(layakkah aku ke syurga..ohh..)
Sebagai pedoman kepada semua orang, sifat Maha Pengampun adalah sifat Allah. Bila kita doa mintak ampun, buat cara seolah-olah kita betul-betul tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung-ganang. Dan ingat juga, jangan “peralat'
”ooh takpe, Allah pengampun"
(2 saat lepas tu, buat zina..tak ke bahlul?)
tapi, kalau kita buat dosa atas kelalaian, kelemahan, terlupa, etc etc.... sememangnya itu sifat manusia. tak boleh lari. dan setiap kali buat dosa, lepas kita sedar, terus minta ampun pada Allah.
jangan malu tak betempat dengan cakap tah pape:
”ehhh aku malu la, aku banyak buat dosa. aku malu ngan Tuhan untuk mintak ampun"
(memang buduh, ops! “kurang cerdik” lah ni..dah malu la kena la mintak ampun..isk isk isk..)
atau yang teruk lagi:
”ish aku rasa Tuhan tak
(orang putus harap daripada rahmat Allah. ni memang mengundang kemarahan Allah, bila hambaNya putus harap daripada rahmatNya)
atau lagi teruk..
”kau ni teruk la, dah la buat dosa hari-hari. nama je orang islam. tapi perangai cam orang bukan islam. Tuhan pon payah nak ampun
(mmg ayat ni bangang gile. takde sapa yang boleh nilai amalan, dosa dan pahala orang lain. itu urusan Allah, BUKAN ENGKAU bongok!)
nota : “engkau” adalah merujuk pada umum.
Satu cerita:
satu orang pencuri kain kapan,telah bersetubuh dengan jenazah sorang perempuan, jenazah tu siap bangun dan berkata “celakalah engkau kerana membiarkan aku dalam keadaan berhadas besar” lelaki tu terus takut (aku pun!!) dan jumpa Nabi saw, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu!
Lalu menangislah lelaki itu lalu pergi ke
So, jangan berputus ASA…!!!!
(Wahai, orang murtad, selagi belum masuk kubur, kau masih boleh pulang ke pangkuan Allah…pulang lah...ohh..)
Dua cerita:
Pendek cerita, di padang masyar kelak, apabila Allah perintahkan pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggan dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa seret dengan muka ke lantai lalu di campakkan kedalam neraka… akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat tahan/halang dia dari terjun ke neraka dan tanya…(sedang Allah Maha mengetahui,subhanaAllah), bertanya Allah: kenapa berlari nak terjun ke neraka, sedangkan orang lain enggan?(lebih kurang maksud)
Maka kata hamba Allah ni:
Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh-sungguh…dengan berlari terjun ke Neraka…
Maka korang tahu apa keputusan Allah Yang Maha Pengasih?
Allah masukkan dia dalam syurga, tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah.. aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut ..dan...DAH dah dah dah!!!
Jangan jadi bodonh bangang dan jangan nak berangan-angan!
Jangan anggap keputusan Allah main main…!!!! Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)
Tiga cerita:
Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di
Bagaimana pula jika sama berat?
Bak sini aku cerita…
Maka seorang hamba Allah ni apabila ditimbang dosa pahala, syukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat..50% amalan kebaikan, dan 50% amalan kejahatan..
Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk syurga…
Maka berjalanlah dia di
Punyalah ramai manusia (pergi pc fair pun dah rasa ramai sangat orang, apatah lagi
Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid bagi lelaki, dan pahala solat di awal waktu bagi wanita takde orang pedulipun..isk..isk.., aku ler nie..oh
Nota kuku: hari ni, satu orang kaya, bila acu pistol, akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama, bermakna di dunia ni yang paling penting adalah masa… tapi kat padang masyar, masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dpt satu pahala!!
Nota kiki: Bersabar dengan lawak aku yang tak lawak dan karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat gak pahala.., aku rasalah, jika korang sabar..isk..isk..
Sambung cerita, setelah lebih kurang 40 tahun mencari pahala, maka satu orang hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:
“aku tengok engkau ke
Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar..
Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi..:
“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu sajer pahala sajer dan ada 99 baki dosa, semoga engkau dpt masuk syurga…”
Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu kepada Mizan Allah(tempat timbangan) dengan mengambil masa lebih kurang 40 tahun jugak…
Ringkas cerita:
“Allah sbw tanya,: dari mana kamu dpt satu pahala ini?(lebih kurang maksud)
Lalu lelaki itu cerita panjang lebar...
(Sedang Allah Maha Mengetahui - SubhanaAllah)
Lantas Allah berfirman…lebih kurang maksud:
“panggil ke mari lelaki yang bagi engkau satu pahala itu”
Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu dalm 40 tahun lebih kurang..
“eh, kau tak masuk syurga lagi?”
Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..
“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”
Kata lelaki yang ada 99 dosa itu:
“argh, sudah!! Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…”(oh)
Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap Allah dengan kadar 40 tahun lebih kurang…
Nota: sudah 160 tahun, oit jantan! baik korang solat jemaah, satu langkah satu pahala..!!!pumpuan, solat awal waktu..ingat ni..!!aku pun!!
ok, sambung balik:
Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya… kedua dua lelaki itu masuk syurga kenapa?
Kerana mereka tidak berputus ASA!!!!
Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang ada fikir macam nie, korang termasuk dalm golongan yang berputus ASA!!!!Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)
dan...DAH dah dah dah!!!
Jangan jadi bodoh bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan main main dengan keputusan Allah...
Aku nak bercerita bahawa di akhirat pun jangan ber putus ASA dengan Rahmat Allah, apatah lagi di dunia!!!Tapi jika korang sengaja plan tak nak taat perintah Allah dengan menyangka kat akhirat nanti Allah tak sampai hati nak azab aku/korang...barulah aku bertanya?
layakkah aku/korang sebaris dengan adam, idris, nuh, hud, solih, ibrahim, lut, ismail, ishaq, ya'qub, yusuf, ayub, syuib, musa, harun, zulkifli, daud, sulaiman, ilyas, ilyasa', yunus, zakaria, yahya, isa wakhirun khatimul anbiya' muhammad al mustofa.... ?
So, JANGANLAH BERPUTUS ASA PADA ALLAH YANG ESA DI DUNIA INI LAGI!!!!
Ps: Beramallah di dunia, jangan berputus asa.. Allah pernah memberi peluang taubat pada firaun yang mengaku Tuhan dan telah membunuh 17 ribu bayi…pulanglah pada Allah, walaupun dosa semalam sebesar gunung meninggi awan, walaupun…sibuk!!! Kerana malaikat maut tak peduli dengan engkau punya sibuk!!!!Dah masuk kubur baru tak sibuk...oh..!!
Pss:..hehe nama-nama nabi aku hafal sebab hafal lirik lagu 25 rasul (raihan)... alhamdulillah. terima kasih pada raihan.terima kasih sekali lagi..
3 comments:
Salaam alaikum
Hai sayang sungguh blog yang banyak mengandungi hikmah ini tanak di pertonjolkan ke khalayak ramai. Ana mahu tulun tokey blog ni popularkan blog ni agar lebih ramai or berkunjung, nampaknya tidak diendahkan, maka terpulang lah, tiada paksaaan dalam agama hehe.
Tetapi peluang masih lagi dibuka. Kalau nak blog ni popular (bukanla popular nak jadi artis glamer ke apa), tapi popular agar ramai dapat membaca mutiara2 dalam nih, so sila la hubungi ana, bukan kena bayor satu sen pon ;)
Sekian wassalam w.b.t..
:)
wsalam wbt forumer
bukan tak di endahkan, toke skarang busy le..he he he..baru bukak kedai makan pulak..
apa pun, syukron kerana sudi jenguk2..;)
Salaam alaikum
Isy7 camam2
Ok la, banyak benda yang perlu dibuat sebenarnya, tapi sbg first step, buat je yang amat mudah niiii
Baca kat sini ngan teliti dulu
http://hikmatun.wordpress.com/2007/07/28/mahu-bantu-blog-anda-untuk-ramaikan-pelawat/
Kan nanti nak blog anti ni lebih glamer dari Siti Nurhaliza huhuhu. At least tak lawan Siti Nurhaliza pun lawan Siti Nur Bahiyah dah syukur yang amat :D
Ok , hingga ketemu lagi, ada pape masalah ke apa story kat ana
Salaam alaikum
:)
Post a Comment