Thursday, August 30, 2007

Hakikat Puasa...

pada suatu hari di bulan sya'aban, Rasulallah SAW telah bersabda tentang Ramadhan kepada para sahabat baginda..(nota : Nabi SAW mempunyai sahabat berjumlah 124 ribu orang lebih kurang)

namun pada hari ini, aku teringin nak bercerita tentang puasa kepada sahabat-sahabatku yang sudi baca blog aku ni..aku takkan tulis tentang details mengenai puasa dan hokum hakam nya..(sila carik ustaz..aku bukan pakar ugama..ha ha ha..) cuma nya di kesempatan ini aku suka untuk membebel macam "mak nenek" kepada kawanku E yang belum lagi nak masuk Islam..cuma berhajat je nak masuk Islam..tentang puasa secara ringkas..buat sahabatku E, kalau ko nak tau secara lanjut, sila rujuk ustaz berhampiran, aku boleh rekemen kat ko nak rujuk di mana..ha ha ha..

Jadi kepada mereka yang baru masuk islam beberapa hari yang lepas, atau yang belum pernah berpuasa lagi, atau baru masuk islam tahun ni.., atau sapa sapalah, yang bakal masuk Islam pun boleh baca…! insyaAllah!!

Sebelum itu perlu aku bagitahu akan teknik untuk belajar ugama..

Dalam apa-apa ilmu ugama yang korang nak belajar, korang mestilah belajar dan faham betul betul tiga perkara ini iaitu:

- MAKSUD

- KELEBIHAN

- BAGAIMANA NAK DAPAT

Jadi tentang puasa, marilah kita belajar lebih kurang dari aku yang perasan bijak ni (ohhh..) insyaAllah…jadi wahai sahabatku sekalian, kita pecah-kecilkan bab pengertian puasa ini kepada tiga bahagian..iaitu


- APA MAKSUD PUASA?

- APA KELEBIHAN PUASA?

- BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

BAB SATU : APA MAKSUD PUASA?

aku pernah bertanya kepada Kadiron tentang apa maksud puasa...berikut adalah intipati perbualan aku dengannya :

Aku kata : Ko tau apa maksud puasa?

Kadiron kata : Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga…

Aku kata : Tak puasa pun boleh menahan lapar dan dahaga…macam orang sakit, orang kerja kuat pun lapar dan dahaga jugak…

Kadiron kata : Maksud puasa adalah tidak makan dan minum dari subuh hinggalah time maghrib..

Aku kata : Itu bukan maksud..itu cara nak berpuasa, aku tanya maksud puasa…

Kadiron kata : Maksud puasa adalah mencari keredaan Allah..

Aku kata : Memanglah mencari keredaan Allah, solat pun camtu jugak termasuklah ibadat lain, semuanya cari keredaan Allah..aku tanya maksud puasa ini, untuk apa?

Kadiron kata : Maksud puasa adalah menghayati mangsa kebuluran dan kemiskinan di serata dunia..

Aku kata : Ada betul jugak jika kau cakap macam tu, tapi orang miskin pun kena puasa gak, dan orang miskin masih boleh bersetubuh dengan suami/isteri mereka, tapi puasa langsung tak boleh, apa maksud sebenarnya puasa?

Kadiron kata : Maksud puasa adalah memberi rehat kepada perut setelah penat setahun bekerja…badan jadi sihat bla bla bla...

Aku kata : Oh, camtu ke? Ibadat lain pun untuk kesihatan jugak…tak payahlah nak cerita pasal kesihatan..ini bukan halaman klinik..ha ha ha...

Kadiron kata : Aku tak tahu apa yang kau nak bagitahu ni, aku baru 4 hari masuk islam..cuba cerita sikit apakah maksud puasa…?

Aku kata:
he he he, maafkan aku, tak perasan pulak yang kau baru 4 hari masuk islam..biarlah aku cerita straight to the point…(saya perasan pandai dan bijak..ohhh..)

Maksud PUASA adalah...Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..

Kadiron tanya : Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..?

Aku kata : Ya, bawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..sebab tulah orang yang puasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum dan puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat yang mana:

  • Mata tak boleh tengok maksiat..
  • Telinga tak boleh dengar maksiat..
  • Mulut tak boleh cakap maksiat..
  • Otak tak boleh fikir maksiat..
  • Tangan tak boleh buat maksiat..
  • Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
  • hati tak boleh cinta maksiat..

Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca Al-Quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat...

Sehinggakan pasangan kita yang halal itu di haramkan bersetubuh dengan mereka pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu syahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan dan ditundukkan..!!

tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA Mengetahui maka Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…faham?

BAB DUA : APA KELEBIHAN PUASA?

“Wahai korang semua, tak lama lagi dah start puasa, siang korang memang wajib berpusa, tak puasa tanpa keuzuran yang dibenarkan berdosa tau.. dan malam kena usaha sedaya upaya untuk solat tarawikh, lantaklah nak buat beberapa rakaat pun, yang penting kita buat supaya Allah suka kat kita..memang best bulan posa ni, sebab amalan sunnat di beri pahala macam amalan fardu dan amalan fardu di gandakan 70 kali ganda..

Bulan puasa juga di kenali dengan bulan "sabar" dah hadiah sabar adalah syurga insyaAllah...lepas tu pulak, jika kita bagi makan kat orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa orang itu sedikitpun..lantaklah nak bagi makan apa-apapun tapi biasa orang bagi kurmalah, murah dan senang diselenggarakan..

BAB TIGA : BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

Untuk pengetahuan korang, ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu :

- Berpuasa
- Beriktikaf dalam masjid

Berbalik kepada iktikaf, memang satu suruhan Allah dan harapan Nabi sendiri agar seluruh ummatnya yang lelaki agar pada bulan puasa ini banyakkan iktikaf…

Apa itu iktikaf?
Iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah, juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu beri tumpuan kepada perkara yang menyukakan Allah...dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan..best bukan?

Berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..maka bila beriktikaf dalam masjid lama-lama bersama sama dengan malaikat, sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita insyaAllah..

Kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat, berangan kosong, tengok TV, baca majalah hiburan/sukan bercakap perkara sia-sia, layan internet (aik..apasal aku terasa pedas ni..isk isk isk...)bla bla bla...(sila tambah sendiri!)

DAN..untuk dapat hakikat puasa maka kita kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa, tak kisah la dirumah ke, pejabat ke, ladang ke, dalam lif ke, di pusat beli belah ke...kena bawa sifat beriktikaf ini, ke mana sahaja korang berada, maka sifat ketaatan malaikat akan datang dalam diri korang dan aku...dan INILAH HAKIKAT PUASA..

Dan untuk menambahkan lagi hakikat berpuasa, kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri beriktikaf 30 hari penuh di bulan Ramadhan dan memerintahkan sahabat beriktikaf bersama baginda pada 10 hari terakhir Ramadhan..

sebagai tambahan…

OK, bila tiba time nak bukak puasa pulak, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara.. sebab waktu nak berbuka puasa doa sangat makbul dan Nabi SAW suruh doa DUA perkara ni..iaitu:

- Mintak mudah untuk masuk syurga
- Mintak jauh dari dimasukkan ke neraka..

dan masa berpuasa di siang hari, zikir yang paling baik adalah Kalimah Toyyibah dan istighfar..kena buat banyak banyak time puasa..

Aku ulangi:
- Perbanyakkan kalimah Toyyibah (dakwah)
- Perbanyakkan istighfar…

sebagai penutup, selamat datang ke "Wilayah Ramadhan" aku ucapkan buat semua...terutamanya untuk kau ye Kadiron..dan selamat mencari hakikat puasa buat semua sahabatku..Ramadhan Kareem..Allahu akram wallahu akram..

Ps : bergembiralah orang yang bertakwa dan terpilih untuk mengadap Ilahi pada bulan puasa…dan menderitalah orang yang berlalu bulan Ramadhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..Ya Allah, tolonglah kami..

Tuesday, August 28, 2007

Bidan Terjun...

