Friday, September 21, 2007

Sanggupkah???

( satu hari dalam sejarah Islam…)

satu hari, Siti Aisyah RA telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah RA yang merupakan ‘ibu kepada semua orang Islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata :

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)

Siti Aisyah RA berkata lagi :

“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah RA berkata :

“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa..tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah SAW telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Hmmm..stop sekejap…

Aku pada hari ini dalam sejarah Islam, buah kurma bukanlah juadah berbuka puasa aku sahaja, tapi buah kurma sebanyak 3 ke 7 biji yang aku makan selepas azan adalah intro untuk “menketedarah” sebelum aku makan santapan jasmani yang lebih berkuantiti lagi seperti nasi beriyani gam / nasi kerabu / nasi dagang / nasi bokhari / nasi minyak / nasi kurma..bla bla bla etc etc..

Itu baru nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung, mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee zimbabwe bla bla bla etc etc….oh!!

Kenapa Nabi SAW sampai jadi macam tu?

Kerana pengorbanan baginda SAW terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama..!!!

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi SAW amalkan diet atau Nabi SAW muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak breakfast, isteri baginda cakap makanan takde..maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas RA lebih kurang maksud:

“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah SAW"

Pernah Nabi SAW ziarah anak kesayangannya Siti Fatimah RA, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari Siti Fatimah RA dengan nada yang perlahan…dan Siti Fatimah RA merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, Nabi SAW menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi SAW berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu Nabi SAW mencium cucu kesayangannya..seorang cium di perut..seorang cium di leher...lalu ter’kasyaf’lah Siti Fatimah RA akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Nota : kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.

Lalu merayulah Siti Fatimah RA kepada baginda SAW dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota : setiap Nabi mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang mashyar..oh..begitu cinta sekali Nabi kepada ummatnya..oh!

Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama..

Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan? Kenapa Nabi tiada wang untuk membeli makanan? Adakah Nabi tak pandai berniaga?

Hello…korang semua…!!

Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu..sebelum baginda jadi Nabi SAW..

Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya..lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku..maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam..

Begitu jugak pengorbanan para sahabat, sebelum Islam Abu Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk Islam? Beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..

Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…

Pernah berkata Abu Hurairah RA setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus : “Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan.."

Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk Islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain..isk!!!

Sebagai tambahan :

walaupun aku masih tak paham, namun aku nak tulis sikit kisah yang boleh dibuat pengajaran tentang “apa itu pengorbanan untuk ugama" insyaAllah...

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati, si ibu ini menangis…dia dipujuk orang, tapi dia berkata : jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…sejak hari pertama aku menyusu anakku, aku talah berniat untuk korban mereka untuk ugama dan aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

Oh, air kaki yang mereka gunakan untuk basuh kaki mereka jauh lebih mulia dari diri aku yang hina ini!!!!

Pernah di zaman Nabi juga muncul seekor serigala kurus meminta izin untuk makan kambing, tapi Nabi tidak benarkan, kemudian muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing…lalu Nabi benarkan mereka makan kambing yang terpisah dari jemaah nya..

Apabila Tabi’in (orang yang tidak jumpa Nabi tapi jumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua ingin sekali jika hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW..

Tapi sahabat bagitahu, jangan minta begitu sebab takut para tabi’in tak tahan menderita, kerana kata sahabat RA pada waktu itu mereka selalu mengikat perut dengan batu, dan Nabi SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya kerana lapar..oh!

Lihatlah…Nabi SAW dan para sahabat RA benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama..sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam dan berbondong bondong manusia kembali ke pangkuan Allah..

(aku dah start perasan bagus..oh!)

Orang kapir di Malaysia tak de keinginan untuk masuk Islam walaupun dah jadi warganegara Malaysia kerana buruknya akhlak aku orang Islam di zaman ni…cuba bayangkan korang bila dah kebulur 3 hari tak makan, cari punya cari duit jumpaleh sekeping not RM50, korangpun berlari pergi kedai makan KFC, bila nak order, tuan kedai marah sebab duit yang korang bagi tu tak laku…duit yang takde nilai, duit palsu…tak pengsan korang??

Huh! Begitu jugak bila aku dah mati kelak, yang kita usahakan hari hari adalah dunia-dunia-dunia…dunia yang takde nilai…lupa kah bahawa dunia yang kita korbankan ini takde nilaipun di sisi Allah.. kalau ada nilai setara dengan sayap nyamuk, pasti seteguk airpun orang kapir tak dapat..tak pengsan korang akhirat kelak??? Oh!!!

Orang Islam hari ini tak buat pengorbanan macam Nabi dan Sahabat buat... sebaliknya hanyut dan terleka dalam arus dunia dan mendakwa sudah buat pengorbanan, setakat sokong Islam baik tak payah..ummat ini bukan ummat penyokong, tapi pendokong…Allah tak mintak harta ummat Islam sahaja, Allah dah kaya, tapi Allah mintak aku dan korang orang Islam berkorban harta DAN diri!!!

DAN.. bukan... ATAU (sila rujuk Al-Quran)

Sebab tu masa Abu Bakar RA nak ikut Nabi berhijrah ke Madinah, beliau telah siapkan dua ekor unta dan kelengkapannya sekali lalu bagi sedekah kat Nabi SAW, tapi Nabi SAW tolak, sabda Nabi lebih kurang maksud : "Aku akan gunakan harta dan diri aku sendiri untuk majukan ugama!!!"

Lalu Nabi SAW beli dengan hutang pada Abu Bakar RA, kat Madinah baru ganti..jadi aku cadangkan korang kaji balik hadith dan Al-Quran, aku mungkin salah..sebab aku tak pandai, sebab aku memang jahil..oh…doakan aku yang sedang belajar berkorban harta DAN diri ini..isk..isk..dan bagi mereka yang menjadikan maksud hidup mereka adalah untuk memajukan ugama Islam…aku nak tanya :

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga korang mati kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku???

Sanggupkah???

Tepuk dada tanya iman..

Ps : sebenarnya, akupun masih tak faham akan apakah erti pengorbanan..kerana dengan hanya aku tulis tentang penorbanan dan korang korbankan baki umur korang baca karangan aku tentang pengorbanan, kefahaman tentang erti pengorbanan tidak akan datang dan memang tak akan datang sekiranya hanya just cakap dan dengar sahaja, tulis dan baca sahaja, tak akan...sudah tertib Allah dan hanya Allah yang boleh mengubah…kefahaman tentang pengorbanan hanya akan dapat di fahamkan hanya apabila korang dan aku dan korang semua sanggup berkorban…sanggupkah??

2 comments:

cikkaca said...

salaam
ingin berkongsi sedikit ttg pengorbanan.satu crite
dlm poket ade rm100.tiba2 kwn kita ckp,nak pinjam duit dlm 50.pastu kita pun pk.hmm ada baki 50lagi,takpe cukup utk mkn sampai hujung bulan.kita pun ckp,takpela amikje la duit tu.kira halal"" tu bukanlah pengorbanan.. tu baru je sumbangan.
pastu ade sorang lagi member dtg ckp nak pinjam duit,rm50.kita pun bagi.and utk cukupkan sampai ujung bulan,kita pun mkn je apa2 yg ada berpose dan sebagai2nya.
kesusahan yg kita lalui tu baru dpt klu nak dipanggil pengorbanan.tu baru berkorban.sanggup tak kita nak hadapi semua tu?
cam yg telah ditulis psl sirah Nabi n sahabat.that's the real sacrification.

sbb kdg2 ade sesetgh antara kita ni,selamba mendabik dada ckp dah berkorban itu dan ini,utk itu dan ini.tp sebenarnya tak.kita bg org rm10 ringgit,tp dlm poket ade 3-4 ribu lagi.alih2 nak claim..'takpela korbanla sket duit utk org miskin tu..'' ape kes nak ngaku camtu

so jgn memerangkapkan diri sendiri dgn 'sumbangan' n 'pengorbanan'

*selamat berpuasa*

The Mindtripper said...

salam wbt cik kaca,

tu pengorbanan tahap "ithar" dah tu.alhamdulillah moga Allah sentiasa limpahkan cik kaca rezki yang murah dan barakah sentiasa..

"Ya ALlah, sebarkanlah rezeki kami ke serata alam atas tujuan ugama..ameen.."