(cerita mengenai keberkatan daripada pengorbanan.)
pernah lah sekali aku masuk satu masjid singgah nak solat maghrib lepas antar mak aku mengajar tuition... masa tu ada ceramah pulak. baru nak start...hah... apa lagi aku pun duduk la sambil meletakkan konsentrasi 100%. salah satu point dia .....sentuh pasal keberkahan (b. indon) / keberkatan (b.melayu). sukalah untuk dipermasyhurkan di sini bahawa penceramah tu orang indon. so, takde masalah bagi orang-orang indon nih sebut "babi" dengan penuh bergaya. berikut adalah intipati kuliyah:-
jika diturutkan fakta, babi empunya kesuburan tinggi yang amat. olih kerna itu, sekali ibu-ibu babi bersalin mereka memproduksikan bayi yang berbelas-belas bilangan numbernya. mahu diperingatkan, babi bukan setakat sekali setahun memprodusikan anak-anak mereka, bahkan berkali-kali. jadi, kita suma berabiliti untuk membuat assumpsi bahwa babi memiliki ahli yang terlalu ramai di dalam dunia ini.
apakah yang bulih diperbedakan dengan kambing? level kesuburan kambing lebih rendah daripada babi. kadang-kadang bila melahirkan anak, mereka berabiliti untuk memproduksikan bilangan yang lebih kecil. dan kita suma mungkin berfikir kambing terlebih sedikit bilangannya di komparasi kan dengan babi.
tetapi sidang hadirin yang dimuliakan olih Allah Ta'ala. kita telah melihat kambing-kambing banyak dikorbankan hampir setiap hari untuk disantap olih insan. dan klimaks pengorbanan itu bulih dilihat didalam musim-musim tertentu atau kondisi-kondisi yang spesel seperti contohnya idul adha, aqiqah dsb. dan ini sudah mungkin membisakan bilangan kambing berkurangan dengan seberapa pantas.
on the other hand, pernahkan sedara-sedara sekalian melihat babi-babi disembelih dihadapan sedara-sedara sekalian? saya yakin dan percaya tiada seorang pun dikalangan kita pernah mengekspriensasikan perkara itu.
namun pada hakikatnya sedara-sedara sekalian, kambing itu lebih banyak bilangan nya daripada babi. kerna apa? kerna kambing telah banyak dikorbankan. maka, kita melihat hasil keberkahan jelas terpancar daripada perkara ini. dan tiada korban yang dibuat ke atas babi-babi.
maka sedara-sedara sekalian, untuk memiliki keberkahan didalam kehidupan kita ini, kita perlu membuat pengorbanan demi agama kita. jadi bilamana kita korbankan kehendak nafsu dan syahwat yang merantai jiwa kita ini, Allah swt dengan kasih sayang Nya mengurniakan keberkahan kepada kita dunia dan akhirat. untuk kita dan seluruh umat.
muga-muga kita dapat kefahaman yang jitu lagi tepat dalam perkara ini. ameen
Sunday, July 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment