Monday, September 10, 2007

Apakah Taqwa?

jawapan akan aku berikan dalam bentuk soalan jugak, dua soalan yang mana jika korang dapat jawab soalan nih maka korang akan tahu dan faham apa itu taqwa insyaAllah…

Soalan pertama:...

JIKA SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI MASUK SYURGA KECUALI DIA , ORANG ITU PASTI ADALAH _____________?(tak termasuk orang kapir!)

Soalan kedua:…

DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA, MAKA ORANG ITU SUDAH PASTI TENTULAH__________________?

Jadi siapa kah nama orang di atas?, kalau korang dah boleh jawab nampaknya korang dah paham apa itu taqwa..insyaAllah dan untuk mendapat jawapan tersebut, korang boleh rujuk ustaz-ustaz yang berhampiran tempat anda, maksud aku pergilah belajar ugama, kat sini tak cukup, aku pun sekali! he he he…

*************

JAWAPAN (DARI PEMAHAMAN/ILMU AKU)

(kalau silap tolonglah tegur aku dan share ilmu korang pada aku..aku pun baru nak belajar ni….isk isk isk..)

Taqwa adalah gabungan antara TAKUT dan HARAP…bermakna, jika di jawab soalan di atas..

Soalan pertama: JIKA SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI MASUK SYURGA KECUALI DIA ,ORANG ITU PASTI ADALAH… AKU!!!!

Soalan kedua:…DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA,MAKA ORANG ITU SUDAH PASTI TENTULAH…AKU!!!!

Ulasan: Bermakna, jika korang dan aku rasakan betul betul dalam hati jika semua orang masuk syurga, seorang sahaja masuk neraka..itu adalah AKU, bermakna ketakutan korang dan aku terhadap Allah adalah tinggi sekali..maka jika begini, korang dan aku telah mencapai tahap TAQWA!!!! (insyaAllah)

Dan..Sekiranya juga apabila korang dan aku rasakan betul betul dalam hati jika semua orang masuk Neraka, seorang sahaja masuk syurga..itu adalah AKU!!!! bermakna harapan korang dan aku pada Allah adalah tinggi sekali dan inilah TAQWA!!!! (insyaAllah)

Nah, sekarang, mampukah kita jawab solan itu dengan jawapan "AKU"?!!!!!

(sila jawab dengan ikhlas…)

Untuk makluman, aku tak reka atau pandai pandai create statement ini, Saidina Umar R.A yang keluarkan kenyataan ini.. aku copy/paste sahaja…

Yang pasti Saidina Umar Al Khatab RA telah mencapai tahap taqwa yang sebenarnya iaitu ketakutan dan harapan kepda Allah berada pada tahap SANGAT-SANGAT TEPU…

Beliau yang memberitahu iaitu jika semua orang dalam dunia ini masuk syurga, dan seorang sahaja yang masuk neraka, akulah orangnya, kerana banyaknya dosa ku…

Dan sekiranya semua orang dalam dunia ini masuk neraka, dan seorang sahaja yang masuk syurga, akulah orangnya, kerana aku berharap pada Allah!!!!

Tapi aku, yang hina dan dina ini, kadang kadang takut Allah, kadang kadang harap Allah, dan banyak kali lupa Allah..oh…

Aku belum bertaqwa lagi…isk..isk..isk…aku belum mencapai darjat taqwa lagi..isk..isk…

Satu cerita:

Satu hari seorang anak kepada sahabat nabi SAW di colek penjahat…, Nabi meemrintahkan agar si ayah kepada si anak yang di colek ini supaya bertaqwa, bersabar, dan bertawakkal…

Di pendekkan cerita, si anak dapat lari dan bawa pulang beratus ratus kambing… Bila di tanya pada sahabat ini, apa yang di buat?

Dia berkata aku bertaqwa,bersabar dan bertawakkal..

Apa itu taqwa? Jawab sahabat ini lebih kurang maksud.. mengekang diri dari melakukan dosa, hatta dosa yang paling kecil pun…

Jadi korang semua dan aku sendiri, bila berlaku musibah, apa kita buat?

Bersabar..boleh…bertawakkal..juga boleh..Tapi bertaqwa? Boleh? (aku pun..isk isk isk..)

Bolehkan kita menahan diri dari dari berbuat dosa, terutamanya ketika bersunyi diri? Bolehkah? Tepuk dada tanya iman….isk..isk…

Aku pernah rujuk seorang ustaz, tentang apa itu TAQWA…

Katanya: Taqwa adalah takut pada Allah, jika di rujuk pada ayat Al-Quran, hampir setiap perintah Allah, di sertai dengan perkataan TAQWA, bermakna jika kamu telah buat amalan yang paling hebat sekali dalam ugama, tapi kamu masih takut kepada Allah..takut Allah tolak amalan kamu kerana dosa dosa kamu yang lalu….

Aku menyampuk: oh, patutlah lepas solatpun kita kena istighfar ye ustaz, takut Allah tak terima kerana banyak salah sini sana dan takut dengan dosa dosa yang lepas..isk..isk..

Ustaz tu kata: bagus kamu ni..

OH! Aku di puji, dan korang selalu puji aku, setiap tazkirah aku di puji, dan korang cakap aku pandai berdakwah melalui internet ni… maka aku yang nak belajar taqwa ini harus/mesti/wajib tanamkan dalam diri perasan takut pada Allah kerana di puji makhluk!!!!!

"YA ALLAH JANGANLAH AZAB AKU KERANA RAMAINYA ORANG YANG PUJI AKU, KERANA HAKIKATNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI BAHAWA BATAPA BANYAKNYA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN, AMPUNKANLAH AKU, KERANA HANYA ENGKAU YANG DAPAT MENGAMPUNKAN AKU, SEKIRANYA ENGKAU MENGAZAB AKU, AKU HANYALAH HAMBAMU, DAN HAMBAMU INI MENGETAHUI BAHAWA ENGKAU DALAH MAHA BIJAKSANA, MAKA AMPUNKANLAH AKU…isk isk isk…

(hujan pun turun untuk menambahkan suasana kesedihan hati ini..oh)

Akhir kata : Orang yang bertaqwa adalah orang yang lupa pada amalnya…(rasa macam tak buat apa apapun, semuanya dengan izin Allah)

Orang yang bertaqwa adalah orang yang tak pernah lupa pada dosanya… (terus takut bila terkenang dosanya walaupun yang dah lama…)

Dan para Nabi alahisalam adalah contoh sebaik baik taqwa kerana walaupun tiada dosa, masih takut kepada Allah!!!!!

--------------

Taqwa juga boleh di tafsirkan dengan lebih panjang lebar lagi dari 4 huruf yang membentuknya iaitu TA, QAF, WAU, YA :

TA untuk Tawadduk (merendah diri)

QAF untuk Qonaah ( cukup dgn apa yang ada)

WAU untuk Warak (mengekang diri dari berbuat dosa)

YA untuk Yakin (Tidak mensyirikkan Allah)

Jadi sampai sini sahaja, aku pun tak pandai sangat… boleh rujuk ustaz dan pakar ugama lagi untuk detail explaination, so, korang dah ada KEINGINAN, kena buat PENGORBANAN, barulah HIDAYAT akan datang..insyaAllah!!!!

Ps: biasa wanita cakap nak cari suami yang beriman, tapi aku tak dengar lagilah wanita yang cakap nak cari suami yang bertaqwa, kenapa ekk..ohhh..

2 comments:

the indie story said...

first time i'm in here. teruskan usaha anda. jika ada free datang blog saya k..

Unknown said...

insya Allah..terima kasih atas ziarah saudara..muga kita sama-sama istiqomah dalam usaha dakwah dan urusan agama..
"fastabikul khairat"