Kalau difikirkan, bala datang bukan kerana ahli maksiat semata mata, tapi bala datang bila orang islam terutamanya yang alim tak buat amal makruf nahi mungkar.. kepada ahli maksiat.
Dalam tafsir Ibnu ABBAS r.a mengtafsirkan nahi mungkar adalah mencegah manusia daripada mengengkari Rasulullah SAW..
Dalam sebuah hadith pula Nabi bersabda lebih kurang maksud:
“semua umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan !!
Para sahabat bertanya :
"siapakah yang enggan wahai Rasulullah ?,"
Baginda menjawab:
"siapa yang taat kepadaku ia akan masuk surga dan siapa yang durhaka kepadaku berarti dia enggan”
*****
Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan sebagai wakil Allah untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang kadang..oh!), lalu mereka yang ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..
Terdapat dalam hadith ada menceritakan bahawa ada wakil wakil Allah dari bani
If you can't beat them, join them? Naduzubillah!!!
Kerana itulah hendaknya para pendakwah selaku golongan wakil Allah ini bersabar.., walaupun tiada orang yang ikut jalan terus, buat dakwah untuk baiki diri saya, macam pasang MP3 al-quran dalam computer bukan untuk pandaikan computer, tapi untuk pandaikan saya, begitulah dakwah, yang mana medannya adalah ummat, dakwah kerja kita, bagi hidayat kerja Allah.., bersabarlah maka Allah akan memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yang dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..
Wahai sahabatku ..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaun laknatullah(mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa a.s berdakwah dengan lemah lembut (hiqmah) pada firaun…
Apa? Adakah Allah tidak tahu hakikat firaun yang tak nak langsung akan hidayat? Allah sudah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.. tapi kenapa Allah still perintahkan nabi Musa berdakwah pada firaun berkali-kali?..ya..benar, kerana keuntungan berdakwah adalah untuk Nabi Musa…, as. walaupun firaun tak ikut baginda… dan yang hikmahnya, kesemua ahli sihir firaun pula berbondong bondong masuk ugama Nabi Musa..
Nabi Nuh a.s pula buat dakwah selama 950 tahun, tapi yang ikut hanyalah 80 orang lebih kurang.., jika ikut purata orang yang ikut Baginda adalah seorang setiap sepuluh tahun!!!…, Oh!..
Dan nabi Nuh a.s tetap berjaya di sisi Allah, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi di ukur sejauh mana kita berjaya amalkan seluruh perintah Allah...
dakwah adalah perintah Allah yang paling utama!!
lalu jika korang buat dakwah baru sehari, lemudian dah nak putus asa, dengan alasan di perbodohkan dan di caci maki kawan -kawan, lalu korang berhenti, maka azab Allah akan datang menimpa korang dan mereka dan aku sekali!!! Isk!!!
(kerana aku sibuk tulis blog tapi tak buat apa-apa..oh!)
Akhirat kelak, Allah tak tanya berapa ramai yang berjaya kamu dakwahkan?.tapi Allah tanya;
Adakah kamu sampaikan pesanan Allah walaupun sepotong ayat?
“Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja…”
Siapa mereka2 ni..
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam korang, sedara se ugama korang yg mana korang ‘best’ konon buat banyak amalan ugama, tapi tak pernah nak ajak mereka..
Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut…
Maka Allah akan perintahkan korang bagi pahala kat org yg korang tak daqwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran2 korang masih datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika rumah flat..oh..bahayanya..)
Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan kebenaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan MUFLIS!
Nota: Korang di sini bermaksud aku dan korang semua!!!!
******
Nota kaki: Buatlah dakwah sehingga aku dan korang mampos…, tapi,.. bila kita akan mampos? DAN akhir sekali…org yg dah buat dakwah tapi tak istiqamah(berterusan) pun rugi jugak, kerana org yg tak istoqamah adalah org yg tak ihklas….untuk dapt ikhlas, kenalah berterusan buat baik dan ajak org buat baik…untuk dapt kekalkan amalan yg istiqamah ini..maka hendaklah SABAR….
DEMI MASA,
ORG YG PALING TAK RUGI
DI DUNIA INI ADALAH ORG YANG :
BERIMAN
DAN
BERAMAL
DAN
BERDAKWAH
DAN
BERSABAR..
Dalam Al-quran guna ayat “DAN” bukan “ATAU”….(rujuk ustaz)
Dan ingatlah bila kita berdakwah memang banyak ujian yg datang melanda..memang banyak kena bersabar.
****
Ps: Seseorang yang telah terbaiki dirinya dengan ugama islam, maka tidak akan ada mana-mana ugama pun yang dapat rosakkan iman dia, dan seseorang yang tak dapat baiki diri dia dengan ugama islam maka tidak akan ada mana-mana ugamapun dapat selamatkan dia.. inilah hakikat ugama!
No comments:
Post a Comment