(bayangkan suasana dalam surau..)

selepas selesai sesi tazkirah ringkas antara maghrib isyak, seorang ikhwah membuat pengumuman : "“InsyaAllah adik-adik, hadirin sekalian, selepas ni kita akan adakan perbincangan kumpulan, insyaAllah! so bergerak dalam kumpulan masing-masing ikut fasilitator..”

pelajar-pelajar mulai bergerak.. ada jugak yang beredar ke luar surau, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…dan aku mula menggelabah puyuh, al-maklum la aku datang nak tengok program je...alih-alih kena handle sesi "mini usrah" TANPA PREPARATION..ohhh..

sebagai permulaan, aku mulakan sesi "ice breaking" tu dengan berkenalan sesama mereka, tanya nama, keluarga serta cita-cita diaorang..rata-riti ada yang nak jadik cikgu, nak jadik polis dan tak lupa juga yang ikut kawan baik sebab kawan nak jadik jururawat, so dia pun nak jadik jururawat jugak lah..ha ha ha...takpe..yang penting diaroang ada aim dalam hidup, hmmm..

selesai ta'aruf, aku utarakan persoalan kepada adik-adik dalam group halaqah aku..."kenapa kamu mempunyai cita-cita sedemikian..."wah wah wah..sungguh berkesarjanaan soalan aku..(aku perasan bagus..ohhh..) dan dari riak wajah mereka, masing-masing punya jawapan yang berbeza-beza walaupun tadi cita-cita tu sama...

hmm..kemudian aku sambung sesi tersebut :

"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia..Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"

(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam surah Ali Imran : ayat 190-191 dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al- Quran ke dalam majlis ini kerana Nur Al-Quran, adalah bersifat mudah melembutkan hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)

Aku mula membebel…

“ Pertama-tama sekali, syukur pada Allah SWT kerana telah pilih kita semua adik-adik ye, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang patut kita duduk pada waktu dan tika ini…Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita depan TV sekarang ini atau di mana sahaja, sekiranya kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk yakni bukan di surau ni… maka kita akan duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk, seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya...

Apabila kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…

Dan apabila kita buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan..

Demikianlah bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan mati di tempat yang tidak PATUT mati..

Dan apabila kita mati di tempat yang tidak PATUT mati, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit...

Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka Jahanam...na'udzubillah..

Maka adik-adik yang dikasihi sekalian, marilah kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!

(adik-adik tu menjawab dengan kuat : insyaAllah ..!!!)

Satu hari seorang puteri telah keluar ke taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya, maka adik-adik sekalian, adalah seperti bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah SWT lalu di letakkan adik-adik sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi menghiasi 'taman-taman syurga' ini…

Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he he...yang duduk di hadapan adik-adik..!!

(adik-adik tu ketawa - aku tak sengaja buat lawak..oh..!!!)

Aku teruskan berceramah dengan bukak satu cerita :

Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu…satu orang jahat telah bunuh 99 orang dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu orang alim…orang alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…Hinggalah berjumpa dengan orang alim yang ke 101, dan orang alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yang ramai orang jahat tu ke kampong sebelah yang ramai orang baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..

Ok, dalam perjalanan, dengan izin Allah dia mati tanpa sempat bertaubat..Malaikat punya faham si pembunuh 100 orang ni adalah ahli Neraka..tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SYURGA..KENAPA?
Kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niatnya..

Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah menzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, kerana sudah menzahirkan niat..maka ianya di kira oleh ALLAH!!!

So adik-adik sekalian, kena pasang niat yang betul dalam perancangan korang :

- Saya nak jadik guru KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik engineer KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik lawyer KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik saintis KERANA ALLAH!

- Saya nak jadik Supermen KERANA ALLAH! (tak lawak..tapi ada budak cakap dia nak jadik superheroes..ohhh..)

MAKA marilah kita buat niat sekarang..bukan saja niat dalam hati nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU….usaha sungguh-sunguh ke atas niat tu..lihatlah pembunuh di atas masuk syurga kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niat!!!

contoh : satu orang buat pilihan nak jadi hafiz dan berusha sungguh-sungguh, tapi tak sempat kerana sudah di takdirkan mati, maka di akhirat kelak dia akan di bangkitkan bersama para hafiz...atau satu orang buat pilihan nak ikut cara nabi sungguh-sungguh tapi tak berjaya amal semuanya sebab dah takdir, sedangkan dia mati dalam keadaan istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi insyaAllah…dan ini yang membawanya ke syurga…

Oleh yang demikian, marilah kita berazam… untuk taat segala perintah Allah, ikut cara Rasulullah SAW..kerana hanya orang yang ikut cara yang Allah ajar dan ikut sunnah Nabi SAW sahaja yang akan berjaya dunia dan akhirat insyaAllah..untuk perkara ini, saya minta adik-adik sekalian, agar angkat tangan untuk menzahirkan niat kita semua, boleh insyaAllah? Dan marilah kita menzahirkan niat dengan memberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA.. silalah angkat tangan siapa yang nak amal apa yang saya sampaikan ini...

(adik-adik teragak-agak nak angkat tangan, kot-kot diaorang cakap aku ni gila kot…ha ha ha…ohhh..aku dah berburuk sangka!)

Kalau adik-adik mati ini malam…tapi sebab dah zahirkan niat, maka Allah akan kira kebaikan adik-adik semua…maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang menzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas menzahirkan niatnya itu walaupun tidak berjaya menjadi baik lagi, lalu mati, insyaAllah dia di kira sebagai ahli syurga…untuk perkara ini, saya minta adik-adik sekalian, agar angkat tangan untuk menzahirkan niat kita, boleh insyaAllah?

(mereka mulai mengangkat tangan untuk jadi baik..ramai juga yang nak jadi baik-siap yang tak nak jadi baik?)

Sebagai menutup tazkirah ringkas ni, sebenarnya di dalam diri setiap kita telah ada sebatang ‘besi’ yang panjangnya lebih kurang sedepa, bila adik-adik dengar mana mana ceramah, maka 'besi' ini akan jadi panas, kerana 'semangat' untuk amal ugama telah datang, tapi bila sebaik sahaja penceramah cakap ‘wallahua’lam’, maka semangat itu terus padam, dan seolah olah besi itu terus di rendam ke dalam air, maka besi itu tetap menjadi besi, dan iman kita tetap maintain banyak tu jugak walaupun bertahun menadah kitab, solat berjemaah rasa malas, baca Al-Quran naik jemu dan lain lain lagi, adik-adik tau kenapa?

Kerana penceramah tak ajak kita untuk buat apa yang mereka buat..!

Jadi hari ni bila adik-adik telah bersemangat dengar saya membebel, saya tak nak adik-adik rendam 'besi' itu dalam air, saya nak adik-adik sekarang juga pergi ketuk besi itu menjadi sesuatu, tak kisahlah jadi apa-apapun, nak bentuk jadi parang boleh, cangkul boleh, pedang samurai pun boleh, yang mana bila dah rendam dalam air kelak 'besi' itu dah tak menjadi 'besi' lagi tapi telah menjadi benda yang berguna, “parang” misalnya, boleh buat tebas lalang dan bukak kebun pisang… “cangkul” tu boleh buat korek tanah nak tanam jenazah..

Sifat orang beriman adalah menyerah diri, jadi pada mereka yang dah angkat tangan tadi silalah menyerah diri untuk kita buat kerja Nabi, iaitu “sampaikan perkara kebaikan walaupun satu ayat..” ajak kawan-kawan adik-adik buat kebaikan..kalau sayangkan kawan-kawan kena la sama-sama ajak buat benda yang membolehkan korang masuk syurga bersa-sama ye tak? Kalau dah korang berlumba-lumba buat baik, boleh la jumpa saya di syurga firdaus tingkat lapan…banglo saya kat korner lot rumah warna maroon…ha ha ha…(ameeennn…)boleh insyaAllah?!

(insyaAllah.. mereka mengucapkan dengan tegas!!!)

Akhir kata: Yang baik semuanya datang dari Allah, asbab kelemahan diri saya yang hina dina ini, saya mintak maaf pada adik-adik dan mintak ampun pada Allah, kita tutup majilis ini dengan tasbih kafarah..

(maka tamatlah majlis dan kitaorang semua solat isyak berjemaah…)

SEKIAN…

Ps: Masih ada waktu dan ruang serta masa lagi untuk ketuk ‘besi’ buat ‘cangkul’, ketika semangat masih membara, selagi nafas terlekat di rongga, selagi langkah terus di perjalanan, … ketuklah 'besi' itu dengan semangat perjuangan harmoni, dah mati kelak… ‘cangkul’ itu juga yang berjasa… insyaAllah...

Monday, August 27, 2007

Krisis Ukhuwwah?

(KORANG dalam entry bermaksud AKU SENDIRI - HARAP MAKLUM!)


Entri kali ini merupakan respons kepada kawan-kawan yang dekat dengan aku yang kadang kala mengalami krisis ukhuwwah(uweeekk... aku muntah? Kenapa...? tunggu hingga ke akhir entry)

Aku dah bosan dengar mainan kata-kata korang semua yang sejibik macam dialog Awie dan Erra dalam filem 'Di Mana Joe Jambul'(aku perasan bagus, tak tengok filem..ha ha ha...)

