Wednesday, July 4, 2007

Tanya Sama Itu Hud-Hud

(Syair dari M. Nasir..)

Sebenarnya, orang jahil ugama macam aku ni, adalah tak layak sama sekali untuk tafsir Al-quran.. kemudian tulis dalam blog.., huh! aku cuba mengelak sedaya mungkin..insyAllah..aku ni layak tafsir lagu sahaja…, betul tu!! Tafsir lagu dan ‘salah’:- takpe!!, penulis lagu tak marah, penjual CD tak marah, penjual tiket konsert tak marah, penyanyi tak marah, syarikat rakaman tak marah, aiman tak kesah, asalkan korang beli yang original sahaja. He he he...

Tapi jika tafsir quran dan ‘salah’:- alamak, ulamakpun boleh masuk neraka..

Dan dalam ummat islam hari ni, ada yang mencari jalan pintas ke neraka..Iaitu mereka yang perasan bagus daripada orang lain, lalu tafsir Al-Quran ikut kepala otak sendiri.., tafsir ikut majoroti, tafsir ikut undian SMS,!!! Oh!!!

Maka kali ni adalah lebih baik bagi aku tafsir sebuah lagu.., lagu yang mana jika aku dendangkan, melodi dan suara tak sebijik macam penyanyi asal tapi liriknya sajer yang sama..he he he..

Lagu yang berjudul “ TANYA SAMA HUD-HUD”, ciptaan M nasir..

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

(Aku tak payah terangkan rangkap ni, sebab korang semua dah tahu ummat islam pecah 73 puak, dan satu sahaja masuk syurga…)

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

(yang ni korang boleh rujuk ceritera … fiksi ruhaniah rekaan penyair sufi terkemuka yang lahir 1117 M di Naysapur Iran, Fariduddin Attar, dalam kitab "Manthiq ath-Thair":-Musyawarah Burung).

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri

Di sini

(rangkap ni aku tak nak tafsir-suka hati aku ler..)

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

(yang ni pun aku tak nak tafsir, he he he)

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

(Aku tak nak tafsir yang ni just nak nyanyi sama jer : Lai lai la lai la lai)

Tanya sama itu hud-hud
(A-ha! yang ini lah aku nak cerita.., jap lagi)
Lang mensilang Kui mengsikui
(yang ni aku tak faham)
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari"

Arghhh, senang cerita aku nak tafsir tajuk lagu jer, isi dalam tak payah ler, karang berzaman tak habis..

Ok, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?

Hud hud ni adalah seekor burung sejenis pelatuk yang boleh terbang bebas ke sana kemari dengan riang gembira menyusur angin lalu hingap sesuka hati sambil bersiul siul seloka riang, eh aku cerita macam aku nak jadi burunglah pulak..

Alkisahnya, pada zaman dahulu.. Ada seorang Nabi yang sangat hebat akan kerajaannya, yang mana mampu menundukkan jin dan semua binatang, juga boleh perintahkan angin dan segala jenis makhluk untuk berbakti kepadanya, malahan boleh berdialog dengan binatang, itulah kerajaan Nabi Sulaiman a.s ,

Pendek cerita, Setelah Nabi Sulaiman a.s membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji, maka berpergilah baginda meneruskan perjalannya ke Yaman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman , baginda memanggil burung hud-hud untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.

Tapi burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak datang segera…, Menjelang kemurkaan Nabi Sulaiman a.s. lantas mengancam akan hukum burung Hud-hud yang tidak hadir itu jika tiada alasan yang kukuh..

Akrian, tibalah burung Hud-hud yang lambat tiba itu didepan Nabi Sulaiman lalu berkata sambil menundukkan kepala ketakutan::

"Ketika aku terbang, aku telah menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang Permasuri. Aku melihat seorang Queen itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya bersujud kepada matahari dikala terbit dan terbenam..”

Lalu nabi Sulaiman a.s berkata kepada Hud-hud:

"Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini penting, maka sekarang aku perintahkan engkau pergi hantar suratku kepada Queen itu dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."

Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman a.s tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut manusia melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.


Sungguh kurang ajar, manusia ke binatang punya kerja ni?
Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, untuk mengetahui dari manakah surat itu datang tapi tak nampak apa apapun.

Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi:

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

Pendek cerita, Ratu Balqis akhirnya tunduk kepada Nabi Sulaiman a.s yang mempunyai kerajaan yang luas ke atas manusia , Jin dan binatang-binatang, itupun setelah salah seorang pengikut nabi sulaiman a.s menunjukkan kekuatannya mengalihkan istana tahta Ratu Balqis dalam sekerdip kelipan mata…

Pling!!!

Aku tamatkan cerita Hud hud, Nabi dan Ratu itu..

