Friday, September 28, 2007

Surat dari “KEKASIH”

(Sempena NUZUL QURAN…)

Suatu malam di antara maghrib dan isyak, seorang aku sedang asyik bercerita kepada adik-adik usrah di sebuah surau untuk mengisi masa sementara menanti azan dilaungkan..

Kisah mungkin benar….(zaman orang lain remaja, bukan AKU tau!)

Satu cerita :

Kring!!..kring!!……bunyi loceng basikal…..Oh sang posmen rupanya. Maka berlari-larilah Aini mendapatkan posmen. Mesti ada surat dari ‘cik abangnya’ di Kolumpo. Soheh. Sampul surat berkaler biru (warna kegemaran ‘cik abangnya’) di hulur posmen. Tersenyum simpul Aini, al maklumlah dapat surat spesel…

Sebelum di buka, dibeleknya, takut ada cacat cela di bahagian luar..Sebelum di buka juga, diciumnya beberapa kali…(macam la ada bau ‘cik abang’ dia..bau posmen ada la, tak pun bau stor surat, atau bau peti surat)

Dengan perasaan yang berbunga-bunga dan amat heppi sekali, dia pun bukak surat tu…. Waahhh….cantiknya tulisan ‘cik abang’ …Waahhh....sedapnya ayat-ayat di dalam surat itu…Waahhh... damainya hati baca surat itu…Dibacanya berulang kali satu persatu dengan penuh tartil…Paham segala kandungannya….Indah rasa harinya….

Sebelum zohor, dibacanya, selepas zohor pun dibeleknya,
Sebelum asar dikajinya, selepas asar pulak ditafsirnya,
Sebelum maghrib didouble check nya, lepas maghrib direconfirmnya,
Sebelum isya' ditatap lagi, selepas isya direnungi lagi,
Sebelum tido di ikut pesanan cik abangnya, dan berazam nak buat lepas bangun tido nanti…
Sebelum subuh esoknya digenggamnya lagi, lepas subuh dihayati pulak…
Begitulah heppi dan seronoknya Aini dapat surat dari kekasihnya di Kolumpo….

Skarang back to reality :

Alangkah baiknya…dalam bulan Ramadhan ni…..sempena Nuzul Quran, kita jadi macam Aini dengan surat kekasihnya, kita ubah persepsi kita terhadap Al-Quran. Kita buat ia sebagai teman sejati…Kita rujuk dan belajar dengan mereka yang mengetahui..Banyak rahsia yang tersirat, malah rahsia yang tersurat pun ada tapi tak perasan..

Ramadhan ada lagi 12 hari…ambillah peluang untuk mendekati, menghayati, memahami Al- Quran…Setiap kali pegang, amik satu page…(at least)

Kalau solat 5 kali, pegang quran sebelum dan selepas, dah dapat 10 page..

Ok lah tu for a start…tahun depan InsyaAllah, sekali pegang 2 pages..(actually bulan depan dah bleh start) start raya kedua....so that bila sampai Ramadhan tahun depat dah rasa ringan sikit...

10 kali pegang = 20 pages (1 juzuk ada 20 pages lebih kurang kalo rasm imla’ie) so, 1 hari 1 juzuk. 30 hari…khataaam……alhamdulillah..boleh buat pulut kuning (aku pun tak tau kenapa orang buat pulut kuning khatam quran??)

Ketahuilah bahawa sebenarnya al Quran adalah surat dari Allah yang di ‘alamat’kan kepada semua ummat manusia..dan semua orang layak jadi ‘posmen’…semua orang…Alangkah ruginya seorang yang tak mahu terima surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yang mungkin berpakaian selekeh….atau motor yang buruk..atau posmen dari bangsa yang kita tak suka..(posmen tu tetap dapat gaji daa…)

Bukankah jelas ‘alamat’ kita kat surat tu..oh..sungguh kasihan…cubalah lihat Al-Quran itu..sungguh jelas ‘nama’ dan ‘alamat’nya..jadi terimalah walaupun ianya disampaikan oleh seorang yang baru semalam masuk islam…

Polis Di Raja Malaysia hantar surat saman korang melalui posmen, korang pulak benci kat posmen lalu koyak surat tu, tunggulah Polis datang tangkap korang, Ha ha ha!

Mengakhiri post ini aku persembahkan kepada korang satu lagu dari BUKAN Kumpulan IKLIM, Suci Dalam Debu..terimalahhhh….

SUCI DALAM DEBU
(Yang Bukan Kompolan IKLIM)

Aku bukan nak tulis pasal lagu ni..cuma aku nak tulis pasal apa itu SUCI DALAM DEBU

Rumah aku dan korang mesti ada
Satu , dua atau tiga bukan persoalaannya
Kegunaannya sangat banyak
Tapi ramai orang macam aku tak nampak
Sebab itu di rumah kita semua ada
Tapi di hati kita, dimanakah ia?

Bila orang kata rumah aku ada hantu
Hidup aku terus jadi haru biru
Aku pun terus carik SUCI DALAM DEBU
Dengan harapan hantu tak kan ku temu.

Bila orang fitnah aku buat dosa besar
Aku terus gelabah dan gusar
Macam mana aku nak tangkis?
Rasa macam nak menangis
Tiba-tiba teringatkan SUCI DALAM DEBU
Ah, selamatlah aku
Orang mesti kata aku tak tipu
Walaupun aku bersumpah palsu

SUCI DALAM DEBU ni kulitnya cantik
Ada yang kulitnye berlorek – lorek
Memanglah, kalau nak beli mesti nampak menarik
Ye lah benda penting, tak kan nak lebih kurang je dik…

Aku simpan SUCI DALAM DEBU di tempat yang tinggi
Sebab orang kata ia perlu dihormati
Bila dah letak tinggi sangat-sangat
Lama-lama, langsung tak ingat
Sebab tu la SUCI DALAM DEBU ia diberi pangkat

SUCI DALAM DEBU sangatlah aku hormat
Bilaku sentuh, mesti kuberi ciuman yang hangat
Tapi apa yang buat aku terkilan
Aku macam tak dapat apa-apa pun pengajaran
Adakah kerana salah syaitan?
Atau aku ni yang ada penyakit wahan?
(penyakit cinta dunia, sayang harta, sayang hiburan)

Kini masanya aku buang debu-debu
Yang meliputi Kitab Allah Yang Satu
Ilmu di dalamnya meluas tidak terkira
Kebijaksanaanya memang diperkata
Pelajaran darinya harus ku timba
Agar kuburku tidak gelap gelita
Agar akhiratku tidak derita
Agar hatta bila ku makan agar-agar pun
aku masih sentiasa ingat kepadaNYA
(ayat penyedap je)

SUCI DALAM DEBU lah penyelamatku
Hadiah dari Muhammad anak yatim piatu
Supaya dapat menjadi penunjuk jalanku
Akan kan kupertahankan dengan air mata dan darahku!!!
Nyahlah debu-debu di badanmu
Akan kuserlahkan kesucianmu
Since kau diturunkan di dalam Ramadhan
Dalam Ramadhan juga aku ingin kembali ke pangkal jalan
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk beristiqamah dalam memahami al-Quran...

Al Furqan 1-2 :

“Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam”

Ps : ”SAJAK NUKILAN SENDIRI TAPI ISI DI CEDOK DARI PRESENTATION YANG DITERJEMAHKAN OLEH ALIF_LAM_MIM_117@yahoo.co.uk

(tak nampak copyright pun? aku blasah la..ha ha ha…)

Wednesday, September 26, 2007

mari lah bb..aa..n g uuu nn...Part II

( Antara Janji Allah dan Maksud hidup)

Kata aku yang hina ini : sekarang, kita semua wajib buat kerja JIHAD Nubuwwah ini, nanti bila korang semua orang islam dah buat kerja ini, InsyAllah jadilah kita semua golongan yang soleh..dan pada waktu tu baru ALLAH tunaikan janji DIA untuk bagi Negara islam, sekarang buat apa ALLAH nak bagi Negara islam kat orang yang tak soleh??? Yang mengosongkan masjid, yang menghina sunnah Nabi kekasih DIA.???

Ingat, ALLAH declare ugama telah sempurna apabila semua para sahabat RA bangkit buat kerja JIHAD NUBUWWAH yang mana maksud ugama sempurna adalah seperti yang difahamkan oleh saidina Abu Bakar RA iatu, NAbi akan wafat dan ummat ini kena sambung kerja JIHAD NUBUWWAH sampai hari kiamat..nabi tidak akan di hantar lagi!!!

Bukannya bila ada Negara, ugama jadi sempurna…lagipun jika korang bukak Al-Quran korang boleh jumpa ayat ni yang bermaksud :

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa;

Dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka.

Dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.

[al-Nur 24 : 55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah..Allah akan bagi Negara islam kepada ummat islam apabila seluruh ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan syurga kepada orang yang beramal soleh..

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapat Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi Thaif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!

dalam ayat di atas ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam, ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi syurga!!

Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, syurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, suami isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

Berjihadlah semata mata kerana Allah di Jalan ALLAH…

Dan untuk jadi soleh, kenalah buat JIHAD NUBBUWWAH!!

Semua Nabi buat usaha JIHAD NUBUWWAH dan semua sahabat nabi SAW buat usaha JIHAD NUBUWWAH… Nabi SAW buat usaha Nubuwwah selama 13 tahun di Mekkah masa tu turun ayat guna gelaran “wahai manusia” tapi bila iman sahabat dah mantap dan bila mereka berhijrah ke Madinah kerana perintah Allah, maka Allah telah iktiraf iman mereka lalu turun ayat dengan gelaran “wahai orang yang beriman”..