Dengar sini baik-baik kawan-kawan..(sahabat?)

Kawan-kawan,

Ukhuwwah bukan perkara main-main. Ukhuwwah lah yang menjayakan Islam ketika zaman Rasulullah SAW. Ukhuwwah lah yang membuatkan Ikhwanul muslimin menjadi gerakan yang digeruni satu ketika dahulu di Mesir. Ukhuwwah lah yang menjamin survival jemaah-jemaah di seluruh dunia, nyatakan apa sahaja, jemaah ikhwan, jemaah haji, jemaah tabligh, jemaah masjid Assyakirin atau jemaah surau At-Taqwa, RPR Sebiew, Bintulu!(lawak ke?)

Aku kali ini nak berleter tentang ukhuwwah korang semua..sila dengar baik-baik...(aku perasan bagus...ohhh..)

Kawan-kawan,

Ingatkah korang sirah hijrah Nabi SAW ketika mereka bersembunyi di gua(aku lupa nama dia! Ingatkan aku!!!!). Abu Bakar RA, sayangkan Nabi SAW sehingga sanggup menahan sakit dipatuk binatang berbisa yang keluar dari lubang di gua tersebut! Menangis Abu Bakar RA menahan kesakitan namun dia tetap menahannya kerana tidak mahu Nabi SAW terjaga dari tidur yang mana ketika itu sedang tidur di ribaannya!!! Hinggakan jatuh air mata Abu Bakar RA ke atas Nabi SAW...barulah baginda terjaga dan mendoakan Abu Bakar...ohhh..

Dan ingatkah lagi korang ketika peristiwa hijrah, Abu Bakar RA berjalan beralih-alih tempat sepanjang perjalanan demi memastikan keselamatan Nabi SAW dari setiap sudut!

Ingatkah kroang ketika perang di Yarmuk, sahabat-sahabat meninggal dunia kehausan kesemuanya kerana tidak sanggup melihat sahabat lain dahaga ketika nazak!(korang tau cerita ini bukan?!!)

Ingatkah korang ketika perang Uhud, sahabat mengelilingi Nabi SAW demi melindunginya tanpa memikirkan keselamatan diri langsung!

Kawan-kawan, apakah ukhuwwah bagi korang? Adakah ukhuwwah yang korang harapkan ialah orang berkorban demi korang atas dasar ukhuwwah?? Adakah korang mahu sentiasa selesa atas pengorbanan sahabat? Adakah korang berharap sahabat menerima korang dengan kelemahan korang dan berlapang dada dengan korang sedangkan korang tidak mahu menghormati dan meraikan mereka? Adakah ukhuwwah yang korang mahu ialah ukhuwwah yang membawa ’comfort zone’ kepada korang?

Kalau camtu toksah bercakap tentang ukhuwwah...(sedih ni..sob sob sob...)

Ukhuwwah bukan pada kata-kata(ana anti anta ana....sambung sendiri la.....) Ukhuwwah bukan sambutan hari lahir..ukhuwwah bukan pada status YM dan Friendster. Itu semua penting. Tetapi jangan sesekali kita melupakan ini : Ukhuwwah ialah apa yang kita sumbang kepada sahabat, bukan apa yang sahabat berikan kepada kita.

Aku dah bosan dengan permainan ukhuwwah plastik korang, jangan bermain kata dengan ukhuwwah, nanti menghina persaudaraan sebenar Islam yang ada pada Rasul dan sahabat...isk isk isk...

Ukhuwwah ialah apabila kita tidak mahu sahabat berada bersama kita ketika kesusahan.! (namun ingat, bila itu berjaya ditanam dalam hati kita, sahabat lah yang akan menemani kita sampai kita mati, memandikan mayat dan menangis di saat kita mati, gembira saat kita berjaya dan menemani kita di alam kubur dengan doa-doa mereka. InsyaAllah, mereka akan berada di sisi liang lahad kita ketika kita mati)

Ukhuwwah sahabat melepasi sempadan kata-kata manis...aku ulang sekali lagi... Ukhuwwah sahabat melepasi sempadan kata-kata manis..jadi, berhenti bercakap dan bermadah, buktikan dengan perbuatan korang..! Ukhuwwah bukan dengan kata-kata manis, ana sayang anti..!(aku pun..ohhh..!)

Dan korang tahu kenapa aku muntah? Kerana aku tak cukup tidur dan aku demam daaa....he he he...

P/s: Mungkin ada yang akan muntah apabila kita semua menyebut ukhuwwah. Biarkan, mereka tak tahu manis nya ukhuwwah....Aku tak pernah kata aku suka korang.... aku memang tak suka semua orang, sebab aku SAYANG semuanya...ha ha ha...kenapa?(sila rujuk hadith ke 13 dari hadith 40...sekian..dan jangan lupa clarify dengan ustaz berhampiran..sekian!)

Thursday, August 23, 2007

Kisah dari "Kite Festival"

Pada satu malam yang dingin selepas balik dari expo Kite Festival, aku lalu di depan sebuah gereja terkemuka di Bintulu.”Wah…sudah 'expand' ye gereja ini..” bisik hatiku sedikit rasa 'tergugat'. 3 kali ganda saiz asal.....hmmm.......aku mula paranaoid tak tentu pasal...lebih-lebih lagi setelah terpandang salib besar..cepat-cepat aku baca doa tengok rumah ibadat orang non-muslim..(sila rujuk ustaz..)

Sebenarnya gereja dan perkarangan gereja itu bukan asing untuk aku. Di situlah aku memulakan alam persekolahan (prasekolah) iaitu di St. Anthony Kindergarten. Di dalam kawasan gereja selalu aku tengok orang menyanyi waktu pada waktu rehat tadika aku.

Ya, zaman itu ramai ibu bapa muslim turut menghantar anak-anak mereka ke tadika di perkarangan gereja yang paling tersohor di Bintulu itu. Begitu risky dan bahayanya akidah anak-anak yang di hantar ke gereja ini.

Tapi itu dulu. Di ketika kefahaman Islam belum benar-benar kukuh. Takde orang yang bersangka buruk kepada tadika di perkarangan gereja pada masa tu...mungkin ada kot, tapi tidak ramai.

Namun di zaman ini, masih ada juga ibu bapa muslim yang menghantar anak mereka ke tadika tersebut. Bukan itu sahaja, tadika bukan milik orang Islam pun masih menjadi pilihan ramai ibu bapa muslim. Fikirkanlah bahayanya….senang cakap amat bahaya sebenarnya..

ohhh…..melalutlah pulak….bukan kisah tadika kat gereja yang aku nak cerita kali ni.
Tapi perkara yang aku terfikirkan apabila aku melewati depan gereja itu pada malam itu…

Aku terpikir, orang Islam dan melayu khasnya cukup pantang dengan gereja. Ia bagaikan phobia. Kita namakan Churchphobia lah konon-kononnya. Ada baiknya juga…tapi ramai juga yang terlebih-lebih sampai peringkat membenci dan menyakitkan hati penganut agama kristian…bukan sahaja Churchphobia, juga tokongphobia dan kuilphobia.

Sesetengah orang dalam masyarakat amat sensistif kalau bab-bab kuil, tokong dan gereja. Kalo tokong tu coloknya keluarkan asap, mereka kata busuk. Kalau kuil tu bunyi loceng waktu maghrib mereka kata bising, anak nak tido, bla bla bla…. kalo kemenyan, busuk. Kalau ada buah-buahan , nanti kita kata panggil lalat, kalau hari ahad keta banyak park kat gereja, kita kata buat jammed jalan jer.. dan macam-macam lagi kata-kata sinis dan lawak mengata mereka dan amalan mereka…(aku pun..ohhh..)

Tapi bila Namewee membuat kata sinis ke atas orang melayu dan Islam, ramai marah. Hmmm…mereka yang marah beria-ia ni jugalah yang menyindir dan mengata agama lain. Marah tu baguslah sebab mempertahankan kesucian agama. Namun, pernah tak ko fikir kenapa ia berlaku? Kenapa kita masih diperlekehkan? Adakah kerana kita juga menyumbang kepada rasa sakit hati Namewee. Kita kena juga melihat diri kita dalam-dalam, adakah kita juga mempersendakan agama mereka secara langsung ataupun tidak?

"What goes around comes around" kata Justin Timberlake...

Adil lah diorang begitu sebab kita pun kadang-kadang semacam “membenci”mereka.