Persoalanya di sini adalah, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?
Bagi aku, Soalannya berbunyi begini:

Kepada burung HUD HUD..
Kenapa engkau yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah di perintah oleh Nabi Sulaiman untuk berjumpa dengan ratu Balqis menyampaikan perutusan baginda?

Kenapa Nabi Sulaiman tak perintahkan JIN Ifrit yang boleh terbang sekelip mata, kenapa Nabi Sulaiman tak suruh tenteranya yang hebat hebat pergi jumpa Ratu balqis, kenapa Baginda suruh kau yang kecik dan lemah ini, kenapa? Kenapa?

Tak faham aku!!!!

Maka aku pun bertanya kepada BUZNAMA-(berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)
Jawapanya adalah:

Apabila seseorang itu ada fikir risau atas nasib seseorang yang lain, terutamanya nasib mereka di akhirat kelak, maka Allah akan ‘guna’kan orang yang ada fikir risau ini sebagai asbab hidayat..

Dalam kes ini, walaupun seekor burung hud hud yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah, tapi oleh kerana si burung ini ada fikir risau atas ummat, yang mana bila melihat satu kaum yang menyembah matahari maka dia lekas lepas bagitahu kepada raja Sulamain a.s, maka di sini, Allah telah gunakan burung hud hud lagi sekali untuk hantar surat kepada Balqis kerana hanya burung hud hud yang layak dengan tugas itu kerana KERJA akan di ambil dari Allah ke atas makhluknya bila ada fikir risau..bukan di ukur daripada bakat dan kelayakkan..

Sebab tu jika kita rujuk sejarah sahabat Nabi SAW, kebanyakkan sahabat datang dari golongan hamba abdi, orang miskin dan musafir, kenapa?

Kenapa Allah tak pilih Abu Jahal atau Abu Lahab yang berpengaruh untuk Bantu Nabi SAW?
Jawapan:-Kerana mereka (Abu Jahal atau Abu Lahab) takde fikir risau macam Bilal RA, macam Sumayah RA dan lain lain sahabat,

Begitulah adilnya Allah, untuk memajukan ugama, semua orang layak buat dakwah dengan syarat ada fikir risau atas ummat..

Malah dalam perang khandak, Huzaifah telah di tugaskan sebagai pengintip pada malam yang sejuk, sedangkan beliau takde baju menutup badan, yang ada hanya kain menutup aurat,

Di sini jelas menunjukkan Allah akan GUNA kita untuk Bantu UGAMA Allah, hanya apabila kita ada fikir risau atas ummat tak kira apapun status korang..

Walaupun korang seorang hamba abdi, seorang pekerja kilang, bekas penagih dadah, bukan ustaz atau ulamak, seorang penyanyi, penulis, doesn't matter what, asalkan korang ada fikir risau atas ummat, sedih melihat ummat derhaka kepada ALLAh, maka di saat itu ALLAH akan GUNAKAN korang untuk Bantu Ugama Allah.. insyAllah..

Macam burung HUD HUD yang ada fikir risau melihat Ratu Balqis dan rakyatnya menyembah matahari, maka Allah akan GUNA burung ini sebagai ASBAB hidayat dan Allah telah rakam peristiwa ini dalam kitab yang paling mulia, iaitu Al Quran yang akan di baca oleh manusia dan jin sampai hari kiamat, dan menurut BUZNAMA itu lagi, burung hud hud itu kelak di akhirat akan bertukar menjadi manusia dan dapat masuk syurga lalu bersetubuh dengan bidadari!! subhanAllah..

Bercerita tantang Allah ‘guna’ kita, aku tambah sikit lagi:-

Dalam hidup kita sebagai seorang islam ada 4 perkara yang kita kena mintak dengan ALLAH sebelum jadi jenazah:-

  1. MINTA ALLAH ‘PILIH’ KITA..

  1. MINTA ALLAH ‘GUNA’ KITA..

  1. MINTA ALLAH ‘BANTU’ KITA ...

  1. MINTA ALLAH ‘TERIMA’ KITA ...

Macam kat tempat kerja kita la ni, mula mula korang di PILIH untuk temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai staff tetap..faham tak?

So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang islam, sekarang kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH.., guna di sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat dakwah, ajar ugama, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu ugama..

Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk majukan ugama, tapi Allah nak muliakan kita dan Allah berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH..

“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”

MAka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekeuatan dalam berdakwah, keilhlasan dalam berdakwah, keistqamahan dalam berdakwah… sampai jadi jenazah!!

Dan akhir sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai seorang da’e, sebagai seorang islam, sebagai seorang mukimin…, Amin..

YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH,
BANTUlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..

Dan..
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai insan yang buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU

Amin…

Aku rasa nak berhenti menulis setakat ni dulu.., maafkan aku jika ada salah dan silap..

Tutup majlis dengan Tasbih Kafarah..

Chow!

No comments: