Tuesday, July 31, 2007

Jinjing dan Junjung...

(edisi merepek malam pertengahan rejab)

Kalau korang ditanya mana yang patut korang junjung? Agama atau Perkara dunia yang sementara? Korang dengan konfiden dan bersemangat akan menjawab "AGAMA!"

Dan kalau korang di tanya lagi yang mana satu patut korang jinjing? Agama atau Perkara dunia yang sementara? Dengan selamba, kerek, eksyen dan amat mudah sekali korang menjawab "Tak kan Agama kot...."

Tapi banyak yang cakap tak serupa bikin..

Para Sahabat Rasulullah SAW Junjung AGAMA dan Jinjing DUNIA.

Bila AGAMA goyah, dilepaskan dunia dan difokuskan kepada AGAMA agar AGAMA ISLAM tetap utuh dan tertegak.

Walaupun hubungan suami isteri yang amat nikmat dan bersenang lenag bersama anak-anak amat menyeronokkan (KEPERLUAN DUNIA - Juga Ibadah..sila jangan salah paham), tapi bila ada panggilan keluar ke jalan Allah (AGAMA - JIHAD - Ibadah yang amat tinggi), isteri yang menawan dan menggairahkan ditinggalkan begitu sahaja dan anak-anak yang comel dibiarkan juga.

Ya..sebab mereka junjung AGAMA dan lepaskan DUNIA yang mereka jinjing.

Ada sorang sahabat ni (tak ingat plak nama dia). Dia nak kawin, Takde duit. Bila dapat pinjam duit (atau ada orang bagi duit) dia cukup seronok. Pergi ke pasar untuk beli barang kahwin, tapi terdengar ada panggilan Jihad. Terus sahabat ni, beli barangan kelengkapan berperang guna duit kawin dia. Wah.....biar betul.......Itulah konsep Junjung AGAMA, Jinjing Dunia.

Macam korang kerja. Kerja ialah keperluan di dunia. Ia satu perintah. Tak boleh la tak kerja kan...Nak makan apa? Semua benda tak free. Kena beli. Tetapi WAJIB ingat, sepatutnya, jka kerja korang menggoyahkan AGAMA yang korang kata korang JUNJUNG, maka tingalkanlah kerja korang yang sementara itu.

Contoh : yang lelaki pegi solat berjemaah di masjid dan yang perempuan terus tunaikan solat fardhu bila masuk waktu solat. Janganlah sambil lewa mendahulukan kerja yang nak siap tu, dan mengabaikan solat jemaah…ataupun alang-alang nak goreng ikan lagi sekor..

Ataupun bila korang sibuk dengan kerja, korang dah tak sempat nak balik rumah untuk solat maghrib atau Isya' di surau atau masjid rumah korang. korang kena berusaha atasi masalah itu dan bagi masa untuk AGAMA yang korang kata korang JUNJUNG itu.

Kalau korang tak berusaha sungguh-sungguh dan dengan senang wenang hati je me'let-go'kan' solat korang, solat jemaah korang, maka korang dah salah paham. Konsep korang pada waktu itu ialah AGAMA DIJINJING, KERJA DIJUNJUNG.

Mungkin kerana korang rasa KERJA korang yang bagi rezeki, increment, bonus, perks dan macam-macam lagi. korang TERTIPU...Kalau korang meremehkan AGAMA kerana korang 'SIBUK' bekerja, maka korang telah ditipu. atau korang menipu diri sendiri. Takde keberkatan dalam rezeki…semua tu syor syaitan – harap maklum.

AGAMA itulah priority bagi korang, bukan 'kerja' korang yang bila-bila masa boleh kena buang kerja. Kalau ikut cerita orang kerja sampai tak ingat nak solat...kerja dah selesai dan dapat pujian boss, baru terhegeh-hegeh nak solat 2 minit sebelum waktu tamat. Kalau ikut cerita orang kerja tapi tak nak stop untuk solat bila tepat masuk waktu, tunngu dah siap kerja kemas rumah atau cuci kereta, baru nak solat 2 minit sebelum habis waktu. Kalau ikut cerita orang yang pentingkan kerja dari agama, kalau MATI tak sempat solat dan bertaubat macam mana?

MATI ....

MATI....bukan boleh tangguh atau reverse timing...

MATI.......takde peluang lain lagi..

MATI.......sia-sia je mati KATAK sebab TAK JUNJUNG AGAMA (walaupun perasan mengaku junjung)

MATI......sia-sia je mati tu sebab JINJING AGAMA. Amik tak endah dengan peringatan dari AlQuran, Hadith, Rasul, Ustaz, Ustazah, Mak, Ayah, kawan-kawan (siap kata ko pedulik hapa nak ceramah orang pulak, cam bagus...)

MATI. FULL STOP.

Tapi bukan semestinya dapat STOP. Takut-takut bermula azab yang tak STOP sampai bila-bila. Forever and Ever. Never Ending Story. Naudzubillah.

Orang kata bila MATI selesai masalah hutang, kenaikan pangkat, kereta baru, bini tiga, rahsia kerajaan, diburu polis...ye memang selesai. PENAMAT segala masalah dunia.

Tapi kalau MATI banyak dosa, tak sempat taubat, KUFUR, ENGKAR, DEGIL, BONGKAK, EKSYEN, maka, akan bermulalah MASALAH paling besar..

Tak ada kesusahan yang paling besar di dunia ini dari kesusahan seorang AHLI KUBUR....renungkan.....

Meskipun dikumpulkan kesusahan para Nabi dari Adam A.S hingga Muhammad S.A.W. Meskipun dikumpulkan kesusahan semua orang, mangsa hiroshima dan nagasaki ke, tawanan perang ke, mangsa rogol ke, pelajar yang tengah peperikassan akhir tapi tak pernah study ke, orang sakit tak boleh buang air besar dan macam-macam lagi.....tak boleh lawan kesusahan SEORANG AHLI KUBUR.

Ps : berazamlah untuk jadi bakal Ahli kubur yang tak bermasalah. InsyaAllah. Amiiinn…

Friday, July 27, 2007

Apakah Sabar?

selain dari mintak jodoh sampai sanggup berdoa sampai nangis-nangis, ada baiknya korang mintak dengan Allah dikurniakan KESABARAN!!!

sekarang ada korang doa sabar dengan apa yang korang tak suka? .. berapa kerat antara kita yang doa sabar dengan kesusahan berbanding yang berdoa supaya kesusahan tu hilang? Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai..lambatnya gaji..apahal boifren aku tak tepon nie…apatah lagi dengan benda yang kita benci..(contohnya jodoh yang lambat..ohhh..)

tahu kenapa Allah bertalu-talu bagi korang susah? Adakah Allah nak korang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan kesusahan? Atau Allah nak korang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korang naik? Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak ‘hati yang bersabar’…

aku bagi contoh :
jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:

“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..

Sebenarnya doa macam tu kurang tepat, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…sepatutnya korang doa macam nih…
“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi orang yang muka lebih buruk dari korang) lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yang berlaku? Kalau doa ‘sabar’ korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”

Jadi perkara yang patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!

Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang sahabat Nabi:
“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”

Kerana itu kalau korang rujuk cerita-cerita sahabat Nabi SAW yakni :

bila batu dihempap atas dada Bilal RA,
bila Khabbab RA di heret atas bara api,
Bila Sumayyah RA di seksa,
Bila Abu Bakar RA di pukul,
Bila Nabi SAW di baling batu,

Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir?
Kenapa Allah biarkan aje Nabi-Nya di baling batu dan sahabat-sahabat diseksa..? tak lain tak bukan…

Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar! ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!

Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, Sumayyah, keluarga Yasir dll?
Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita.. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar…Dan..SABAR itu kepala kepada iman….

Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup korang? Ada korang mintak hati yang bersabar?

Tidak, sebaliknya korang menjerit-jerit terlolong sana sini dan salahkan orang lain, salahkan kerajaan, salahkan polis, salahkan sekolah, salahkan ibu mengandung…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalu bunuh diri!!! Na'uzubillah…

Teringat pada Nabi SAW waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif..Nabi SAW kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mata Nabi SAW bergenang…

Teringat ketika Nabi Musa a.s sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba sekor telah lari dan Nabi Musa a.s kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka-luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka-luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, Nabi Musa a.s takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi Musa a.s belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini? Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi Musa a.s sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanaAllah…

Atau cerita Nabi Khaidir a.s yang enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar…Oleh yang demikian, kerana itulah antara nikmat yang besar dalam hidup adalah memiliki hati yang sabar…korang tahu apa itu sabar?

Sabar terbahagi kepada dua:
Satu : Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan
Dua : Sabar menahan segala penderitaan

Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!

Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..

Jadi yang belum dapat jodoh walaupun dah berada di ambang usia yang “maghrib”, dah doa belum sabar dengan ketentuan Allah?

Yang tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar dengan sifat suami?

Yang tak tahan dengan karenah majikan, dah doa belum sabar dengan sifat majikan?

Yang tak tahan dengan gaji tak cukup, dah doa belum sabar dengan rezeki Allah?

Yang tak tahan dengan karenah anak-anak, dah doa belum sabar dengan sifat anak-anak?

Yang tak tahan dengan karenah kerajaan, dah doa belum sabar dengan sifat pemimpin?

Allah akan betulkan orang yang menyusahkan kita bila kita bersabar dengan mereka yang menyusahkan kita…dan Allah akan biarkan mereka menyusahkan korang yang tak nak bersabar dengan mereka!!!

Kerana itu korang boleh tengok negara-negara yang rakyatnya terus di tindas, isteri-isteri yang terus menerus di zalimi suami..kenapa? kerana mereka bukan nak bersabar tapi tak bersyukur dan tak bersabar malahan nak menentang pula!!!

INGAT..!!! Allah yang keluarkan masalah, Allah juga yang menyelesaikan masalah..

Seorang isteri yang bersabar dengan karenah suaminya - Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak suaminya...

Seorang pekerja yang bersabar dengan karenah majikannya - Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak majikannya...

Seorang rakyat yang bersabar dengan karenah kerajaannya - Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak kerajaannyanya...

Seorang pendakwah yang bersabar dengan karenah ummatnya - Allah akan hantar Malaikat untuk membawa hidayat seluruh alam…

Seorang pembaca blog yang bersabar dengan membaca entry ini sampai habis - maka akan habislah entry ini di bacanya - tak lawak…ha ha ha

ps : apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yang patut korang doa sampai keluar air mata darah iaitu...HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..ohhh..

*korang merujuk kepada aku - harap maklum

Tuesday, July 24, 2007

Aku Nak Tanya Korang...

Aku nak tanya korang:
Ada tak or
ang yang makan nasik sahaja?
kalau kita perati kat restoren atau gerai makanan, berapa ramaikah y
ang order nak makan nasik sahaja?

Takde pulak?

Kenapa?

Dan tentu korang malu nak order nasi sajer, nanti satu kedai gelak kat korang, ha ha ha si miskin, ha ha ha! Biasanya orang yang makan nasik sahaja adalah orang yang sakit/tidak sihat…orang sebegini biasanya takde selera untuk makan, tapi terpaksa makan gak..takut meninggal di tempat kejadian..ish ish ish…

Begitulah korang semua, tentu malu nak solat wajib sahajakan? Sebab tu korang buat solat-solat sunat…bagus korang hari ini…alhamdulillah… yang lelaki korangpun malu nak solat kat rumah hari ni…korang semua solat kat masjid…korang punya ‘iman’ akan rasa gelisah bila tak solat berjemaah, bila tak buat solat 2 sunnat..alhamdulillah…dan yang perempuan korang malu kalau tak solat di awal waktu kan? Rasa gelisah je bila asyik-asyik tengok jam..”waktu dah cukup aku duk melangut lagi layang cerita pilipin Kay Tagal Kang Hinintay..ohhh..(aku le tu..)

Aku nak tanya korang,..
Korang nak pegi mana tu? korang akan jawab nak pergi makan nasik.. tetapi hakikatnya, korang tak
makan nasik aje, korang makan ngan lauk-pauk yang sedap-sedap..ikan, itik, ayam, sayur, petai bla bla bla…

Aku tanya korang lagi, nak pergi mana tu? korang jawab nak pegi sembahyang.. tetapi hakikatnya, korang tak solat aje, korang buat solat sunat, lepas tu mengaji,
zikir, baca ta’lim, iktikaf..bla bla bla..

Bagusnya korang…alhamdulillah..sebagus makan nasik dengan segala accessory dan bertambah bagus korang bila beribadah ni buat pulak ibadah tambahan.. Lepas puasa dalam bulan haram, pra puasa sya'ban, sambung puasa ramadhan, puasa pulak enam, lepas zakat, sedekah pulak..oh..terharunya aku ngan korang…sejuk perut mak korang mengandung …he he he..

Aku nak tanya korang lagi ni," kenapa tak makan nasik kosong aje.. abis makan kenyang gak"
korang jawab," mana sedap makan nasik takde lauk".

Aku tanya korang,"kenapa solat tak buat yg wajib je.. yg lain tu sunat aje.."
korang jawab,"aku takut Ibadah wajibku ada salah dan silap, moga Allah tampal dengan ibadah
-ibadah sunnat.…ohhh…”

Bagus korang semua hari ni…korang memang di cipta oleh Allah bukan untuk makan nasik sahaja, tapi siap dengan lauk, dan bila korang makan, insyaAllah badan dah sihat…korang kuat pulak beribadat…tak cukup yang wajib, korang tambah dengan solat-solat sunnat,*lepas asar pun solat sunat, dahsyat….pastu aku sendiri pun hairan..lalu tanya aku sendiri, hari ni berapa haribulan?

Nota kaki :* jangan memandai nak solat sunat lepas asar..tu waktu haram solat – harap maklum dan harap bersabar dengan lawak bodoh yang tak lawak tu..ha ha ha..

*korang merujuk kepada aku sendiri

Monday, July 23, 2007

La Tai As - Jangan Berputus Asa..

(layakkah aku ke syurga..ohh..)

Sebagai pedoman kepada semua orang, sifat Maha Pengampun adalah sifat Allah. Bila kita doa mintak ampun, buat cara seolah-olah kita betul-betul tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung-ganang. Dan ingat juga, jangan “peralat' kan sifat pemaaf Allah untuk buat lebih banyak dosa.

”ooh takpe, Allah pengampun"
(2 saat lepas tu, buat zina..tak ke bahlul?)

tapi, kalau kita buat dosa atas kelalaian, kelemahan, terlupa, etc etc.... sememangnya itu sifat manusia. tak boleh lari. dan setiap kali buat dosa, lepas kita sedar, terus minta ampun pada Allah.

jangan malu tak betempat dengan cakap tah pape:
”ehhh aku malu la, aku banyak buat dosa. aku malu ngan Tuhan untuk mintak ampun"
(memang buduh, ops! “kurang cerdik” lah ni..dah malu la kena la mintak ampun..isk isk isk..)

atau yang teruk lagi:

”ish aku rasa Tuhan tak kan ampunkan dosa aku la, dah banyak sangat dosa aku kumpul"
(orang putus harap daripada rahmat Allah. ni memang mengundang kemarahan Allah, bila hambaNya putus harap daripada rahmatNya)

atau lagi teruk..

”kau ni teruk la, dah la buat dosa hari-hari. nama je orang islam. tapi perangai cam orang bukan islam. Tuhan pon payah nak ampun kan dosa kau"
(mmg ayat ni bangang gile. takde sapa yang boleh nilai amalan, dosa dan pahala orang lain. itu urusan Allah, BUKAN ENGKAU bongok!)

nota : “engkau” adalah merujuk pada umum.

Satu cerita:

satu orang pencuri kain kapan,telah bersetubuh dengan jenazah sorang perempuan, jenazah tu siap bangun dan berkata “celakalah engkau kerana membiarkan aku dalam keadaan berhadas besar” lelaki tu terus takut (aku pun!!) dan jumpa Nabi saw, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu!

Lalu menangislah lelaki itu lalu pergi ke padang pasir setelah di kecewakan oleh Nabi, maka dia terus direct mengadu pada Allah, menangis-menangis-menangis, tidak putus ASA…lalu Allah tegur Baginda SAW lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!

So, jangan berputus ASA…!!!!

(Wahai, orang murtad, selagi belum masuk kubur, kau masih boleh pulang ke pangkuan Allah…pulang lah...ohh..)

Dua cerita:

Ada satu riwayat lebih kurang cerita, satu orang yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat segala perintah Allah, belum sempat taat mana mana perintah Allah, dah jadi jenazah…

Pendek cerita, di padang masyar kelak, apabila Allah perintahkan pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggan dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa seret dengan muka ke lantai lalu di campakkan kedalam neraka… akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat tahan/halang dia dari terjun ke neraka dan tanya…(sedang Allah Maha mengetahui,subhanaAllah), bertanya Allah: kenapa berlari nak terjun ke neraka, sedangkan orang lain enggan?(lebih kurang maksud)

Maka kata hamba Allah ni:
Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh-sungguh…dengan berlari terjun ke Neraka…

Maka korang tahu apa keputusan Allah Yang Maha Pengasih?

Allah masukkan dia dalam syurga, tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah.. aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut ..dan...DAH dah dah dah!!!

Jangan jadi bodonh bangang dan jangan nak berangan-angan!
Jangan anggap keputusan Allah main main…!!!! Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)

Tiga cerita:

Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di padang mahsyar kelak, semua orang akan di timbang amalannya, yang baik dan yang buruk, jika buruk-lebih masuk neraka, dan jika baik-lebih masuk syurga, begitulah sebaliknya.

Bagaimana pula jika sama berat?

Bak sini aku cerita…

Maka seorang hamba Allah ni apabila ditimbang dosa pahala, syukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat..50% amalan kebaikan, dan 50% amalan kejahatan..
Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk syurga…
Maka berjalanlah dia di padang mashyar mencari kenalan dan sanak saudara di dalam lautan manusia, dengan harapan adalah nanti kawan, teman, taulan, atau kaum keluarga yang sudi memberi akan satu pahala sahaja!!, agar dia layak masuk syurga dan selamat dari azab api neraka…
Punyalah ramai manusia (pergi pc fair pun dah rasa ramai sangat orang, apatah lagi padang masyar..oh!!!Akan tetapi walaupun dah jumpa isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan, tapi semua tak sanggup bagi walaupun satu pahala, kerana satu pahala kat akhirat begitu berharga!!!

Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid bagi lelaki, dan pahala solat di awal waktu bagi wanita takde orang pedulipun..isk..isk.., aku ler nie..oh

Nota kuku: hari ni, satu orang kaya, bila acu pistol, akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama, bermakna di dunia ni yang paling penting adalah masa… tapi kat padang masyar, masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dpt satu pahala!!

Nota kiki: Bersabar dengan lawak aku yang tak lawak dan karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat gak pahala.., aku rasalah, jika korang sabar..isk..isk..

Sambung cerita, setelah lebih kurang 40 tahun mencari pahala, maka satu orang hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:
“aku tengok engkau ke sana sini, bertahun tahun lamanya, apa yang kau cari?

Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar..

Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi..:
“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu sajer pahala sajer dan ada 99 baki dosa, semoga engkau dpt masuk syurga…”

Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu kepada Mizan Allah(tempat timbangan) dengan mengambil masa lebih kurang 40 tahun jugak…

Ringkas cerita:
“Allah sbw tanya,: dari mana kamu dpt satu pahala ini?(lebih kurang maksud)

Lalu lelaki itu cerita panjang lebar...
(Sedang Allah Maha Mengetahui - SubhanaAllah)

Lantas Allah berfirman…lebih kurang maksud:
“panggil ke mari lelaki yang bagi engkau satu pahala itu”

Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu dalm 40 tahun lebih kurang..

“eh, kau tak masuk syurga lagi?”
Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..

“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”
Kata lelaki yang ada 99 dosa itu:

“argh, sudah!! Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…”(oh)

Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap Allah dengan kadar 40 tahun lebih kurang…

Nota: sudah 160 tahun, oit jantan! baik korang solat jemaah, satu langkah satu pahala..!!!pumpuan, solat awal waktu..ingat ni..!!aku pun!!

ok, sambung balik:
Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya… kedua dua lelaki itu masuk syurga kenapa?
Kerana mereka tidak berputus ASA!!!!

Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang ada fikir macam nie, korang termasuk dalm golongan yang berputus ASA!!!!Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)

dan...DAH dah dah dah!!!

Jangan jadi bodoh bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan main main dengan keputusan Allah...

Aku nak bercerita bahawa di akhirat pun jangan ber putus ASA dengan Rahmat Allah, apatah lagi di dunia!!!Tapi jika korang sengaja plan tak nak taat perintah Allah dengan menyangka kat akhirat nanti Allah tak sampai hati nak azab aku/korang...barulah aku bertanya?

layakkah aku/korang sebaris dengan adam, idris, nuh, hud, solih, ibrahim, lut, ismail, ishaq, ya'qub, yusuf, ayub, syuib, musa, harun, zulkifli, daud, sulaiman, ilyas, ilyasa', yunus, zakaria, yahya, isa wakhirun khatimul anbiya' muhammad al mustofa.... ?

So, JANGANLAH BERPUTUS ASA PADA ALLAH YANG ESA DI DUNIA INI LAGI!!!!

Ps: Beramallah di dunia, jangan berputus asa.. Allah pernah memberi peluang taubat pada firaun yang mengaku Tuhan dan telah membunuh 17 ribu bayi…pulanglah pada Allah, walaupun dosa semalam sebesar gunung meninggi awan, walaupun…sibuk!!! Kerana malaikat maut tak peduli dengan engkau punya sibuk!!!!Dah masuk kubur baru tak sibuk...oh..!!

Pss:..hehe nama-nama nabi aku hafal sebab hafal lirik lagu 25 rasul (raihan)... alhamdulillah. terima kasih pada raihan.terima kasih sekali lagi..

Saturday, July 21, 2007

Apakah Nikmat Yang Paling Patut Aku Syukuri?

Untuk hari ni, biar aku cerita tentang SYUKUR dengan serba ringkas…insyaAllah..

Korang semua tahu erti SYUKUR adalah berterima kasih kepada ALLAH akan segala NIKMAT…Akan tetapi, dalam banyak banyak nikmat ALLAH, apakah perkara yang paling paling paling PATUT korang SYUKURI?

Kuat?
Korang perasan kuat? Kat Malaysia ni ada mamat yang boleh tarik kapal terbang dengan rambut…anak perempuanya boleh tarik bas dengan gigi..kalau korang rasa diri kuat, pergilah cabar mak Atan yang kempunan telur tembakul!! Makcik tu jauh lebih brutal dari korang semua kerana berani masuk batu belah batu bertangkup..cis!! tak payah aku cerita tentang Ummat nabi terdahulu punya kuat sehinggakan boleh cabut pokok dengan tangan, belah batu dengan tangan…. Wah wah wah!

Kaya?
Jangan nak berlagak hebat..Bill Gates, Donald Trump, Firaun, Namrud, dan Qarun, adalah jauh lebih kaya dari korang…pintu rumah mereka di buat dari emas…setakat pintu pagar automatic, baik pergi belajar bukak pintu gua pakai password ali baba…he he he!

Hendsome dan jelita?
Dari jauh macam DJ Dave, dari dekat macam 'beruk sedih', baik tak payah aku cerita panjang…

Kuat berzikir?
Kaum terdahulu lagi hebat depa punya berzikir pada Allah, sehinggakan sang burung boleh buat sarang dalam janggut… wah wah wah..ummat ni bukannya ummat ibadat..

Kuat Solat?
Kaum terdahulu bila solat, sujud punya sujud atas batu, sehinggakan batu boleh melekuk, perghhhh…!!! Boleh buat peribahasa baru ni..(hmmm)

Sila ambil perhatian : Aku bukan nak argue bila korang bersyukur dengan nikmat hensem, kacak, kuat dan kaya, tapi nikmat itu nikmat umum, orang kapirpun dapat...jadi benda tu taklah hebat sangat...aku just nak korang fikir akan satu nikmat yang orang lain takde, mereka cemburu pada korang dan nak ambik tempat korang jika boleh, tapi sayang juta juta kali sayang jika kita semua terlepas untuk mengsyukuri nikmat ini!!!

Aku jugak tak bermaksud nak pertikaikan korang punya solat atau zikir yang panjang-panjang, bagus apa!!! Aku nak cerita tentang NIKMAT yang tak ada pada Ummat terdahulu yang patut kotang SYUKURI sesyukur syukurnya!!!

Iaitu.. NIKMAT yang paling korang dan aku patut Syukuri adalah Nikmat menjadi UMMAT AKHIR ZAMAN….!!!!

Kenapa?

Kerana Ummat terdahulu mintak dengan Allah nak jadi Ummat akhir zaman….Tapi Allah tak bagi, bukan itu sahaja…Nabi Terdahulupun mintak turun pangkat jadi ummat akhir zaman..

Ini dah pelik?, bayangkan seorang perdana Menteri macam Pak Lah tiba tiba mintak nak jadi macam aku rakyat biasa, wah wah wah.. tentu ada keistimewaan yang besar di sebaliknya..

Begitulah akan Nabi terdahulu yang faham tentang KELEBIHAN Ummat akhir zaman sehingga sanggup mintak dengan Allah untuk jadi ummat akhir zaman macam aku dan korang!!!

Antara Nabi yang mintak untuk jadi ummat akhir zaman adalah Nabi Ibrahim a.s, tapi Allah tak bagi, maka Nabi Ibrahim a.s mintak supaya namanya di sebut-sebut oleh ummat akhir zaman, maka asbab tu dalam tahiyyat akhir solat, Allah perintahkan korang dan aku selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s….

Nabi Musa a.s jugak ada mintak, Dan Allah tak bagi, maka baginda mintak supaya ummat akhir zaman jadi saksi akhirat kelak bahawa baginda sudah menunaikan hak dakwah kepada Firaun..itu Allah bagi (rujuk ustaz)

Dan hanya Nabi ISA a.s sahaja yang Allah terima jadi Ummat akhir zaman dan kembali di hujung umur dunia sebagai pengikut ajaran Nabi Muhamad SAW, turun untuk membatalkan kitab injilnya, dan membenarkan kitab Al-Quran…

Jadi tidakkah? korang dan aku patut berasa beruntung dan juta juta punya bertuah kerana Allah telah PILIH kita semua untuk jadi ummat akhir zaman, ummat yang terbaik?? Ini adalah JUTA JUTA punya UNTUNG!!!!!

*menurut BUZNAMA, Allah iktiraf kita ummat yang terbaik [al imran : 110] sebab :

1. kita ada Nabi yang terbaik, yang termulia dan tertinggi kedudukannya di sisi Allah

2. ummat Muhammad SAW ada 70 ribu yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan setiap seribu, 70 ribu orang lagi.

3. penghuni syurga ada 120 saf, 80 saf adalah dari ummat nabi s.a.w

4. ummat Muhammad SAW adalah ummat yang pertama masuk syurga walaupun ada umat yang lebih awal menerima kitab.

wallahu'alam

*maraji': ringkasan dari terjemahan ringkas tafsir ibnu katsir - jilid 20

Ps : Memang beruntung jadi ummat ni…tapi kita baru di ‘temuduga’ belum tentu berjaya…isk..kita baru di pilih jadi umat terbaik dan belum tentu dapat masuk syurga..banyak yang perlu di lakukan…ohhh..

Thursday, July 19, 2007

Mari Membebel

( jangan ada "su'udzhon di antara kita..la la la...)

Jangan Berburuk sangka walaupun dengan orang jahat. Kalau nak berburuk sangka boleh, iaitu time orang lelaki ajak orang perempuan duduk berdua-duaan atau vice versa.. memang kena sangat buruk sangka, walaupun yang ajak tu ustaz yang alim berserban janggut sampai lutut hatta berbaju kurta sekalipun ataupun ustazah yang berbaju jubah besar dan tudung macam selimut pun ..... mengerti?

Pendek cerita..,
Dunia ini rosak bila manusia hidup dengan berburuk sangka..
Rumah tangga akan rosak bila pasangan saling berburuk sangka
Kerja opis akan rosak bila rakan sepejabat asyik berburuk sangka
Negara akan rosak bila rakyat berburuk sangka dengan pemimpin
Ugama akan rosak bila hamba berburuk sangka dengan Allah..


Penting kena sangka baik.., bersangka baiklah dengan Allah tentang takdir buruk kita, tentang doa kita yang tak makbul, tentang nasib malang kita, dan lain lain, semuanya akan membawa kita kepada kehidupan yang bahagia dunia akhirat

Dan ramai orang yang murtad adalah berasal daripada mereka yang berburuk sangak dengan Allah..oh!


Ada riwayat menyatakan jika kita bersangka baik dengan seorang yang jahat, maka Allah akan hantar satu malaikat untuk buat orang jahat tu baik dengan kita yang sangka baik ni.. insyAllah..

Pernah jadi tak kes camni?

Orang kata: kau jangan rapat dengan si X, dia tu begitu begini (akhlak buruk)
Aku kata: takdelah, dia dengan aku, ok jer..

Orang kata: tapi dia tu bahaya, suka pukul orang, suka buat amal ahli nereka, suka bla bla bla..
Aku kata: takdelah, dia dengan aku, ok jer..

Korang perasan tak? “Dengan aku dia OK... jer” he he he.., mungkin dia jahat.., tapi nabi ajar kita sangka baik, dan tak kanlah kerana dia jahat kita kena buang sikap baik kita..? akhirnya orang yang jahat itu selalu buat baik kepada kita.., akhirnya Lord Voldermoth berbaik baik dengan encik Harry Potter.. encik Albus Dumbledore pun pun he he he (aku dah melalut)

Maka janganlah biarkan korang hidup dalam dunia berburuk sangka..

Bangun pagi dan korang tengok berus gigi kesayang korang jatuh dalam lubang toilet jangan terus pikir sape yang tak suka korang, kerana mungkin berus gigi tu terjatuh dengan tidak sengaja ataupun andai korang bagi salam dan orang tu tak jawab, jangan terus buruk sangka , mungkin orang tu tak jawab salam korang sebab sedang tahan kentut.., berburuk sangka hanya akan menyebabkan hidup korang dalam kegelapan dan menjadi bodoh dalam pertimbangan..

ps : berburuk sangka ni bilamana jika korang lakukan jugak, maka rumah tangga korang akan porak peranda, persaudaraan korang akan putus di tengah jalan, kerja dunia korang akan kucar kacir, Negara akan huru hara dan seterusnya mengundang perperangan saudara, tercetusnya perang dunia dan akhir sekali kedahsyatan azab kubur, kepanasan mahsyar, kerasnya hisab dan azab api neraka...ohh..!!!

Wednesday, July 18, 2007

Paksa - Ibadah - Dakwah

satu cerita :

berlaku pada suatu zaman di mana islam menjadi cinta pertama manusia dan dunia menjadi keutamaan terakhir. Namun masih ada insan yang gagal mencapai cahaya Penciptanya, seperti seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah untuk mencari rezeki. Dia masuk ke rumah sasarannya dan mengintai apa yang ada untuk dia.

kiri:takde apa

kanan:takde apar2 gak

bawah:takde apa yang available

atas: lagi ler, langsung takde paper.

kesimpulan: salah target - rumah orang papa kedana

sedang dia terhendap-hendap, tetiba dia disergah oleh oleh tuan rumah. bukan lelaki ganas, bukan pemuda gagah tetapi seorang wanita jua seorang wali Allah, Rabiatul Adawiyyah yang ketika itu sedang bangun malam menghadap cinta Tuhannya. Dia sound pencuri tu :

"nampak gayung pada tiang tu?".

Terkebil-kebil mamat tu.

"ambik!"

pencuri itu mengikut tanpa bicara.

"pegi ambik wudhu"

pencuri itu ikut dengan hati yang berdebar-debar.

"pegi solat sunat dua rakaat!"

arah Rabiatul Adawiyyah dengan penuh yakin.

pencuri itu pon solat sunat dua rakaat. Rabiatul Adawiyyah lantas berdoa ketika itu. "Ya Allah, hamba mu itu susah, mengharap rezeki, tapi aku ni miskin, takde apa-apa, kau bagilah sedikit daripada rezekiMu kepada dia, Ya Allah".

Ok, kembali pada si pencuri tadi.

dia yang selesai solat sunat dua rakaat tadi, bangun. bukan bangun nak membelasah Rabiatul Adawiyyah, tapi bangun untuk solat sunat lagi, kemudian bangun lagi untuk solat. Subhanallah. Dia telah menemui kasih sejati bersama Tuhannya.

ok..skarang cuba korang lihat pada Rabiatul Adawiyyah, ada ciri seorang pendakwah yang sebenar.

1. BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM - kat situ ada bekalan seorang dai’e.

2. rumahnya TIADA APA - zuhud, dia redha sekiranya dunia bukan miliknya tetapi tidak redha sekiranya akhirat bukan miliknya.

3. dia TIDAK TAKUT dengan pencuri biarpun wanita, ditengah malam, sornag2 lak tu.kerana apa? kerana dia takut dengan tuhannya lebih dari dia takutkan makhluk. Kalau tengok kat ummat Islam hari ni tiada siapa yang takut kerana apa? kerana kita sendiri tidak takut dengan Al Qawiyy Tuhan kita semua.

4. SURUH pencuri solat - sediakan alternatif untuk mad'unya. dia tidak membebel. tapi bagi plan of action.

5. DOAkan mad'u nya- hadiah yang terindah untuk mad'u

ok, skarang pada si pencuri, akan ternampak ciri-ciri mad'u yang sebenar.

1. TAKUT dan rasa TERPAKSA dengan Rabiatul Adawiyyah - kat sinilah bermulanya nilai iman. perlu paksa meninggalkan jahiliyyah - keras dan tegas pada diri...(kalu korang tak paksa diri sapa lagi nak paksa...huh?)

2. SOLAT SUNAT - tiada jawapan untuk segala persoalan hidup melainkan kembali pada Allah tuhan pemilik Hidayah...”mohonlah pertolongan Allah dengan SOLAT dan SABAR…”

3. SOLAT LAGI - Istiqamah dalam ibadah- ohh..baru nampak betapa manisnya iman

so kesimpulannya, aku kata : kitalah dai’e, kitalah mad'u. renunglah kebesaran Allah, nescaya segala makhluk yang membelenggu kita akan kecil sekecilnya. fikirkan indahnya nikmat syurga Allah, nescaya lebur kenikmatan dunia. Kenangilah pedihnya azab Allah, nescaya segala kesukaran di dunia ini akan jadi mudah dan rendah nilainya. Allahu Rabbi.

ps: ni aku petik dari Qalamullah.. bunyiknya lebih kurang gini :

"Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri".?"

[Fussilat : 33]

Tuesday, July 17, 2007

Kenapa Gelisah?

Hmmm..bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan dan sering bimbang sesuatu yang buruk berlaku..

Baiklah!
Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah gelisah tanpa sebab...

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.. menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati start resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?

Orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri..dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang..tumpukan perhatian kepada Allah dan belajar kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama..tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol..cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung..nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sajer tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah*’ seperti dulu..mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti dulu)

Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…

Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian dalam gua, bila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi? badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan ‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…kemudian bila pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu seterusnya.., dan Nabi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s

Sebenarnya kita akan masuk syurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang...maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati.. jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?


Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran..Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana..kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar..maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

”Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. “

(Ar- Ra'd : 28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen lebar..ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam bentuk medium lain..

Selamat mencari ketenangan!!!

Ps: Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..tidakkah korang mahu menjadi jenazah yang bila di lihat : sungguh nampak tenang?

Monday, July 16, 2007

Suasana Iman

balik dari majlis taklim merangkap bayan di rumah akhi yusuf hasan di kidurong pagi tadi, aku terfikir satu mende, manusia ni terkesan dengan suasana...dan nak dapatkan iman kena duduk dalam suasana iman...macamana suasana iman tu?iaitu majlis yang didalamnya memperkatakan kebesaran Allah,hadis-hadis nabi,kisah para sahabat dan sahabiah,majlis zikir, etc...

satu cerita dari BUZNAMA (Berita dari UstaZ yang aku tak ingat NAMA ):

pernah dengar tak kisah Ibrahim Adham ...Ibrahim Adham nie kira orang alim le...sufi ke apa tak ingat pulak aku..(sapa ingat tolong bagitau aku..)satu hari dia mundar-mandir dalam rumah dia..pikir macamana nak dapatkan iman.Puas dia ke hulu, di pegi ke hilir pulak sambil carik jawapan.

Last-last Allah tarbiyah dia.Dia dengar macam ada benda kat atas bumbung rumah dia dan keluar ,tengok ada orang(sebenarnya malaikat menyamar jadi manusia) atas bumbung rumah dia. Dia pun tanya "Ko buat apa kat atas bumbung rumah aku ni?"

Orang tu jawab "aku cari unta aku yang hilang laaa..."

Dia jawab balik "bodoh betul ko nih...nak cari unta pergilah kat padang rumput sana...mana ada unta kat atas bumbung rumah ni?

Orang tu pulak jawab balik "Ko pun sama laaa..nak cari iman pergilah keluar jalan Allah...bukannya mundar-mandir dalam rumah"...lebih kurang begitulah ceritanya.

So aku kata : nak dapat beras kena buat usaha atas beras..kena tanam padi kat sawah padi ( sebagai mediumnya), bajak sawah, jaga sawah, tuai padi sampai jadik beras.....atau kalau nak dapat anak, kena la jumpa isteri korang secara “berdepan” untuk buat “usaha” nak dapatkan anak, aku nak tanya sikit, boleh ke korang dapat anak jika korang buat ___________(isi sendirik, aku tau pembaca aku tak slow..ha ha ha..) dari jauh atau secara "PJJ"?isk..pergilah jumpa isteri korang dan pujuk rayu, jika isteri kau tak nak, tak boleh rogol dia walapupun hakikatnya dia adalah isteri engkau, begitulah ummat, pergilah jumpa mereka dan pujuk rayu mereka supaya kembali kepada Allah, jika dia enggan, janganlah ‘rogol’ dia!!! Berdoalah kepada Allah dengan linangan air mata supaya isteri kau menyerah diri, faham tak..?

begitu jugak le sunatullahnya...nak dapat iman...kenalah buat usaha atas iman..kena keluar jalan Allah iaitu berdakwah. (sebagai mediumnya), boleh insyaAllah?

Ps : Dakwah adalah tulang belakang ugama, tanpa dakwah ugama akan lumpuh, dan ugama memang sedang lumpuh sekarang ini kerana aku dan korang sedang sibuk mematahkan tulang belakang ugama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi SAW..isk..isk.., sedang orang murtad berbondong bondong…dan maksiat berleluasa di sana sini..ohhh…

Friday, July 13, 2007

Mana Satu Nak Tacke Dulu?

di satu wad emergency (kecemasan) telah diusung masuk satu jasad yang koma dan belum jadi jenazah lagi ni yang begitu parah keadaannya akibat terlibat dalam satu accident.

tulang peha kanannya patah-patah dan terperosok keluar...menembusi kulit..perutnya pulak terbelah, hampir terkeluar isi perut...mata kiri hancur...tempurung kepala retak dan begitu banyak sekali luka-luka diseluruh badan, kaki dan tangan......this man is bleeding to death!!!..

lepas tu datang pulak sorang doktor...cehh...kool aje dia tengok bendalah yg berdarah-darah depan mata dia tu....korang tahu tak apa dia buat?mana satu nak tackle dulu?mata ke..perut dulu ke...atau tulang peha dulu?...atau luka-luka kat serata badan?...baiklah, mari sini aku tolong jawabkan...

first andn foremost...doktor ni akan periksa dulu BLS ( BASIC LIFE SUPPORT ) pada jasad tu dan cuba untuk maintain/secure BLS ni dulu..

BLS = ABC which is :
1.Airway
2.Breathing
3.Circulation....

sebab dalam medic, BLS nie le merupakan asas/basic yang Allah dah beri untuk seseorang tu hidup...kalau ko tackle keparahan yang lain dulu dann ignore mende BLS ni...alamat naik kereta jenazah cepat le jasad tu...ok skarang comes the main issue...

Anggap jasad yang kat atas tu macam keadaan umat islam sekarang nie...dengan segala 'keparahan' umat yang berlaku...mana satu ko nak tackle dulu?

- ekonomi?
- pertahanan?
- akhlak/sosial?
- kewangan?
- kepandaian?
- kepakaran?
- negara?

ko sebut je...apa yang aku nampak, semuanya parah belaka sekarang nie...

bagi aku, tackle le yang basic dulu...sebab bila basic/foundation dah strong...insyaAllah automaticly yang lain akan survive (jadi baik)...ape basic dlm agama..?

Lagi mau tanya ka?...IMAN le kawan...dan inilah yang Rasulullah SAW buat pada para sahabat selama 13 tahun di Mekah...mantapkan IMAN dulu dalam diri kita melalui usaha dakwah (jangan asyik nak mantapkan si"anu" je)...barulah jadi 'kami dengar dan kami taat' bukannya 'kami dengar dan kami bantah'..ohhh...

Siapa yang tak sokong ekonomi Islam, pemerintahan Islam, hukum-hakam Islam dan segala-galanya pasal Islam?...woii...aku sokong 100%..weh...jgn tuduh aku kapir.....

akan tetapi...

Berbaloikah dengan ekonomi Islam jika rakyatnya masih amal rasuah/riba...bank Islam dah ada...pinjaman perbankan Islam dah ada..tapi orang Islam masih sibuk join pelaburan haram, tikam ekor,judi..blaa..blaaa...Yang lain tu korang citer le sendiri dan lihatlah sendiri di sekeliling korang...aku malas nak cerita ...

Satu je kesimpulan yang aku buat dalam hal ini...iaitu umat Islam sekarang nie dilanda krisis/penyakit IMAN yang amat dahsyat ( iman aku pun belum mantap gak nie..ohhh..)

Satu kisah yang sampai kat telinga aku ( sahih atau tak...wallahua'lam tapi ada pangajaran di sebaliknya )....sorang mamat nie, sekarang dah bertaubat (dulunya seorang pencuri)telah dipotong kedua-dua tangannya sebab kerja mencurinya...dan bila ditanya 'kenapa tangan kau kena potong'...dia jawab (lebih kurang)...'tangan yg mencuri tidak layak berada pada jasad yang mengucap kalimah Laaillahaillallah'....inilah natijah daripada iman yang mantap...

Macamana nak mantapkan iman?...takde cara lain melainkan keluar berdakwah...lagi dan lagi dan lagi...sampai bila?....sampai jadi jenazah....sekian celoteh aku..doakan barakah umur bagi aku jika aku masih hidup esok hari untuk istiqamah dalam dakwah..sampai jadik jenazah..

Wednesday, July 11, 2007

Cari Suami?

(tips mencari suami..)

Aku just nak bagi hint dan petunjuk blue clues…, supaya korang mudah untuk mempraktikkan tips tips mengenai bagaimana mencari bakal suami yang baik…, maklumlah jika dapat yang ‘out of spec’ atau dengan kata sebenarnya: lelaki yang ‘kureeeng’ beriman, nanti bila dah kahwin kelak, dapatlah korang dua perkara. Iaitu:-

  1. Dapat anak...
  2. Dapat sabar..(Sabooor jer ler..ish.isk..)

Aku pun clik 'google' sebagai rujukan pantas untuk mencari kecirian yang perlu ada bagi setiap lelaki beriman merangkap bakal suami aku..

Akhirnya aku berpuas hati dengan satu hadith yang aku rujuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang aku ringkaskan dalam bentuk point, iaitu:-

RASULULLAH SAW bersabda lebih kurang maksud:

Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; iaitu:-

  1. Pemerintah yang adil,
  2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
  4. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
  5. Lelaki yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
  6. Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
  7. Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,

    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hmmm, jika ketujuh-tujuh golongan lelaki di atas berkahwin dengan aku, maka berbahgialah aku hendaknya., insyaAllah..he he he...

Baiklah, sekarang aku akan huraikan keinginan aku kepada bakal suami sekalian, yang aku rujuk berpandukan hadith di atas, DAN…, aku bukan nak tafsir hadith, bukannn..aku tak reti bab tu, aku just nak terangkan kepada bakal suami aku akan kespesifikasian atau standard yang aku idamkan dalam mencari suami idaman… mencari astana idaman..., insyaAllah..

Ok, kita pergi kepada yang pertama:

1. LELAKI YANG MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN..

Bagaimana korang nak tahu bahawa lelaki yang datang melamar korang sambil tersengih sengih itu adalah seorang yang mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang adil lagi sejati?

Mmmmm, kebolehan seorang pemimpin adalah di nilai melalui keedah yang mereka gunakan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, teknik atau cara menyelesaikan sesuatu masalah adalah standard yang jelas untuk menilai kehebatan atau kebengapan seseorang bakal pemimpin rumahtangga., so apa kata kita timbulkan masalah untuk uji bakal suami korang?

Apa ujian yang kita nak timbulkan?, suruh bakal suami terangkan teori republic? Terangkan teori karl marx? Atau suruh bakal suami belajar ilmu ikhlas macam drama “kiamat sudah dekat”?

baiklah, ada riwayat dari seorang sahabat Nabi SAW (aku lupa nama sahabat itu..oh),

"cukuplah seorang itu di anggap jahat, apabila dia mengkritik rezeki yang di hidangkan.."

Nota: Nabi SAW tidak pernah mengkritik makanan walaupun tidak sedap..

Oh!, patutlah orang tua zaman dulu-dulu, para si mertua akan hidangkan air kopi yang di taruk garam, sajer nak test kepimpinan bakal menantu menyelesaikan masalah, baiklah, aku nak tanya kat orang bujang,.. jika korang orang lelaki menerima ujian hidup seperti ini, apa korang akan buat pada bakal bapak mertua?

Terangkan tentang penyakit darah tinggi?, Buat-buat pengsan? Berlakon jawab hand phone lalu siram pokok bunga dengan air kopi masin tu? He he he, sini aku nak bagi tips, korang mintak air panas kosong satu cawan lagi dan keluarkan satu paket minuman tongkat ali segera he he he..

Eh, aku melalut pulak?! Aku bukan nak ajar korang licik depan mertua, tapi nak bagi tips kepada bakal mertua mencari menantu sebenarnya… oh!

So sifat lelaki yang mempunyai sifat kepimpinan yang sejati dan Islamic adalah orang lelaki yang masuk masjid kaki kanan, keluar masjid kaki kiri, masuk jamban kaki kiri sambil menutup kepala, basuh berak dengan tangan kiri, kencing duduk sambil berdehem.. ehem, ehem, korek hidung dengan tangan kiri, tidak suka melihat kemaluan orang lain termasuk kemaluan diri sendiri, makan dengan tangan kanan dan jari kanan, tidur di lambung kanan, menutup mulut bila menguap bla bla bla boleh rujuk ustaz dan kitab..

K.e.r.a.n.a.

dalam diri manusia ada sektul daging yang menjadi pemimpin kepada semua anggota iaitu hati, jika hati bersih maka akan baik dan betullah cara penggunan seluruh anggota tubuh badan serta kemaluan dan lain lain…, so, jika anggota badan yang melekat kat tubuh badan pun tak boleh nak handle, macam mana nak handle anak dara orang???

Dan cara korang nak dapatkan jawapan dari bakal menantu pulak, terpulanglah kepada kebijaksanaan korang, samaada nak gunakan bilik cermin gelap, atau buat ujian bertulis, atau apa sajer, lantaklah… end.

Ok, sekarang kita pergi pada bab yang kedua lelaki beriman:-

2. LELAKI YANG MASIH MUDA BELIA SERTA SIHAT TAPI RAJIN BERIBADAT MACAM ORANG TUA YANG DAH NAK MATI…

Jika lelaki tu orang muda, belum cecah umur 25 tahun, tiada virus HIV, lalu datang jumpa kerana nak kahwin dengan korang, maka di alu alukan… he he he.., inilah ciri-ciri lelaki beriman, nak kahwin awal..

Sila-sila, jemput naik, kita bincang kat atas ngan mak bapak saya.., sila sila (senyum malu malu..ha ha ha..)

Sementara menghabiskan teh’ tarik dan keropok goreng ni, kita pergi pada syarat-syarat yang seterusnya…, ingat!!! ada TUJUH syarat semuanya.. 2 dah lepas, ada 5 lagi , sabar...

next!

3. LELAKI YANG MASIH MUDA TAPI SELALU LEPAK DI MASJID MACAM ORANG TUA..

Bakal suami aku mestilah seorang yang solat berjemaah 5 waktu di masjid, kalau ada ustaz atau ulamak yang nak kahwin dengan aku, tapi tak istiqamah solat berjemaah, boleh blahhh, mana ada kebahagian berkahwin dengan lelaki yang tak suka solat berjemaah?? Setuju tak duhai orang perempuan yang dah kahwin dengan suami yang malas pergi masjid???

-----------

Ciri ciri orang beriman, bila dengar nama ALLAH, akan gementar hatinya.., tapi bila ada bakal suami yang dengar AZAN, selamba jer buat donno.., boleh blah walaupun ustaz.., syoooh..pergilah main jauh jauh.., ha ha ha…

Kahwin ni orang cakap seolah olah membina masjid, korang beria ria nak bina masjid tapi malas ke masjid.., apa kes?!!

4. LELAKI YANG MEJAGA KEMALUAN SEKSNYA..

Menjaga kemaluan di sini bukanlah di tujukan kepada orang bujang yang sentiasa buat senaman harimau dan amalkan makan tongkat ali serta sentiasa pergi berurut untuk panjangkan dan besarkan kemaluan.. bukan!!!

Huh, belum kahwin dan makan tongkat ali, apa kes? Tak yakin dengan kemaluan sendiri ke? Huh memalukan betul.., dah dah dah cukup!, maksud menjaga kemaluan di sini adalah lelaki yang tidak melakukan hubungan seks sebelum kahwin kerana takutkan Allah…

Lelaki yang tak pegang tangan perempuan, lelaki yang tak ‘ringan ringan’, lelaki yang tak suruh awek dia buat oral seks, lelaki yang TAKUT betul pada Allah sehingga apabila di goda oleh artis wanita paling popular, ia akan berkata, sesungguhnya, aku takut kepada Allah.. oh!

Wahai aweks aweks sekalian, Setuju tak jika aku kata: kebanyakkan lelaki yang bercouple, dia akan ambik kesempatan ke atas wanita dengan suka meramas buah dada dan buat oral seks, setuju tak?

Tapi si aweks aweks itu tak dapat jawab soalan aku kerana ___________(sila isi tempat kosong).., buruk betul akhlak muda mudi zaman la ni, ...oh!!! bertaubatlah.., kembalilah ke pangkal jalan..., masih sempat buat U turn.. isk isk..

Maka wahai korang orang lelaki, jika korang dah tak tahan nak bersetubuh dan korang takut kepada Allah.., cepatlah berkahwin, dan insyaAllah aku akan pertimbangkan permohonan korang, tapi masih tertaluk kepada terma dan syarat..

Selamat berharap!!!

5. LELAKI YANG MENANGIS KETIKA BERSUNYI DIRI KERANA TAKUTKAN ALLAH.

Macam mana aku nak pastikan bakal suami aku tu adalah seorang yang menangis di malam hari? Macam mana aku nak pastikan bakal suami aku tu adalah seorang yang bertahajjud dan menangis?

Agak susah nak dapatkan petunjuk ‘blue clues’ ni..Tapi yang aku tahu, lelaki yang rajin beriktikaf di masjid adalah lelaki yang rajin bersolat tahajjud.

So, syarat yang ke lima, korang hendaklah seorang yang RAJIN (tidur sambil berniat) iktikaf di masjid kerana ALLAH, korang sekalu iktikaf di masjid malam malam...

korang kata: alahai, beratnya syarat ini..oh (he he he…)

Selamat menangis!!!

6. LELAKI YANG TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU MENAHU …

Lelaki ini jika dia bersedekah dengan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri, maka tangan kiri tidak tahu bahawa tangan kanan telah bersedekah walaupun tangan kiri di kawal oleh otak kanan, kerana tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang memberi lebih baik daripada tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang menerima dari tangan kanan dan kiri, bersukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri.., arghhhh, pening kepala aku!!! pendek kata korang mestilah ada ilmu IKHLAS…

So, korang kena belajar ilmu ilhlas dulu.., nanti aku buat ujian oral.. hehe he (macamlah aku tahu ilmu ihlas..oh)

Selamat belajar!!


7. LELAKI YANG BERTEMU KERANA ALLAH…

Last! wahai para bakal suami...

  • Di hari Raya, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana Hari Raya?
  • Di kenduri kendara, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana ada kenduri kendara?
  • Di rumah sewa, Korang jumpa kawan korang kerana nak pinjam DVD atau kerana ALLAH?
  • Di hari Jumaat, korang pergi jumpa kawan kawan di masjid kerana ALLAH atau kerana Hari tu hari jumaat?, semua orang pergi masjid, tak bestlah aku jika tak pergi masjid…?
  • DAN Hari ini, korang datang jumpa bapak aku kerana ALLAH atau kerana nak pinang aku?

Jadi, walaupun akhirnya korang akan cakap, korang bertemu kerana ALLAH walaupun hakikatnya ada alasan yang lain mendahului, namun, aku tetap mencari suami yang mana, beliau bertemu lelaki lain hanya kerana ALLAH!!! Tiada yang lain, Hanya ALLAH!!!

Maka aku tafsirkan lelaki ini kepada pendakwah yang tak mintak upah, dan berdakwah yang ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW..

Maka, jika ada pendakwah yang tak mintak upah dan berdakwah ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW.., lalu datang nak pinang aku, maka aku ucapkan..

SELAMAT DATANG..!!!

Nota: tapi aku tak nak kahwin dengan pendakwah ‘bebas’… dan kreadit untuk mereka yang ada pangkat datok, berharta, jutawan, hartawan (setelah memenuhi 7 kateria di atas, he he he)

"Eh, kenapa hadith ni cerita tentang lelaki sahaja di bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat mana?"

Aku kata setelah di rujuk kepada BURNAMA…Iaitu: Berita dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA...

Semua isteri tujuh golongan lelaki tadi telah masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya kerana akan di solek seindah indahnya untuk menanti sang suami..

Maka,… Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu..

Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri TUJUH golongan lelaki itu..

(semoga akulah wanita yang beruntung itu..ohhh..)

Selamat bermadu!!!

Wasalam…

Ps: Sebelum jadi jenazah…, beruntunglah seorang lelaki yang membesarkan anak perempuannya dengan didikan ugama lalu mengahwinkannya.., beruntunglah...

Sunday, July 8, 2007

Apakah Takdir?

(soal hati…)

Apabila disebut pasal takdir sebenarnya dah ada dua golongan yang telah membuat kesilapan yang besar (saya perasan betul), pertama golongan jabariah dan kedua golongan kadariah, betul tak fakta aku ni?

Atau lebih senang nak faham satu golongan yang yakin semuanya dari Allah lalu tak payah buat-apa apa kerana dah di takdirkan, syurga pahala, apa nak susah-susah?

Manakala satu lagi yang yakin semuanya dari kita sendiri .. siapa usaha dia dapat, siapa tak usaha dia tak dapat..ni banyak orang kapirlah nie…Jadi kesimpulannya kedua-duanya adalah salah!! (saya perasan betul dan pandai..oh..)

Sebenarnya aku takut nak tulis kerana takut salah, tapi jika aku tak tulis dah tentu aku salah kerana takde orang yang tahu aku betul atau salah..oh, maka aku tulis apa yang aku rasa tak salah, namun sekiranya ada yang salah, silalah betulkan..silalah!!!

Ok, untuk menjawab tentang takdir..

Biarlah aku bermula dengan lafaz
bismillahirahmanirahhim..
Mintak ampun maaf kat korang jika tak dapat memberi jawapan atau gambaran yang tepat, mintak ampun dengan linangan air mata kepada Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang…

---------------

Dalam dunia ini ada dua perkara yang berlegar di sekeliling kita,iaitu:

Sunnatullah
-
Sunnatullah bermaksud Qadak dan Qadar, seperti contoh, buat baik dapat baik, buat jahat dapat jahat, atau seperti gula yang manis, garam yang masin maka benda benda tu di kenali sebagai asbab, maka ini adalah sunahtullah.. iaitu ketentuan Allah..

Kudratullah
-
Kudratullah pula adalah kuasa mutlak dari Allah tanpa asbab seperti Allah jadikan matahari, Allah jadikan setan atau Allah jadikan kita manusia.. ini adalah takdir Allah, Alhamdulilah Allah jadikan korang manusia, Allah boleh jadikan korang batu api neraka atau Allah jadikan korang sebagai setan,, walaubagaimanapun, Allah telah mengtakdirkan korang dan aku menjadi manusia.. ini adalah kudrat Allah…

orang yang tak faham dengan takdir Allah, bila berlaku sesuatu dalam hidup dia, maka imannya akan rosak, sebab dia belum kenal Allah, belum kenal kehendak Allah…bila harga barang naik dia terus marah-marah, bila rumah dia naik air(banjir) terus marah-marah, terus tunding jari, terus nampak(khayshaf) keburukkan orang lain, terus tunjuk perasaan seperti orang yang takde tuhan yang membuatkan iman dia rosak..Macam anjing yang bodoh, bila orang baling kayu, digigitnya kayu…lepas tu baling batu kat dia, anjing bodoh tu gigit pulak batu tu, anjing tu gigit ngan marah dan anggap dia telah buat keputusan yang bijak, bodoh sebenarnya, last-last orang tembak ngan peluru baru mampus!

Begitu jugak manusia hari ini, lupa pada takdir, lupa pada qada dan qadar, bila datang sesuatu ujian, terus serang, mogok dan tunjuk perasan, buat seolah-olah Allah takde , menentang dangan cara yang salah…
(sampai bila korang nak gigit kayu dan batu!)

Sebenarnya bila malaikat di perintahkan oleh Allah untuk ditiupkan roh kedalam jasad korang dalam perut mak korang, maka pada masa itu juga telah tertulis rezeki korang banyak mana, korang kahwin dengan sape, bila tarikh korang mati, berapa banyak amalan korang yang baik dan yang jahat semuanya di tulis.. bermakna jika korang ada ijazah tapi masih still menanggur, atau korang muka cun tapi takde pakwe .., atau korang minat gila siti tapi siti kahwin dengan Dato K, atau korang sihat tiba tiba mati, tak payahlah nak berserabut fikir buang masa duduk termenung menggigit meja..semuanya sudah di takdirkan oleh Allah…

(aku harap korang baca sampai habis-takut salah faham-lalu bertanya: , kalau dah macam tu, kenapa kita mesti dipersalahkan atas dosa kita? Sedangkan Allah yang menentukan segala-galanya? Allah dah tentukan apa yang kita akan buat, apa yang akan jadi. Kenapa masih ada syurga dan neraka?)

Sekejap, jangan buat kenyatan berdasarkan nafsu serakah lagi, guna otak....relax, biar aku explain (saya perasan bijak)

Untuk memudahkan korang semua, aku pecahkan entry ini kepada 4 bahagian, iaitu:

1. KETETAPAN

2. PILIHAN

3. SOAL HATI

4. NIAT

Ok, kita pergi pada bab ketetapan dulu.. biar korang faham pasal rezeki, jodoh, mati dan lain-lain adalah sudah di tetapkan Allah…

-------------------------------
1. KETETAPAN..

Pasal ketetapan aku pecah pulak pada 3, iaitu :

  • Rezeki
  • Maut
  • Jodoh

Mula mula aku cerita pasal ketetapan REZEKI…

Pada suatu hari seorang lelaki yang tidak percaya kepada takdir telah pergi berjumpa dengan Nabi Sulaiman a.s dan bertanya, ada tak makanan yang bukan rezeki dia, tapi dia nak makan… ?

Maka Nabi Sulaiman a.s telah bagi satu kacang sambil menyatakan bahawa kacang ini adalah rezeki ayam di sebuah tempat yang amat jauh… macam Malaysia dengan Libya katakan..

Maka si mamat ni ketawa terbahak-bahak lalu makan kacang tu… untuk membuktikan bahawa rezeki kacang tu adalah milik dia dan bukan milik ayam seperti yang di takdirkan Allah, belum sempat dia telan atau kunyah makanan tu, oleh kerana terlalu banyak ketawa, maka kacang itu telah terperosok ke dalam hidung..

Oleh kerana kacang itu agak besar (barangkali), maka si pemuda ini telah menderita kerana kacang yang tersumbat dalam hidungnya tidak dapat di keluarkan walaupun telah di gunakan berbagai-bagai cara!! Maka ramai orang telah menasihati pemuda itu supaya pergi ke tempat yang jauh macam ‘Libya’ tu… kerana di situ tinggalnya doctor pakar sakit hidung, oleh yang demikian, demi hidung dan hidup yang sihat, maka si mamat ni pergilah ke ‘Libya’ tu…

Di pendekkan cerita setelah doctor di sana memberi satu ramuan yang berbau ‘tengit’ lebih kurang , maka si pemuda itu pun bersinlah dan kacang telah keluar lalu jatuh ke dalam semak berhampiran klinik itu…
Pada masa yang sama ada seekor ayam yang sedang mencari-cari makanan sambil mengais-ngais di sekitar semak, lalu si pemuda itu lekas-lekas masuk semak dan cari kacang tu, maka berlumba lumbalah si pemuda itu dan ayam mencari kacang.. dan seperti takdir tuhan, ayam yang jumpa dan terus makan kacang tu!!! Ha ha ha!

Maka insaflah si mamat ni kerana benarlah bahawa rezeki memang dah di tetapkan oleh Allah..

Maka pada korang yang yakin dengan adanya ilmu dunia maka hidup korang akan senang, atau mudah dapat rezeki, maka itu adalah kefahaman yang salah (saya perasan betul lagi..oh) huh, aku dah banyak menyaksikan ketentuan Allah ni, siti nurhaliza, mawi yang tak masuk U boleh jadi jutawan, yang masuk U merempat di jalanan, bukan aku nak kata salah korang belajar tinggi-tinggi atau nak bagi galakkan kat adik-adik di sekolah supaya abaikan pelajaran, bodohlah aku buat statement demikian dan bodohlah korang jika faham demikian, aku tak kata salah belajar tinggi, tapi yakin dengan adanya ilmu hidup korang akan senang, negara akan berjaya.. duit akan dapat di kuasai, itu dah jadi syirik namanya, sebab yakin selain dari Allah boleh bagi manafaat…

Apa yang aku nak bagitahu sebenarnya yang gagal masuk U janganlah bunuh diri!!! Allah dah takdirkan korang tak berjaya, yang tak berduit, yang miskin.. relaxlah, dunia ni syurga orang kapir, jangan berebut dengan mereka, Allah bagitahu jika kamu nak dunia kamu pergilah ambik, tapi kamu akan dapat apa yang Allah tetapkan sahaja… itulah takdir…

ingat!, REZEKI AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

-----------
Ok, masuk bab kedua, bab ketetapan ajal

Aku bagi cerita lain pulak, satu hari Nabi Sulaiman a.s buat satu jamuan makan, lalu di jemputnya semua sahabat-sahabat dia, tapi ada pulak baginda punya sahabat, satu orang yang tak makan.. masa nak balik kena salam dulu ngan tuan rumah, maka bila bersalam, Nabi Sulaiman as tanya sedap tak makanan tadi?, si hamba Allah ni serba salah sebab dia tak makan, nak cakap tak makan takut kecik hati pulak Nabi Sulaiman as , nak menipu -berdosa, apatah lagi Nabi Sulaiman ada banyak mukjizat ,

Maka si hamba Allah ni pun berterus terang(lebih kurang)
Saya memang nak makan tapi baru jer nak suap ada sorang hamba Allah duduk depan saya sambil merenung tepat ke mata saya, serba salah jadinya.. renungan matanya sugguh tajam buat saya hilang selera, dan sampai majlis habis, dia masih memandang saya, macamana saya nak makan?, sekarangpun dia masih merenung saya.. gelisah betul!!

Maka Nabi Sulaiman a.s bertanya mana orang tu?, bila di tunjuk memang orang tu masih ada kat situ sambil merenung ke arah sahabat tadi, maka Nabi Sulaiman bagitahu itu adalah malaikat maut!!!

Maka si sahabat ini mintak jasa baik Nabi Sulaiman a.s hantar dia ke tempat yang tak ada orang, maka Nabi Sulaiman a.s suruh dia pejam mata sambil pegang jubah baginda, bila dah letih pejam mata, bukaklah mata, maka sahabat ini pun buat, pegang jubah dan pejam mata, bila dah agak lama dia pun bukak mata.. memang dia duduk kat tempat yang takde orang, kat sebuah padang pasir..tapi malaikat maut sajer yang ada kat depan dia sambil tersenyum…

Berkata malaikat maut…lebih kurang maksud:
Hari ini Allah perintahkan aku ambil nyawa kamu di tempat yang tak ada orang, tapi bila aku turun jumpa kamu, aku terkejut kerana kamu berada di tempat yang ramai orang dan kamu pulak nak makan, sedangkan hari ini rezeki kamu dah takde, tapi sekarang baru aku boleh ambil nyawa kamu, kerana di sinilah tempatnya kamu patut mati…

Jadi kepada korang semua, waktu korang akan mati atau bagaimana korang akan mati, tak payahlah nak serabut-serabut fikir, Allah dah tetap dah, tapi janganlah pulak lepas ni tak nak ikat tali pinggang kaledar sebab maut dah tetap, buat usaha untuk selamatkan diri adalah perintah Allah, tapi yakin dengan usaha diri sendiri boleh selamat, maka itu adalah salah!!!

Jika semua penjahat dan pengganas atau tentera israel berkumpul nak bunuh korang, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua doctor, bomoh, pawang, dukun, tok batin dan ahli farmasi berkumpul untuk bagi nyawa korang panjang, mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah takdir…

Pendek kata semua orang akan mati, walaupun isteri korang doctor, anak anakpun doctor, menantu tok bomoh, depan rumah ada farmasi, belakang rumah ada hospital, berjiran pulak dengan penjual mesin jangka hayat bla bla bla… korang tetap akan jadi jenazah yang busuk dan berulat!!!!

------------------
masuk kepada perihal jodoh, biar aku yang perasan bijak ni cerita sikit serba ringkas.. bab ketetapan jodoh

Ini juga berlaku di zaman Nabi Sulaiman a.s, seekor burung garuda yang tidak percaya dengan takdir telah cuba memisahkan jodoh seorang puteri dengan anak raja, maka setelah di bagitahu jodoh seorang puteri untuk masa hadapan maka si garuda ini telah mengculik sang puteri lalu menyembunyikan di sebuah pulau untuk satu tempoh yang lama, pada suatu hari sang puteri teringin nak makan sejenis buah yang besar(aku lupa nama buah tu).. maka si garuda pun terbang dan terjumpa satu buah yang besar sedang hanyut dalam laut, maka bila di hidangkan pada puteri, maka sang puteri jadikan buah itu sebagai rumah,

Di pendekkan cerita bila dah berlalu satu tempoh yang patut puteri tu kahwin, maka si garuda ini telah bawa buah itu yang puteri duduk kat dalam kepada Nabi Sulaiman a.s .. sambil bagitahu bahawa dia telah berjaya mengubah takdir, tapi alangkah terkejutnya si garuda ini bilamana dalam buah itu sudah ada sang putera.. aku pendekan cerita, rupa-rupanya putera raja ini telah mencari sang puteri dan buat bahtera daripada buah yang puteri tu suka makan…fikir sendiri cerita cinta ini, korang kan suka barangan? He he he

Sebab tu bila Awie bercinta dengan Erra dalam ‘sembilu’, sebab dah takde jodoh, erra kahwin dengan orang lain bla bla bla… maka tak payahlah korang nak bunuh diri bila aweks atau balaks korang blah dan kahwin dengan makluk lain..kahwin dengan datok K, tak payah!!!!

sebab, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

Orang yang paling faham tentang takdir.. dah tentulah sahabat sahabat Nabi SAW. Aku cerita balik :

Seorang yahudi jumpa Nabi dan mintak izin untuk uji iman sahabat, maka Nabi benarkan, lalu orang yahudi ni telah duduk depan masjid dan menunggu kedatangan sahabat-sahabat.

pendek cerita:Abu bakar r.a datang ke masjid dan orang yahudi ni tumbuk dia, tapi abu bakar hanya berlalu sahaja. (semuanya dari Allah, sudah ketetapan Allah)

Kemudian datang Saidina umar,r.a pun di tumbuk oleh orang yahudi, Saidina umar hanya melihat sahaja dan masuk masjid.

Kemudian datang pulak saidina usman r.a juga ditumbuk, saidina usman sempat bertanya kenapa tumbuk? Belum sempat orang yahudi tu jawab, Usman r.a telah masuk ke masjid.

Akhir sekali datang saidina Ali r.a, juga ditumbuk oleh orang yahudi, Saidina Ali membalas tumbukan orang yahudi itu dan masuk kemasjid.

Apa moral cerita ini? Korang akan faham bahawa semuanya adalah dari Allah, bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah , tidak ada satu pun yang berkebetulan, yang baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yang ke enam! Ramai member aku jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", dan menentang serta mempertikaikan "kebetulan itu, kebetulan ini", maka iman dia pada Allah SWT telah rosak.!!

-------------------

2. PILIHAN

Ok, sekarang aku rasa korang dah dapat gambaran tentang ketetapan Allah, tapi dalam hidup ini ada perkara yang menarik yang tak dapat dalam lain-lain kehidupan.. iaitu PILIHAN

Seperti yang korang semua tahu,
Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:

- sebelum
- semasa
- selepas

atau untuk lagi mudah faham:

1. Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)

2. Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua kutuk)

3. Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, syurga)

Tahukah korang?
Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan kehidupan ketiga.

Tahukah korang?
Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan dengan kehidupan selepas hidup

Tahukah korang?
Apakah persamaan itu?

Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
KORANG TIDAK BOLEH MEMBUAT PILIHAN…!

Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim..
korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

- Nak jadi orang islam…

- Nak jadi orang melayu..

- Nak jadi jelita…

- Nak jadi anak orang kaya

- Nak lahir di hospital first class

- Nak lahir hari jummat

- Nak jadi anak artis

- Nak jadi anak raja

- Nak jadi lelaki…

TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!

KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN, SIAPA KORANG AKAN JADI..TAHUKAH KORANG BAHAWA INILAH TAKDIR!

Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak, peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat, korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

- Nak kembali kedunia walau sesaat

- Nak jalan-jalan kubur orang lain

- Nak jadi hantu

- Nak balik kampong ziarah anak

- Nak tidur

- Nak kiamat cepat

- Nak beribadat

- Nak jadi orang baik

- Nak jadi tanah…

- Nak jadi jenazah

- Tak nak jawab soalan malaikat

TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!

KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN, APAKAH NASIB KORANG NANTI…DAN TAHUKAH KORANG BAHAWA INILAH TAKDIR!

Dan tahukah korang bahawa takdir di kehidupan ketiga adalah berdasarkan pilihan yang korang dan aku buat di kehidupan kedua..? Dan didunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat PILIHAN.. Dan segala pilihan kita di sini akan menentukan masa depan kita disana iaitu di akhirat kelak… Oleh yang demikian :

KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN, KITA TAK NAK BUAT PILIHAN…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN, DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN!

(mengerti?!)

Korang dan aku jangan sombong kalau lahir sebagai orang islam, anak orang kaya, cantik rupa paras…siapa yang sombong dengan takdir Allah ni memang celakalah padahnya..kerana apa yang aku dan korang dpt adalah ehsan Allah semata-mata..

Kepada yang cacat, miskin dan kapir janganlah korang rasa hina dan ‘gagal’..tak perlu bunuh diri kerana takdir…Allah Maha Adil.. Allah tak letakkan kejayaan korang di ‘next world’..pada ‘siapa’ korang, tapi kejayaan adalah pada ‘pilihan’ korang… kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘pilihan’ yang betul…Aku ulangi..

KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!!!!

- Korang di beri 2 perkara untuk memilih di antara 2 perkara…

- Korang di beri Otak dan Hati untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan…

dan binasalah korang jika mengikut 2 perkara…dalam memilih di antara 2 perkara…

- Binasalah korang jika mengikut Nasfu dan setan dalam memilih jalan kebaikan atau jalan kebinasaan… (termasuk aku!)

berikut adalah pilihan-pilihan yang di minta oleh mereka yang berada dalam neraka…tapi tidak di layan!!

-Ya Allah kembalikanlah kami kedunia untuk beramal soleh…!!!

-Ya Allah ampunkanlah kami dan bebaskanlah kami dari azab ini..!!!

-Ya Allah berikanlah kami air dan makanan…kami lapar dan dahaga yang amat..!!!

-Ya Allah kurangkanlah azab kami sedikit…!!!

-Ya Allah matikanlah kami..!!!

-Ya Allah jadikanlah kami tanah…!!!

Maka menangislah wahai mata di dunia ini kerana menangis di sana walaupun keluar air mata darah..dah tiada guna sedikitpun… Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah….oh..!!!

-----------------------

So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul… Tapi di sini seolah-olah bercanggah dengan bab ketetapan tadi jika semuanya telah di tetapkan, kenapa perlu buat pilihan?

Ok, jika korang pergi kedai makan, bila waitress tanya nak makan apa? Korang boleh buat keputusan nak makan apa, nak nasi lemak ke… nak nasi goreng ke…, tapi bila waitress tu cakap: maaflah bang, nasi lemak dan nasi goreng dah habis yang ada mee bandung sajer.. maka di sini menunjukan bahawa korang boleh membuat pilihan tapi Allah still yang buat keputusan, sebab tu jika korang nak benda tu tapi dapat benda ni, dan nak benda ni tapi dapat benda tu, nak kat awek tu tapi awek tu nak kat orang lain..kenapa? itulah yang korang kena faham, sebab Allah tak akan hukum korang melalui takdir yang Dia tetapkan tapi Allah akan hukum korang melalui pilihan korang, ada pening tak?(aku pun pening gak..ish..)

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...

(contoh : satu orang buat pilihan nak jadi hafiz dan berusha sungguh-sungguh, tapi tak sempat kerana sudah di takdirkan mati, maka di akhirat kelak dia akan di bangkitkan bersama para hafiz...atau satu orang buat pilihan nak ikut cara nabi sungguh-sungguh tapi tak berjaya amal semuanya sebab dah takdir, sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi insyaAllah…dan ini yang membawanya ke syurga…)

Hebatnya Allah bila mana bila menciptakan dunia ini ada dua perkara yang berjalan serentak, pertama pilihan korang, kedua segalanya sudah di tetapkan!!! Dan hanya mereka yang mempunyai sangkaan yang baik akan dapat nampak dua perjalan ini..pilihan dan takdir!!!

Dan hanya ALLAH yang mampu mewujudkan dua keadaan ini..iaitu PILIHAN DAN TAKDIR!!!

Oleh yang demikian, kekadang bila korang nak pergi solat berjemaah perut pulak sakit nak berak, maka bila korang berak, orang dah sudah selesai solat berjemaah… korang tak perlu rasa terkilan yang amat sebab terlepas pahala 27 kerana sudah di takdirkan korang tak dapat pergi solat jemaah kerana korang sakit perut nak berak dan memangpun korang berniat dan telah buat usaha, untuk orang kes macam ni, ada hadith yang bagi tahu sapa-sapa yang nak pergi solat jemaah, tapi darurat, macam pengsan atau sakit nak berak, maka dia tetap dapat pahala jamaah,

Jadi yang penting kat sini adalah usaha dalam membuat pilihan, jika tak dapat nak beramal sedangkan korang sudah buat pilihan yang betul… itu adalah satu kejayaan, sebab tu ada cerita orang kapir baru masuk islam lalu pergi perang dan mati tanpa sempat solat dan buat amal-amal lain lagi, tapi Nabi Muhammad saw bersabda bahawa dia adalah ahli syurga kerana dia berada pada jalan yang benar!!! Dia telah mebuat pilihan yang betul dan di takdirkan terus mati….Korang rasa pening kepala tak? Ok, cool… relaks, Baca tajuk seterusnya:

------------------

3. SOAL HATI

Baiklah aku pergi perlahan-lahan, Sebenarnya bolehlah di buat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah telah tetapkan atau takdirkan kepada semua orang, dan korang semua akan dapat 4 perkara ini yang mana bukan 4 perkara ini yang menentukan syurga dan neraka tetapi ‘soal hati’ yang bakal menentukan hari akhirat kelak..!!!

a).KESENANGAN

b).KESUSAHAN

c).PAHALA

d).DOSA

Korang tentu tak paham bukan? Jika semuanya telah di tetapkan kenapa perlu kita ajak orang buat baik? Kenapa perlu kita mencegah mungkar?

OK, macam nie, Allah pernah tegur Nabi Muhammad SAW yang sedih kerana dah banyak kali ajak bapak saudara dia masuk islam tapi tak dapat kerana Hidayat di tangan Allah.. dan sudah di takdirkan yang Abu Talib tak masuk islam kerana Allah dah tengok hati dia memang tak nak!! Ini adalah soal hati!!

Jika korang nak tahu apabila ummat jahiliah minum arak dalam tengkorak berdarah, tawaf kaabah dengan berbogel, sembah 360 tuhan, apakah perkara pertama sekali yang Allah buat pada nabi sebelum jadi Nabi?

Ya! Allah hantar malaikat jibrail a.s supaya "cuci" HATI Nabi SAW..

Dan Nabi SAW bersabda lebih kurang maksud: dalam diri manusia jika hatinya baik, maka selamatlah dia!!!

Maka kerana itu apabila Nabi SAW ajak sahabat masuk islam, perkara pertama yang Nabi SAW ajar adalah SYUKUR..iaitu syukur dengan nikmat IMAN!!

Syukur kerana tanpa iman korang akan kekal dalam api nereka selama-lamanya!!
Tapi jika korang ada iman walaupun sebesar zarahpun akan masuk syurga akhirnya..Syurga yang paling kecil.. tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.Menjadi raja yang Lebih Hebat dari kerajaan Nabi Sulaiman as.yang mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam syurga selama-lamanya..

Dan Nabi SAW pernah solat sampai bengkak kaki, bila di tegur Aisyah r.a, kenapa tuan solat sampai bengak kaki?, bukankah tuan takde dosa..? NAbi SAW bagitahu aku ingin jadi hamba Allah yang bersyukur..apa itu syukur..iaitu keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain!!

Kerana itu semua sahabat bila dapat kalimah Tauhid terus nak kongsi dengan orang lain, terus dakwah orang lain , itulah syukur, macam korang jalan jalan tiba tiba nampak pemandangan cantik maka korang akan ajak orang lain sama, lainlah jika korang tamak…

Hari ini ummat islam tamak dengan nikmat islam bila tak nak ajak orang kapir masuk islam (macamlah aku buat,oh.. tentu celaka pada diriku sendiri bila cakap benda yang tak amal..is..isk..)

.................

a) KESENANGAN

Perkara pertama kita pergi bab kesenangan yang telah di takdirkan…Jadi bila korang di takdirkan SENANG, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi senang, semuanya dari Allah!! Dan jika korang bersyukur dengan nikmat itu, itulah jalan yang membawa korang ke syurga!!

Dan jika korang sombong dengan nikmat tu pasti masuk neraka!! Jadi orang kaya jangan nak berlagak!! Tsunami datang tak sampai 10 minit habis musnah harta korang, jangan nak berbangga dengan takdir tuhan, buat buku rahsia kejayaan, bla bla bla bla .. ingat orang yang ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka, kerana sombong ini adalah ‘pakaian’ Allah, dan Allah tak benarkan mana-mana hamba dia pakai ‘pakaian’ ini..

Jadi secara kesimpulanya masuk syurga bukan sebab korang miskin atau kaya, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk syurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SYUKUR atau SOMBONG !!
Ingat!! Syukur dan sombong adalah SOAL HATI!!!!

................

b) KESUSAHAN

Begitu juga jika korang susah, miskin, anak kecik mati, suami curang, muka hodoh , tak pas exam, dan lain-lain..jangan nak menangis atau melolong macam orang gila!! Semuanya dah di takdirkan Allah, Jadi bila korang sudah di takdirkan SUSAH, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi susah, semuanya dari Allah!!

Dan jika korang bersabar dengan kesusahan itu, itulah jalan yang membawa korang ke syurga!! Dan jika korang berburuk sangka dengan tuhan yang bagi korang susah tu pasti masuk neraka!! Jadi secara kesimpulanya masuk syurga bukan sebab korang miskin .., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk syurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SABAR atau BERBURUK SANGKA ATAU BERKELUH KESAH!!!

Ingat!! SABAR dan BERBURUK SANGKA adalah SOAL HATI!!!!

Kerana itulah terdapat kisah seorang ahli neraka apabila hendak dilontarkan kedalam neraka lalu ia berkata, sesungguhnya aku berbaik sangka dengan Allah.. maka Allah buat keputusan dia adalah ahli syurga, kerana di dunia dulupun mungkin dia kurang amal ibadat, tapi setiap keputusan Allah dalam hidup dia berbaik sangka.. semuanya dari Allah, langsung tak komplen..

Jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..

Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…

Sepatutnya korang doa macam nih…“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi orang yang muka lebih buruk dari korang) lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yang berlaku?
Kalau doa ‘sabar’korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he…”

Jadi perkara yang patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!Apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yang patut korang doa sampai kelaur air mata darah!!!Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..Ini SOAL HATI!!!

.............

c) PAHALA

Berkenaan pahala pulak, aku dah malas nak cerita, Cuma aku nak bagitahu jika korang dah buat amal sebanyak manapun, janganlah nak berlagak, kerana itu adalah pilihan Allah atau dalam takdir Allah, sebab masuk syurga bukan kerana banyaknya amal, tapi semata mata rahmat Allah, Setan lagi banyak amalannya dulu sebelum jadi iblis, sebab tu bila korang buat amalan kebaikan tak semestinya korang boleh berpuas hati sebab bila korang RIAK.. alamak celakalah padahnya, kerana hanya amalan yang ikhlas sahaja di terima Allah…

Apa itu riak? Buat kerana ada kepentingan lain, nak orang puji dan bla bla blahhh
Jadi secara kesimpulannya masuk syurga bukan sebab korang banyak amal.., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk syurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu IKHLAS atau RIAK!!!
Ingat!! IKHLAS atau RIAK adalah SOAL HATI!!!!

.........................

d) DOSA

Berbalik pada dosa, pun sama!! Jangan hina orang yang buat dosa, kerana dia telah di takdirkan oleh Allah, Allah boleh buat korang pulak terlibat dengan dosa yang di buat mereka, dan Allah bagitahu jika dosa korang banyak manapun Allah akan ampunkan, dengan syarat korang taubat, apa itu taubat? korang NIAT tak nak buat lagi..

Jadi secara kesimpulannya masuk Neraka bukan sebab korang banyak dosa, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk neraka di tentukan oleh hati korang iaitu korang ada NIAT tak nak buat lagi yang bermaksud TAUBAT… so ini soal hati, ada orang yang buat dosa dan rasa bangga, dan ada orang yang buat dosa lalu beristigfar dan menangis, so, ini soal hati !!!!

Ingat!! BANGGA dengan dosa atau menyesal dengan dosa adalah soal hati!!!

Adakah korang rasa menyesal dengan dosa korang atau adakah korang bangga dengan dosa korang? Isk..isk…

----

Jadi , secara mudah fahamnya, bila Allah ciptakan roh dulu-dulu..Allah telak letakkan hati kedalam setiap diri manusia, melalui pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana, maka Allah telah tahu apa soal hati korang masing-masing, maka dengan pengetahuan Allah maka diperintahnya kalam menulis masa depan korang masing masing, dan NAbi SAW bagitahu, pena menulis takdir telah di angkat dari buku takdir dan dakwat di buku itu juga sudah kering yang bermaksud, segalanya sudah tidak berubah lagi!!!!

Lalu bila jasad korang berumur 4 bulan maka sekali lagi Allah perintahkan malaikat menulis segala perjalan hidup korang termasuk, rezeki, jodoh, amalan kebaikan, keburukan, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…

Dan bila korang start baligh maka dua malaikat di kiri kanan akan di tugaskan sekali lagi menulis apa yang korang dah buat samada baik ataupun buruk dan sudah tentu perkara itu adalah sama dengan apa yang sudah tertulis di kitab takdir…cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…

Oleh yang demikian, Ada riwayat menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab buku amalan kejahatannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli syurga, dan ada seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing tapi masuk syurga, kerana ini adalah SOAL HATI.

Riwayat yang lain pula menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli syurga, sebab buku amalan kebaikannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli Neraka, sebab tak ikhlas, ikhlas adalah SOAL HATI.

Ada pembunuh yang telah membunuh seratus orang dan malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab tak pernah buat baik.... tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli syurga, walaupun dia seorang pembunuh kerana ini adalah SOAL HATI…(rujuk ustaz)

Bermakna secara mudah nak bagi faham: Malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah, namun keputusan kat akhirat adalah berdasarkan hati korang…ini adalah soal hati!!

Jadi oleh kerana malaikat tak tahu soal hati korang, dan Nabi SAW telah ajar sahabat tentang soal hati…Maka buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat-sifat hati yang membawa ke syurga seperti :

Syukur, Sabar, khusuk, khuduk, tawadduk, Husnul Zon, Ikhlas, Redha dan lain-lain lagi soal hati, dan..Hindarilah dan doalah di selamatkan dari penyakit hati yang boleh membawa ke neraka seperti Kufur, Buruk Sangka, sombong, riak, ajub, takkabur, dan lain-lain lagi soal hati..oh..

Ketahulah bahawa hati korang yang sama itulah akan di bawa ke hadapan Allah dan akan di putuskan kelak sama ada hati itu mendapat nikmat syurga atau mendapat azab Neraka…oh…

------------------------

4-NIAT

Ok , last… Segala AMAL bermula dengan NIAT

Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu… , satu orang jahat telah bunuh 99 orang dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu orang alim…orang alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…hinggalah berjumpa dengan orang alim yang ke 101, dan orang alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yang ramai orang jahat tu ke kampong sebelah yang ramai orang baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..dalam perjalanan, dengan izin Allah dia mati…mati tanpa sempat bertaubat..Malaikat punya faham si pembunuh 100 orang ni adalah ahli Neraka..tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SYURGA…KENAPA? Kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niatnya…

Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang menzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas menzahirkan niatnya itu, insyaAllah dia di kira ahli syurga!!! Kerana Allah MAha mengatahui hatinya dan tahu jika dia hidup pun 1000 tahun lagi, dia memang tetap akan jadi baik!!!

Oleh kerana niat belum di takdirkan oleh Allah dan hatta malaikat pun tak tahu sebenarnya niat korang ni.. Cuma bila korang nak buat baik maka malaikat pun tercium bau wangi, dan di tulis satu pahala… dan bila korang niat nak buat jahat pula maka malaikat akan tercium bau busuk, walaucamnepun malaikat tak tulis lagi sehinggalah korang buat dosa yang korang niatkan itu…

MAKA marilah kita buat niat sekarang..bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU!!

Pembunuh di atas masuk syurga kerana dia mati dalam keadan menzahirkan niat!!!
Dan marilah kita menzahirkan Niat dengan meberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA..

Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah menzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, dia hanya menzahirkan niat sahaja dan sudah takdir dia tak dapat harta yang sebanyak itu.. tapi kerana sudah menzahirkan niat..maka ianya di kira oleh ALLAH!!!

Marilah menangis, kerana itu adalah menzahirkan taubat!!!!

Lihat beberapa contoh penzahiran niat oleh sahabat R.A:

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang kapir telah menangis sambil mengzahirkan niatnya: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis…dia dipujuk orang, tapi dia berkata sambil menzahirkan niatnya: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

Jika korang niat dalam hati nak taat perintah Allah sahaja, malaikat tak tahu dan di tulis hanya satu pahala…(melaikat tulis satu pahala kerana hati korang berbau wangi bila ada niat yang baik) Tapi bila korang zahirkan niat tu,maka malaikat akan tulis dalam buku amalan kebaikan, itu yang zahir..soal hati hanya Allah yang tahu!!!

Kalau korang nak zahirkan niat yang baik kat kotak komen aku alu-alukan, (promote he he he)kalau korang malu but still nak zahirkan niat maka korang boleh email aku…hehehe...Inilah kaedah azam yang sebenar dalam islam!!!

Akhir sekali dah zahirkan niat tu kenalah pulak menyerah diri pada Allah….

Ps: semua orang sudah di takdirkan akan mati..pandai-pandailah menyerah diri..oh…