Ko kena ingat akan adanya konsep humanity diversity , dan Islam mengajar kita HORMAT pada agama lain. Hormat tu dalam erti kata jangan memperkecilkan mereka, jangan mengata, jangan mempersendakan agama mereka…kalau dalam hati kita memang dah ada perasaan tu,maka amat tak baguslah. Buangkan lah sikap "aku lebih baik,maka aku boleh katakan apa-apa kat depa”huhh..apa kes ko rasa ko bagus sangat?

aku nak tanya adakah ko tahu apakah pengakhiran hidup bagi mereka hingga ko rasa bagus sangat? dan adakah ko pernah dakwah kepada mereka tentang kemanisan iman dan Islam?Ingat, Nabi SAW dulu setiap kali mayat orang yahudi lalu depan baginda, beliau menangis kerana orang tu mati dalam keadaan kafir dan akan jadik bahan bakar neraka selama-lamanya..dan ko kena ingat akhirat nanti adalah tempat tuntut-menuntut, jika sekiranya ko abaikan kerja utama ko yakni berdakwah kepada mereka yang non-muslim..meraka akan tunding jari pada ko dan cakap depan Allah, dia ni tak pernah nak ajak saya kepada Islam, dia tak pernah nak dakwah tentang Islam kepada saya..apa ko nak jawab depan Allah kelak? (alangkah celakanya aku kerana kalau aku tak buat kerja ni maka aku berpotensi besar untuk dipertanggungjawabkan atas ilmu yang aku tak amal..isk isk isk...Ya Allah, pergunakanlah aku sepenuhnya untuk buat kerja ugama sampai aku mati..jadikan aku asbab hidayat tersebarnya Islam ke serata alam, ameenn..)

Ada jugak sesetengah pihak dari kita cukup memandang sinis (atau marah?) kalau kawan-kawan kita dari agama lain nak besarkan gereja, besarkan tokong, besarkan kuil...ko kena la ingat, bilangan mereka makin ramai, mestilah mereka perlukan bangunan/kawasan yang lebih besar…secara tak langsungnya modus operandi mereka meningkat...ko jangan salahkan mereka, salahkan diri sendiri dulu. akulah tu..aku…ye, aku ni haaa…. aiikk..salahkan aku…?

Kadiron tanya aku : kenapa kena salahkan diri sendiri pulak?

aku kata : sebab kita sibuk iri hati mereka nak besarkan dan penuhkan rumah ibadat mereka. Kita tak selesa. Kita tak sokong pun. Kita rasa pelik dan agak jeles mungkin? tapi bila masjid-masjid dan surau-surau kita kosong dan lengang, tak pulak kita marah dan risau...malahan takde rasa apa-apa pun..maka timbul persoalan…mengapa surau dan masjid kita kosong dan lengang…..dan yang lebih sedih lagi ada banyak yang berkunci walaupun ketika waktu-waktu solat fardhu…?

aku kata lagi : sebab ada masalah sikit dengan diri kita sendiri. Kita tak ajak keluarga, rakan dan jiran kita penuhkan masjid setiap kali solat fardhu. Kita tak buat kerja kita, tapi nak marah orang kalau mereka buat kerja mereka. Kalau kita buat kerja kita seperti disarankan Nabi SAW, yakni "berpesan-pesan dengan haq (perkara benar) dan sabar supaya tak kerugian.." nescaya kebatilan akan terhapus dengan sendirinya melalui nushrah dari Allah, percayalah...InsyaAllah…

maka itulah yang kita patut marah, kadiron…jangan sibuk kalau orang agama lain nak beribadat. Jangan heran kalau rumah ibadat mereka besar.Masjid kita lagi besar…..ada 30 saf, satu saf 50 orang….in average lah.. Diorang akan jeles kalau kita pun sama-sama jeles. Diorang tak kan kacau kalau kita tak kacau diorang.

skarang ni, kita kena ‘kacau’ keluarga, rakan dan jiran kita dulu…..
‘Kacau’ mereka dari tidur mereka,
dari kesenagan mereka,
dari "relak lah..banyak hari lagi aku boleh tobat" mereka,
dari "tak apa" mereka,
dari "zon selamat kerana aku banyak beramal" mereka,
dari rasa "selamat dari api neraka" mereka,
dari "kubur sendiri-sendirilah" mereka dan tak lupa juga
dari hobi-hobi dunia mereka yang memakan masa dengan banyaknya itu…….

Bila kita muslim dah teguh dan rapat, dah satu hati, InsyaAllah segalanya akan jadi lebih mudah…believe me..maka insyaAllah akan wujud perkara-perkara berikut :

Suasana agama terbentuk.
Laki jumpa laki akan cakap pasal kebesaran Allah
Perempuan jumpa perempuan akan cakap keagungan Allah
Budak jumpa budak akan cakap betapa bestnya Allah
Persekitaran agama wujud.
Cakap-cakap agama akan selalu didengar.
Amalan agama tersebar dan hidup.
Pendek kata semuanya dalam lingkungan agama....

Pada masa tu barulah orang islam boleh berdakwah dengan akhlak...bolehlah kata “Look at me…”
Sekarang, kalau kata “look at me” pun takde orang nak ikut..oh aku yang lemah sebenarnya…..isk isk isk…

maka aku tak perlu heran la jika skarang ni memang takde orang nak ikut aku lagi dengan adanya :

1001 sifat mazmumah aku,
amarah aku,
nafsu aku,
hasil kerja aku,
perkataan aku,
kurang sabar aku,
degil aku,
close minded aku,
cakap tak serupa bikin aku,
ego aku, sombong aku,
perasan bagus aku dan…bla bla bla..(sila tambah sendiri.!)

ops!..asyik cerita pasal aku pulak…isk..

balik kepada main topic, apa yang aku nak dikatakan di sini ialah..setiap kita ada tanggungjawab pada ummat, pada sekalian ummat manusia…aku bagi contoh, kalau kita lihat satu pemandangan yang cantik dan menakjubkan..wah wah wah...rasa kagum akan timbul dalam hati dan akan rasa nak share akan kecantikan tu kepada kawan-kawan kita, saudara mara kita, adik beradik kita kan? begitu juga hidayat, bagaimana kita rasa akan kemanisan beribadat, ketenangan bila dekatkan diri kepada Allah, barakah daripada amalan-amalan sunnah maka kita kena share akan ke"best"an perasaan tu pada saudara-mara kita, adik beradik kita, kaum keluarga kita, bla bla bla...seantero alam la senang cerita..maka itulah dia dakwah..yakni mengajAK kepada kebaikan, wahai kadiron..

Allah bagi kita hidayat.
Allah bagi kita faham.
Allah bagi kita rasa.
Allah bagi kita ‘nampak’ ..
Allah bagi kita ilmu.
Allah bagi kita dapat kebenaran.
Allah bagi kita nikmat kemanisan ISLAM…

maka kita kena lah kongsi…Bagi tau semua orang kebaikan ISLAM, baik dari segi kata-kata atau akhlak….

biarpun kita belum ‘sempurna akhlaknya’…
biarpun kita belum ‘sempurna ilmunya’…
biarpun kita belum 'sempurna kekayaannya'…
biarpun kita belum 'sempurna kejayaannya'…

yang penting Kadiron..

Apa yang kita ada kita amalkan.
Apa yang kita ada kita sampaikan.
Bukan untuk kegunaan di masa depan.
Atau bukan untuk kegunaan di saat kematian
.

Gunanya ilmu itu…sekarang.
Gunanya kefahaman itu..sekarang
Gunanya kebenaran itu…sekarang.


Marilah kita kembali 100% kepada seruan Allah dan RasulNya.
Marilah kita betulkan mana-mana yang tersilap.
Niat kita, sikap kita, FIKIR kita, tujuan kita, akhlak kita, cara hidup kita, objektif kita dan semua yang belum tepat….sebelum terlambat..

InsyaAllah, Doa aku untuk aku sendiri dan sesiapa yang membaca dan berniat untuk berubah.

Ingat Kadiron,
Mati bukan penamat kehidupan.
Matilah permulaan kehidupan.
Hidup di dunia ialah pra kehidupan.
Maka persiapkanlah bekalan untuk “enjoy” di masa depan.....

ps : Semoga Allah sentiasa merahmati tuan-tuan dan puan-puan dan cik-cik...ameen...

Monday, August 20, 2007

Tiga Cerita..

Satu cerita :

Ada sekeping kertas…pada mulanya ditulis nota-nota pelajaran yang bernas, segala macam formula juga turut mengisi segenap ruang kertas tadi..setelah selesai ujian, arakian kertas tersebut disimpan di dalam kotak didalam almari bahagian atas..sang kertas tu tadi pun dilupakan dari hidup tuannya..sehinggalah beberapa tahun kemudian apabila tuannya mengemas-ngemas, terjumpalah semula sekeping kertas yang dah kekuningan kalernya..akan tetapi kertas tersebut telah diberikan kepada anak-anaknya untuk di buat kapal terbang kertas, maka sedemikian sahajalah berakhirnya nasib sekeping kertas..itulah cerita kertas…isk isk isk…

Dua cerita:

Ada sehelai kain satin..memang cantiknya bukan main, belum cerita harganya lagi..wah wah wah..sebegitu gah kain satin ni..dan ia telah dibeli orang untuk dibuat pakaian pengantin…memang sangat indah bila dah jadik pakaian pengantin..diperagakan dan dipuji di sana sini..arakian tetapi setelah habis hari bersanding..dah tak di pakai lagi baju satin tadi..dan baju satin terperap beberapa tahun tak berguna sesen..last-last jadiklah kain buruk mengelap lantai dan cermin…ohhh…

Tiga cerita:
Ada segulung benang baldu yang mana telah dibuat kapet warna merah jambu..begitu cantik dan indah rupanya…dibentang tuannya di ruang tamu..memang gah namun nasibnya belum tentu kerana tetamu tuannya yang datang berziarah semua pakai kasut..hari-hari kena pijak dan bergelumang dengan kotoran..isk isk isk...maka sang kapet jadi mangsa dipijak tanpa segan silu..ohhh..hinanya nasib si kapet baldu….ohhh..

arakian wahai kadiron, begitulah nasib tiga benda di atas….tiada mendapat kemuliaan sedikitpun walau pada mulanya tampak sangat berguna,lihat lah nasib mereka…hanya diguna dan dilupakan…bila hayat habis dikandung badan, jasa tak dikenang malah terbiar tanpa layanan…(wah wah wah..berpantun 2 kerat la pulak aku ni..he he he..)


AKAN TETAPI KADIRON…cuba ko renungkan..


Jika kertas yang sama di tulis ayat suci Al-Quran,ko boleh lihat bagaimana ia dimuliakan jika maksud kejadian sesuatu perkara itu adalah HANYA untuk ugama dan ummat sekalian..begitu juga jika kain tadi hendak Allah 'angkat' dan di buat telekung untuk bersolat, maka alangkah ia akan dijaga dan dilipat rapi..akan sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan suci serta terpelihara HANYA kerana ia digunakan untuk ugama Illahi…dan jika si benang baldu yang merah tadi dibuat sebagai sejadah insyaAllah ia akan dimuliakan orang, tiada yang amik mudah buat lap kaki ke buat kain angkat periuk ke..yang pasti ia akan digunakan manusia untuk menyembah dan sujud kepada Allah, maka lihatlah bagaimana jika sesuatu kejadian itu HANYA untuk Allah…

Begitulah juga kita wahai kadiron..jika Allah pilih diri kita yang banyak dosa untuk dimuliakan, maka jangan lupa berdoa agar sentiasa Allah 'gunakan' untuk menyampaikan seruan ugama, insyaAllah akan mulialah kita disisi Allah dan seluruh manusia sekalian dan ia adalah satu keperluan ko di Kubur, Mahsyar dan Hari Pengadilan…sebelum datang hari di mana penyesalan tiada nilai lagi..isk isk isk…

nota : penyesalan terbesar dalam hidup di dunia dan di akhirat adalah dimulai dari awal yang salah…harap maklum!

InsyaAllah…maka dengan tazkirah aku yang dah kering idea ni, maka korang terutamanya aku..sila pergunakanlah diri kita untuk ugama. Macamana kalau ko belum guna lagi? Haaa…inilah masanya….inilah 'shift'nya sementara kita masih hidup….Sekarang zaman kita…turn kita..rebutlah janji dan tagihlah rahmat dan redha Allah selagi belum tutup mata…semoga kita sentiasa di beri hidayah dan taufik dariNya…

ps : ada satu orang alim pernah ajar untuk baca doa ini kalau buat tahajud..

YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH,
BANTUlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..

Dan..
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai insan yang buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..ameen..

Friday, August 17, 2007

Apa Hak Korang?

(Adakah Korang Rasa Adalah Lebih Bagus Mati Sahaja?)

Entry ni di tulis kesinambungan dari post “Apa itu takdir?” yang telah di tulis sebelum ini, maka aku menyambung sedikit lagi pasal takdir, dan aku tujukan entry khas ini kepada mereka yang nak bunuh diri, itupun jika mereka sudi..isk..

Wahai jiwa yang sedang bersedih, biarlah aku yang perasan bijak..(ohhh..)terangkan apa itu takdir.. tapi ‘bukan dengan kata kata biasa’..he he he..

Kes 1

Satu orang janda beranak satu begitu teringin sangat nak beli kereta, hari hari bayangkan kehidupan yang lebih sempurna bila berkereta kelak, setelah lama bekerja akhirnya dengan izin Allah, dapat beli kereta, hari pertama nak parking kereta depan rumah sambil mengundur… terlanggar anak tunggalnya, dan anaknya mati di tempat kejadian.. semenjak hari itu apabila melihat kereta yang sama jenis dengan ‘pembunuh’anaknya, maka dia akan meraung-raung!!! Pada suatu malam, kelihatan dia sedang mengikat sesuatu kat ekzos keretanya…

Kes 2

Satu orang aweks bercinta dengan satu orang balaks, dah lama bercinta akhirnya bersetubuh.. eh silap, berzina dan mengandung.. tapi balaksnya pulak tak nak mengaku itu anak dia, dan mintak putus sebab dah dapat aweks lain yang masih dara…Maka menangislah aweks yang telah berzina dan mengandung itu bila terkenangkan balaks seperzinaanya..oh.. maka si aweks ni telah pergi beli pil tidur…

Kes 3

Suami dia buat hal, nak kahwin lain, isteri tak bagi, bergaduh, akhiranya bercerai, oleh kerana suaminya orang berpengaruh, maka hak penjagaan anak dapat kat suami, malahan si isteri tak akan dapat mendekati anak kerana ada surat yang di sahkan bahawa dia gila (surat palsu - suami dia punya kerja la ni) akhirnya dia jadi gila betul dan menangis sambil pegang pisau untuk…

Kes 4

Beliau mendapat tawaran kerja baru bergaji lumayan, kerja kat tempat lamanya dah ok, setelah berlagak dengan kawan-kawan,beliau berhenti kerja.. tapi rupanya beliau di tipu, syarikat tu tak pernah wujudpun… lalu nak terjun dari bangunan..

Kes 5

Berhutang dengan Along dan tak dapat bayar, along potong jari, dalam kesedihan tangan yang tak cukup jari, masih sempat menyalakan sebatang rokok… eh, terpandang pulak racun tikus...

Kes 6

Yakin dapat buat sesuatu perkara, tak kiralah, nak kahwin anak raja ke, beli satria neo ke, nak bisness ke, apa-apalah, lalu bercerita dengan penuh yakin pada semua orang, kawan, wartawan dan dunia..akhirnya tak jadi.. malu!!! sangat malu, sungguh memalukan, malu yang amat besar, kemaluan yang dahsyat!!! lalu mencari tali dan kerusi…

Kes 7

Harap pada makluk..

  • Harap insurance dapat cover ‘kesedihan’ kononnya..
  • Sebagai guru besar, saya berharap cikgu-cikgu lain patut hormat saya..
  • Aku orang tua, aku berharap orang muda patut memuliakan aku…
  • Aku berharap semua anak aku selalu-selalu balik jengah aku, dulu aku yang susah payah besarkan dia…
  • Aku harap kau dapat tolong aku , sebab dulu aku dah tolong kau..
  • Aku harap kau dapat komen kat blog aku sebab aku dah banyak komen kat blog ko! (ha ha ha ..)
  • Saya amat berharap, suami saya tidak menduakan saya (No komen!)
  • Saya berharap, sekurang-kurangnya mereka berterima kasih dengan saya..(boleh blah!)
  • Hari ni harijadi saya, harap semua orang bagi hadiah..Saya patut dapat itu..he he he..

Dan akhirnya…tentang semua harapan…chicho harahap betul ko ni!

Akhirnya makhluk tidak dapat memenuhi harapan..

Akhirnya makhluk tidak akan memenuhi harapan..

