) sampaikanlah walaupun satu ayat maka aku nak kata satu ayat sajer iaitu : semua orang akan mati..ha ha ha....

No comments: