Sunday, August 5, 2007

Adakah Kita Faham Rasa Durian?

(aku pun tak paham..nama watak dan tempat adalah rekaan semata-mata)

satu cerita :

Atan ialah seorang pengkaji durian yang tersohor di dunia. Dia mengkaji pelbagai jenis durian di seantero dunia. Asal usul durian, struktur dunia, bangsa pemakan durian, cara durian jatuh, bunyi durian jatuh, bila durian jatuh, cara memakan durian, cara mengupas durian, alatan yang digunakan, gelaran raja buah, harga durian, gred durian, opportunity hasil durian , by-product durian, kegunaan kulit durian, kolestrol dalam durian, warna durian, tinggi pokok durian dan segala pasal durian bla bla bla..pendek kata..semua bab durian memang dia master dah..

Dia mengkaji juga musuh-musuh durian, pencuri durian, kebaikan durian, sumbangan durian, durian tak bermusim, cara durian dijual, pesta buah durian, lawak durian, sejarah durian, asal usul nama durian, durian tembaga, emas, kuprum, aluminium, platinum bla bla bla...

Segala forum, ceramah, dan bengkel berkenaan durian, dia cuba libatkan diri. Kertas kerja dan pendapat dibentangkan. Seminar di hadiri dan diusahakan,segala buku sains, fakta sains mengenai durian dia dah baca. Journal-journal diterbitkan, interview oleh media dipenuhi dan berbagai-bagai lagi kegiatan berkenaan durian.

Dia juga sedang dalam usaha untuk menubuhkan Universiti Deghoyan (sebab dia orang Peghok Daghul Ghidzuan). Namun disebabkan harga durian yang agak merosot dua tiga tahun kebelakangan ini, usaha itu agak lembab dan hampir terbengkalai.

Hasil usaha gigih dan kecintaanya, dia juga mendapat anugerah Nobel Durian, anugerah yang hanya ada satu di dunia ini, dan tidak akan ada duanya, sebab takde orang pelik sangat macam dia ni. Sebuah tugu berupa separuh badannya terkeluar dari buah durian yang telah dikupas, telah didirikan di dataran sebuah pekan kecil di Perak.

Namun, sekarang ini, diberitakan bahawa, dia terlantar koma di sebuah hospital terkemuka di dunia. Hanya kerana satu soalan dari budak darjah 4 Delima, Sekolah Kebangsaan Asyakirin, Bintulu.

Soalannya berbunyi : Professor Doktor Atan, bagaimanakah rasa durian itu dan adakah doktor suka makan durian?

Tatkala mendengar soalan itu, pucat lesi muka doktor. Jantung berdegup kencang, nafas turun naik. Dia tak tahu menjawab soalan itu sebab sebenarnya dia tak suka makan durian dan tak pernah menjamah durian. Dia juga tak pernah menunggu durian jatuh, mengutipnya, mengupasnya dan memakannya dengan tangan sendiri.

Maka, dalam masa kurang seminit, dia pun rebah, dan koma hingga ke hari ini. Koma, mungkin kerana malu atau koma mungkin kerana Allah nak tunjuk, cakap banyak pun tak guna..pegi buat daaa…….Sungguh menyedihkan, sungguh mengharukan sekali cerita Penerima Anugerah Nobel Durian ini.

Maka macam tu jugaklah jadinya ko (na'udzubillah) jika ko hanya baca, baca, baca, bertanya, bertanya, bertanya, bercakap, bercakap dan bercakap pasal ISLAM.

Kutuk sana, ulas sini, komen sini, caci sana, debat sini, assume sana, assume sini. cakap pong pang, pong pang dan macam-macam lagi...macam aku lah ni..ohhh..

NAMUN, perkara paling pokok dalam ISLAM ko tak buat. Kerja utama bagi mereka yang MENGAKU ummat Nabi Muhammad SAW. Ko tidak SUNGGUH-SUNGGUH berkorban pada jalan Allah, berdakwah dan menyampaikan secara istiqamah. Ko tidak SUNGGUH-SUNGGUH beramal without fail dengan setiap apa yang ko tahu. Dan kadang-kadang, walaupun ko dah tahu, sebab ko tak boleh nak amal, ko carik pulak sebelas ratus ribu alasan supaya ko tak payah amal, pandai-pandai nak ubah ISLAM ikut sedap kepala lutut ko jer..hampeh!
(ko bermaksud aku untuk kesekian kalinya - harap maklum!)

Ko tak nak menunggu, mengutip, menatang, memperhalusi, menghurai, memahami, mengamalkan dan mengorbankan diri untuk ISLAM...hapekejadah nya nak jadik dengan ko ni?isk isk isk...kalau ko nak tau, sekarang ni dah ramai professor yang bukan ISLAM mengajar pendidikan ISLAM di universiti serata dunia...aku ulangi SERATA DUNIA!

Sebab tu ISLAM sekarang, ramai yang TAHU, tapi sedikit yang FAHAM
Dalam sedikit yang FAHAM, sedikit pulak yang AMAL,
Dalam sedikit yang AMAL, sedikit yang DAKWAH (ajak orang amal)
(maka, marilah berdakwah secara istiqamah..)


Kerana dengan asbab buat dakwah, Allah akan bagi hidayah (FAHAM) dan taufik (AMAL). Yang tak terdapat di dalam buku-buku maupun kitab-kitab...InsyaAllah.

Bagaimana cara BERDAKWAH yang utama?

kena ikut macamana Nabi SAW sendiri buat, suruh dan ajarkan secara spesifik. Kalau boleh cariklah sendiri, supaya anda lebih FAHAM.(sila rujuk ustaz berhampiran - tu maksud aku!) …arakian kerana aku pun tersangat lah banyaknya kelemahan dan kekurangan dalam diri aku sendiri....ohhh..

Ko mengkaji – tetapi tidak mahu mengambil iktibar!
Ko menimba ilmu – tetapi tidak mahu mengamalkan sepenuh daya dan bersungguh!
Ko bermuzakarah – tetapi tak ikut adab dan diakhiri dengan berdebat menunjuk sapa lebih pandai!
Ko pergi masjid – namun hanya pada hari jumaat!(lelaki lah)
Ko solat - tapi lengah-lengah!(aku la ni..isk isk isk..)
Ko pergi universiti – hanya untuk mendapatkan pekerjaan!
Ko kenal tokoh ISLAM – hanya untuk syok baca sejarah keagungan ISLAM dan bebangga bahawa terernya orang-orang ISLAM ni…wah wah wah..
Ko dengar kuliah – lagi best kalau penuh dengan lawak dan mengata kelemahan orang!
Ko beli CD ceramah – sebab ko takde masa sangat nak bagi masa untuk ISLAM!
Ko baca blog pasal ISLAM – sebab ko nak amik mudah, short cut pasal ISLAM!
dan macam-macam lagi....isk isk isk...
(bukan korang..aku la..buat benda gini...ohhh..)

Ko harus berkorban, baru ko dapat merasa nikmat ISLAM sebenarnya!
ko korbankan tidur , korbankan masa, korbankan kesenangan, korbankan keselesaan, korbankan perasaan sampai kena sindir, cemuh, pulau, hilang kawan, bla bla bla... korbankan SEGALANYA untuk ISLAM..baru kau tahu betapa berbaloinya ko mati kerana Islam, dan kau akan tahu untuk apa dan untuk siapa Islam itu sebenarnya..
(aku pun masih tak tahu..masih dalam kesamaran..ohhh..)

DAN KORBAN ITU KENA ISTIQAMAH, apa jua benda kena istiqamah dan sentiasa berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang diredhai. DAN DAKWAH itu adalah CABANG PENGORBANAN YANG PALING BESAR..

Tanpa dakwah, ugama akan berkubur..ummat terdahulu, hanya Nabi yang berdakwah yang mana di setiap kewafatan Nabi mereka, maka ugama juga turut terkubur, menjadi rosak dan muncul bidaah, maka Allah akan hantar Nabi lain pula untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati setiap ummat.. sehinggalah akhirnya tiba zaman yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang yakni di zaman Nabi Muhammad SAW..dan sebagai ummat yang terbaik, Nabi telah mewarisi kerja dakwah ini kepada setiap ummatnya..

Dan ko tahu bahawa Iman Nabi adalah Iman yang paling sempurna dan telah meningkat ke tahap tepu, yang mana jika di letakkan syurga ataupun neraka, iman para Nabi sudah tidak berganjak lagi... ini adalah kesan daripada BERDAKWAH... dalam dakwah ada pengorbanan, dan melalui pengorbanan maka iman dalam diri manusia akan meningkat insyaAllah..

Begitu jugaklah iman para Sahabat ra yang berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW, iman mereka juga telah meningkat ke tahap tepu, tidak berganjak lagi iman mereka walau di letakkan syurga ataupun neraka di hadapan mata, sedangkan mereka adalah manusia macam ko, berak kencing, makan makanan dari tanah, dada tak di belah macam Nabi, tak naik ke langit jumpa Allah, tak lihat rupa malaikat yang asal..tapi iman dalam dada, kukuh dan teguh!!! Kerana itu adalah kesan daripada hidup berdakwah.. Asbab mereka ugama telah sampai ke dalam rumah ko, ke rumah aku, ke serata dunia seperti cahaya matahari yang bersinar.. subhaAllah!!!

TAMBAHAN :

mendalami ilmu ugama sememangnya adalah lebih penting daripada perkembangannya, tapi rahsia ilmu adalah…MENDALAMINYA HANYA AKAN DI CAPAI MELALUI MENGEMBANGKANNYA.. (berdakwah)

Macam gali lubang, makin dalam ko gali maka makin luas diameter lubang, paham?

Tanpa terlibat dalam perkembangan ugama maka kefahaman ugama tidak akan mendalam. Inilah tertib dakwah Nabi SAW, setiap sahabat yang di islamkan telah menjadi pendakwah time tu juga. Di Madinah misalnya, bukan Nabi yang berdakwah pada orang Madinah, tapi sahabat-sahabat di sana yang telah islamkan sebahagian besar penduduk Madinah dan seterusnya menyediakan tempat menunggu kedatangan Rasululah SAW... (sila rujuk ustaz)

Sahabat berdakwah pada hari pertama mereka masuk islam..sampaikanlah walau satu ayat..di sini ada fakta(sila betulkan jika salah)Nabi Muhammad SAW ajar Sahabat r.a berdakwah sejak dari hari pertama mereka masuk islam dan berlanjutan di Mekah selama 11 tahun lebih.Dalam 11 tahun itu, Al Quran telah turun yang mana sahabat telah belajar ayat demi ayat, dan dalam tertib ugama, sesiapa yang terlibat dalam perkembangan ugama maka kefahaman ugama akan menjadi mendalam dalam diri mereka.. Dan melalui kaedah inilah Nabi tarbiah sahabah... akhirnya mereka menjadi ummat yang terbaik yakni ummat yang mampu berdakwah tanpa Nabi di sisi, dan mampu mentadbir dunia sebagai Khalifah agung..!!

Moralnya adalah : dengan berdakwah, kefahaman tentang ugama akan menjadi lebih dalam dan tentu lebih bermanfaat, kerana ilmu yang bermanfaat akan kekal sampai kiamat…

ps : ummat terdahulu di azab oleh orang kapir kerana benci dengan dakwah orang islam..orang kapir hari ni azab orang islam kerana benci dengan perangai buruk orang islam..sapa yang nak selamatkan akhlak orang islam skarang?

6 comments:

Ir. Hanafi Ali said...

Bagus post kitak tok tapi kamek terasa kenak sindir muahahahahah.

Kirim salam dengan Lisa.

Unknown said...

sikpa la mr hans..sama-samalah kita makan "cabik"..ha ha ha...insyaAllah..

Ir. Hanafi Ali said...

Kamek maok jadi orang awam jak lah. Jadi pendakwah/orang agama tok banyak gilak tanggungjawab. Mun salah, dosa lebih besar.

Unknown said...

Apa ilmu yang Allah dah bagi kat dirik kita mpun, manfaatkanlah pada dirik mpun dan orang lain, dakwah lah namanya...apa tek yang dipadah sebagai amar makruf nahi mungkar...But of course at the same time, kena mantap dan tambahkan ilmu untuk berdakwah. parallel.
Nak jadik pendakwah semua nang dah layak, asalkan nama ummat Nabi Muhammad SAW..

Anonymous said...

I inclination not approve on it. I assume precise post. Particularly the title-deed attracted me to study the whole story.

Anonymous said...

Good fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you on your information.