Senang cerita, Nabi SAW dan sahabat RA buat usaha atas iman dengan kerja JIHAD Nubuwwah ini selama 13 tahun maka Allah tunaikan janji DIA dengan bagi Negara islam… iaitu Madinah…dan bila dah ada Negara islam, dan semua orang islam ketika itu 100% taat perintah Allah ikut cara nabi SAW, dan semua orang islam di zaman itu buat kerja JIHAD Nubuwwah, maka barulah layak mereka buat kerja JIHAD Khilafiayah maka bermualalah zaman kegemilangan islam menguasai dunia…

Tapi tahukah korang? Sejak bila empayar islam itu jatuh merundum? Ya! bila kerja Nubuwwah hanya ustaz dan ulamak sahaja yang buat, dan tentera islam yang membuat JIHAD khilafiah pulak terdiri daripada mereka yang tak buat JIHAD Nubuwwah..maka bila askar islam itu tak buat usaha atas iman, maka mereka akan takut mati, dan yakin dengan senjata serta bilangan tentera terus menarik bala ALLAH..Na’udzubillah…

Dan berbalik kepada zaman ini, korang mengaku parti, pertubuhan dan kumpulan korang adalah ahli JIHAD Fi sabillah menegakkan Negara islam, JIHAD KHILAFIAH kononnya, tapi tahun demi tahun, doa tidak makbul dan tiada pertolongan Allah malah mengundang kemurkaan ALLAH kerana JIHAD Nubuwwah korang telah abaikan..

Adakah hidupnya orang kapir atas muka bumi ini hanya bertujuan untuk mati di bunuh oleh kamu orang islam? Adakah matinya orang kapir itu kelak hanya bertujuan untuk menjadi bahan bakar api neraka?

KASIHANILAH MEREKA….

Hmmm…ada satu lagi yang aku nak cerita tentang JIHAD NUBBUWWAH INI…

Hari ini jika korang ajak orang kapir masuk islam, maka mereka akan menolak dengan menyatakan keburukkan akhlak orang islam sekian sekian, aku mengaku akhlak orang islam sekarang sangat buruk, tertama sekalinya aku, ini adalah di sebabkan iman yang lemah kerana tak buat usaha atas iman, tak buat usaha JIHAD NUBUWWAH..

Maka ada pendapat dari alim ulamak bahawa dakwah terhadap orang kapir di kemudiankan dahulu kerana akhlak orang islam sendiri sangat buruk dan jika dakwah terhadap orang islam dewasa ini tidak di buat maka orang islam pulak yang akan murtad berbondong bondong dan beristigfarlah kamu….

Sebaliknya, apabila semua ummat islam tak kira jahil ke cerdik, kaya atau miskin, hensem atau buruk buat kerja dakwah sesame kita, masing masing pakat ajak pergi masjid, masing masing kembali taat perintah Allah ikut cara Nabi, maka orang kapir akan terkesan dengan akhlak orang islam dan berbondong bondonglah orang kapir masuk islam maka bertasbihlah kamu menuji ALLAH…

Zaman Nabi dulu, Kalau kita tengok selepas 13 tahun Nabi berjihad Nubuwwah (berdakwah) di mekah hanya ada 313 orang je yang ikut berjihad khalifiah dalam perang badar, lebih kurang 10 tahun masa berlalu di madinah dan jihad Nubuwwah serta Jihad Khalafiah telah berjalan, maka akhirnya jumlah para sahabat telah berrtambah dan mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang.. (purata seribu orang setahun masuk islam)

Kemudian Nabi bersama 10 ribu orang sahabat nak pergi haji, tapi di halang oleh orang kapir lalu terbentuklah perjanjian Hubadiah dan berlakulah genjatan senjata, bila berlaku genjatan senjata orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang islam di madinah dengan bebas dan dah tak ada perang sehinggakan dalam masa beberapa tahun sahaja jumlah para sahabat Nabi SAW telah mencecah 124 ribuk orang.. (purata seratus ribu orang setahun masuk islam)

Kenapa ?
Kerana semua penduduk madinah dan masyarat islam buat Jihad Nubuwwah sehingga orang kapir datang madinah terus terkesan dengan akhlak orang islam yang sempurna kesan dari usha dakwah Nubuwwah, maka ketika itu dapat di lihat akan orang-orang kapir telah berbondong bondong masuk islam dan turunlah ayat yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH…

(sila rujuk surah An - Nashr)

Namun hari ini, orang islam sibuk buat JIHAD KHILAFIAH yang tak ikut Sunnah Nabi dan mengabaikan JIHAD NUBUWWAH, jika ada yang mengaku berdakwah sesama islam, ralat pulak sebab guna teknik bida’ah…, (panjang lagi kalau nak eksplain satu satu bab jihad ni sebenarnya.. )

Akibatnya.. akhlak orang islam berada pada paras yang membimbangkan… orang islam telah tinggalkan kerja dajwah… membuatkan orang kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam orang islam dan benci gila dengan orang islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata-rata…kemudian bukan itu sahaja, akibat ummat islam tingglkan Jihad Nubuwwah ini maka berbondong bondonglah orang islam murtad dan beristigfarlah kamu semua wahai sahabat termasuk aku sekali..astarfrullahulazim..

Dan akibatnya lagi, kebanyakkan UMMAT islam hari ini yakin dengan senjata, dengan bilangan, dengan pengaruh, yakin dengan Negara, yakin dengan ekonomi dan segala macam lagi makhluk lain, sedangkan Allah tidak suka kepada sekutu dan semua itu membuatkan orang islam terus terheret ke lembah kehinaan..sedang orang islam berperang sesama sendiri, Allah telah cabut kegerunan orang kapir kepada islam, akibatnya…. Sekali lagi ummat islam terus terheret ke lembah kehinaan, di sembelih dan di bunuh macam binatang…oh!

Orang kapir yang Yakin pada berhala, pada hari akhirat kelak, barhala itu akan di hidupkan oleh Allah lalu datang mengazab orang yang yakin padanya…

Tapi orang islam yang yakin dengan makluk selain dari ALLAh maka sebelum jadi mayat lagi Allah akan datangkan makhluk yang mereka yakini untuk mengazab orang islam..

Orang islam yang yakin dengan senjata boleh menang, Allah akan hantar musuh yang lengkap bersenjata untuk hinakan orang islam..

Orang islam yang yakin dengan adanya Negara boleh menang, Allah akan hantar negara yang zalim untuk hinakan orang islam..

Dan kita tak pernah belajar dari sejarah..oh!!!!

Dan mungkin korang akan persoalkan yang mana jika benar kerja Nubuwwah ini di buat bolehkan islam kembali bangkit sebab nampak terlalu simple, jawapannya adalah : jika korang dan sejuta ummat cuba untuk menegakkan islam, korang tak boleh buat apa apa sebenarnya kerana korang hanyalah makluk yang lemah…

Tapi jika korang yakin yang kerja ini di buat oleh ALLAH, dan untuk memuliakan korang dan aku maka ALLAH gunakan kita, ikut tertib NAbi, maka dengan seorang manusiapun boleh ALLAH kembalikan kegemilangan ISLAM!!!

ALLAH boleh tegakkan kalimah islam tanpa senjata, bilangan tentera, dan Negara!! ALLAH boleh, percayakah kamu????

Tapi korang masih berdalih, masih mencari TAKHTA untuk menegakkan ugama, sanggup mengulingkan orang islam lain dengan alasan mereka tidak layak…layakkah kamu akan TAKHTA itu..?

DI mekah, NABI SAW pernah di tawarkan dengan TAKHTA, HARTA dan WANITA, dengan syarat NABI tinggalkan KERJA JIHAD NUBUWWAH..

Tapi korang tahu apa NAbi SABDAKAN?

Lebih kurang maksud :
“jika korang mampu letak bulan di tangan kananku, dan matahari di tangan kiriku, aku tetap tak akan tinggalkan kerja ini, sejauh mana korang mustahil letakkan bulan dan matahari di tanganku, sejauh itulah mustahilnya aku daripada berhenti berdakwah!!!)

Tapi korang masih berdegil, al maklumlah korang dah buat banyak pengorbanan, lagi banyak korang buat pengorbanan pada benda yang batil lagi susahlah korang nak dapat hidayat…

Perlukah aku mencaci dan memaki korang? Bolehkah aku mencarut pada korang? Jawapannya tidak kerana Allah sahaja yang layak memaki hamba DIA dan ada dalam Al-quran cacian dari ALLAH dengan perkataan 'celaka' dan 'binasa' kepada hambaNYA, sedangkan aku juga seorang hamba yang hina maka aku tak layak untuk caci korang semua yang sama hamba hina dina macam aku jugak apatah lagi akupun belum buat kerja Nubuwwah ini sahaja - pandai cakap sahaja isk isk …

Sepatutnya aku sambil menangis terus pergi membaringkan pipi kiriku di atas tanah dan korang letakkanlah tapak kaki kiri korang ke atas pipiku.., dan pijaklah hamba yang hina ini kerana tidak buat kerja Nubuwwah..akan tetapi oleh sebab korangpun tak buat kerja ni maka korang tak layak pijak muka aku, maka marilah kita bersama sama buat kerja ini!!!!