Akhirnya makhluk memang langsung tidak boleh memenuhi harapan…

Memang tiada satu maklukpun yang dapat memenuhi harapan manusia..

Kerana hanya Allah lah sebaik-baik tempat mengharap..!

Semakin tinggi mengharap pada makluk, maka semakin tinggilah akan kadar pecutan dan kejatuhan sebuah harapan bila ianya di kecewakan oleh makluk ..maka pecah berkecailah hancur retak seribu ia kerana jatuh dari puncak harapan yang tinggi…

"dulu aku sendiri…
kini masih sendiri...

hadapi hidup ini ...
susah-senang diriku ..
tak bertempat mengadu..
seperti burung kepatahan sayap...
di hati kecil..
ku menaruh harapan....”

(apasal lak aku nyanyi lagu Zaiton Sameon ni..cess..!!)

Dan yang lebih dahsyat sehingga sanggup membunuh diri adalah kerana tidak berharap kepada Allah...ohhhh...!!!

Maka sahabatku...

Sebelum korang minum racun tikus..

Sebelum korang menolak kerusi di kakimu sedangkan tali melingkar tengkuk…

Sebelum korang terjun dari tempat yang lebih tinggi dari paras laut…

Sebelum korang lukakan pergelangan tangan…

Sebelum korang tutup cermin tingkap kereta yang mana ada getah paip dari ekzos..

Sebelum korang tikam pisau di dada…

Sebelum korang gigit cable Life(merah) dan cable neutral(hitam)…

Sebelum korang tarik picu pistol…

Mungkin, sebelum korang nyalakan sebatang rokok…

Maka, kepada mereka yang nak bunuh diri kerana dah putus harapan, aku nak bagi sedikit nasihat, walaupun aku rasa dah tak berguna lagi, mesti korang pun malas nak dengar, apatah lagi aku tidaklah layak untuk berceramah, maka, sebelum korang membunuh diri, biarlah aku hilangkan sedikit kesedihan dan kesengsaraan korang dengan menyampaikan tazkirah khas untuk korang yang sedang pilu berendam air mata mengenangkan nasib masa depan, yang sedang sedih dengan masa lepas dan yang sedang kecewa dengan hari ini..

Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semunya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya.. HAK tu yang patut dapat HAK ni, sebab tu HAk depa semua..bla bla bla bla (pening kepala aku..)

Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di ‘pecah-kecilkan"...sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...

1. HARTA - Hak waris bila kita mati.

2. JASAD - Hak ulat bila kita menjadi mati.

3. AMAL BAIK - Hak orang yang kita khianati,sakiti, kalau kita takde amal maka dosa dia jadi hak kita...na’uzubillah...

4. NYAWA - Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila-bila masa, dan Allah cukup marah orang yang bunuh dirinya sendiri kerana nyawa ADALAH hak ALLAH!!!

Dan sebagai hiburan kepada korang yang sedang melalui saat-saat kepatahan jiwa ini, terimalah hadiah dari aku berbentuk sebuah lagu, yang bertajuk :

SURATAN BUKAN KEBETULAN...

(Kadiron, terimalah keterangan tentang takdir, tapi ‘bukan dengan kata-kata biasa’..)

Bayangkan suasana di tepi pantai dan kedengaran intro lagu suratan atau kebetulan dendangan Remy Martin..

---------------------

SESUATU YANG TAK DI SANGKA
(sungguh ku tak sangka, cempedak jadi nangka..)

SERINGKALI MENDATANGI KITA
(macam seorang lembu berkata kepada seorang sapi, gua punya susu, lu dapat nama..)

ITU LAH SURATAN DALAM KEHIDUPAN
(Buat lembu , sapi, tenuk, tapir atau manusia manusiawi semua! itulah takdir..)

BUKAN SEKADAR SATU KEBETULAN!!!
(Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", maka yakin dia pada Allah SWT telah rosak.)

...............

KITA ASYIK MEBICARAKAN
(Banyak orang masuk neraka kerana lidahnya..oh..)

PERSOALAN HIDUP DAN PILIHAN
(Nak kahwin dengan orang tu, nak anak lelaki, nak kerja gaji besar, nak umur panjang bla bla bla bla blah!!)

SEDANG KEJUJURAN SEMAKIN BERKURANG
(Ummat hari ini sedang ramai yang tiada sangka baik dengan Allah lagi…oh..aku pun, isk..isk)

WALAU SUDAH BERTEMU JAWAPAN
(bukankah semuanya sudah di takdirkan? Kenapa mesti bersedih dan bunuh diri?)

....................

WALAU KITA DI HADAPKAN
(peluang itu dan ini)

DENGAN BERBAGAI PILIHAN
(Tawaran itu dan ini)

APA YANG PASTI TERJADI
(Janganlah bersedih, jika beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...")

AMAT SANGAT MENEPATI
(Janganlah menangis, Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api neraka dan masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini...")

.....

TIDAK PERLU DITAKUTKAN
(apa yang mendatangi kita, itu yang terbaik)

MENGHADAPI MASA DEPAN
(Jika semua penjahat dan pengganas atau tentera israel berkumpul nak bunuh korang, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…)

SEMUA TELAH DI PUTUS
(dan jika semua doctor, bomoh, pawang, dukun, tok batin dan ahli farmasi berkumpul untuk bagi nyawa korang panjang, mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah takdir)

SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS
(Apa yang di datangi Allah kepada korang adalah yang terbaik dan amat sesuai untuk meningkatkan iman korang dan aku..)

...............

PERTEMUAN SEKALI INI
(Aku dapat menge’post’ entry ini dan korang macam tergerak hati untuk membaca adalah bukan kerana kebetulan korang boring ke apa , tetapi adalah kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah buat keputusan untuk korang baca entry ni hari ini, bukan kebetulan korang search…)

BAGI DIRIKU AMAT BERERTI
(kesedihan bukanlah kesedihan, jika di akhirnya kesenangan…)

TAK PERLU KAU BIMBANG UNTUK MENYATAKAN
(Tiada kebimbangan untuk perkara dunia, kebimbangan hanya untuk perkara akhirat..)

BIMBANGKAN KEBETULAN, KESILAPAN ….

Sementara ahli muzik, doctor, atau lawyer bermain instrument muzik lain secara solo...
Apa kata kita dengar sedikit tazkirah ringkas yang mengisi video muzik ini..

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang nikmat yang kita dapat?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi nikmat..
Mereka terseyum tawar kerana tak dapat tumpang bahagia…
Malah mungkin berharap agar kamu kembali hilang akan nikmat itu…

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang segala cerita duka lara?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi derita..
Mereka pura pura sedih tapi mengelak untuk membantu..
Di belakangmu, mereka ketawa dan menghina kamu…

Dengar sini Kadiron, , alangkah beruntungnya kita sebab Allah suruh kita cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu, betul tak….so adil sangatlah bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..so moralnya kat sini wahai sahabatku Kadiron, adalah bila susah, bersolatlah…dan mintak kepada Allah berserta hati yang bersabar…Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..boleh kan?

Adakah benar kamu sedang bersabar?
Adakah korang sedang bersabar?
Adakah sedang bersabar korang?
Bersabarkah sedang korang adakah?
Korang adakah sedang bersabar?
isk isk isk....

Ok, sambung balik korus..

C/O
WALAU KITA DI HADAPKAN

DENGAN BERBAGAI PILIHAN

APA YANG PASTI TERJADI

AMAT SANGAT MENEPATI

TIDAK PERLU DITAKUTKAN

MENGHADAPI MASA DEPAN

SEMUA TELAH DI PUTUS

SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS

(Kalau korang bunuh diri, korang akan mati dalam keadaan yang cukup menyedihkan..isk…isk..)

PERTEMUAN SEKALI INI

BAGI DIRIKU AMAT BERERTI

TAK PERLU KAU BIMBANG UNTUK MENYATAKAN

BIMBANGKAN KEBETULAN, KESILAPAN

(korang kena ingat, istilah "kebetulan" ni tidak pernah wujud kerana tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta terjadi secara kebetulan AKAN TETAPI semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT, Allah wujudkan semua keadaan, suasana, ketenangan, kedamaian, suka duka, tangis ria, untung rugi, cacat sempurna, miskin kaya, comel hodoh, gagal berjaya, dan apa sahaja yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku, semuanya dalam aturan dan pentadbiran Allah..tak ada satu zarah kekuatan dunia dapat menahan keputusan Allah, keputusan Allah adalah yang terbaik jadi berbaik sangkalah..dan mohonlah pada Allah agar kita mati dalam keadaan berbaik sangka kepadaNya..ohhh..!!!)

