Friday, August 17, 2007

Apa Hak Korang?

(Adakah Korang Rasa Adalah Lebih Bagus Mati Sahaja?)

Entry ni di tulis kesinambungan dari post “Apa itu takdir?” yang telah di tulis sebelum ini, maka aku menyambung sedikit lagi pasal takdir, dan aku tujukan entry khas ini kepada mereka yang nak bunuh diri, itupun jika mereka sudi..isk..

Wahai jiwa yang sedang bersedih, biarlah aku yang perasan bijak..(ohhh..)terangkan apa itu takdir.. tapi ‘bukan dengan kata kata biasa’..he he he..

Kes 1

Satu orang janda beranak satu begitu teringin sangat nak beli kereta, hari hari bayangkan kehidupan yang lebih sempurna bila berkereta kelak, setelah lama bekerja akhirnya dengan izin Allah, dapat beli kereta, hari pertama nak parking kereta depan rumah sambil mengundur… terlanggar anak tunggalnya, dan anaknya mati di tempat kejadian.. semenjak hari itu apabila melihat kereta yang sama jenis dengan ‘pembunuh’anaknya, maka dia akan meraung-raung!!! Pada suatu malam, kelihatan dia sedang mengikat sesuatu kat ekzos keretanya…

Kes 2

Satu orang aweks bercinta dengan satu orang balaks, dah lama bercinta akhirnya bersetubuh.. eh silap, berzina dan mengandung.. tapi balaksnya pulak tak nak mengaku itu anak dia, dan mintak putus sebab dah dapat aweks lain yang masih dara…Maka menangislah aweks yang telah berzina dan mengandung itu bila terkenangkan balaks seperzinaanya..oh.. maka si aweks ni telah pergi beli pil tidur…

Kes 3

Suami dia buat hal, nak kahwin lain, isteri tak bagi, bergaduh, akhiranya bercerai, oleh kerana suaminya orang berpengaruh, maka hak penjagaan anak dapat kat suami, malahan si isteri tak akan dapat mendekati anak kerana ada surat yang di sahkan bahawa dia gila (surat palsu - suami dia punya kerja la ni) akhirnya dia jadi gila betul dan menangis sambil pegang pisau untuk…

Kes 4

Beliau mendapat tawaran kerja baru bergaji lumayan, kerja kat tempat lamanya dah ok, setelah berlagak dengan kawan-kawan,beliau berhenti kerja.. tapi rupanya beliau di tipu, syarikat tu tak pernah wujudpun… lalu nak terjun dari bangunan..

Kes 5

Berhutang dengan Along dan tak dapat bayar, along potong jari, dalam kesedihan tangan yang tak cukup jari, masih sempat menyalakan sebatang rokok… eh, terpandang pulak racun tikus...

Kes 6

Yakin dapat buat sesuatu perkara, tak kiralah, nak kahwin anak raja ke, beli satria neo ke, nak bisness ke, apa-apalah, lalu bercerita dengan penuh yakin pada semua orang, kawan, wartawan dan dunia..akhirnya tak jadi.. malu!!! sangat malu, sungguh memalukan, malu yang amat besar, kemaluan yang dahsyat!!! lalu mencari tali dan kerusi…

Kes 7

Harap pada makluk..

  • Harap insurance dapat cover ‘kesedihan’ kononnya..
  • Sebagai guru besar, saya berharap cikgu-cikgu lain patut hormat saya..
  • Aku orang tua, aku berharap orang muda patut memuliakan aku…
  • Aku berharap semua anak aku selalu-selalu balik jengah aku, dulu aku yang susah payah besarkan dia…
  • Aku harap kau dapat tolong aku , sebab dulu aku dah tolong kau..
  • Aku harap kau dapat komen kat blog aku sebab aku dah banyak komen kat blog ko! (ha ha ha ..)
  • Saya amat berharap, suami saya tidak menduakan saya (No komen!)
  • Saya berharap, sekurang-kurangnya mereka berterima kasih dengan saya..(boleh blah!)
  • Hari ni harijadi saya, harap semua orang bagi hadiah..Saya patut dapat itu..he he he..

Dan akhirnya…tentang semua harapan…chicho harahap betul ko ni!

Akhirnya makhluk tidak dapat memenuhi harapan..

Akhirnya makhluk tidak akan memenuhi harapan..

Akhirnya makhluk memang langsung tidak boleh memenuhi harapan…

Memang tiada satu maklukpun yang dapat memenuhi harapan manusia..

Kerana hanya Allah lah sebaik-baik tempat mengharap..!

Semakin tinggi mengharap pada makluk, maka semakin tinggilah akan kadar pecutan dan kejatuhan sebuah harapan bila ianya di kecewakan oleh makluk ..maka pecah berkecailah hancur retak seribu ia kerana jatuh dari puncak harapan yang tinggi…

"dulu aku sendiri…
kini masih sendiri...

hadapi hidup ini ...
susah-senang diriku ..
tak bertempat mengadu..
seperti burung kepatahan sayap...
di hati kecil..
ku menaruh harapan....”

(apasal lak aku nyanyi lagu Zaiton Sameon ni..cess..!!)

Dan yang lebih dahsyat sehingga sanggup membunuh diri adalah kerana tidak berharap kepada Allah...ohhhh...!!!

Maka sahabatku...

Sebelum korang minum racun tikus..

Sebelum korang menolak kerusi di kakimu sedangkan tali melingkar tengkuk…

Sebelum korang terjun dari tempat yang lebih tinggi dari paras laut…

Sebelum korang lukakan pergelangan tangan…

Sebelum korang tutup cermin tingkap kereta yang mana ada getah paip dari ekzos..

Sebelum korang tikam pisau di dada…

Sebelum korang gigit cable Life(merah) dan cable neutral(hitam)…

Sebelum korang tarik picu pistol…

Mungkin, sebelum korang nyalakan sebatang rokok…

Maka, kepada mereka yang nak bunuh diri kerana dah putus harapan, aku nak bagi sedikit nasihat, walaupun aku rasa dah tak berguna lagi, mesti korang pun malas nak dengar, apatah lagi aku tidaklah layak untuk berceramah, maka, sebelum korang membunuh diri, biarlah aku hilangkan sedikit kesedihan dan kesengsaraan korang dengan menyampaikan tazkirah khas untuk korang yang sedang pilu berendam air mata mengenangkan nasib masa depan, yang sedang sedih dengan masa lepas dan yang sedang kecewa dengan hari ini..

Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semunya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya.. HAK tu yang patut dapat HAK ni, sebab tu HAk depa semua..bla bla bla bla (pening kepala aku..)

Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di ‘pecah-kecilkan"...sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...

1. HARTA - Hak waris bila kita mati.

2. JASAD - Hak ulat bila kita menjadi mati.

3. AMAL BAIK - Hak orang yang kita khianati,sakiti, kalau kita takde amal maka dosa dia jadi hak kita...na’uzubillah...

4. NYAWA - Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila-bila masa, dan Allah cukup marah orang yang bunuh dirinya sendiri kerana nyawa ADALAH hak ALLAH!!!

Dan sebagai hiburan kepada korang yang sedang melalui saat-saat kepatahan jiwa ini, terimalah hadiah dari aku berbentuk sebuah lagu, yang bertajuk :

SURATAN BUKAN KEBETULAN...

(Kadiron, terimalah keterangan tentang takdir, tapi ‘bukan dengan kata-kata biasa’..)

Bayangkan suasana di tepi pantai dan kedengaran intro lagu suratan atau kebetulan dendangan Remy Martin..

---------------------

SESUATU YANG TAK DI SANGKA
(sungguh ku tak sangka, cempedak jadi nangka..)

SERINGKALI MENDATANGI KITA
(macam seorang lembu berkata kepada seorang sapi, gua punya susu, lu dapat nama..)

ITU LAH SURATAN DALAM KEHIDUPAN
(Buat lembu , sapi, tenuk, tapir atau manusia manusiawi semua! itulah takdir..)

BUKAN SEKADAR SATU KEBETULAN!!!
(Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", maka yakin dia pada Allah SWT telah rosak.)

...............

KITA ASYIK MEBICARAKAN
(Banyak orang masuk neraka kerana lidahnya..oh..)

PERSOALAN HIDUP DAN PILIHAN
(Nak kahwin dengan orang tu, nak anak lelaki, nak kerja gaji besar, nak umur panjang bla bla bla bla blah!!)

SEDANG KEJUJURAN SEMAKIN BERKURANG
(Ummat hari ini sedang ramai yang tiada sangka baik dengan Allah lagi…oh..aku pun, isk..isk)

WALAU SUDAH BERTEMU JAWAPAN
(bukankah semuanya sudah di takdirkan? Kenapa mesti bersedih dan bunuh diri?)

....................

WALAU KITA DI HADAPKAN
(peluang itu dan ini)

DENGAN BERBAGAI PILIHAN
(Tawaran itu dan ini)

APA YANG PASTI TERJADI
(Janganlah bersedih, jika beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...")

AMAT SANGAT MENEPATI
(Janganlah menangis, Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api neraka dan masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini...")

.....

TIDAK PERLU DITAKUTKAN
(apa yang mendatangi kita, itu yang terbaik)

MENGHADAPI MASA DEPAN
(Jika semua penjahat dan pengganas atau tentera israel berkumpul nak bunuh korang, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…)

SEMUA TELAH DI PUTUS
(dan jika semua doctor, bomoh, pawang, dukun, tok batin dan ahli farmasi berkumpul untuk bagi nyawa korang panjang, mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah takdir)

SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS
(Apa yang di datangi Allah kepada korang adalah yang terbaik dan amat sesuai untuk meningkatkan iman korang dan aku..)

...............

PERTEMUAN SEKALI INI
(Aku dapat menge’post’ entry ini dan korang macam tergerak hati untuk membaca adalah bukan kerana kebetulan korang boring ke apa , tetapi adalah kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah buat keputusan untuk korang baca entry ni hari ini, bukan kebetulan korang search…)

BAGI DIRIKU AMAT BERERTI
(kesedihan bukanlah kesedihan, jika di akhirnya kesenangan…)

TAK PERLU KAU BIMBANG UNTUK MENYATAKAN
(Tiada kebimbangan untuk perkara dunia, kebimbangan hanya untuk perkara akhirat..)

BIMBANGKAN KEBETULAN, KESILAPAN ….

Sementara ahli muzik, doctor, atau lawyer bermain instrument muzik lain secara solo...
Apa kata kita dengar sedikit tazkirah ringkas yang mengisi video muzik ini..

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang nikmat yang kita dapat?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi nikmat..
Mereka terseyum tawar kerana tak dapat tumpang bahagia…
Malah mungkin berharap agar kamu kembali hilang akan nikmat itu…

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang segala cerita duka lara?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi derita..
Mereka pura pura sedih tapi mengelak untuk membantu..
Di belakangmu, mereka ketawa dan menghina kamu…

Dengar sini Kadiron, , alangkah beruntungnya kita sebab Allah suruh kita cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu, betul tak….so adil sangatlah bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..so moralnya kat sini wahai sahabatku Kadiron, adalah bila susah, bersolatlah…dan mintak kepada Allah berserta hati yang bersabar…Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..boleh kan?

Adakah benar kamu sedang bersabar?
Adakah korang sedang bersabar?
Adakah sedang bersabar korang?
Bersabarkah sedang korang adakah?
Korang adakah sedang bersabar?
isk isk isk....

Ok, sambung balik korus..

C/O
WALAU KITA DI HADAPKAN

DENGAN BERBAGAI PILIHAN

APA YANG PASTI TERJADI

AMAT SANGAT MENEPATI

TIDAK PERLU DITAKUTKAN

MENGHADAPI MASA DEPAN

SEMUA TELAH DI PUTUS

SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS

(Kalau korang bunuh diri, korang akan mati dalam keadaan yang cukup menyedihkan..isk…isk..)

PERTEMUAN SEKALI INI

BAGI DIRIKU AMAT BERERTI

TAK PERLU KAU BIMBANG UNTUK MENYATAKAN

BIMBANGKAN KEBETULAN, KESILAPAN

(korang kena ingat, istilah "kebetulan" ni tidak pernah wujud kerana tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta terjadi secara kebetulan AKAN TETAPI semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT, Allah wujudkan semua keadaan, suasana, ketenangan, kedamaian, suka duka, tangis ria, untung rugi, cacat sempurna, miskin kaya, comel hodoh, gagal berjaya, dan apa sahaja yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku, semuanya dalam aturan dan pentadbiran Allah..tak ada satu zarah kekuatan dunia dapat menahan keputusan Allah, keputusan Allah adalah yang terbaik jadi berbaik sangkalah..dan mohonlah pada Allah agar kita mati dalam keadaan berbaik sangka kepadaNya..ohhh..!!!)

*ulang korus sampai masuk bulan ramadhan..he he he..

Ps : tapi jika korang masih nak bunuh diri, maka aku cuma dapat cakap, ramai orang dalam neraka cuba untuk membunuh diri dengan harapan dapat mati, tapi mereka tetap hidup menderita buat selama-lamanya ‘forever in time’ maknanya, takde maknanya!!!!

2 comments:

chivv said...

nice entry... amek masa juak mok baca... ^_^

fairuzniza said...

uhu..there are no coincidences in life...sume yang jadi ni, Allah dah takdirkan utk kita..supaya kita berfikir... :)

nice entry, kak...tersentuh ati nih...