Dan sejarah hari ini telah membuktikan, bila korang orang islam berperang dengan orang kapir, korang kalah, korang di hina dan di telanjangkan, korang di seksa dan di malukan..terdapat hampir seluruh orang islam doa depan kaabah mintak tolong kat ALLAH, tapi tiada bantuan dari ALLAH, seribu malaikat yang pernah tolong orang islam dalam perang badar dah tak datang, nak datang macam mana? jika amalan orang islam lebih kurang orang kapir, hari hari hidup cara yahudi, orang kapir tengok masjid kosong tak sedih, orang islam pun begitu, dakwah dengan cara yang merepek, hari hari up date lagu popular, hari hari up date wayang, update accessories kereta, up date perabot rumah, up date langskap, up date boifren, up date bini, up date handset, dan up date BLOG!!!!

Sedangkan ALLAH sentasa up date bala demi bala tapi masih tak sedar diri.., Tsunami, banjir, rebut, gempa bumi mana mau lari???

Orang kapir pulak sentiasa up date sempadan Negara, mana korang mahu lari? Memadaikah jika sekadar up date blog islam, majalah islam, komik islam? lagu islam…memadaikah???

Isk..isk..benarlah apa yang Nabi bagitahu : ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!

Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!

Ps : Assyahid Syed Quttub sendiri sebab bersemangat sangat untuk berjihad, beliau cakap kalau nak pergi berjihad ambillah tulang belakangku dan bakarlah untuk dijadikan obor.. wallahua'lam.. sekarang ummat islam sedang di hina..tapi aku dan korang masih sibuk up date blog..oh!!!

Tuesday, September 25, 2007

mari lah bb..aa..n g uuu nn...Part I

(payahnya nak bangun dan berjihad..isk isk isk…)

INTRO :

Sayang seorang ibu, anak-anak di manjakan dan tidak ingin langsung anaknya menderita walaupun setakat di gigit oleh seekor anak nyamuk…namun, sayang Allah kepada kekasihNYA.., Dia sanggup melihat Para nabi AS menderita kelaparan, cedera di baling batu, menangis dalam kesejukkan malam, tidur berbantalkan lengan…di sepak dan di terajang, di sikat dengan sikat besi dan di gergaji, darah dan air mata terus mengalir…

Dan aku hari ini, belajar menulis tentang DIA dan Akibat serta menafaat dari DIA!!!

Namun yang pasti, mutu ugama dan tahap iman dalam diri aku ini adalah ..(oh, tak sanggup aku nak tulis…) sebenarnya masih banyak amalan munafikkin yang aku buat…selemah lemah iman adalah mencegah maksiat dengan hati, tapi aku…tumit kaki terhentak hentak pabila terdengar bunyi muzik di alunkan..oh!
Hmmm…nampaknya perkara yang PATUT aku buat masih banyak yang tak terbuat, sebaliknya aku perasan sibuk dengan perkara yang tak PATUT aku buat..huh!!!!

Aku memang makhluk yang tak patut!!!!

Jangan biarkan aku begini sahabat, datanglah jumpa aku dan pimpinlah aku ke jalan yang benar, sementara mereka yang berakhlak mulia sedang berbaik sangka denganku, terdapat pulak mereka yang bodoh sombong bersangka buruk padaku..aku..memang burhok!!!

Aku memang burhookkkk….

Walaupun aku buruk, izinkan aku menulis dari sudut pandangan seorang aku yang tak bertauliah ini, tentang sesuatu yang amat besar kemaslahatan dalam ugama, yang telah di salah ertikan oleh cerdik pandai dan bodoh bangang (macamlah aku pandai..) yang akibatnya perpecahan kepada 72 golongan…semoga aku dan korang tidak termasuk di antara golongan yang 72 tu….amiinn..

Aku nak menulis tentang JIHAD….
Lalu aku mengengamkan tangan kananku dan meluruskan jari telunjukku ke wajah korang dan bertanya dengan nada angkuh…!!!

“APAKAH ITU JIHAD?”

“ADAKAH KORANG SUDAH DI KIRA BERJIHAD?”

“BENARKAH KORANG SEDANG BERJIHAD SEKARANG INI?”

“BENARKAH???”
(sambil jari telunjuk ku menunjal nunjal dahi korang dengan keras dan tegas!)

Sebelum aku cerita tentang JIHAD, aku nak melencong sikit tapi arahnya tetap sama, aku rasa korang kena faham dulu tentang erti sebuah keSYUKURan…

korang boleh baca tentang SYUKUR dengan serba ringkas dalam entry aku yang lepas di sini…insyAllah..

Dalam Al-Quran bagitahu Kemuliaan UMMAT ini bukan dalam harta, dalam pangkat, dalam solat, dalam Ibadat, tapi kemuliaan UMMAT ini adalah dalam kerja Nabi iaitu JIHAD!!!!

Nabi Muhammad SAW bila nak bagitahu akan betapa PENTINGnya perkara ini, sebaik ambil wudhu, baginda terus ke mimbar dan menyatakan hal ini tanpa buat solat sunnat wudhu dan solat sunnat tahyatul masjid…!!!

Dan Baginda bagi amaran bahawa jika perkara ini tidak di buat maka doa orang islam tidak akan makbul. Allah akan murka dan azab akan datang, penjajah yang zalim akan datang menindas orang islam apabila ummat islam mengabaikan JIHAD ini…

Dan tentang JIHAD inilah perkara yang nak aku cerita hari ni..

Apa itu jihad?

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Jihad yang paling besar yang di buat oleh semua Nabi dan rasul adalah AMAL MAARUF DAN NAHI ANI MUNGKAR…atau dalam bahasa Malaysianya ajak orang kepada Allah, mencegah orang daripada mengengkari Allah…

Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan Allah..sesiapa yang melakukan ini sesungguhnya dia telah berada di jalan JIHAD..Berjihad Fi sabililah!!!
Untuk memudah fahamkan apa yang bermain di benakku ini, biar aku buat dua pecahan, JIHAD ini terbahagi kepada DUA iaitu :

  1. Jihad Nubuwwah(Kenabian)
  2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)

Semua Nabi buat kerja Jihad Nubuwwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah… korang faham tak?

Ok, macam ni, maksud jihad Nubuwwah(Kenabian) ini, adalah ajak manusia kepada Allah dan jihad Khalifiah(Pemerintahan) pula adalah bermaksud lebih kepada menghukum manusia yang engkar kepada Allah..Jadi jika aku tulis dalam bentuk point JIHAD ini terbahagi kepada DUA iaitu :

1. Jihad Nubuwwah(Kenabian)
- ajak manusia kepada Allah iaitu amal maaruf

2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)
- menghukum manusia yang engkar kepada Allah iaitu nahi mungkar

Dan aku ulangi :

Bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…tapi Semua para Nabi AS buat kerja Jihad Nubuwwah…Dan ummat terdahulu tidaklah mendapat peluang untuk menjalankan kerja Jihad Nubuwwah…hanya Ummat nabi Muhammad SAW sahaja yang di berikan keistimewaan JIHAD ini…Skarang aku nak tanya, adakah aku dan korang sedang bersyukur atas nikmat JIHAD ini atau sedang terasa beban?

baiklah, untuk memudah kefahaman korang tentang jihad ini, biarlah aku pecah kecil lagikan akan perkembangan maksud Jihad ini kepada dua lagi :

Jihad Nubuwwah(Kenabian) terbahagi kepada dua :
- Ajak orang kapir masuk islam.
- Ajak orang islam amalkan keseluruhan islam

Manakala, Jihad Khalifiah(Pemerintahan) terbahagi kepada dua juga :
- Menghukum orang kapir yang berdamai dengan jizyah
- Menghukum orang kapir yang enggan dengan perang

Tentang dalil, korang boleh rujuk Al Quran dan hadith, untuk jihad Khilafiah yang merangkumi tentang jizyah, dan perang, aku rasa korang takde masalah tentang JIHAD Khalifiah ini..kerana ini yang biasa di war warkan…(rujuk At-Taubah : 29)

Dan untuk Dalil Jihad Nubuwwah pulak, jika korang dengan rajinnya dan dengan rendah dirinya mencari, maka korang boleh jumpa ayat seperti ni :
“wahai manusia, berimanlah kepada Allah”- ayat ni di tujukan kepada orang kapir..

manakala ayat seperti :
“wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah”- ayat ini pulak di tujukan untuk orang islam…

Maka jika korang dan aku rujuk Hadith pulak, maka korang boleh dapat nasihat dari nabi kepada jemaah yang di bentuk untuk berjihad lebih kurang maksud :

Ajaklah mereka masuk islam…jika mereka dah masuk islam suruhlah mereka berhijrah ke sini(madinah) untuk belajar ugama…jika mereka enggan, maka perintahkan mereka membayar jizyah dan mereka akan mendapat jaminan keselamatan seperti orang islam yang lain…jika mereka enggan jugak, perangilah mereka tapi jangan bunuh anak kecil, jangan rosakkan mayat dan jangan buat itu ini “(dan lain lain – rujuk ustaz!)

Persoalannya sekarang, Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja Jihad Khalifiah? Baginda hanya membuat jihad Nubuwwah ? di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi bina kekuatan iman melalui perantaran dakwah..kenapa? DAN Kenapakah tidak semua para Nabi Nabi AS mendapat peluang membuat kerja Jihad Khilafiah? Tapi yang pastinya mereka semua membuat kerja jihad Nubuwwah..

Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Khalifiah? Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja mintak jizyah dari orang kapir dan berperang pabila mereka enggan?
(suara latar : takde..)

Dan pada zaman ini…ada tak Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Nubuwwah? Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
(suara latar : pun takde..)

Ok, aku kecikkan skop..

Ada tak kumpulan so call islamic yang menjalankan kerja jihad Khilafiah? Ada tak mana mana persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja mintak jizyah dari orang kapir dan berperang apabila mereka enggan?
(suara latar : lagilah takde)

Dan ada tak persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja jihad Nubuwwah? Ada tak mana mana persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
( setahu aku … takde – sebak..)

Takde???? Habis yang korang sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya??? Benarkah korang sedang berjihad???

Ok, aku tanya soalan lain..Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara kapir yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..

(suara latar : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, Bosnia, Lubnan, Ambon, Selatan Thai dan bakal bakalnya..)

Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kapir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar : Ada..jemaah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)

Habis tu…? korang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Berjihad membesarkan rumah?
Berjihad membesarkan kereta?
Berjihad membesarkan pangkat?
Berjihad membesarkan dunia?

Berjihad membesarkan perut?
Berjihad membangunkan ekonomi negara?
Berjihad mendapatkan Negara islam?
Berjihad menumbangkan orang islam yang lain?

Sedangkan…

Orang islam berbondong bondong menukar ugama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing,
Bida’ah demi Bida’ah mendapat tempat,
Nagara demi Negara di jajah dan di tindas…
(Hujan pun turun dengan lebatnya mengalir bersama darah darah dari mayat mayat orang islam..)


. . . . .

Parti demi parti di tubuhkan namun islam terus merudum..dana dan duit di kumpulkan, orang kapir terus menindas…jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..Kenapa jadi begini? Kenapa orang kapir langsung tak rasa gentar dengan orang islam? Kenapa orang islam takut dengan orang kapir?

Jawapannya..

Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAH tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kapir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan JIHAD NUBUWWAH ini…!!!!

Hari ini korang mengaku telah membuat JIHAD Khalifiah akan tetapi… tahukah korang bahawa JIHAD khalifiah itu tidak akan mendapat pertolongan dan restu dari Allah jika korang mengabaikan JIHAD Nubuwwah ini…?

Dan ummat islam hari ini telah diberi nikmat dan tanggungjawab untuk membuat JIHAD Nubuwwah dan jihad khilafiah… ini adalah KURNIA bukan HUKUMAN!!!

Adakah kita sedang mensyukuri nikmat ini atau sedang mengengkari?

Ketahuilah… hanya orang yang layak sahaja di benarkan untuk membuat jihad Khalifiah..Di Mekkah pernah ada sahabat Nabi yang offer untuk berperang, tapi nabi bagitahu supaya bersabar dan buat kerja dakwah macam biasa… masa belum tiba..di madinah pula, melalui Nabi sendiri ada orang yang di uzurkan oleh nabi Muhammad SAW untuk menyertai jemaah JIHAD Khilafiah..hanya orang yang layak sahaja boleh buat kerja JIHAD KHILAFIAH ini..Tapi tiada sorang ummat pun yang di uzurkan oleh Nabi SAW untuk tidak membuat JIHAD Nubuwwah!!!

Semua sahabat Nabi s.a.w buat ini kerja, kanak kanak sekecil Anas RA dan seremaja Ali RA pun buat, Amar Jamuh RA yang tempang juga buat, tak kira yang tua dan buta, orang orang perempuan, makcik makcik, nenek datuk, cucu cicit, kaya miskin, hamba dan tuan hamba, hensem dan burok, semua diperintahkan oleh nabi untuk buat jihad NUBUWWAH INI!!! Semua!!! Takde yang terkecuali, sampaikan Abdullah Ubai yang munafik tu pun ‘terpaksa’ buat..oh!

Pertama sekali penting untuk kita faham bahawasanya berjuang untuk pemerintahan Islam bukanlah objektif bagi seseorang mukmin. Objektif kita sebagai muslim ialah untuk menyukakan Allah dengan bertindak di atas suruhanNYA dan Sunnah Rasulullah SAW. Apabila kita sudah mengamalkan perkara yang menyukakan Allah, Allah akan buat DUNIA tunduk kepada kita. Perkara ni lah yang Allah Ta'ala dah cakap dalam Al-Qur'an. Di dalam Surah An-Nur, Allah berfirman :

" Allah promises for those who bring firm faith and do righteous deeds that He will make them His vicegerants on the earth."

“Sesiapa yang berusaha bersungguh untuk tegakkan pemerintahan Islam (Khalifah) wajib melihat dalam diri mereka, dimanakah tahap hubungan mereka dengan Allah.”
So hanya setelah Iman dan akhlak mulia sebati sehingga padu dan kukuh dalam Umat Islam, barulah dunia kan sujud kepada orang islam. Jika tidak ketahuilah yang kita boleh berusaha untuk bertahun, berdekad, berabad, namun pemerintahan islam tidak akan tercapai.

Bayangkan, kalau kita ada ladang ternak atau pertanian yang serba subur, maka logik lah kita pagarkan. Tapi kalau kita pagarkan satu kawasan yang penuh dengan ular berbisa, semak samun, biawak, dan macam-macam haiwan-tumbuhan - tak ke pekerjaan tu membazir masa, membazir wang malah tiada manfaat..!!!

Kita kena faham, di zaman Nabi SAW dan para Sahabat RA, di peringkat awal permulaan islam di Makkah, Nabi SAW menyebarkan islam kepada masyarakat. Selepas itu, barulah peringkat mengajar islam dan membawa pemikiran mereka kepada amat memahami tentang islam.

Sekarang kita berada di peringkat dimana diseluruh dunia, orang islam sendiri secara umumnya belum faham apa itu ISLAM. Kita mempunyai terlalu banyak perbezaan pendapat dan ‘school of thoughts’ (seperti perkara bidaah, manhaj yang bukan dari mana mazhab ASWJ yang empat.)

Maka, dalam keadaan sebegini perlukan lebih usaha mendidik dan meng’educate’ umat islam sendiri dan memaksa diri kita untuk mewujudkan pemerintahan khalifah/islam. Kalau orang islam sendiri tidak educated, tidak mantap kefahaman mereka, akhirnya ramai yang akan menentang system pemerintahan islam. Walaupun selepas ia sudah diwujudkan.Kita mahu membawa manusia kepada Islam, dan bukannya mahukan manusia bergaduh/bersaing dalam islam.

Satu contoh ialah Pakistan. Dulu , sebelum 1947, semua nak tu, nak ni, nak islam, nak pemerintahan islam bla bla bla...bila dah establish, tengok apa yang dah jadi? Akibat apabila cinta dunia, jahil agama meluap-luap, ulama akan dihina dan disisih. Pakistan telah menjadi Negara kedua didunia dalam indeks korupsi di belakang Nigeria, yang juga Negara yang didominasi oleh Islam.. So aku rasa seperti yang tertulis di atas, beritahu kita apsal sesetengah ulama tak tergesa-gesa nak establishkan Khilafah.Sahabat RA menginfakkan apa yang mereka ada hatta nyawa. Zaman Saidina Umar RA punya tarawikh, mereka berdiri dari Isya’ sampai hampir Subuh tak berhenti.. berdiri sampai terhuyung hayang sebab letih sangat. Itulah Iman mereka.Kita…..tarawikh pun buat lapan. Yang buat 20 pun baca ayat lazim yang bersambung-sambung satu nafas satu surah.Memang ada, yang satu juzuk setiap hari..tapi ramai yang mengeluh, tak ramai yang suka dan redha. Tak larat kata nya..(aku lah tuu...ohhh..)

Janganlah korang menjadi seperti burung unta,di suruh terbang tak boleh, di suruh angkat barangpun tak boleh..Bila di suruh terbang, katanya aku unta, mana boleh terbang? Bila di suruh angkat barang, katanya aku burung, mana boleh angkat barang?

Hampeh!

Korang paham tak?
Beginilah cerita ummat akhir zaman, bila di suruh kembali kepada sunnah yang asal, di suruh perbaharui iman dan amal, atau di bulan puasa begini, di seru supaya perbanyakkan dakwah dan beriktikaf, sesetengah dari ummat akan mengatakan kami lemah dan tidak mampu meniru sahabat, kami hidup jauh dari Nabi, dan logic jika amalan kami lemah, mana mungkin kami boleh menyamai mereka..

Yang tidak ‘lemah’ pula tidak sanggup meniru sahabat, malahan beralasan dengan begitu dahsyat sekali, mencari hujjah untuk menerima pembaharuan, mencari jalan untuk tidak semestinya mengikut sunnah, dan juga mengaku mustahil untuk mencapai amalan seperti sahabat, menidak relevenkan ijtihad sahabat, mempertikaikan iktikaf, dakwah face to face, dan berjuang dengan cara yang bertentangan..

Tapi bila di sebut tentang kejayaan sahabat Nabi, penaklukan ke atas tanah dan kerajaaan, kejayaan meluaskan sempadan, kecemerlangan menundukkan takhta dan harta, menguasai dunia dan darjat kehormatan, korang pun mulai meleleh air liur, bersemangat dan melompat, kata korang, kami juga orang islam, pengikut Rasul dan pewaris Nabi, penganti sahabat dan tabieen, lalu berjuang dengan sungguh-sungguh untuk mendapat harta dan takhta...

Tapi, kita lupa bahawa pada zaman kegemilangan islam dahulu, masjid penuh dan hidup 24 jam, semua sahabat solat berjemaah di masjid 5 waktu, orang munafikpun solat jemaah, iktikaf dan dakwah face to face hari-hari, tahajjud dan berpuasa sunnat, berlapar kerana mengenyangkan orang lain dan selalu menangis untuk ummat, dan menjaga lidah tidak menjatuhkan maruah orang islam yang lain, dan sedia di nasihati bila bila masa..

Tapi bila ada orang datang nasihat korang , korang pulak melenting dan marah, korang menyemai biji durian tapi menanda dengan batang ubi, apa lagi nak di kata?

Maka tidak pelik apabila ummat islam di hina di seluruh dunia, daripada Palestin, Bosnia, Somalia, Algeria, Kosovo, Albania, Kashmir, Burma, Iraq dan apa lagi lepas ini? Ummat islam di sembelih seperti ayam, sedang masjid masih kosong, malam tutup berkunci..Apa lagi yang dapat nak di kata?

Semoga Allah ampunkan dosa aku yang hina dan dina ini..

Kita kena faham this golden rule:

Pemerintahan khalifah akan tiba secara metamorfosis. (perlahan-lahan, perubahan berperingkat) Bukan secara mekanikal. Jahiliyyah boleh dianalogikan sebagai satu pokok yang besar. Besar dan kukuh serta teguh. Semuanya bersatu, sepadu. Tiba-tiba satu hari, pokok tu hancur, rebah menyembah bumi. Berkecai-kecai. Kenapa? Sebab rupa-rupanya, dalamnya ada anai-anai. Itulah kekuatan dan kesan usaha dakwah yang berkesan , konsisten dan komited. Dakwah secara langsung, istiqamah, peridioc. Pemerintahan khalifah/islam akan tiba…insyaAllah ia akan tiba, tapi kita kena mainkan peranan kita, tanggungjawab kita dalam benda dakwah ni secara konsisten, lagi dan lagi...dengan komited, disiplin...jadikan ia first priority…bukan family, bukan karier, bukan kerja opis, bukan berniaga, bukan ladang/kebun/kilang…bla bla bla…so kita kena paham apa yang brader-brader kat masjid dok buat ni ? (iktikaf/dakwah pintu ke pintu)

Mereka memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam misi mereka untuk pemerintahan Khalifah/islam dengan gaya ala-ala slow and steady namun istiqamah.

Sudahkan mereka tiba di puncak?

Belum.

Mereka masih cuba mendaki untuk mencapai check point yang pertama.

Kita Semua? InsyaAllah.

ps : dan sedarlah diri tu sikit, kesalahan terbesar ummat islam hari ini adalah mengabaikan JIHAD Nubuwwah iaitu mengabaikan serta lupa untuk menyeru orang kapir kepada ugama islam dan malas serta tak sanggup bersusah payah ajak orang beriman supaya bertaqwa…. buktinya paling nampak..masjid masih banyak yang kosong…ohh..!

Friday, September 21, 2007

Sanggupkah???

( satu hari dalam sejarah Islam…)

satu hari, Siti Aisyah RA telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah RA yang merupakan ‘ibu kepada semua orang Islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata :

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)

Siti Aisyah RA berkata lagi :

“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah RA berkata :

“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa..tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah SAW telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Hmmm..stop sekejap…

Aku pada hari ini dalam sejarah Islam, buah kurma bukanlah juadah berbuka puasa aku sahaja, tapi buah kurma sebanyak 3 ke 7 biji yang aku makan selepas azan adalah intro untuk “menketedarah” sebelum aku makan santapan jasmani yang lebih berkuantiti lagi seperti nasi beriyani gam / nasi kerabu / nasi dagang / nasi bokhari / nasi minyak / nasi kurma..bla bla bla etc etc..

Itu baru nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung, mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee zimbabwe bla bla bla etc etc….oh!!

Kenapa Nabi SAW sampai jadi macam tu?

Kerana pengorbanan baginda SAW terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama..!!!

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi SAW amalkan diet atau Nabi SAW muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak breakfast, isteri baginda cakap makanan takde..maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas RA lebih kurang maksud:

“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah SAW"

Pernah Nabi SAW ziarah anak kesayangannya Siti Fatimah RA, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari Siti Fatimah RA dengan nada yang perlahan…dan Siti Fatimah RA merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, Nabi SAW menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi SAW berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu Nabi SAW mencium cucu kesayangannya..seorang cium di perut..seorang cium di leher...lalu ter’kasyaf’lah Siti Fatimah RA akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Nota : kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.

Lalu merayulah Siti Fatimah RA kepada baginda SAW dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota : setiap Nabi mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang mashyar..oh..begitu cinta sekali Nabi kepada ummatnya..oh!

Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama..

Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan? Kenapa Nabi tiada wang untuk membeli makanan? Adakah Nabi tak pandai berniaga?

Hello…korang semua…!!

Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu..sebelum baginda jadi Nabi SAW..

Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya..lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku..maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam..

Begitu jugak pengorbanan para sahabat, sebelum Islam Abu Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk Islam? Beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..

Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…

Pernah berkata Abu Hurairah RA setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus : “Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan.."

Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk Islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain..isk!!!

Sebagai tambahan :

walaupun aku masih tak paham, namun aku nak tulis sikit kisah yang boleh dibuat pengajaran tentang “apa itu pengorbanan untuk ugama" insyaAllah...

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati, si ibu ini menangis…dia dipujuk orang, tapi dia berkata : jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…sejak hari pertama aku menyusu anakku, aku talah berniat untuk korban mereka untuk ugama dan aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

Oh, air kaki yang mereka gunakan untuk basuh kaki mereka jauh lebih mulia dari diri aku yang hina ini!!!!

Pernah di zaman Nabi juga muncul seekor serigala kurus meminta izin untuk makan kambing, tapi Nabi tidak benarkan, kemudian muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing…lalu Nabi benarkan mereka makan kambing yang terpisah dari jemaah nya..

Apabila Tabi’in (orang yang tidak jumpa Nabi tapi jumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua ingin sekali jika hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW..

Tapi sahabat bagitahu, jangan minta begitu sebab takut para tabi’in tak tahan menderita, kerana kata sahabat RA pada waktu itu mereka selalu mengikat perut dengan batu, dan Nabi SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya kerana lapar..oh!

Lihatlah…Nabi SAW dan para sahabat RA benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama..sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam dan berbondong bondong manusia kembali ke pangkuan Allah..

(aku dah start perasan bagus..oh!)

Orang kapir di Malaysia tak de keinginan untuk masuk Islam walaupun dah jadi warganegara Malaysia kerana buruknya akhlak aku orang Islam di zaman ni…cuba bayangkan korang bila dah kebulur 3 hari tak makan, cari punya cari duit jumpaleh sekeping not RM50, korangpun berlari pergi kedai makan KFC, bila nak order, tuan kedai marah sebab duit yang korang bagi tu tak laku…duit yang takde nilai, duit palsu…tak pengsan korang??

Huh! Begitu jugak bila aku dah mati kelak, yang kita usahakan hari hari adalah dunia-dunia-dunia…dunia yang takde nilai…lupa kah bahawa dunia yang kita korbankan ini takde nilaipun di sisi Allah.. kalau ada nilai setara dengan sayap nyamuk, pasti seteguk airpun orang kapir tak dapat..tak pengsan korang akhirat kelak??? Oh!!!

Orang Islam hari ini tak buat pengorbanan macam Nabi dan Sahabat buat... sebaliknya hanyut dan terleka dalam arus dunia dan mendakwa sudah buat pengorbanan, setakat sokong Islam baik tak payah..ummat ini bukan ummat penyokong, tapi pendokong…Allah tak mintak harta ummat Islam sahaja, Allah dah kaya, tapi Allah mintak aku dan korang orang Islam berkorban harta DAN diri!!!

DAN.. bukan... ATAU (sila rujuk Al-Quran)

Sebab tu masa Abu Bakar RA nak ikut Nabi berhijrah ke Madinah, beliau telah siapkan dua ekor unta dan kelengkapannya sekali lalu bagi sedekah kat Nabi SAW, tapi Nabi SAW tolak, sabda Nabi lebih kurang maksud : "Aku akan gunakan harta dan diri aku sendiri untuk majukan ugama!!!"

Lalu Nabi SAW beli dengan hutang pada Abu Bakar RA, kat Madinah baru ganti..jadi aku cadangkan korang kaji balik hadith dan Al-Quran, aku mungkin salah..sebab aku tak pandai, sebab aku memang jahil..oh…doakan aku yang sedang belajar berkorban harta DAN diri ini..isk..isk..dan bagi mereka yang menjadikan maksud hidup mereka adalah untuk memajukan ugama Islam…aku nak tanya :

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga korang mati kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku???

Sanggupkah???

Tepuk dada tanya iman..

Ps : sebenarnya, akupun masih tak faham akan apakah erti pengorbanan..kerana dengan hanya aku tulis tentang penorbanan dan korang korbankan baki umur korang baca karangan aku tentang pengorbanan, kefahaman tentang erti pengorbanan tidak akan datang dan memang tak akan datang sekiranya hanya just cakap dan dengar sahaja, tulis dan baca sahaja, tak akan...sudah tertib Allah dan hanya Allah yang boleh mengubah…kefahaman tentang pengorbanan hanya akan dapat di fahamkan hanya apabila korang dan aku dan korang semua sanggup berkorban…sanggupkah??

Thursday, September 20, 2007

Bonus Lebih 2 Bulan?

(cerita petang semalam…)

Di sebuah gerai yang riuh rendah macam suasana baru lepas rusuhan, seorang aku kelihatan sedang meraba raba kesemua poket baju dan seluar di badan ku.. aku mencari sebatang pen.. mana pen biru aku letak ni…? Bisik hatiku..

Suasana gerai pun semakin riuh rendah dan meriah mengalahkan stadium, masing masing sibuk bercerita isu isu semasa, pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran, keputus-tunangan Abang M dan kakak I, Belanjawan 2008, dan bla bla bla.. dan yang paling hangat adalah isu bonus menjelang raya, dapatkah bonus bulan ini? Kalau dulu kakitangan kerajaan dapat sebulan bonus dengan maksima RM1500, kalau Petronas dapat 4 bulan gaji, SHELL dapat 3 bulan, MURPHY dapat 3 bulan, DAIKEN dapat 2 bulan setengah dan macam macam bulan lagilah yang mereka dok cerita.. entah betul atau tidak.. ?!

Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!

(mereka semua senyap…)

Aku menyambung:
“Tadi masa aku buka beg aku yang warna hitam.. aku dapati pen tiada, boleh tak aku pinjam pen sebatang?!!”

(hek eleehhh..marah mereka lantaran lawak tak sengaja aku yang serius nak pinjam pen..oh..)

Seorang mak cik menghulurkan pen kepada aku sambil berkata :

“suami aku kerja kerajaan, tapi kenapa kerajaan hanya bagi sebulan gaji? syarikat lain bagi paling kurangpun dua bulan bla bla bla..”

Aku gores pen itu pada kertas untuk menguji kebolehpakaian nya tapi nampaknya tak berhasil..

“pen makcik takde dakwatlah…”

"Oh, ye ke?"
Dia pun ambil pen lain di poketnya sambil murungut lagi tentang bonus yang sepatutnya dapat lebih dua bulan bla bla bla..

Kemudian, rungutannya di sambut oleh beberapa orang lagi..perkataan ‘patut’ ‘patut’ meniti di bibir.. patut dapat tu, patut dapat ni..

Tiba tiba aku menyampuk..
“Korang semua, ambil perhatian sekejap, aku nak bagitahu!!!

(suasana hampir senyap…)

Aku menyambung :

"Korang percaya tak sebelum raya kita SEMUA kat sini akan dapat bonus lebih dari 2 bulan walaupun kerja sendiri..!!!"

(suasana senyap selama 2 saat)

Kemudian, salah sorang dari mereka berkata :

“kau biar betul…? Aku tahu kau tak suka cakap tipu, biar betul kita akan dapat bonus lebih dari 2 bulan.. katakan semua ini bukan dusta..katakan..!!!"

Aku menyambung :
"Alamak!! Silaplah…bukan 2 bulan, tapi lebih dari 3 bulan !!! "

(walau bagaimanapun aku tidak biarkan mereka gembira terlalu lama..)

"Sebelum raya, ada malam lailatul Qadar yang ganjarannya adalah seperti seribu bulan, tu BONUS tu…bonus untuk ummat akhir zaman, lebih 2 bulan apa?!!! "

Mereka tak tahu nak cakap apa, nak marah ke nak gelak..OH…

Sekian, cerita pagi ini…

ps : pen merah, pen biru..korang marah, I love U..he he he..

Tuesday, September 18, 2007

Darurat Ke Terdesak?

(apa yang aku paham tentang darurat adalah terpaksa menanam jenazah lebih dari satu ke dalam satu liang..no problem punya…ha ha ha…)

Hmmmmmm…

Biarlah aku cerita sikit lebih kurang kat korang yang perasan sibuk lalu menggumpulkan solat Zuhur di akhir waktu dan Asar di awal waktu lalu "menjamakkan solat" dan lebih haru biru lagi langsung tak solat..hmmm..kalu korang musafir lebih 90 km, kira ok ler tu untuk jamak, apa-apapun korang boleh rujuk ustaz dan ulamak untuk detail explanation, apa yang aku nak bagitahu adalah :
UGAMA INI BUKAN UNTUK ORANG YANG PERASAN SIBUK!!

Alangkah buruknya perangai korang yang perasan sibuk lalu lengahkan solat dan solat ala-ala "jamak solat takhir takdim"
Perasan sibuk lalu suka hati tinggalkan solat berjemaah..
Perasan sibuk dan solat lengah-lengah sampai dah nak abis waktu
Perasan sibuk lalu just buat solat qadha
Perasan sibuk lalu tak solat..

Itu baru bab solat, belum lagi bab lain
Perasan sibuk sampai takde masa nak baca Al-quran
Perasan sibuk tak sempat nak zikir
Perasan sibuk tak dan nak solat sunnat
Perasan sibuk sampai takde masa nak beriktikaf
Perasan sibuk hingga tak boleh nak buat dakwah, tak boleh nak keluar kejalan Allah!

Hello!
Doktor pakar bedah yang sedang buat operation pisahkan kembar siam pun ada masa nak berak, malaikat maut tak peduli ngan korang punya sibuk, dah mati nanti baru sibuk nak mintak masa ngan Allah selama sesaat untuk kembali ke dunia nak buat amal ibadat, huh! Dulu kat dunia nak bagi 5 minit untuk solat pun sibuk bukan main, dah mati baru tak perasan sibuk!!!

Aku ulangi! UGAMA INI BUKAN UNTUK ORANG YANG PERASAN SIBUK!!

Ugama ni yatim, pembela ugama dah takde, nabi dah wafat, siapa nak bela ugama jika korang semua termasuk aku perasan sibuk..?

Ugama pergi ketuk pintu rumah orang kaya, mintak lapangkan masa, orang kaya kata aku perasan sibuk tambahkan harta..pergi cari orang lain…kesian ugama yang yatim, takde orang nak bela dia..isk..isk..

Ugama pergi ketuk pintu rumah orang miskin, mintak lapangkan masa, orang miskin kata aku perasan sibuk mencari harta..pergi cari orang lain…Oh..takde orang nak bela ugama isk..isk..

Ugama pergi ketuk pintu rumah orang tak de kerja, mintak lapangkan masa, orang takde kerja kata aku perasan sibuk cari kerja..pergi cari orang lain…isk..isk..isk..

Akhirnya hanya ugama sajer yang tinggal yatim seorang diri tanpa pembela, Nabi dah takde, sahabat pun takde, mana ummat islam? nampaknya korang semua perasan sibuk ada hal..maklumlah drama bersiri tak habis tengok lagi, malam karang nak tengok CD cerita Korea disc 16, hmm, dengar kata ada jualan murah sempena raya esok…baju raya tak tempah lagi, hujung minggu ni nak kena up date lagu popular di carta radio, majalah sukan dan hiburan yang di beli minggu lepas pun tak habis baca lagi, lagipun nak kena up date blog pulak hari ni, nak balik kampung raya ni ingat nak kena tukar sport rim baru ler..eh, lagipun aku sibuk cari kerja yang gaji mahal tapi kerja senang , sibuk cari isteri cantik jelita macam artis tapi taat macam hamba, aku sibuk cari suami hensem dan kaya raya tapi beriman..ni yang perasan sibuk ni, nak kena cari semua tu, maklumlah, berusahalah kamu macam hidup seribu tahun..bla bla bla blah blahhhhh…

Eh, bukankah pembaca blog ni banyak masa baca blog hari-hari, apa kata kita pergi jumpa para pembaca blog ni pulak..

Maka datanglah ‘Ugama’ pergi ketuk pintu rumah korang selaku pembaca blog tegar, mintak lapangkan masa, korang kata aku perasan sibuk update blog..pergi cari orang lain…aku takde masa lapang, aku perasa sibuk!!!

Huh! untuk berak, korang tak tunggu ada masa lapang baru boleh berak, macamana sibukpun, korang tetap ada masa untuk berak, sebab berak penting, tanpa berak siapalah korang?, tapi bagaimana dengan melapangkan diri di jalan Allah?masih perasan sibukkah? Perasan sibuk hingga selamba buat solat jamak tanpa uzur tapi ada masa pula untuk buat benda dunia..ish..ish..

Arghh, oleh kerana aku pun perasan sibuk, kita berhenti sajer, selamat berbuka puasa, ingat...kalau korang mati serentak, bolehlah aku yang perasan sibuk ini ‘menjamak’kan tanam korang dalam satu liang!

Ps : Korang tahu kenapa aku guna istilah “perasan’ sibuk? Sebab masa hidup kita perasan sibuk hingga telah taat perintah Allah tidak ikut keutamaan..bila mati baru tak perasan sibuk dengan mintak kat Allah nak kemabali ke dunia selama sesaat…sekarang solat 5 minit pun dah berkira..oh!

Saturday, September 15, 2007

Aku kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia adalah kerana...

(entry dibuat berdasarkan perbincangan DMT beberapa minggu yang lalu..)

Kenapa kita kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia..?

pesan cikgu, untuk jawab soalan, kita kena ulang balik soalan berserta jawapan sekali, maka jawapannya adalah :

Aku kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia adalah kerana...

Pertama :
Kerana Allah jadikan kita semua ni dengan ‘tangan’ Allah sendiri.., tak payah aku ulas tentang ‘tangan’ Allah, Cuma nak bagitahu, makhluk lain Allah berkata “KUN” maka terus Fayakun, (kata ‘jadi’ terus jadi) tapi bila mahluk manusia ni Allah cipta dengan “tangan” bermakna, ada rahsia besar dan ada kenginan yang khas dari Allah untuk Manusia yang paling di beri perhatian oleh Allah, pencipta segala-galanya.. tahun depan aku ulas benda ni….(lain kali kot..ha ha ha…)

Kedua :
Kerana Allah declare bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, lebih baik dari malaikat, lebih baik dari teras emas, lebih baik dari buih air zam zam, lebih baik dari awek bidadari, lebih baik dari semua yang telah di cipta, Allah pencipta, selain dari Allah semua di cipta, dan manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, namun, walaupun manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian, tapi ada jugak manusia yang berperangai setan, maka untuk jadi sebaik-baik makhluk masih tertakluk kepada terma dan syarat , rujuk Surah Al-Bayyinah Ayat 7 bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk..

Ketiga :
Dalam banyak hal, Allah akan menyebelahi manusia..ok, masuk bab ni aku nak kena cerita detail sikit, insyaAllah…

-------------------

Dulu, masa Allah nak jadikan manusia di muka bumi, maka telah adalah makhluk malaikat yang nak bantah :

Malakat argue : kenapa perlu Allah nak cipta makhluk yang akan buat kerosakan atas muka bumi dan akan menumpahkan darah? kemudian malaikat bagitahu bahawa mereka adalah sudah terbaik kerana senantiasa bertasbih dan memuji Allah…korang tahu apa jawab Allah? Allah berfirman: aku tahu apa yang korang tak tahu (lebih kurang cerita, detail boleh rujuk Al - Baqarah ayat 30)

Itu satu, kemudian bila Allah cipta manusia iaitu Nabi Adam AS maka Allah perintahkan pulak (termasuk yang bantah tadi) supaya semua malaikat sujud untuk muliakan manusia, korang semua dah tahu cerita, bahawa semua malaikat telah sujud kecuali ketua malaikat yang argue, apahal pulak nak kena sujud dengan ciptaan dari tanah? aku dari api, lebih mulia what? Pendek cerita, Allah sumpah beliau menjadi setan bla bla bla….untuk lebih detail, korang boleh rujuk ustaz, aku bukan apa, just nak cerita akan betapa mulianya korang semua di sisi Allah dan Allah akan sentiasa mempertahankan ciptaanNYA…malahan Allah bagitahu pada malaikat dengan perasaan bangga bila ada manusia yang sedang bertaubat, Allah akan puji manusia itu depan-depan malaikat..

menurut satu riwayat menceritakan, yakni pabila Allah melihat sekumpulan malaikat Rahmat yang sedang duduk bertindan-tindan dari dunia sampai ke langit, lalu Allah tanya, dari mana kamu semua? malaikat jawab mereka datang dari majlis zikirullah, majlis mengingati Allah yang di adakan oleh manusia di bumi, sedangkan Allah Maha Mengetahui, sajer tanya malaikat nak tunjuk kat korang semua betapa Allah sayang pada korang, lalu Allah bagitahu pada malaikat sebagai saksi bahawa semua peserta majlis itu di ampunkan dosanya..dan dosa kedua-dua ibu bapa peserta majilis itu jugak di ampunkan.. kemudian ada malaikat bagitahu ada orang yang just duduk kebetulan ada urusan lain, Allah bagitahu manusia itupun termasuk dalam mendapat keampunan.. best bukan?

Ada lagi cerita yang dah banyak kali aku tulis, kisah pembunuh 100 manusia termasuk bunuh orang alim, bila mati malaikat faham dia ahli neraka, Tapi Allah masukkan dia ke dalam syurga kerana pembunuh itu mati tanpa niat membunuh, err maksud aku mati dalam keadaan INGIN bertaubat…malaikat macam tak berapa setuju, Allah perintah malaikat tu ambik jarak di antara mayat si pembunuh dengan dua tempat, tempat dia bunuh orang dengan tempat dia nak pergi bertaubat, mana yang lebih dekat, dan kita semua tahu bahawa tempat dia mati adalah dalam takdir Allah, hanya sejarak satu ibu kaki sajer beza jarak lebih dekat dengan tampat bertaubat..apa lagi nak di kata?

Ada lagi cerita lain, juga popular, kisah pelacur yang bagi minum pada anjing, Allah boleh ampunkan dosa manusia ni dengan apa sahaja alasan, hakikatnya, Allah sangat sayang pada aku dan korang semua… Allah selalu mencari alasan untuk ampunkan dosa manusia, hingga Allah bagitahu Nabi Musa AS kalau Firaun bertaubat padaKu akan Aku terima..lihat maka benar Allah tu Maha Pemurah..

Malahan Allah bagitahu pada malaikat sekiranya manusia itu memuji Aku di hadapan orang ramai, maka aku akan puji manusia itu di hadapan himpunan semua malaikat, mana tak jelous malaikat?

Kemudian Allah bagitahu lagi jika manusia itu datang kepadaNya berjalan, Allah akan datang dengan berlari..Dan Allah akan terima taubat semua anak Adam AS walaupun dosanya tinggi menggunung mencapai awan..dengan syarat tiada syirik.. ini yang setan bengang gila! lalu tipu manusia dengan rosakkan niat dan buat amalan bida’ah yang di sangka hasanah, lalu tak bertaubat lagi..oh!

Bertaubatlah wahai aku dan korang semua..setiap manusia itu berdosa, dan sebaik baik pendosa adalah orang yang tidak menangguhkan taubatnya…apabila ada manusia yang bertaubat sambil menangis nangis, walaupun seorang penjahat, maka Allah akan memuji manusia itu di hadapan malaikat..

“lihat, hambaku merayu kepadaku.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dah banyak sangat Allah puji manusia…nikmat Allah mana yang aku nak dustakan lagi…?

So the moral of the story is :

JIKA MANUSIA BUAT AMALAN BINATANG, MAKA DIA AKAN JADI LEBIH HINA DARIPADA BINATANG, TAPI APABILA MANUSIA BUAT AMALAN MALAIKAT MAKA IA AKAN MENJADI LEBIH MULIA DARI MALAIKAT…

Satu lagi moralnya adalah :

ALLAH SAYANGKAN MANUSIA LEBIH 70 KALI GANDA DARI SAYANGNYA SEORANG IBU KEPADA ANAK..

satu cerita :

ada satu hari tu, adaler sorang makcik bersama dua anaknya datang ziarah rumah Nabi SAW kerana lapar, tapi nabi takde pulak kat rumah dan yang ada hanya isterinya Aisyah RA..Oleh kerana rumah Nabi takde stock makanan (sebulan macam rumah aku..isk) dan hanya ada 3 biji kurma, maka Aisyah RA bagi sorang satu, maka dengan cepat si anak dua orang tu makan sorang satu, si ibu pulak baru nak suap, tapi terhenti kerana perasan kedua dua mata anaknya sedang focus kurma di tangan si ibu (nak lagilah tu!)agaknya lapar sangat, makan kurma sebijik mana cukup beb? aku pulak bukak puasa dengan 3 kurma sebagai intro untuk menketedarah..oh!

Maka si ibu telah potong dua kurma tersebut lalu bagi sorang satu bahagian dan berlaparlah si ibunya…Aisyah RA terharu melihat kerahiman si ibu lalu berhamburlah air mata tengok pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu, maklumlah beliau tak ada anak dan tak faham perasaan seorang ibu..

Apabila Aisyah RA cerita kat Nabi Muhammad SAW, akan seorang ibu yang sanggup berlapar demi kasih sayang pada anak-anak, lalu Nabi bagitahu bahawa Allah jauh lebih sayangkan manusia 70 kali ganda lebih dari ibu tadi sayang akan anak dia, nikmat mana lagi yang aku dustakan? dan orang yang bertaubat bukan setakat Allah ampun dosa, malahan Allah tukar dosa kepada pahala...kerana itulah bila ketua malaikat argue tentang kemuliaan manusia, rasa diri lebih baik dari manusia, ALLAH sumpah jadi iblis...siap dapat laknat lagi tu..huh!!

ingatlah, Allah sangat sayang kat kita, lagi lagi jika sebelum mati kita banyak menangis mintak ampun segala dosa, Allah akan sebut nama kita di kalangan malaikat..Allah bangga orang yang belum mati, belum lihat Allah tapi taat segala perintah Allah, jangan jadi macam orang kapir, bila dah masuk neraka, baru nak menangis, masa tu jika nangis air mata darah sekalipun.. bolayan!!

Nota : untuk orang non-muslim yang baca blog aku ni, aku doakan korang dapat hidayat dari Allah sebelum korang mati, kalau korang buat rumah terbuka dan ada cabutan bertuah, jemputlah aku, nanti aku boleh cerita pasal ketuhanan…insyaAllah…

Mengakhiri post ini..aku bagi korang satu teka teki..

Apakah ia?
Setiap orang ada,
Kadang-kadang panjang,
Kadang-kadang pendek,
Kadang-kadang basah,
Kadang-kadang kering.

Apakah ia?

Jawapan : Doa.

Selamat menangis dalam berdoa di bulan ramadhan..(insaf…isk isk isk…)

Friday, September 14, 2007

Gaya Pulang Ke Pangkal Jalan

(tazkirah buat aku sempena Ramadhan Al Mubarak..)

Korang cakap: banyak manafaat yang telah korang dapat dari blog aku ini...alhamdulillah, sebenarnya...semua dari Allah, aku tak pandai dan jahil, aku cuma belajar satu jurus iaitu gaya pulang ke pangkal jalan”…

Maafkan aku sahabat, jika buat korang rasa pedas dan nak marah...buat korang rasa terhina dan ternoda…buat korang rasa terkucil dan terkuncil..buat korang berak tak puas dan kencing tak lawas!

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, sekiranya korang rasa ada manafaat dengan membaca blog ini, berdoalah kepada Allah akan hal-hal kebaikan, dan isk..isk.. sekiranya korang teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta yang hina seperti aku mempunyai hak yang harus di tunaikan..doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka…isk…isk..

Satu lagi korang yang perasan dirinya aku umpati atau mengutuki, terkutuk dan di kutuk, maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..sebenarnya..aku tak tujukan kutukan ku kepada seorang individu sahaja. tapi aku tujukan kepada umum, kepada semua orang yang ada jugak buat kesalahan yang sama dan termasuklah aku, berserta ahli keluargaku, so, bila baca relax, jangan emosional.., tenang, peace..yang pahit itu ubat, yang manis itu madu, di telan pahit hendak di buang tak terasa sayang ke...?(cesss..bermadah konon)

Sebagai contoh, ada sorang hamba Allah tegur aku, baik! aku jawab teguran kau kat blog ni kerana kesilapan ini juga di lakukan oleh orang ramai (aku bersangka buruk..oh..)

Hari ni aku nak kongsi cerita sikit tentang manusia yang perasan bagus bila aku merendah diri kepada mereka, dan mengambil kesempatan lalu mencela “gaya merendah diri” yang aku lakonkan, berlakon? Ya…aku memang berlakon kat dunia ni..!!!

Berlakon jadi baik, banyak perintah Allah bertentangan dengan nafsu aku, lalu aku berlakon-lakon jadi baik di hadapan Allah. Nak berdoa sambil menangis tak mampu, lalu berlakon dan buat-buat menangis..oh…teringat aku satu pesan orang alim :

jika kaki kiri kita tekan nafsu, maka kaki kanan akan melangkah ke syurga!

Bercerita mengenai nafsu...sesungguhnya jihad yang terbesar adalah menetang nafsu, jihad dalam perperangan jika kita kalah dan mati, terus masuk syurga kerana syahid, sebaliknya jika kita menang kita akan dapat harta rampasan perang!

Dalam bab jihad menetang nafsu pula, bila kita menang belum tentu masuk syurga selagi hayat dikandung badan, hari ini menang esok tak tahu lagi, setiap detik dan saat kena berlakon jadi baik dalam usaha mengalahkan nafsu, pendek kata dalam jihad menetang nafsu : menang belumlah tentu..jika kalah masuk neraka..na’udzubillah..!!

Maafkan aku wahai kawan..oleh kerana dalam diri aku ini banyak perasan serba bagus dan serba cukup, tapi aku takut dengan azab tuhan, maka aku bejalar merendah diri, aku anggap semua orang lebih baik dari aku, tapi aku di tegur oleh orang yang perasan bagus, katanya bila aku merendah diri, mengaku hina, mengaku bodoh, itu adalah doa, nanti jadi bodoh dan hina..

Hello!
Aku memang hina dan bodoh..tak macam engkau yang mulia dan bijak! Aku belajar merendah diri kerana merendah diri adalah sifat tawadduk yang tiada pada Allah, dan Allah sangat suka pada hambanya yang ada sifat tawadduk. Allah mana pernah merendah diri! Allah mempunya sifat Sombong! Allah selalu sebut :

“ Aku Maha Besar”, “Aku Maha Bijaksana”, Aku Maha Mendengar...(ada banyak lagi, lebih dari 99..sila rujuk ustaz dan kitab..!)

Dan hanya Allah yang layak dengan sifat sombong bersempena salah satu namanya iaitu Al Mutakkabir (bukan samseng ye..) kerana Allah Tuhan sekalian Alam dan Allah sangat benci dengan manusia yang ada sifat sombong…yang mana siapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah, tak akan dapat masuk syurgalah dia…na’udzubillah..

Biarlah setan sahaja dengan kesombongannya, tak payah ikut jejak syaitan, ikutlah jejak Rasul…ada sahabat seperti Hanzalah RA, Abu Bakar RA yang mengaku risau dah jadi munafik…mereka bukan berdoa nak jadi munafik, tapi mereka begitu tawadduk dengan Allah sehingga kesilapan kecil yang mereka lakukan membuatkan mereka terlalu risau dan mengaku kat Nabi SAW sebagai munafik…

Saidina Umar RA berkata bahawa jika semua orang masuk syurga kecuali seorang, itu adalah aku…korang yang bijaksana fikirkanlah sendiri kenapa Saidina Umar RA merendah diri sampai tahap macam tu? Bukan nak berdoa masuk neraka, tapi takwa sebegitu tinggi dan jiwanya yang begitu takut dengan Allah membuatkan diri rasa tidak layak masuk ke syurga kerana banyaknya dosa..isk..iskk…

("Ya Allah jika tidak dapat masuk syurga, tak mengapa, asalkan tidak sekali-kali masuk neraka walaupun sekelip mata…selamatkan aku Ya Allah…sob sob..sob..isk isk…)

hmmm…Allah sangat suka kepada mana-mana hambanya yang bersifat merendah diri…diberitakan bila Nabi Musa AS di tanya orang : adakah siapa yang lebih baik dari tuan? Lebih kurang cerita Nabi Musa AS kata takde, maka Allah tegur dan perintahkan Nabi Musa AS pergi belajar ugama dengan Nabi Khidir… oh!

Di beritakan juga apabila semua para Nabi berjumpa dengan Allah dan ditanya oleh Allah SIAPA KAMU?

Ada yang jawab :
“aku Nabi Allah”
“aku kekasih Allah”
“aku Kalamullah”
“aku manusia terpilih”

Tapi bila tiba giliran Nabi MUHAMMAD SAW, jawab Nabi :

“aku adalah anak yatim..”
(..........…..)

Nota : jika korang berkeras jugak nak cakap saya lebih baik dari sipolan - itu adalah larangan ugama, jika nak cakap jugak – boleh tapi cakaplah saya lebih baik dari saya yang semalam!!!

Sebenarnya, bila berlaku sesuatu peristiwa : yakinlah bahawa semuanya adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT!

Orang kapir bunuh orang islam pun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..negara kita di landa bala dan tragdedipun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..gugurnya daun di hutan, bergesernya pasir di lautan, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT…naiknya harga minyak, turunnya harga handphone, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..korang yang selalu baca blog inipun adalah dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah SWT..ingat tu..!!

Jadi secara umumnya :

Jangan cepat menghukum sedang ilmu tak sampai selubang jarum...
Jangan cepat berfatwa sedang masih terkial kial mencari makna takwa...
Yang hina jangan lah terus di benci...
Yang mulia janganlah gila bersanjung...
Yang berdosa janganlah di pulaukan...
Yang bersalah janganlah terus mengeji...
Yang murtad baliklah dan belajarlah jurus gaya pulang ke pangkal jalan”..

Sebab...
Dosa mana yang tidak terampun...
Pahala mana yang boleh riak...
Jatuh mana yang tidak ke bawah...
Rebah mana yang tidak tumbang...
Kentut mana yang tidak busuk...
Bodoh mana yang tidak bangang...
Neraka mana yang tidak panas...
Setan mana yang tidak jahat...
Nafsu mana yang tidak bergelora...

Sebenarnya kerana ada orang jahil lah maka ada Nabi-Nabi yang di hantar berdakwah kepada mereka dan jadi mulia, dan kat Malaysia ni, kerana ada orang jahil lah maka korang dapat berdakwah dan seterusnya jadi manusia mulia…kerana ada orang jahil lah maka ustaz dapat pahala mengajar, kerana ada pendosalah maka korang si penasihat sukarela dapat pahala dalam usaha menyedarkan mereka..!

Setan memang mahluk yang jahat, tapi jangan gunakan alasan di perdaya setan yang membuatkan korang untuk selamba membenci, mencaci, melaknat, mengumpat, memfitnah, berdendam, bermusuh, berdengki, bertamak, berhaloba…bla bla bla…

sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan, maka..wahai kawan kawan…maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Sesiapa yang melindungi aib orang lain, maka Allah akan melindungi aib mereka....Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka insya Allah Allah akan mengampunkan dosa mereka..

ps : aku bercakap satu bahasa, dan aku tak pandai berdolak dalih, maafkanlah segera dan segala apa yang tak kena dengan penulisanku ini, aku tak paksa korang baca blog ini, dan aku hargai umur yang korang habiskan dengan membaca blog ini, maafkan aku kerana telah banyak mencuri umur korang yang berharga dalam menghabiskan setiap entry aku ..oh...maafkan aku yang selalu bercakap bahasa tua, korang bercakap bahasa muda, bahasa tua nasihat di dada, bahasa muda nafsu gelora!(kononnya aku..ish)