*ulang korus sampai masuk bulan ramadhan..he he he..

Ps : tapi jika korang masih nak bunuh diri, maka aku cuma dapat cakap, ramai orang dalam neraka cuba untuk membunuh diri dengan harapan dapat mati, tapi mereka tetap hidup menderita buat selama-lamanya ‘forever in time’ maknanya, takde maknanya!!!!

Wednesday, August 15, 2007

Another Story Of Kadiron...

(kenapa aku berada di bumi?)

Satu cerita :

Kadiron bekerja disebuah kilang baja. Satu hari Kadiron diarahkan oleh big boss nya untuk melihat sebuah mesin di Jepun. Kadiron perlu menilai sama ada mesin itu sesuai untuk digunakan oleh syarikatnya, dari segi kos, kesesuaian, cuaca, maintenance, dan productivity…bla bla bla..(korang tambah la sendiri..)

Tersangatlah gembiranya Kadiron kerana berpeluang ke Jepun. Khabarnya dia nak singgah ke Disneyland Tokyo. Lepas tu nak berjumpa dengan Doraemaon, Ultraman, dan banyak lagi superhero termasuk watak kesukaannya sekeluarga iaitu Sin-Chan. Bukan apa, setakat nak bergambar dan berautograph jer..

Tiba masa, sehari sebelum sebelum berangkat, Kadiron pun berjumpa dengan boss nya.

Kadiron Tanya,
“ Boss, masa di Jepun nanti boleh tak saya bersiar-siar?”

“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnya.

“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak jumpa Sin Chan, Doraemon dan Ultraman?”

“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnya.

“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak shopping untuk souvenir buat anak-anak dan isteri saya? Nanti saya beli la kat boss jugak.”

“Boleh..apa salahnya”,
jawab bossnya

Tiba di Jepun, lengkap dengan pakaian ala koporat dan beg briefcase ala James Bond, Kadiron melangkah bergaya.

Hari pertama di Jepun, Kadiron sibuk membeli belah. Al maklumlah takut tak sempat. Bukan senang nak datang Jepun free ni..Ada jugak barang murah, dan banyak la jugak barang-barang pelik kat Jepun tu..Hari kedua dan ketiga dia sibuk ke Disneyland, berenjoy sakan di taman tema tersebut, jumpa Mickey mouse, Donald duck, Snow white, Pluto, Goofie, dan ramai lagi..wah wah wah…sungguh meriah…Hari-hari seterusnya dia terus leka dengan keunikan budaya Jepun, mengambil foto beribu-ribu, dan bersiar-siar menikmati pemandangan…Hinggalah tiba hari untuk dia berangkat balik ke Malaysia..

Aisehhh!!!! Aku lupa nak tengok mesin tuuu…Boss dah pesan, aku leka dan lalai…Tak sempat dah ni….Dah la itu tujuan utama aku kat Jepun ni….Ohhh..!!!..Harap-harap boss tak marah kat aku….mati la aku kalau tidak……!!”

Namun kedegilan hatinya sempat memujuk..

“Alaaa..boss bukannya satu..carik la kerja lain..tukar boss pulak lepas ni…HAHAHA”, dia tergelak seperti dirasuk syaithonirrajiim…

Begitulah lalainya Kadiron ketika berada di Jepun. Lupa segala perintah bossnya. Ingkar segala arahan bossnya. Benda lain dibuatnya bersungguh-sungguh. Benda yang UTAMA di lupakan dan tidak diendahkan akibat lalai dan bersenang lenang dengan keseronokan berada di Jepun yang sementara itu.

Adakah BOSSnya akan memaafkannya yang sengaja lupa dan lalai?
Apakah yang akan terjadi kepada Kadiron? Kesudahan cerita Kadiron korang rekalah sendirik..but for sure rasanya kita boleh agak apa yang berlaku…hmmm..

Mari kita lihat cerita kita…iaitu cerita ko dan aku..(ko bermaksud aku jugak – harap maklum!)

Allah hantar kita ke bumi untuk beribadat dan menyembah kepadanya.
Dan sebagai ummat Muhammad SAW yang mana diperakui oleh semua anbiya sebagai umat yang paling istimewa, di mana tidak akan masuk syurga ummat lain sebelum ummat Muhammad masuk syurga, kita pun ada tanggungjawab dihantar ke bumi.

Picture this :

Di Alam Roh, kita telah mengakui Allahlah Rabb kita...dan Allah hantar kita ke muka bumi sebagai khalifah…untuk berdakwah. FULL TIME bukan part TIME..sekali lagi di ulang suara..FULL TIME bukan PART TIME..!!

maksud aku, kita ada tanggungjawab lain. We have our specific, individual and community obligations in Deen…kewajipan untuk ugama. KERJA UGAMA. USAHAKAN UGAMA. SEPERTI MANA KITA USAHAKAN KERJA UNTUK DAPAT DUIT, MACAM TU JUGA MALAH LEBIH LAGI KITA KENA KERJA UNTUK UGAMA UNTUK DAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH.

Dan perlu di ingat, bukan semata-mata nak memenuhi keperluan hidup ko..TAPI UNTUK BERIBADAT DAN MENYAMPAIKAN yakni DAKWAH. Tak perlu jadik pandai baru nak dakwah. Jadik pandai tu untuk jadi GURU. Nak jadik pendakwah semua dah layak, asalkan nama ummat Nabi Muhammad SAW. Apa ilmu yang Allah dah bagi kat diri kita, manfaatkanlah kepada diri sendiri dan orang lain, dakwahkanlah. Amar Makruf Nahi Mungkar.

ko tengok dulu-dulu..asal wafat je NAbi, Allah hantar Nabi baru untuk berdakwah. Sebab tu ada 124 000 orang Nabi di hantar oleh Allah. Kampung sebelah ada, Negeri sebelah ada…mana-mana pun ada..

Sekarang..cuba ko tengok.. NAbi SAW dah takda dah lebih 1400 tahun…era kenabian dah dikhatamkan..ko carik la nabi skarang ni..ada ke? Maka ko lah kena jadi pembantu Nabi SAW yakni kena berdakwah. Itulah KERJA Nabi SAW yang baginda SAW wariskan kat ko…tu la kerja ummat akhir zaman yang dulu-dulu dilakukan oleh para anbiya..isk isk isk..ko ingat kita dihantar ke dunia ni untuk apa, kadiron?

Adakah untuk :

- Cari duit giler-giler tak tahu malam siang weekend tak weekend.
- Cari kestabilan karier sampai takde masa untuk berdakwah secara konsisten
- Kerja bagai nak rak sebab nak beli kereta mewah, rumah mewah dan percutian mewah
- Bermain sukan, minum sukan, makan sukan, tidur sukan.
- Menonton movie, tv secara marathon..
- Menonton konsert live, tak cukup dengan itu , tape konsert, dan siaran ulangan.
- Direct selling tak ingat anak bini dan masjid, cuma ingat komisyen dan bonus je
- Kerja taat boss membabi buta sampai tak ingat nak solat dan lewatkan solat sebab tengah mesyuarat.
- Hidup bahagia anak beranak dan tak 'kacau' orang tanpa menghiraukan jiran
- Leka dengan keseronokan dunia hingga tidak ada bimbang ke atas ummat dan keadaan ISLAM hari ini.

oleh kerana kegilaan terhadap perkara-perkara dia atas, jadinya perkara UTAMA kita kena buat dalam hidup kita iaitu DAKWAH terabai…kalao ko nak tau..tulah KERJA UTAMA kita sebenarnya..baik lelaki maupun pompuan...

Aisk isk isk...Allah SWT hantar kita ke bumi ni - ada misi dunia, ada misi Akhirat. Tapi kita pilih yang dunia aje dan abaikan misi Akhirat kita. Misi akhirat lebih besar, maka, waktu yang dituntut untuk berkorban bagi misi akhirat lebih banyak.

hmm..Kadiron tanya aku : abes tu camana dengan ibadat? Bukankah tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadat pada Allah?

Oit Kadiron, dengar sini, ibadat seperti solat, posa, zakat, dan segala perkara pokok dan fardhu ain ialah tanggungjawab kita... Itulah pakaian kita..sebagai contoh, kalau polis, pakai baju polis, ada pistol, ada wisel, walkie-talkie, motor kuda putih, boot, jaket kalis peluru, topi dan segala kelengkapan untuk membuat KERJA POLIS.

TAPI bila ada orang buat jenayah, dia rilek aje. Dia kata banyak polis lain ada boleh buat. Maka dia tak menjalankan KERJA dia. Memang rupa macam polis, tapi tak buat KERJA POLIS...faham?

Sama cam kita, wahai kadiron,

solat buat, posa, zakat, tutup aurat, nyanyi nasheed, tuntut ilmu syariah, tuntut ilmu usuluddin, macam-macam ilmu ugama, belajar arab sana sini. Memang nampak macam orang ISLAM…Tapi KERJA ORANG ISLAM kita tak buat iaitu dakwah. Mengajak manusia kepada Allah.Rumah Allah kosong dan lengan..kita ilek-ilek aje…Syaitan tipu kita hidup-hidup, kadiron, syaitan kata itu kerja JAKIM, siak masjid, nazir masjid, imam masjid, ustaz…..Padahal itu KERJA SETIAP ORANG ISLAM.

However we must be joking that just with this we will enter a dimension of unthinkable, unimaginable superiority yakni Paradise.

SYURGA : Part - timers buleh kah? (no comment!)

Nak masuk syurga dengan buat kerja part time? Buat Ibadah Keperluan Sahaja? Abis yang Nabi dan para sahabat semua susah payah tu, diri kita nak letak tahap mana?Kekasih Allah pun cedera, di hina, dipulau dan sebagainya..So sila bagi reason kenapa kita senang-senang dapat syurga?

(terkena kat batang hidung aku sendiri..adeeehhh…!!)

Itulah yang kita takut. Takut jadi macam Kadiron dalam cerita di atas. Takut kena hasut dengan syaitan yang kata “takpe…ada ‘BOSS’ lain”. Takut lalai. Takut Allah murka sebab tak menjalankan KERJA UTAMA dan SEBAB KITA DIHANTAR ke alam dunia yang AMAT, AMAT, sementara…

Rasa cukup dan selamat itu lah tak selamat. Rasa dosa kurang dan amal dah cukup-cukup tu dah penyakit paling besar dan tiket untuk masuk neraka (Na’udzubillah)

So aku dan korang - kena kasi booster lah. Kasi paham sket, remind sket. That's the purpose of our life. Remind each other...buleh insyaAllah?

ps : dengan kerja dakwah, Allah akan jaga keturunan dan Negara. Bala Allah akan tertangguh. Rahmat Allah akan turun. Ummah akan bersatu. Hati-hati mereka bersatu. Masjid dan rumah Allah akan penuh. InsyaAllah…

Syaitan banyak dah berjaya tipu manusia hidup-hidup…

Syaitan kata : jangan baca buku ugama, sebab aku takde tok guru…
Syaitan kata : jangan buat dakwah kalau kau takde ilmu…
Syaitan kata : tunggu kau baik dulu baru boleh dakwah orang…
Syaitan kata : tunggu kau kaya dulu baru boleh sedekah…

Org alim kata : bacalah buku ugama sekurang-kurangnya ½ jam sehari…
Org alim kata : sampaikanlah walaupun satu ayat…
Org alim kata : kalau kau nak jadi baik, ajaklah orang buat baik…
Org alim kata : kalau kau nak kaya, sedekahlah satu sen pun!

Monday, August 13, 2007

Tandas dan Dunia

Tandas adalah keperluan setiap manusia. Tempat melepaskan hajat ini sangat penting. Maka kalu ko bina rumah, ada tandas dibina juga…betul tak? Yang bina bangunan pejabat, pun ada tandas dibina juga. Yang membuat bus stand, shopping complex Jusco terbesar di Malaysia, Giant, ParkCity Mall, gerai makanan, pusat sukan dan macam-macam lagi semua ada tandas. Ia satu keperluan penting.

Manusia dan tandas tidak dapat dipisahkan, jika terpisah rosaklah badan, busuklah manusia. Korang semua inginkan tandas. Alamgkah girang dihati kalau dapat tandas lebih-lebih lagi time emergency. Hoh…syukur tak terkata apabila sesebuah tempat yang kita pergi ada tandas…setuju tak?

Arakian pun begitu aku nak tanya : sanggupkah ko duduk lama-lama dalam tandas? Macam mana bersih pun tandas tu, ia tetap ‘kotor’. Ia tetap tempat yang ‘jijik’…dan tak dinafikan kita perlukan tempat jijik tu, tapi kita tak perlukannya setiap masa. Kita harus kembali ke dunia luar secepat mungkin…

Samalah juga dengan dunia.


Rasulallah SAW kata dunia ni diibarat seperti bangkai kibas, sampah dan segala bentuk keburukan, kebusukan, disamping tipu daya yang nyata (macam hiasan kat dalam tandas jugak) Dunia ni sebenarnya keperluan kita untuk hidup sementara. Kita tak boleh tenggelam dalam dunia lama, kelak kita akan jadi ‘busuk’. Kita perlu buang sifat menyibukkan diri pada dunia dan tambahkan sifat menyibukkan diri pada tempat asal kita (akhirat) – tapi malangnya aku masih belum betul-betul sibuk dengan urusan akhirat…isk isk isk…


InsyaAllah, mudah-mudahan Allah berikan hidayat dan taufik untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Kita kan mungkin nak mati kejap lagi? Kan? Betul kan? Tak tipu kan? Aku tak extreme kan? Aku tak cakap merapu kan? Aku tak cakap tipu kan? Aku tak cakap main-main kan? Aku tak cakap putar alam dan putar belit kan? Aku tak 'yo yo oo' kan?

Kalau begitu :
Bayangkan malam esok ko dah dalam kubur sorang2. Dah terputus amalan. Nak tambah dah tak boleh. Kantung tak lah seberat mana. Boleh survive ke??? Cuak tak..ohhh…

Cuba imagine : Allahyarham (nama ko) . Cuak kan? Lagi cuak kalau mengikut kawan aku ialah perkataan Allahyarham digantikan dengan Mendiang (na’udzubillah). Parah tuuuu…..Jangan takut sebut mati. Lagi ingat mati, lagi bijak kata Rasulullah SAW ..lainlah kalau ko tak nak di akui bijak oleh Rasulullah SAW.

Di akhiri post kali ini dengan cerita bagaimana Saidina Ali menangis mengenangkan dunia yang penuh tipu daya ini.

Dhirar bin Dhamrah al-Kinani r.a berkata kepada Muawiyah (setelah ditanya keperibadian Ali r.a)

“Demi Allah, aku bersaksi bahwa suatu ketika aku pernah melihat Saidina Ali berdiri di sebahagian sudut tempat biasa dia beribadah malam, sedang ketika itu malam hampir melepaskan selimut kegelapannya dan bintang-bintang telah tenggelam, lalu dia masuk kedalam mihrabnya sambil memegang janggutnya dan beliau duduk bersimpuh sambil menangis tersedu-sedu seperti seseorang yang digigit kala jengking, dan menangis sepeprti seorang yang sedang dirundung kesedihan. Seakan-akan saat ini juga aku (Dhirar) sedang mendengar ratapannya. Berkali-kali dia berkata dengan penuh kerendahan di hadapan Allah,

“ Wahai Tuhan Kami! Wahai Tuhan Kami” Kemudian dia berkata kepada dunia yang fana ini, “Wahai dunia, mengapa kalian menipuku, mengapa pula kamu selalu muncul mendekatiku? Menjauhlah, menjauhlah kamu dariku! Tipulah orang lain selain aku! Sesungguhnya aku telah menceraikan kamu dengan talak tiga! Karena umurmu sangat sebentar, majlismu sangat hina dan kedudukanmu sangat rendah! Ah.. Ah.. Ah..! (Apa yang harus aku lakukan, alangkah ruginya aku ini), karena perbekalan sangat sedikit, sedangkan perjalanan amat panjang dan penuh bahaya!?”

Mendengar kisah ini, Mu’awiyah tidak bisa lagi menbendung air matanya sehingga meleleh dan membasahi janggutnya. Dia pun mengusap air matanya dengan hujung bajunya dan orang-orang yang hadir dalam majlis itu pun menyedari dan ikut menangis.

Itulah kisah Saidina Ali membenci dunia. Bagaimana seseorang yang disayangi Allah dan Rasulnya (Nabi SAW bersabda sehari sebelum perang Khaibar) pun takut akan tipu daya dunia. Apatah lagi aku pemblog yang hina ini.
Sekian…

ps : aku pun baru belajar nak cuba buat nangis jugak….(hati tak lembut, susah nak nangis. Kalau susah nak nangis, kena buat-buat nangis dihadapan Allah, wujudkan suasana takut dan bersalah serta mengharap..)