Tuesday, September 4, 2007

Zikrulmaut

(KITA TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT IBU…ohhh..)

sedar atau tidak, dengan perintah Allah, sekarang ni pun malaikat maut boleh tamatkan cita-cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI…
- MAUT akan menghantar manusia dari mahligai yang tinggi ke lubang kubur di bawah bumi…
- MAUT akan menghantar manusia dari tempat yang bermandikan cahaya ke lubang kubur yang gelap gelita…
- MAUT akan menghantar manusia dari dunia yang penuh pembantu dan pekerja yang taat ke ruang yang sempit dan terperangkap dengan ulat dan cacing yang tak terkira banyaknya…
- MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu-debu yang akan menerjah ke mulut yang dipenuhi air busuk dan hanyir…
- Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terperangkap dalam kesunyian yang menakutkan..

Kata orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita mati, maka sebelum nyawa berakhir, hantarkanlah (sedekah, zakat, jihad) harta kita ke Akhirat sebanyak-banyaknya, kerana TABIAT HATI ADALAH TERPAUT PADA HARTA, maka bila harta telah dihantar untuk dibuat modal ke kehidupan di alam seterusnya maka hatipun akan sentiasa rindu untuk mengadap Sang Pencipta..
Insya Allah…

“Ya Allah, sebarkanlah rezekiku di seluruh alam dan biarkan aku ambil rezekiku itu atas maksud ugama..dan matikan aku di hujung dunia atas maksud ugama…”

Ameen..!!!

No comments: