Saturday, July 21, 2007

Apakah Nikmat Yang Paling Patut Aku Syukuri?

Untuk hari ni, biar aku cerita tentang SYUKUR dengan serba ringkas…insyaAllah..

Korang semua tahu erti SYUKUR adalah berterima kasih kepada ALLAH akan segala NIKMAT…Akan tetapi, dalam banyak banyak nikmat ALLAH, apakah perkara yang paling paling paling PATUT korang SYUKURI?

Kuat?
Korang perasan kuat? Kat Malaysia ni ada mamat yang boleh tarik kapal terbang dengan rambut…anak perempuanya boleh tarik bas dengan gigi..kalau korang rasa diri kuat, pergilah cabar mak Atan yang kempunan telur tembakul!! Makcik tu jauh lebih brutal dari korang semua kerana berani masuk batu belah batu bertangkup..cis!! tak payah aku cerita tentang Ummat nabi terdahulu punya kuat sehinggakan boleh cabut pokok dengan tangan, belah batu dengan tangan…. Wah wah wah!

Kaya?
Jangan nak berlagak hebat..Bill Gates, Donald Trump, Firaun, Namrud, dan Qarun, adalah jauh lebih kaya dari korang…pintu rumah mereka di buat dari emas…setakat pintu pagar automatic, baik pergi belajar bukak pintu gua pakai password ali baba…he he he!

Hendsome dan jelita?
Dari jauh macam DJ Dave, dari dekat macam 'beruk sedih', baik tak payah aku cerita panjang…

Kuat berzikir?
Kaum terdahulu lagi hebat depa punya berzikir pada Allah, sehinggakan sang burung boleh buat sarang dalam janggut… wah wah wah..ummat ni bukannya ummat ibadat..

Kuat Solat?
Kaum terdahulu bila solat, sujud punya sujud atas batu, sehinggakan batu boleh melekuk, perghhhh…!!! Boleh buat peribahasa baru ni..(hmmm)

Sila ambil perhatian : Aku bukan nak argue bila korang bersyukur dengan nikmat hensem, kacak, kuat dan kaya, tapi nikmat itu nikmat umum, orang kapirpun dapat...jadi benda tu taklah hebat sangat...aku just nak korang fikir akan satu nikmat yang orang lain takde, mereka cemburu pada korang dan nak ambik tempat korang jika boleh, tapi sayang juta juta kali sayang jika kita semua terlepas untuk mengsyukuri nikmat ini!!!

Aku jugak tak bermaksud nak pertikaikan korang punya solat atau zikir yang panjang-panjang, bagus apa!!! Aku nak cerita tentang NIKMAT yang tak ada pada Ummat terdahulu yang patut kotang SYUKURI sesyukur syukurnya!!!

Iaitu.. NIKMAT yang paling korang dan aku patut Syukuri adalah Nikmat menjadi UMMAT AKHIR ZAMAN….!!!!

Kenapa?

Kerana Ummat terdahulu mintak dengan Allah nak jadi Ummat akhir zaman….Tapi Allah tak bagi, bukan itu sahaja…Nabi Terdahulupun mintak turun pangkat jadi ummat akhir zaman..

Ini dah pelik?, bayangkan seorang perdana Menteri macam Pak Lah tiba tiba mintak nak jadi macam aku rakyat biasa, wah wah wah.. tentu ada keistimewaan yang besar di sebaliknya..

Begitulah akan Nabi terdahulu yang faham tentang KELEBIHAN Ummat akhir zaman sehingga sanggup mintak dengan Allah untuk jadi ummat akhir zaman macam aku dan korang!!!

Antara Nabi yang mintak untuk jadi ummat akhir zaman adalah Nabi Ibrahim a.s, tapi Allah tak bagi, maka Nabi Ibrahim a.s mintak supaya namanya di sebut-sebut oleh ummat akhir zaman, maka asbab tu dalam tahiyyat akhir solat, Allah perintahkan korang dan aku selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s….

Nabi Musa a.s jugak ada mintak, Dan Allah tak bagi, maka baginda mintak supaya ummat akhir zaman jadi saksi akhirat kelak bahawa baginda sudah menunaikan hak dakwah kepada Firaun..itu Allah bagi (rujuk ustaz)

Dan hanya Nabi ISA a.s sahaja yang Allah terima jadi Ummat akhir zaman dan kembali di hujung umur dunia sebagai pengikut ajaran Nabi Muhamad SAW, turun untuk membatalkan kitab injilnya, dan membenarkan kitab Al-Quran…

Jadi tidakkah? korang dan aku patut berasa beruntung dan juta juta punya bertuah kerana Allah telah PILIH kita semua untuk jadi ummat akhir zaman, ummat yang terbaik?? Ini adalah JUTA JUTA punya UNTUNG!!!!!

*menurut BUZNAMA, Allah iktiraf kita ummat yang terbaik [al imran : 110] sebab :

1. kita ada Nabi yang terbaik, yang termulia dan tertinggi kedudukannya di sisi Allah

2. ummat Muhammad SAW ada 70 ribu yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan setiap seribu, 70 ribu orang lagi.

3. penghuni syurga ada 120 saf, 80 saf adalah dari ummat nabi s.a.w

4. ummat Muhammad SAW adalah ummat yang pertama masuk syurga walaupun ada umat yang lebih awal menerima kitab.

wallahu'alam

*maraji': ringkasan dari terjemahan ringkas tafsir ibnu katsir - jilid 20

Ps : Memang beruntung jadi ummat ni…tapi kita baru di ‘temuduga’ belum tentu berjaya…isk..kita baru di pilih jadi umat terbaik dan belum tentu dapat masuk syurga..banyak yang perlu di lakukan…ohhh..

No comments: